Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Friday 7 August 2020

Sumpah Memakan Tuan.


1. Saya tertarik dengan kenyataan bekas mufti  ini.

2. Musibahnya ialah penjara.  Kalau ini musibahnya, Najib  sedari mula bersalah.

3. Musibah lain kita tak tahu lagi.  Najib tidak bermain hujan jadi tidak dipanah petir.  Tidak mandi disungai maka tidak dimakan buaya. Lagipun kerana professional courtesy buaya tak nak makan Najib.

4. Dalam jaman sains dan teknocoli ini sukar  dapat musibah masnawi.

5. Jadi bolehlah Najib,  penipu bersiri itu mempesendakan agama.

6. Ini mengingatkan saya cerita mullah nasruddin.  Satu hari dia pergi kedai gunting rambut untuk bercukur.

7. Setiap cukuran pisau cukur dia dilukai. Dan tukang gunting akan berteriak Allahu Akbar! Menyebabkan mullah Nasruddin berkata-boleh jangan libatkan Allah  tak?

8. Masa Najib  sekor duit SRC dan 1MDB ada dia ingat Tuhan? Kenapa sekarang berlagak alim? Jangan nak mengada lah.

9. Perogol pergi mahkamah baru tahu kopah bagai.  Siperempuan berhijab bagai.  Masa buat perkara-perkara terlarang tak ingat pulak.

10. Maknanya Najib  sama standard perogol atau kaki botol.



11. Sumpah ini bukan sendiri-sendiri buat tapi dilakukan oleh perintah mahkamah. Ada tuan hakim suruh Najib  bersumpah? Dasar tak malu.

12. Sumpah itu lemah bila berdepan dengan bahan bukti yang kuat.  Dan bahan bukti yang dikemukakan tidak tercabar peri nya.

13. Tapi Najib  tak tahu ini semua. Dia bodohkan? Bukankah strateji pertahanan nya ialah berpura-pura bodoh?

14. Saya heran macam mana orang yang berpura pura bodoh tahu signiken bersumpah?. Adakah selama ini dia membodohkan semua orang dan berbohong?

15. Jadi sumpah Najib ialah sumpah lagha yaitu sumpah yang sia-sia.  Yang biasa dibuat. Ini bukan kali pertama Najib  bersumpah.  Dulu dimasjid kampung baru.

16. Bahkan sumpah Najib  mencabar kewibawaan mahkamah.  Dia ingat mahkamah tidak dapat membaca kepura puraan nya.

17. Najib kurang ajar dan angkuh membuat sumpah sesuka hatinya tanpa perintah hakim. Pendakwa telahpun berjaya mengemukakan bahan bukti dan saksi-saksi.  Semuanya melemahkan sumpah Najib.

18. Ternyata Najib  seorang yang tidak bertanggung jawab:-dia tak kira kalau sumpah dia hanya suatu pembohongan, laknat nya menthabitkan semua orang dalam mahkamah.

19. Macam mana kita telah memilih seorang yang tak ada perasaan tanggung jawab?

20. Najib cuba memainkan emosi orang melayu dengan sumpah yang tak guna sesen itu. Masa dia curi duit src dulu ada dia ingat orang melayu? Binawe betul.

21. Orang melayu jangan lemah lutut bila dengar Najib  bersumpah. Ia sumpah seekor buaya tak makan bangkai.

22. Adakah dia cuba Untuk meng-awamkan satu kesalahan peribadi? Dan menggunakan extra judicial means untuk membatalkan penghukuman mahkamah?

23. Sumpahnya bukan menguatkan ketidak-bersalahan nya tapi sumpahnya (yamin) tersebut menguatkan lagi pembohongannya. Macam orang pekan cakap, padan muka aok.


0 comments:

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP