Rakyat FELDA Bangkit!
Malam tadi,
pakatan pembangkang mengadakan suatu ceramah di Jengka 8, dalam daerah
Jerantut. Ramai peneroka hadhir untuk mendengar ceramah. 70% dari hadhirin
ialah peneroka tempatan dari Jengka 8.Inilah Jengka yang Najib melabelkan sebahagian peneroka sebagai haramjadah!
Jumlah hadhirin
sangat baik jika dikira dalam konteks peneroka FELDA. Selama ini peneroka dan
warga FELDA diugut dan diancam dengan pelbagai peraturan. Buang dari rancangan
lah, susah anak nak dapat bantuan lah. Orang Melayu ugut orang Melayu. Demikian
hal nya.
Oleh kerana
ceramah ini diadakan dipinggir rancangan FELDA Jengka 8, maka tidaklah ada sekatan2 dari
pihak FELDA atau pegawai2 seranta UMNO yang diletak dalam FELDA. Pegawai serantau
yang tidak sedar diri dan berlagak macam komisar kominis. Dia ingat rancangan FELDA
ini sebuah commune agak nya. Fungsi mereka hanya sebagai pemantau yang
memantau selera politik peneroka. Selain itu, ugut, gertak peneroka.
Kebetulan malam
itu, hanya beberapa ratus meter dari tapak ceramah anjuran pakatan pembangkang,
UMNO mengadakan suatu pesta cabutan bertuah, berkugiran, menyediakan hadiah2
lumayan, motorsikal, telepon bimbit , 1000 tiket bola percuma dan hadiah pakej
umrah.
Najib dan
soldadu2 nya, tahu saikoloji orang Melayu. Dia pernah berkata kepada saya, orang
Melayu yang paling mereka suka ialah dapat semua nya free. Minda rentier
class ternyata paling lengkap dalam diri orang Melayu. Kalau mereka dapat sesuatu
kerana kesemulajadian diri mereka, itulah yang sangat disukai mereka. Oleh kerana mereka
ada hak milik keatas jenama Melayu dan Islam, mereka rasa berhak mendapat
percuma dari dunia ini.
Namun demikian
itu pilihan sebahagian orang Melayu. Mereka berhak membuat pilihan asal sahaja
mereka menghormati pilihan yang berlainan dari mereka.
Malam tadi,
himpunan hiburan anjuran UMNO tidak buat kacau kepada himpunan politik anjuran
parti2 pembangkang. Itu sudah baik.Terima Kasih daun keladi.
Mengenai mana
yang lebih baik, terserah pada peneroka yang akan diterjemah dalam PRU14 nanti.
Apa sebetulnya
yang ditakuti oleh peneroka? Tanah rancangan tetap dijaga dan dipelihara jika
parti pembangkang ambil alih.
Yang takut akan
gantian kerajaan ialah orang yang ada kepentingan2. Mungkin ianya termasuk ketua
blok yang menjadi saksi timbangan buah tandan bersih dan pengiraan kadar
perahan. Jika mereka komplot dengan pengurus rancangan dan pengurus kilang,
mereka inilah yang takut kerajaan yang akan memestikan ketelusan.
Yang takut ialah
pegawai FELDA yang menyembunyikan fakta2 hasil dan pengiraan kos operasi. Berapa
sebetulnya hasil peneroka setelah dipotong kos2 operasi dan lain2 caj? Peneroka
menuntut penyata kewangan yang jelas dan telus.
Yang takut kerajaan
baru ialah golongan berkepentingan yang menjadikan FELDA sebagai sumber mencuri
wang. Mereka yang korap dan rasuah dan menggunakan kedudukan dan jawatan mengaut
duit FELDA- merekalah yang takut.
Peneroka FELDA
cemas melihat tahap hutang mereka. Hutang peneroka jika dihitung secara purata
ialah sebanyak RM80k seorang. Bagaimana hutang ini mahu dijelaskan? Kita perlukan
RM6-7 billion untuk clear hutang peneroka.
Kerajaan baru
akan melihat semula- sama ada akan menyusun semula hutang tersebut, atau menyerap
50% dari hutang, atau menyerap semua. Semua ini akan dipertimbangkan. Kerajaan yang korap dan mengamal perompakrasi
tidak berani melakukan ini.
Kemudian,
bayaran dari kilang mestilah tunai pada bulan semasa. Setiap kali peneroka
menghantar BTB ke kilang, ianya mesti dibayar tunai. Dengan ini, peneroka
sentiasa ada tunai dalam tangan.
Sementara kita
melakukan ini, mengurus wang persendirian dan mengurus kewangan- itu adalah
tanggungjawab peneroka.
Kita bercadang
mengembalikan kedepanan/prominence KPF. Dalam keadaan harga saham FGV sekitar
RM1.50-RM1.70, KPF boleh mengembalikan maruah peneroka. 2 bilion saham yang ada
dalam pasaran bernilai sekitar RM5-6 billion. Kita mahu KPF beli semua saham outstanding
ini dan bayar keluar baki 40% yang dipegang oleh FELDA/FGV. Ertinya, KPF akan jadi
pemilik 100% FGV.
KPF kemudian
bolehlah melantik pengurusan yang lebih cekap dari yang ada sekarang. Anggota lembaga
terdiri dari ketua2 peneroka yang dipilih secara demokratik dan yang boleh
menunjukkan bakat.
Kita mahu masa
depan FELDA diletak dalam tangan FELDA sendiri. Jangan harapkan orang lain. Bangkit
dan bina kekuatan sendiri. Jangan mahu bergantung hidup kepada UMNO, atau mana2
pertubuhan politik.
Peneroka FELDA,
berhentilah jadi hamba abdi!
Kebangkitan rakyat FELDA tidak dapat disekat!
4 comments:
When Felda settlers awaken,watch out,Umno/BN.When political leaders appoint corrupt politicians to head Felda and FGV,and screwed them up,left,right,center and belakang too,"Beware".It is like waking up the "sleeping giants".This coming GE,if all the Felda parliamentary seats are lost to the opposition,it is curtains down after the fat lady has sung for the Umno/BN.
Dato', you can never wake up a person who is pretending to sleep. But thanks for trying and keep trying because one day he will have to wake up.
So far this is the most polite and very rational persuasive posting. If not the bashing of PM Najib always on. Dato' Sak, you have change a lot with a new positive attitude. This is class.
May Allah open their hearts & mind to free themselves from slavery
Post a Comment