Malay triumphalism dan politik agama songsang.
1. Apa sudah jadi kepada masyarakat maddani, wasathiyah dan maqasid shariyyah? Tidak ada orang bercakap mengenai perkara-perkara tersebut lagi.
2. Membuat kita sampai pada kesimpulan bahawa semua nya pembohongan. Orang menjual agama untuk dunia.
3. Pelopor-pelopornya sebenarnya membawa malapetaka pada kita. Mana mungkin kita percaya kepada pelaung-pelaung slogan kepalsuan ini?
4. Brengsek! Kata orang Indonesia. Masyarakat Maddani hanya bermakna pergaulan rambang,menghadhiri majlis hari jadi Jessica lim atau memegang bahu Michelle Yeoh yang terdedah atau mengadakan pesta bourgeois.
5. Goblok bangat! Wasathiyah hanya bererti bolih memperlakukan altantuya sewenang wenanya.
6. Maqasid shariyyah bermakna bolih merompak,melanun dan menyekor perbendaharaan negara sepuas hati.
7. Diberi rekod-rekod ini mana mungkin kita percaya akan parti angkut sampah yang berjanji itu dan ini. Semuanya kelentong.
PAS tidak berdaya melaksanakan hukum hudud di negeri-negeri yang dikuasainya.
Mu jangan pelawak lah.
8. Tetapi anak-anak setengah orang(some people's children) mengherankan saya. Mereka tunggang terbalik sembahyang bang sebagai. Mereka taat beragama , tapi pada masa yang sama menghalalkan perkara-perkara onar dan jelek hanya kerana ianya dilakukan oleh Melayu bertopengkan Islam.
9. Nationalisme yang diajar oleh umno bukan membawa kepada kecintaan kepada tanah air atau hubbul watan, tetapi membawa kepada Malay triumphalism yang tidak rasional.
10. Memperkosa, mencabul, membunuh, merompak dan menyamun bolih dipejam matakan kerana pelakunya melayu dan islam
11. Ini sama aja seperti membenarkan suatu gerombolan umno menceroboh rumah kita dan meniduri isteri dan anak kita dan kita kata tak apa kerana pelaku nya umno, melayu dan islam. Astagha!
12. Nasionalisme apa yang di ajari kepada kita? Ia bukan nasionalisme tapi uber- kemegahan. Bermegah megah kita Melayu tanpa sebab-sebab yang rasional!
13. Inilah Malay triumphalism yang diterapkan oleh umno. Ia akan membawa kehancuran kepada bangsa melayu.
14. Tidak ada contoh uber kemegahan atau Malay triumphalism yang terbaik dari cubaan kita meng 'excuse'kan bosku Najib. Rompakan dan pelanunan yang dilakukan dilihat sebagai penganiayaan.
15. Adakah bangsa melayu yang berhemah itu, mahu secara sukarela menganiayai sebangsa dengan mereka waimma bangsa lain? Kecuali onar yang dilakukan oleh Najib itu benar!
16. Jalan keluar bangsa melayu ialah memerdekakan diri daripada acuan Malay triumphalism dan morbid nationalism yang ditempa oleh umno. Nampaknya bangsa melayu tidak lagi membebaskan diri mereka dari dna feudalism yang menekan itu.
17. Tentunya didalam umno itu ada sosok-sosok yang baik, tapi nilai-nilai yang diperjuangkan oleh umno tidak lain tidak bukan adalah variasi neo feudalism semata mata.
18. Maka ada orang mengatakan setengah bangsa melayu mengalami general malaise. Sebenarnya mereka tidak tahu apa penyakit nya.
19. Kita akui sajalah. Pertama kita mengalami schizophrenic siege mentality. Yakni kita diserang dan diancam bertubi tubi oleh bangsa lain.
20. Kedua, setengah bangsa melayu mengalami penyakit xenophobic racism. Membenci bangsa lain membabi buta. Semasa saya ahli parliament raub dulu, saya berjumpa seorang pesakit melayu yang enggan menerima rawatan kerana doktor nya cina.
21. Penyakit ini terjadi kerana indoktrinasi umno dan ajaran sonsang parti ajaran sesat.
22. Politik jenis apa yang dibawa oleh pas? Ianya diwarnai oleh matlamat menyatukan pendukung-pendukungnya dan tenaga-tenaga yang berbeda dalam kepemimpinan nya. Kerana itu ia hanya jeritan slogan-slogan saja. Ia nya kosong saja tanpa peluang melaksanakan nya.
23. Konon nya ia menyatukan nationalisme yang jumud lagi sempit dan Islam yang sudah diPASkan.
24. Realitinya ia membawa politik kebencian. Parti maki wa hamun ini mengajak kita membenci bukan Islam yang juga rakyat Malaysia. Ianya suatu ajakan yang mesti kita tolak.
25. Sebab itu saya lebih percaya tok guru pondok dari politik yang dibawa oleh ayahcik untuk menyelamatkan Islam.
26. Ia nya tidak lebih dari politik kesenangan atau politics of convenience. Apa yang berfaedah kepada nya dipakai, yang tidak menguntungkan ia tinggal. Ia parti yang berdiri atas prinsip wa harammun kalau makan sorang, wa halallun kalau kongsi dua.
27. Pas hanyalah satu lagi parti politik yang berebut kuasa aja. Ia didukung oleh sosok-sosok yang mempunyai nafsu dan keinginan seperti orang biasa juga. Mesej nya tidaklah maksum.
28. Ia 'ngotot' berebut untuk duduk kerusi kuasa tapi kemudiannya tidak tahu berdiri. Ia bagai kacang lupakan kulit, pisang lupakan kebunnya.
29. Demikian pandangan peribadi saya mengenai Malay triumphalism dan politik agama. Ia tidak semesti nya betul semua, tapi saya telah lama tidak ada masa membahas my finer qualities. Lagi pun ada aku kisah?
0 comments:
Post a Comment