Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Friday, 2 December 2016

Yang UMNO Tidak Beritahu Kita



Kita dah dengar kenyataan2 bebal dari PWTC. Inilah hari2 sebahagian orang Melayu memuliakan kebebalan, pembohongan dan keangkuhan. Tidak pernah terjadi dalam sejarah bangsa Melayu, sebahagian Melayu memuliakan pencuri, pembohong dan pezalim. Tapi ianya berlaku dalam zaman Najib Razak.
Ianya pasti datang- satu hari gerombolan UMNO memasuki rumah kita, mencabul dan meniduri isteri dan anak2 kita, kita akan kata- tidak mengapa kerana si pencabul sebangsa,dan seagama dengan kita. Lagi pun, tidak ada 4 saksi yang melihat perbuatan pencabulan dan peniduran tersebut. Bahkan, itu semua perancangan Allah sama seperti Allah memilih Najib jadi pemimpin sebahagian Melayu.
Mereka yang berkata demikian adalah penjenayah dan pembelot bangsa Melayu. Ada 3 ribu jenis mereka sedang bersidang di PWTC.
Kebebalan dan kebahlulan datang dari pelbagai lapisan pemimpin UMNO yang sedang bersidang. Dari jurucakap mereka yang tidak ada kapasiti berfikir. Jurucakap mereka yang menyebelahi pencuri dan gerombolan pencuri. Itu nya kebenaran yang kita pegang. itu sahaja yang kita perlu tahu.
Lain2 cerita tok nenek yang UMNO berikan- Melayu hancur jika UMNO hancur, DAP akan memerintah Negara, Mahathir pembelot bangsa- itu semua bahan2 yang sepatutnya keluar melalui lubang bawah tapi dikeluarkan melalui lubang atas.
Jika semua dan seluruh rakyat di Malaysia ini ialah Melayu, tapi terdapat juga suatu kumpulan yang menentang kemungkaran , apa sebutan kita beri kepada mereka? Ini golongan yang akan mengancurkan institusi penjaga kepentingan Melayu? Ini golongan yang akan memusnahkan Islam?
Apa jenis pandangan xenophobic yang kita dengar ini? Pemimpin UMNO mahu jadikan Melayu bangsa pengecut yang takutkan DAP yang hari ini hanya ada 37 MP, takutkan Cina yang jumlah semua nya 24% dan menjelang 2030 akan hanya berjumlah 15%?
Inikah keberanian pahlawan keturunan Bugis?  Yang cakap besar bila bahtera berkemudi, sauh diangkat, gendang perang ditabuh tabuhkan, pantang pendikar berpaling pulang?
Hei- kita juga anak jantan, tidurnya di puncak gelombang, mati nya ditengah gelanggang, yang tidak kenal air mata, yang tidak kenal tunduk kulai!
Apa yang kita harap yang membangun dari himpunan orang pencari keseronokan malam dan hanya bercakap kosong? Apa perkara besar yang kita harap dari orang yang condong kepada bercandu dan bermadat?
Apa perkara besar yang kita harap dari sebahagian Melayu yang bergantung kepada berian sedekah dari pemimpin mereka?  Apa yang diharap kepada sebahagian bangsa kita yang tidak akan mengerti bahwa hak ialah hasil usaha kudrat sendiri, bukan sesuatu yang diperolehi oleh gubalan undang2?
Kita tidak boleh bergantung harap kepada UMNO. Kita yang bergelar Melayu.
Jurucakap UMNO memihak kepada pezalim, pencuri, perasuah. Mereka adalah musuh bangsa Melayu dan bangsa Malaysia.
Allah itu ahli UMNO yang keberapa?
Kalau kita dengar ucapan pemimpin UMNO, maka kita rasakan Allah pun ahli UMNO. Sebab itu pemimpin mereka kata, Allah memilih Najib Razak. Tuhan mana yang pilih orang seperti najib? Ianya mesti Tuhan yang tidak baik kerana memilih orang yang tidak baik. Ianya pasti bukan Allah.
Sejak bila orang UMNO berwatakan agama dan tidak berhenti menyelit Allah dalam ucapan meraka? Siapa yang mengancam Islam?
Yang mengancam Islam ialah puak fascist  Islam. Yang mengancan Islam ialah orang UMNO yang munafik. Yang mengamcam Islam ialah kebebalan dan kebahlulan mereka yang menjaga institusi Islam.  Dan sekarang mereka hendak kuasa lebih dan mahukan hukuman yang lebih berat.
Jika demikian, tentulah Allah juga yang memilih Azmin, Guan Eng dan Ustaz Mohd Yaakob. Jika kita mesti taat kepada Najib, maka kita juga mesti taat kepada MB dan Ketua Menteri yang lain.
Allah bukan ahli UMNO. Dan Allah juga tidak hanya mendengar doa orang UMNO. Dia dengar juga doa orang yang tertindas dan dianiayai.
Perwakilan pencari keseronokan malam ini, menganugerahkan kepada diri mereka, hak untuk bercakap bagi pihak bangsa Melayu, bagi pihak agama Islam, bagi pihak Negara. Kita tidak mahu lagi bangsa Melayu diwakili oleh pleasure seekers  dan mereka yang menyamun harta benda rakyat atas nama bangsa agama dan Negara.
Bangsa Melayu bukan pencuri, Islam bukan agama yang menyokong kemungkaran dan salah laku, Negara ini bukan Negara penyamun, oleh penyamun untuk penyamun!
Dari Najib sampai kepada pemimpjn picisan UMNO- berhentilah berbohong, atau kita akan menceritakan yang benar mengenai kamu.
Melayu tidak akan mati kalau UMNO mati. Ada 18 juta Melayu dalam Negara kita sekarang. Ahli UMNO ada 3 juta. Ertinya, hanya 1 dari 6 orang Melayu ialah UMNO. Jika seorang ahli UMNO itu mati, ada 5 orang Melayu yang terus hidup tanpa orang UMNO.
Jika UMNO tidak memerintah negeri, orang Melayu tidak mati bergelimpangan. Kiamat tidak mendatangi orang Melayu. Langit tidak runtuh. UMNO tidak perintah Selangor- tidak ada orang Melayu yang mati bergelimpangan. UMNO tidak perintah Pulau Pinang—orang Melayu makmur dan kehidupan dibaiki lebih selesa dari yang UMNO dan BN lakukan. Tidak ada orang Melayu mati bergelimpangan. UMNO tidak perintah Sarawak- orang Melayu boleh hidup. UMNO tidak perintah Kelantan, orang Melayu boleh hidup.
Orang Melayu jadi susah jika kerajaan rasuah, pemimpin pencuri dan menzalimi rakyat. Selagi kerajaan baik, maka orang Melayu dan semua rakyat terjamin. Yang diperlukan bukan UMNO, tapi sebuah kerajaan yang baik dipimpin oleh pimpinan yang baik. Rahia kerajaan baik ialah pemimpin yang baik.
Kerajaan jadi jahat, jika pemimpin nya jahat, pemimpin nya rasuah, pemimpin nya mencuri dan pemimpin nya zalim.

13 comments:

Anonymous,  2 December 2016 at 11:06  

Salam

Saudara jangan cuba untuk menokok tambah tentang apa yang diucap oleh Najib terutamanya bila kenyataan saudara sedemikian "Allah itu ahli UMNO yang keberapa?
Kalau kita dengar ucapan pemimpin UMNO, maka kita rasakan Allah pun ahli UMNO. Sebab itu pemimpin mereka kata, Allah memilih Najib Razak. Tuhan mana yang pilih orang seperti najib? Ianya mesti Tuhan yang tidak baik kerana memilih orang yang tidak baik. Ianya pasti bukan Allah."

Jangan cuba memesong tentang Allah memilih Najib lantas terus saudara mengajukan soalan "Allah itu ahli UMNO yang keberapa?". Tiada niat langsung mengaitkan Allah sebagai ahli UMNO seolah2 saudara telah menjadikan Allah sebagai ciptaan. Nauzubillah. Insaflah saudara. Kalau kebencian saudara terhadap Najib janganlah ditulis perkara sedemikian. Ingatlah saudara kerana ini semua adalah takdir dari Allah untuk kita.

Bertaubatlah

Anonymous,  2 December 2016 at 11:53  

JANGANLAH TUNJUKKAN DIRI TU BODOH SANGAT.

Anonymous,  2 December 2016 at 13:13  

11.06
Memang itu tafsiran yg tepat dari ucapan najib. Mengapa anda takut ?

Anonymous,  2 December 2016 at 15:05  

Perhimpunan pelacur2 politik..yg menjilat dan makan dedak..

Labu8455 2 December 2016 at 15:44  

Anon 11:06 - kalau pencuri kita panggil pencuri ada salah tak ? Tapi timbul pulak persoalan apa bukti yang si pencuri tu mencuri ? Bukti pencuri tu mencuri ada banyak tapi malangnya si pencuri telah pula melantik kepala kepala yg bertindak melindungi pencuri ini hatta walaupun bukti yg ada terang benderang maka undang undang mengatakan si pencuri tidak mencuri kerana tidak dibuktikan nya di mahkamah. Persoalannya adakah sipencuri sudah menjadi "bersih" semata mata kerana pencuri tidak dibawa kemuka pengadilan kerana ianya telah dihalang oleh kepala kepala berkuasa yang dipilih si pencuri itu sendiri ?

otaiblues.blogspot 2 December 2016 at 16:29  

allah yg sama jiga memilih firaun.memilih benjamin nyatanahu
allah juga memilih hasanul bolkiah.
sekadar penyedap telinga umat islam malaysia ...

Anak bangsa 2 December 2016 at 17:16  

X sabo nak 'memangkah' umno..dlm Pru 14...

Anonymous,  2 December 2016 at 18:23  

Allah memilih yahudi membantai palestin..apakah kita disuruh duduk diam..

paspispus,  2 December 2016 at 20:03  

anon 11:06 pendedak tegar..!

I 2 December 2016 at 20:19  

Anda membaca tetapi tak fahan apa yang dibaca tu. Membaca dengan sikap prejudis..bias...kritisme tidak akan faham maksud apa yg dituliskan tu...maksud dato tu lain dari tafsiran anda....

Orang,  3 December 2016 at 00:05  

Gue nampak Tuan Empunya Blog(TEB) sedikit keterlaluan (histerikal) dlm mengutok pemimpin2 dan ahli2 UMNO.
1. Bukan semua pemimpin UMNO sependapat dgn pemimpin tertinggi,
2. Kesepakatan mereka mungkin tidak berdasarkan kesatuan pemikiran, atau 'aqidah'; faktor pengantungan kerjaya, pangkat dan ekonomi mungkin memainkan peranan. Sila amati cogan seperti "cash is king".
3. Kadar penderitaan sakit mental di Malaysia sangat tinggi, pengkaji2 meletakkan pada kadar 30%. Permahatian gue, kadar sebenar jauh lebih tinggi.
4. Pemahaman terhadap Islam sangat rendah. Satu kajian mudah semasa regim Abdullah Badawi mengenai konsep "Islam Hadari" yg dipromosinya dikalangan agamawan masyarakat seperti imam dan bilal mendapati bukan sahaja mereka tidak faham gagasan "Islam Hadari", malah menghurai erti perkataan Islam sahaja pun diluar kemampuan mereka.

Mungkin TEB dapat menghayati pendekatan 'sarkis' atau 'pesta' dlm dinamiks politik Malaysia, selain melihat gejala pemimpin parti yg mungkin turut memandang rendah ahli2 parti seperti hanya untuk dijadikan alat, sekaligus memangsakan mereka untuk agenda2 tertentu disamping menumpukan pegantungan kpd apparat pentadbiran seperti ketua2 hukum, kepolisian, media dll.

asmara 3 December 2016 at 03:53  

Satu wadah pengetahuan yang sangat bermenafaat kepada perjuangan menentukan hala tuju orang2 melayu ...syabas...

UJIAN,  13 December 2016 at 09:49  

memang Allah pilih najib utk jadi PM, untuk diuji akan kejujuran amanah dan kepimpinannya. jika betul jalannya maka akan dibalas baik, jika tidak maka azab akan menunggu.

begitu juga Allah memilih pemimpin pembangkang dan umat menjadi warganegara ini.. untuk diuji apakah mereka berperanan menegur atau membodek mendedak pemimpin yg menyeleweng.

jika mereka menegur dan berusaha mencegah kebejatan pemerintah maka ditangguh lah bala dan mereka akan dibalas baik. jika mereka membiarkan apatah lagi redha maka tunggulah azabnya.

begitu juga rakyat jelata. mereka diuji apakah hanya menjadi penonton kemungkaran, jika mungkar apakah mereka redho atau menentang, jika menolak kemungkaran maka balasan baik akan diterima. jika membiar atau redho kemungkaran pemerintah, maka tunggulah azabnya bersama pemerintah yg mereka sokong itu.

maka beraturlah kita semua mengikut pemimpin yg kita ikut di dunia ini. dan amatlah terlewat utk berbalah sesama pengikut dan pemimpin di sana nanti kerana tempat mereka sudah disediakan.

sementara di sini, fikir2kan.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP