Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Thursday, 28 January 2021

Masa Depan Orang Melayu.



1. Kata sang penyajak: berikan aku lidah, aku mahu berkata kata, bagaikan ombak yang menghempas pantai yang merdeka. Sekian lama kita mati dalam setia, kali ini kita hidup dalam durhaka! Perlu satu persatu diperkatakan kembali.

2. Kita mesti mempunyai rasa percaya diri yang tinggi supaya membebaskan pemikiran kita dari belengu minda golongan elitis dan bourgeois dalam umno.

3. Sekian lama sejarah dan halatuju umno ditulis oleh golongan bourgeois sedangkan ia tidak perlu begitu. Kerana 90% ahli umno adalah orang biasa. Makanya jalancerita dan halatuju umno harus ditulis oleh golongan lumpenproletariat- yakni golongan yang sebetulnya jahil mengenai politik tapi mengikut trend secara kawanan.

4. Kita berada dalam pertembungan dasyat antara demokrasi dan otokrasi. Dan ketika ini otokrasi sedang menang. Ia menjadi falsafah umno.

5. Demokrasi dan otokrasi dalam konteks perbincangan kita adalah perkongsian kebenaran manakala otokrasi adalah perkongsian pembohongan.

6. Hari demi hari kita disajikan dengan pembohongan. Rakyatlah yang dibodohkan. Otokrasi berlaku bila kita dihukum hanya bila kita memikirkan sesuatu yang berlainan! Cis!sekarang berfikir dibenarkan. Biar kita hidup dalam durhaka.

7. Jurucakap golongan reaksioner adalah pemimpin2 lapok seperti Najib, Zahid ,Tajuddin, Bung 'tin kosong' Mokhtar, T Adnan Mansor dll.

8. Reaksioner maksudnya jelas-yakni penentang kemajuan politik dan sosial atau reform. Golongan ini sebenarnya menyekat kemajuan rakyat marhaen.

9. Salah satu akibat pentololan kebawah atau dumbing down ini, ialah membenarkan golongan Melayu bourgeois memeras, memicit serta mengeksploitasi orang Melayu.

10. Orang Melayu 'have got themselves to blame' mendapati diri mereka ditindas dan diperlakukan sebagai 'putty' dibentuk sesuka hati. Padan muka kamu!

11. Kebenaran nya ialah golongan Melayu atasanlah yang menjahanamkan bangsa Melayu sendiri. Bagaimana mereka melakukan nya? Dengan mengontrol jalan fikir bangsa Melayu dengan pembohongan demi pembohongan.

12. Misalnya bersatulah wahai bangsa Melayu itu apa erti nya? Supaya golongan atasan Melayu merompak orang Melayu marhaen?

13. Apa ertinya hak keistimewaan orang Melayu jika keistimewaan2 itu sebenarnya di sakau oleh segelintir bangsa Melayu?

14. Yakni Melayu2 yang istimewa. Hidup bumiputera! Bumi dibelakangkan, Putera didepankan! Putera2 bangsawan, putera2 raja, putera2 pemimpin politik, pemimpin2 GLC iaitu alat2 rompakan bangsa Melayu. Dan Napolean kecil penjawat2 awam.

15. Semua ini adalah slogan2 untuk mengabsahkan penindasan bangsa Melayu. Itu sebetulnya!

16. Salah satu pembohongan yang dipasarkan dan dilacurkan ialah berlakunya pendakwaan terpilih kepada pemimpin2 bangsa Melayu. Ini semua angkara bukan Melayu. Ada betulkah itu macha?

17. Apa yang terpilihnya apabila kita mendakwa Najib? Bukankah dia telah mengapur duit SRC dan akan terbukti, mencuri wang 1MDB? Apa yang selective nya kita mendakwa Wak Jahid apabila dia pecah amanah dan rasuah? Apa yang terpilihnya bila kita mendakwa Tengku palsu apabila dia rasuah?

18. Integriti kita dalam membezakan antara kebenaran dan kepalsuan, antara buruk dan baik, antara intan dan kaca bukan untuk pelacuran. Betapa hebat pun pemasaran nya, kita enggan jadi pelanggan nya.

19. Maafkan saya tidak berbasa basi dalam perbahasan ini. Hanya bahasa yang kesat dan langsung sahaja yang difahami oleh penindas.

20. Sikap saya seperti yang dianjurkan oleh Al Quran. Janganlah kamu menyembunyikan kebenaran dengan kepalsuan dan berkata benarlah kamu, terutama bila kamu mengetahui akan kebenaran nya.

0 comments:

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP