Pelarian Muslim lari dari apa?
Baru2 ini ramai rakyat Malaysia telah berdemonstrasi dihadapan kedutaan
America di KL. Mereka membantah dengan marahnya, sekatan yang America jatuhkan
keatas rakyat dari 7 negara Arab. Tindakan ini, kata mereka tidak berperi
kemanusiaan. Saya diberitahu bahawa sekitar 500 orang hadhir dalam demonstrasi
tersebut. Kumpulan tunjuk rasa itu termasuklah anggota parti politik dan NGO.
Di Amerika sendiri, golongan yang tunjuk rasa memprotes perintah
eksekutif Trump semakin ramai. Alasan mereka ialah ini menyekat mereka yang
tidak bersalah lari dari kerajaan2 yang ganas, lari dari perang saudara, lari
dari keadaan yang tidak selamat. Mereka kata- satu hari pun boleh menyelamatkan
mereka yang tidak berdaya- kanak2, perempuan dan orang tua. Obama sebagai
contoh membenarkan 10,000 pelarian dari Syria masuk ke Amerika untuk membina
kehidupan baru.
Sekatan Trump ini bersifat sementara- beroperasi selama 3 bulan
sementara Amerika mencari system dan teknoloji penyaringan/screening yang lebih
baik. Mungkin fakta ini diketepikan.
Histeria yang ditunjukkan, tidak mudah difahami. Amerika terutama
nya disebut sebagai negara setan besar tapi negara inilah, tempat ramai setan2
dianggap sebagai syurga dunia oleh pelarian dari negara2 Arab. Kenapa? Kenapa mereka
tidak lari masuk kedalam negara2 Arab sendiri dan mengapa mahu pergi ke negara2
bukan Muslim?
Fakta yang tidak dapat dibenamkan dan dielak oleh pemimpin2 negara
Muslim termasuk Malaysia ialah, orang akan pergi kenagara yang mereka mampak berjaya,
lebih demokratik, memberi mereka peluang mengukir kehidupan yang lebih baik. Sedangkan
negara2 yang melaung laungkan membangun bersama Islam, hanya menjerit slogan
kosong sahaja. Slogan kosong dan pencapaian juga turut kosong.
Saya tidak akan membicarakan kebaikan dan keburukan keputusan negara
Amerika tersebut. Setiap negara akan lakukan apa sahaja langkah untuk
melindungi keselamatan fisikal rakyat nya. Tindakan ini dilakukan sejak lama
sudah dalam sejarah dunia. China membina tembok besar untuk menyekat serangan
dari puak2 Mongol dan lain2 untuk melindungi rakyat nya. Presiden Trump pula membangunkan
tembok besar undang2 untuk menyekat kemasukan pengganas2 yang secara kebetulan ramai
yang berasal dari negara2 yang dikenalpasti oleh Amerika.
Negara itu melakukan apa yang President Trump fikir baik untuk
melindungi rakyat nya dari terdedah kepada serangan puak pelampau yang membunuh
dan mengebom orang lain. Target Trump ialah menyekat pengganas Muslim.
Saya fikir tindakan Trump menyukakan hati puak2 xenophobic dalam
pentadbiran nya yang sediakala nya anti Islam.
Tindakan Trump menimbulkan pelbagai reaksi dan respons. Saya ada
terbaca suatu respons dari layar maya bahawa tindakan America itu akan
menyakitkan America sendiri kerana negara lain yang menyatakan solidarity kepada
negara2 Arab tersebut akan menyekat import dari Amerika. Secara peribadi saya
tidak fikir itu akan terjadi kerana rakyat dalam kebanyakan negara didunia ini
memerlukan import dari Amerika terutama makanan. Lagi pun, secara private, saya
rasa banyak negara memang mahu mengajar negara2 ini jangan menetaskan golongan
pengganas dan negara2 ini patutnya melakukan lebih untuk membenteras golongan
pencetus keganasan, pembunuhan dan rogol kanak2 dan wanita.
Hanya saya terfikir bahawa suatu negara yang menyakini konsep kebebasan
atau freedom itu akan juga menyekat kebebasan mereka yang tidak bersalah dari
negara2 yang disekat dari datang ke America. Mereka tidak bersalah. Yang salah
ialah pengganas2. Bagaimana America yang dibangunkan atas idea freedom- yakni
menghapuskan segala bentuk penzaliman pemerintah keatas manusia, melakukan
sekatan kebebasan keatas rakyat lain? Masyarakat Amerika tidak beroperasi atas
idea menyekat orang yang tidak bersetuju dengan nya mesti dikeluarkan. Jadi bagaimana
mahu mencari titik rekonsiliasi?
Saya berfikir, mungkin Amerika mengingatkan mereka yang tidak
bersalah itu, sebagai collateral damage- suatu keburukan yang tidak dapat
dielakkan
Saya hanya mahu tanya, mengapakah rakyat yang marah dan bermata
ganas dari negara2 ini mahu masuk ke Amerika atau negara2 barat yang lain yang
tidak mengamalkan agama Islam? Kenapa mereka tertarik mahu pergi kenegara2 ini, menikmati layanan ketuanrumahan yang
baik, diberi pula kebajikan dan perlindungan undang2 , mahu meninggalkan negara
mereka?
Bukankah negara mereka membangun bersama Islam, malah disebut
sebagai baldatun toiyyibatun warrabbun ghafur menjadikan Islam itu pemangkin hidup
seharian, dipimpin pula oleh khalifah2 yakni bayangan Allah dimuka bumi, dan
lain2 lagi gelaran, merupakan negara2 yang diredhai oleh Allah? Mengapa mereka
mahu tinggalkan negara2 ini dan membawa budaya membunuh orang lain yang
mempuyai sikap dan pendirian yang berlainan? Tiba2 mereka mendapat ilham dari
suara ghaib, bahawa negara yang menjadi tuan rumah kepada mereka, durhaka
kepada Allah dan mereka melakukan pembunuhan dan kekejaman?
Dalam kes ini mengapa mahu pergi ke America- negara setan besar?
Mereka pergi ke America untuk mengukir kehidupan yang lebih baik
untuk diri mereka dan anak2 mereka. Mereka mahu lari dan bebas dari pemerintah
yang zalim dan menindas. Bebas bukan bukanlah berertii bebas melakukan apa
sahaja termasuk yang tidak bermoral- bebas yang kita maksudkan ialah bebas dari
cengkaman pemerintah yang zalim, dan yang menindas dan mengganasi rakyat.
Amerika seperti kebanyakan negara2 barat mempunyai system pemerintahan
yang berbeza. Ia digelar sebagai demokrasi dan mungkin ini tersangat asing
kepada bangsa2 yang selama hiudp dibawah rejim kuku besi yang berselindung disebalik
label Islamik. Sedangkan sebetulnya, system pemerintahan dalam negara2 mundur
ini mengamalkan variasi ketuanan bangsa dan ketuanan Islam.
1 comments:
Sila terjemahkan ini dalam bahasa ingris. Ini patut dibaca olih semua yang menetang President Trump. TK.
Post a Comment