Perkara nan empat.
1. Pertama saya melihat gambar Najib dan Azmin berngobrol.
2. Kedua saya membaca keasyikan Najib mendedahkan kontrak-kontrak yang diberi oleh Dr Mahathir kepada anak-anaknya
3. Kawan saya bekas ahli Parlimen pulai yang hensem itu berkata beri PPBM 15 kerusi sahaja!
4. Sahabat saya, penasihat UMNO, Tengku Razaleigh HamZah, berkata UMNO akan bertanding seorang diri dan bermuafakat dengan PAS dan rakan2 tradisional UMNO.
5. Seperti yang dikata oleh almarhum Kassim Ahmad " perlu satu persatu diperkatakan, aku akan pergi dengan seribu jebat sianak tani. Siapa yang bersahabat dengan ku, marilah bersama ku".
6. Pertama gambar ini. Dibawah ada caption mengatakan PM dan TPM ke-9.
Macam orang Pekan saya mahu berkata " kepala bapak aok."
Atau macam orang Trengganu cakap" berayuk Mok mu.
Orang kedah khabak buah peliak hang. Orang minang bilang wa'ang cirik labuh.
7. Ternyata bahasa badan kedua matlaon ini mengatakan lebih baik berjarak jauh.Tak nak aku dekat dengan mamat ni.
8. Tukang gambar ini mempunyai deria berjenaka yang menyeramkan atau dia seorang sadis yang suka menyiksa kita.
9. Saya menggelar gambar ini Chini Chernobyl yang akan meletus dan membawa bencana kepada kita.
10. Siapa yang tidak kenal the embezzler in chief Najib dan sikitol Azmin? Makanya prospek menjadi. PM dan TMP ke-9 sama dengan keberangkalian kucing saya bertanduk.
11. Mengenai Najib kita tidak perlu huraikan kejahatan yang bukan kepalang. Azmin pula akan mendapati cara yang celaka tidak menghalalkan pencapaian nya.
12. Bahkan senario yang lebih mungkin ialah kedua mamat ini akan mengalami nasib dinasor-pupus dalam PRU yang mendatang!
13. Resort Sungai Buloh melambai lambai Najib dan Bukit Antarabangsa akan menjadi Nirvana Nilai kepada Azmin.
14. Akhir-akhir ini, Najib ghairah sekali mendedahkan kontrak-kontrak yang diberi kepada anak-anak Mahathir. Opcom la. Konsortium perkapalan la. Pantai holdings la. Pening la!
15. Saya ingin bertanya orang-orang yang tercabar otak mereka yang menlidahi bibir mereka kerana menyangka Najib mendedahkan sesuatu yang menggoncang dunia, ketika itu Najib dimana?
16. Najib berada dalam kabinet Mahathir bukan samdol?
Maka kenapa Najib membisu seribu bahasa, lidahnya kelu tidak berkata?
17. Kalau si mamat ini berada dalam kabinet dan membisu, bererti dia bersubahat dengan pencabulan kuasa atau korapsi yang berlaku. Ternyata Najib berlari bersama arnab dan memburu bersama anjing.
18. Ia tidak membenarkan Najib berlagak holier than thou. Sebenarnya Najib mendedahkan pekong dia sendiri yang sudah bernanah!
19. Najib membisu kerana dia sendiri banyak tengkorak didalam lemari. Jadi, ini kasus buntot kuali mengatakan pantat periuk hitam.
20. Kita belum mendengar mengenai pembelian-pembelian Najib yang mencurigakan semasa menjadi Menteri Pertahanan. Perihal pesawat2 F14 yang tersadai dipadang pasir USA, skendel sukhoi, skendel scorpene yang menyebabkan pengletupan Altantuya
21. Kita juga belum mendengar mengenai urusan-urusan tanah yang digulakan oleh Najib. Tanah-tanah kementah yang dianugerahkan kepada Raja-raja Ropeah dunia ini.
22. Bongkar segala urusan yang melibatkan Najib semasa menjadi menteri pendikan, menteri kawangan dan perdana menteri. selidik kontrak2 yang diberi pada IPP dan segala urusan-urusan yang gulakan kepada rakan-rakan main golf Najib.
23. Jangan kita khuatir - Najib dan rakan-rakan main golf dia bukan pandai sangat. Bahkan mengikut almarhum Rahman Yaakob, pemain-pemain GOLF adalah golongan orang lemah fikiran. Sebagai hukum umum, mereka binawe belaka.
24. Najib ingat dengan membuat pendadahan-pendedahan ini dia cerdik, tetapi macam nombor 11 yang disukai nya, ia adalah lambang kubur bagi nya.
25. These boys they come back from America,
They think they are very kleva,
Smoke here, smoke there, smoke every where
They spoil the atmosphere.
Cakap dengan loghat Kedah ya!
26. Ia tidak lain tektik Najib mengalih pandangan kita dari angkara durjana yang dia lakukan.
Najib menggunakan strateji mengecat monyet/kera.
Dikampung saya kalau orang kampung nak halau kera/monyet dari dusun, mereka menangkap seekor kera dan mengecatnya dengan warna garang. Apabila kera ini mendekati geng-geng kera yang lain, kera-kera lain akan bertempiaran lari. Dengan membuat pendedahan-pendedahan ini, Najib ingat rakyat akan memulau dr Mahathir.
27. Demikianlah orang fiudal macam Najib menganggap kita ini monyet.
Najib akan sedar yang monyet ialah dia!
28. Najib tidak sedar, sebilah pedang Damocles tergantung diatas kepala nya, sedia untuk jatuh bila sampai masanya.
Moga-moga pedang ini jatuh untuk memenggal kepala sang monyet. Kepala monyet ya - bukan kepala Najib!
29. Dengan tiba-tiba kawan saya Dato Nurjazlan Rahmat, bekas AP Pulai berkata berikan PPBM habis banyak 15 kerusi. PPBM harus sedar bahawa mereka jadi kerajaan kerana disokong oleh UMNO.
30. Muhyiddin jadi PM kerana bantuan UMNO. Jadi umno mesti tegas dengan PPBM.
31. Beberapa bulan yang lalu UMNO dan PAS menubuhkan sekretariat pilihanraya. PPBM tidak ada.
32. Rata-rata kepemimpinan UMNO melihat PPBM Muhyiddin sebagai picisan. Digabung ke2 perkembangan tersebut bagai suatu pengistiharan perang.
33. Namun saya menganggap kenyataan Nurjazlan dan penubuhan secretariat kurang bijak. Umpama kita bermain poker, kita menunjukkan kartu yang kita ada. Kepada semua. Aduuh!
34. Sekarang Muhyiddin sudah tahu apa sebenarnya terbuku dalam kalbu 'rakan-rakan'nya.
35. Kecuali Muhyiddin sebodoh yang dipamirkan oleh wajahnya, maka dia tidak akan berbuat apa-apa. Itu tidak mungkin terjadi.
36. Semestinya Pak Muhyi melakukan sesuatu. Dia ketua kerajaan bukan UMNO. Umno tidak mempunyai kuasa menentukan PPBM Pak Muhyi bertanding berapa kerusi.
Apa yang menyekat pak muhyi mendesak umno melepaskan 30 peratus kerusi Parlimen dan Dun? Diatas nama keikhlasan?
37. Apapun acuan nya sudah ditempa. Kenyataan Nurjazlan tidak membahagiakan Pak Muhyi. Ia menunjukkan golongan UMNO has beens dan kaki busuk dalam UMNO mengecilkan PPBM.
Apa yang boleh dilakukan Pak Muhyi ialah terus memetisejukkan golongan degenerates umno ni.
38. Penubuhan sekretariat sebenarnya boleh dijadikan kesempatan oleh pak muhyi. Jangan repot-repot.
39. Sekretariat itu sesuatu yang dipaksa-paksa - UMNO dan PAS terpaksa mengwujudkan sesuatu institusi bagi 'menyatukan' mereka.
40. Jadi berantakan antara mereka itu lebih mendasar. Hal ini boleh dieksploitasi oleh Pak Muhyi. Kalau dia bijak mengambil peluang.
41. Ini kesempatan sebetulnya untuk 'isolate' UMNO sibrengsek itu.
42. Bincang saja secara rahsia dengan PAS. Pak Muhyi harus sadar bahawa perbedaan antara parti PAS dan UMNO itu ibarat langit dan bumi.
43. Jika UMNO itu di isolasi maka kenyataan Nurjazlan dan orang-orang seangkatan dengan nya seperti Bung Mokhtar, Khalid Nordin, Shahrir Samad dan lain-lain lagi suatu mimpi basah seorang peria saja!.
44. Sekarang sedikit komentar pada interview antara éminence grise(sebut eminoz griz) UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah dan wakil NST Singapura.
45. Dalam interview tersebut beberapa pandangan menarik minat saya.
46.
(1) Bahawa UMNO akan kembali membesar
(2) UMNO tidak akan menyokong Pak Muhyi
(3) Muhyiddin sangat lemah.
(4) Kalau bersama Pak Muhyi, kita kekal dengan hung parliament.
47. Waduh! Kenyataan yang sedikit braggadacious, saya ingat.
(1)Kita ingat apa akan jadi jika Pak Muhyi berjaya memencilkan UMNO?
(2) Muhyi boleh berpakat dengan PAS.
(3) Apa jadi jika Muhyiddin pakat pula dengan PKR?
Muhyiddin co-opt anasir-anasir yang boleh di sintuklimau dalam UMNO sendiri?
Itu akan bermakna, permencilan UMNO sudah komplit!
48. Tinggal lah UMNO dengan MCA dan MIC. Semua mereka adalah losers. Mengingat saya pada kata-kata Cao Cao dalam Romance of the 3 Kingdoms, 'When losers combine, what can they achieve? '
49. Umno akan kembali mengutama! Suatu ramalan yang berani.
Bukankah rakyat menolak UMNO dalam PRU yang lalu?
Bererti mereka boleh perlakukan UMNO sedemikian sekali lagi!
50. Kapasiti untuk berubah dikalangan orang Melayu tidak terbatas. Mereka memahami suatu falsafah puasa.
Iaitu meninggalkan apa yang mereka biasa buat.
Makan minum seks dan lain-lain lagi. Meninggal kebiasaan ini menganugerahkan faedah fisikal dan spiritual yang tidak terbatas sesunguhnya! Kalau mereka sudah biasa memilih UMNO, meninggalkan memilih umno memberi faedah fisikal dan spiritual yang tidak terbatas.
51. Maka nya interview dengan Tengku Razaleigh Hamzah itu, hanya ngobrol biasa saja.
Suatu ketika sekembali dari Sabah, Tengku ditanya oleh pemberita - adakah dia yakin dapat sokongan Pairin?
52. Tengku menjawab bukan setakat sokongan, kita akan membentuk kerajaan yang baru selepas ini.
53. Ia hanya memerlukan gambar tengkolok dengan salib untuk menggagalkan Semangat 46.
54. Jadi saya tidak akan meletakkan premium yang tinggi kepada interview dengan eminence grise UMNO tersebut.
0 comments:
Post a Comment