Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Thursday 20 August 2020

Pejuang-janji terang, kemungkinan yang mendukacitakan.



1. Alkisah satu lagi parti politik muncul di Malaysia. Ia ditubuhkan oleh 'General Melched', Dr Mahathir Mohamed.

2. Tidak lain ia hanya Mulligan's Army dilawati semula-tentera hadapan yang dipimpin Captain Blackadder leftenan George dan private Baldrick. Disokong oleh Captain Darling.

3. Mengapa kemunculan parti baru ini tidak menaikkan keterujaan saya? Kerana seperti ramai orang lain, saya tertakluk kepada hukum pulangan berkurang.

4. The law of diminishing returns ini mengatakan bahawa penambahan satu lagi parti tidak memberi faedah tambahan kepada saya, bahkan memberi saya rasa mual, ketidakselesaan dan kepayahan.

5. Dr Mahathir tidak ada pilihan tapi terpaksa membuat parti baru untuk kekal releven, tapi penubuhan nya membuat saya rasa tepu.

6. Teriakan perangnya iaitu membasmi korupsi bukanlah perkara baru, bahkan ianya hanya pembungkusan baru makanan yang sudah basi. Air tamar dalam botol baru sahaja.

7. Setiap parti mempunyai pembasmian korupsi sebagai sebagian dari agenda mereka. Tinggal lagi pengistiharannya bertenaga atau tidak.

8. Parti yang dibenci rakyat seperti umno pun mempuyai pembasmian korupsi sebagai agenda nya yang tidak disebut. Tapi parti itu bergelumang dengan rasuah. Ia menjadi sebagian dari darah dagingnya.

9. Kalau membasmi rasuah satu dasar yang umum, apa yang membedakan parti Pejuang dengan parti2 lain? Ianya sebuah parti run off the mill saja.

10. Parti Pejuang membisu mengenai isu2 kesenjagangan pendapapatan antara kawasan desa dan bandar, mengenai ekstremisme agama, ras dan sebagainya.

11. Membasmi rasuah itu penting tapi ianya kerja yang berterusan atau work in progress -bercakap mengenainya basi dan memualkan. Sebaik berkuasa rasuah masih ada dan bermaharajalela.

12. Lagipun saya sangsi dengan pencapaian nya. Mahathir ada 22 tahun untuk membasminya tapi gagal.

13. Bukan saja gagal tapi membajainya sehingga mengujudkan makhluk yang jelek dalam bentuk pm ke6.

14. Yang mencuri sini sana
Curi di mana mana
Dia ingat dia bijaksana
Tapi terus membawa bencana.

15. Rakyat hidup dalam sengsara
Sekian lama mati dengan setia
Kini biarlah hidup dalam durhaka
Enggan membiarkan diri diperhamba!

16. Mahathir ada 22 tahun untuk melaksanakan nya tapi gagal. Mana mungkin kita percaya dia bisa melakukan nya dalam masa 5 tahun?

17. Ketika itu usianya menghampiri 100. Semoga kecacatan dan kematian tidak mencemburuinya.

18. Membuat saya berfikir. Adakah kita memerlukan seorang pm berusia 100 tahun? Adakah Malaysia ketandusan pemimpin?

19. Selepas itu bagaimana? Matlamat melawan korupsi akan dipikul oleh sosok2 yang tidak semantap Mahathir. Kita akan terus bergusti dengan rasuah.

20. Lebih baik kita menginstitusikan pembasmian rasuah. Jadikan ia sebagian dari perlembagaan kita. Supaya kita tidak bergantung pada mana2 parti dan tokoh.

21. Kalau pada usia 100 tahun dia masih mahu berkuasa ini bermakna dia gila kuasa. Benarlah seperi dikatakan olih madam Chiang Qin, kuasa lebih baik dari seks, kuasa berpanjangan.

21. Kita tidak akan lupa pada jasa Mahathir -dari melengkapkan rakyat dengan kerangka minda Malaysia bolih, kepada infrastruktur yang membanggakan dan mengemudi kepesatan ekonomi. Ini semua dipahat dibatu sejarah.

22. Tapi dia juga yang mengujudkan sistem yang membenarkan seekor toyol menghisap darah kita.

23. Bila dia memilih untuk meletak jawatan sebagai pm, dia bukan saja mahu mencipta ruang menjalankan muslihat2 politiknya tapi yang lebih memudaratkan memperjudikan masa depan kita. Ini kepada saya adalah kemuncak ketidakpedulian.

24. Pada usia segini Mahathir kalis kritikan, tapi tidak bermakna dia saja yang betul. Tidak bermakna yang betul itu yang terfikir olih dia saja.

25. Benar dia melakukan ini semua dengan caranya sendiri, tapi saya rasa penghujungya sudah tiba.


0 comments:

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP