Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Sunday 26 July 2020

Penyelesaian oleh Goldman Sachs.

1. Mengapa pencuri beberapa tin susu dipenjarakan? Jika dia kembalikan barang yang dia curi bukankah itu suatu kejayaan?

2. Oh dia dipenjarakan sebab dia telah menggunakan kekerasan dalam jinayah nya

3. 'Mengembalikan' melibatkan usaha masa dan wang ringgit.  Oleh itu kos-kos ini perlu dibayar oleh sipelaku jinayah tersebut.

4. Saya membaca settlement  yang dibuat Goldman  Sachs  keatas dana 1MDB.

5. Adakah ini mukaddimah menyelesaikan  jinayah yang dilakukan oleh Najib?

6 . Sebab wang telah dikembalikan tiada jinayah dilakukan dan semua boleh dimaafkan?

7. Saya telah mengatakan jika semua wang dikembalikan jinayah asal tetap dilakukan.

8. Jinayah asal inilah yang dihukum bukan dilupakan sebab wang dikembalikan.

9. Jika tidak semua hukuman terbatal sebab sipelaku mengembalikan wang yang telah dicuri atau usaha telah dijalankan untuk mendapatkan wang kembali?

10. Adakah usaha yang dilakukan itu percuma?  Talipon, masa dan mundar mandir ke USA  percuma? Pegawai2 kita berkhemah dan tidak duduk hotel?

11. Menyebabkan ini semua sudah cukup menjustifikasikan hukuman.

12. Seorang pembunuh bebas jika dia, dengan ajaibnya menghidupkan mangsa nya. Gitu?

13. Kesakitan yang terjadi, kesengsaraan ke atas sanak saudara dilupakan?

14. Tidak apa dah hidup kembali. Tak apa dana telah dikembalikan.

15. Jho lo dan malingku adalah malaikat.  Mereka tak melakukan jinayah. Ya?

16. Menggunakan muslihat dan cara-cara lihai adalah bentuk kekerasan sesuai dengan tahap pembelajaran sipelaku.

17. Sipencuri tin susu menggunakan kekerasan sebab dia tak ada LCE atau SRP pun manakala seorang lagi menggunakan cara-cara lihai sebab dia dah pergi ke university.

18. Yang satu mencuri dengan cara orang yang takde srp pun  dan yang satu lagi dengan cara orang yang ada pelajaran lebih.

19. Tak apa, tak ada pencurian berlaku kalau wang dikembalikan oleh pelaku sendiri atau oleh pihak berkuasa.

20. Itu implikasi dari settlement oleh Goldman  Sachs. Baguslah kita dapat wang kembali setelah banyak usaha ,tapi jinayah asal tak dihapuskan, Dol.

21. Nyatalah pihak berkuasa melindungi sikaya dan sikuat.  Rakyat biasa tidak ada masa depan.
Itulah Malaysia kita.
Semoga Tuhan selamatkan negara kita.

22. Demikianlah sedikit pandangan saya yang tidak sepertinya terhadap settlement  Goldman Sachs. Kenyataan  PM ringkas, tapi ramifikasi nya meluas.

23. Syabas kerana dapat dana kembali tapi tak syabas jua.


0 comments:

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP