Najib dan Rohingya- Tuhan sudah tetapkan maqam masing2
Saya terfikir, sebagai
respons kepada beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh perwakilan UMNO, jika Allah
telah memilih tempat2 bagi semua orang dan memilih Najib sebagai ketua kerajaan
buat masa ini, tidakkah tempat dan keadaan Rohingya juga telah ditetapkan oleh
Allah? Jadi mengapa harus kita membetulkan ketetapan ini?
Jika demikian, manusia
tidak perlu berusaha mengubah dan menukar apa2. Kenapa UMNO menukar Muhyidin jika ini prinsip pengaturan Tuhan?Untuk prinsip ini sahih sekarang, ianya juga mesti sahih beroperasi ketika Allah memilih Muhyidin ketika itu.
Ini kerja Tuhan, janganlah manusia hendak memandai mandai.
alhasil, jawapan nya ialah ianya semua politik poket sendiri. Yang berkuasa akan memperkudakan agama untuk menjustifikasikan keberadaan nya ditampuk kuasa.
Jika kita melanggani idea perwakilan UMNO, ini suatu pemikiran yang merugikan bangsa kita. Kita berusaha membaiki keadaan dengan berinteraksi dengan alam sekitar. Dengan menguasai alam sekitar, kita mengobah dunia. Tugas semula jadi Muslim yang sejati ialah menukar keadaan, dari mungkar kepada maaruf. Dari kejahatan kepada kebaikan. Mana2 cubaan untuk mengekalkan status quo berlawanan dengan tugas semulajadi Muslim sejati.
Ini kerja Tuhan, janganlah manusia hendak memandai mandai.
alhasil, jawapan nya ialah ianya semua politik poket sendiri. Yang berkuasa akan memperkudakan agama untuk menjustifikasikan keberadaan nya ditampuk kuasa.
Jika kita melanggani idea perwakilan UMNO, ini suatu pemikiran yang merugikan bangsa kita. Kita berusaha membaiki keadaan dengan berinteraksi dengan alam sekitar. Dengan menguasai alam sekitar, kita mengobah dunia. Tugas semula jadi Muslim yang sejati ialah menukar keadaan, dari mungkar kepada maaruf. Dari kejahatan kepada kebaikan. Mana2 cubaan untuk mengekalkan status quo berlawanan dengan tugas semulajadi Muslim sejati.
Fakta nya, orang
menetapkan maqam masing2 mengikut perkiraan yang menguntungkan diri sendiri. Dalam
keadaan diasak dan dibenci, hubaya dan suruhan Najib menetapkan maqam
Najib sebagai dipilih Tuhan. Tuhan jugalah yang menetapkan maqam mereka
yang menentang Najib. Bukan itu lojik
perwakilan UMNO dan Zahid Hamidi?
Mengeluarkan kenyataan
demikian tidak perlu mengggunakan akal rasional. Ia hanya memerlukan asakan
emosi dan memuji diri sendiri dengan menepuk belakang sendiri. Ini contoh
terkotor bagaimana agama diperkudakan oleh politisyen UMNO.
Sebaliknya, untuk menerangkan
mengapa Najib perlu di usir, memerlukan penghujjahan yang rasional, dan tenang.
Ciri2 ini sukar dicari dikalangan perwakilan UMNO yang seorang pun tidak
membahaskan isiu serius mengenai orang Melayu.
Saya asalnya, tidak mahu
komen pun mengenai tersibar nya surat
ajakan Zahid Hamidi dan pembentukan kabinet bayangan Zahid. Mengenai budaya
UMNO ini, saya ada pengetahuan dan pengalaman sedikit. UMNO- jika dia tidak
kelahi dengan pembangkang, mereka akan kelahi sesama sendiri. Itulah keperangaian kedua, second nature mereka.
Perjuangan mereka ialah mendapatkan kuasa kerana kuasa itu kunci pengkayaan diri dan konco2 mereka. Jadi kalau ada kekacauan, ianya kerana mereka sendiri berbalah. Kedua kumpulan yang berbalah yakin- alangkah baik nya negara ini, kalau orang macam baik macam aku yang menguasai Negara berbanding dengan puak lagi satu.
Perjuangan mereka ialah mendapatkan kuasa kerana kuasa itu kunci pengkayaan diri dan konco2 mereka. Jadi kalau ada kekacauan, ianya kerana mereka sendiri berbalah. Kedua kumpulan yang berbalah yakin- alangkah baik nya negara ini, kalau orang macam baik macam aku yang menguasai Negara berbanding dengan puak lagi satu.
Janganlah kita percaya,
cakap Najib bahawa ini semua angkara parti pembangkang- parti pembangkang tidak
ada kena mengenai dengan trick2 kotor seperti ini. Kita tidaklah se amateurish
dan sebodoh seperti budak2 UMNO. Percayalah, ianya semua kerja budak2 UMNO.Kita tidak keluarkan dokumen dan surat seperti yang tersibar sekarang.
Sama ada budak Najib yang
mahu create public opinion atau kerja budak2 Zahid yang bertujuan serupa. Selalunya
apabila sang timbalan presiden membuat perakuan taat setia, anda semua boleh
agak, ada pergolakan besar yang berlaku. Kem Najib sedang menyelongkar kem
Zahid. Najib mahu orang sedarah sedaging untuk mengetuai Negara ini kerana dia
lebih percaya bahawa Hisham akan melindungi sedarah sedaging. Berbuih mulut
Zahid berikrar taat setia, dibelakang kepala Najib, Zahid masih macai Anwar
Ibrahim.
Parti pembangkang punya
penglibatan ialah sebagai penonton mahu melihat bagaimana sandiwara dalaman
UMNO ini mahu terburai dan berterabur di permukaan.
Kembali kepada perhimpunan
Agong UMNO. Tidak ada perwakilan UMNO yang kenyang dan gendut perut bertanya, kenapa
semenjak 1970 sehingga 2014, pendapatan purata bulanan isi rumah golongan
Melayu B40( 40% terbawah) ialah RM2367? Itu bererti seluruh golongan B40 layak
diBR1Mkan. Majoriti Melayu dibawah naungan dasar ekonomi UMNO adalah golongan miskin.
Itu hampir 50 tahun. Pendapatan
kelompok Melayu terpilih 20% teratas mencecah RM12,630 sebulan. Dan antara
2012-2014, sementara pendapatan bulanan B40 meningkat sebanyak RM681, pendapatan
kelompok terpilih, meningkat sebanyak RM1964? Mengapa ada kesenjangan seperti ini?
Ini berlaku keatas orang
Melayu sedangkan UMNO menguasai kerajaan semenjak 1955 dan memimpin Melayu
sejak 1946.
Ini terang membuktikan
bahawa dasar ekonomi yang parti UMNO jalankan, yang disokong oleh tong2 kosong
dan windbag UMNO menyebelahi kelompok terpilih.
Najib seronok dengan
pujian membabi buta demikian. Dia mulai mempercayai pembohongan nya sendiri. Maka
dia pun bergentayangan dengan perasaan dia lah Melayu dan Muslim terbaik di
Malaysia. Apalagi bila Zahid Hamidi dan mereka yang semikiran Zahid menyebut
bahawa Najib ialah pilihan Allah.
Sikap inilah yang dibawa
nya semasa berjamboree dengan Lebai Hadi memprotes terhadap kerajaan Myanmar.ya- inya sati jamboree meraikan Hadi dan lebai2 malang PAS.
Dalam perhimpunan bersama Haji Hadi sebagai memprotes terhadap kerajaan Myanmar, bukan main lagi Najib. Melaungkan
solidarity untuk Rohingya yang tertindas; mengecam aung san suu kyi( sebut
ongsan suci) , mengecam kerajaan tentera Myanmar. Najib melaung dan bertempek-
adakah mereka ingat saya akan tidur lena? Saya akan bela mereka kerana bukan
sahaja mereka itu Islam, tapi juga manusia. Apa nak jadi jadilah.
Apa dah jadi
Apa dah jadi
Sampai sekarang tak kahwin lagi
Apa dah jadi
Apa dah jadi
Kalau tak kahwin menyesal nanti
Apa dah jadi
Apa dah jadi
Sampai sekarang tak kahwin lagi
Apa dah jadi
Apa dah jadi
Kalau tak kahwin menyesal nanti
Apa dah jadi
Hanya masa yang sesuai
sahaja yang tinggal. PAS akan membantu UMNO untuk kekal kuasa. Kerajaan PAS
yang menggondol balak di Kelantan, akan terus menyokong Najib yang menggondol
perbendaharaan Negara .
Maka, PAS pun dilamar oleh
Najib. Jika tidak Najib akan menyesal. Perkahwinan politik dengan PAS lah yang
akan menyelamatkan Najib untuk kekal berkuasa. Najib kena main sentiment perkauman
dan agama. Dua perkara ini sedang diancam DAP Dajjal.
Kerana jika gagal
perkahwinan ini, nasib bangsa Melayu akan malang. DAP akan menjadi pemimpin
parti pembangkang, sebab melayu yang ada dalam parti2 lain semua nya lembik
tidak bertulang belakang dan lembab. Semua kepentingan Melayu- bangsa, agama,
raja2 Melayu akan musnah. Institusi yang menjaga kepentingan Melayu istimewa, FELDA
FELCRA, TABUNG HAJI, KHAZANAH, semua GLC yang menyalurkan dana kepada UMNO akan
ditutup. Pemimpin Melayu yang menyamun dan merompak akan diadili.
Tergamam PAS mendengar
ucapan dan semangat yang ditunjukkan oleh Najib. Inilah orang yang bercakap mengenai
maqasid shariyah, wasathiyah dan yang ber- ya hana na. Sekarang dia
dalam jemaah kita bersolidariti dengan Rohingya.
Inilah contoh keperibadian
Muslim yang baik dan wajib disokong. Mengenai Najib melanun melalui 1MDB- mana
ada bukti? Lagi pun kemungkaran boleh dimaafkan kerana Najib itu segama dan
sebangsa dengan kita. Takbir!
Tapi mengenai sandiwara,
Tuhan sudah pun memberitahu kita lebih 1400 tahun dulu. Ada suatu manusia, yang
ucapan dan penceritaan nya mengenai
dunia ini akan memukau kamu dan dia menyebut Allah sana dan sini. Tapi ia sebenarnya
musuh kamu. Apabila dia membelakangi kamu, dia membuat onar diseluruh muka
bumi ini, memusnahkan ladang dan ternakan. Allah murka kepada mereka yang melakukan
kemusnahan. Lihat Al Quran 2: 204-205.
Apa yang Najib sudah
lakukan? Dia telah memusnahkan perladangan. Hari ini, peneroka Felda sudah
dijadikan hamba pada FGV; dia memusnahkan industri ternakan lembu melalui NFC. Hari
ini, kita import keperluan daging pada tahap 75% dan pengimpotan tersebut
dilesenkan kepada 23 syarikat. Nilai industry import daging ini, berbillion
Ringgit.
Najib melindungi golongan
istimewa yang mengayakan diri atas laungan agama, bangsa dan Negara. Dan Haji
Hadi serta PAS merestui dan sekarang menyokong Najib dan arti UMNO.
Bagaimana kita menerangkan
sikap Haji Hadi dan UMNO?
Ianya juga bukan suatu
yang menghairankan. Golongan munafik, mereka ada kesefahaman sesama sendiri,
mereka akan sokong antara satu sama lain. Ini juga diduga dalam Al Quran.
Si munafik, lelaki dan
perempuan ada kesefahaman antara satu sama lain. Mereka menyeru kepada
kemungkaran dan menyekat apa yang adil dan menggunakan kuasa, wang untuk bantu
membantu satu sama lain. Mereka melupakan kuasa yang kebih besar dan yang lebih
kaya, iaitu Allah; maka, Allah akan melupakan mereka nanti. Sesungguhnya, si
munafik adalah golongan pendurhaka dan jahat. Lihat al Quran 9: 67
Balasan kepada golongan
ini ialah api neraka. Mereka akan tinggal disana. Mereka dilaknat oleh Allah
dan kekal dihukum. Al Quran 9: 68.
Bagaimana kita mahu
membela kaum Rohingya di Myanmar jika dalam negara kita, Rohingya diciskan? Cis
Rohingya pengemis! Setakat ini, persepsi orang ramai terhadap Rohingya ialah
mereka peminta sedekah, berhimpun didepan pintu masjid, menjual permata, mengetuk
tingkap kereta meminta wang. Mereka juga ditindas dan dieksploitasi dalam negara
kita, tinggal dibawah jambatan atau rumah sewa didiami oleh sekampung jenis
mereka.
Mengapa Najib tidak beri
mereka status orang pelarian, menyediakan tempat tinggal dan menjaga mereka?
Saya tidak fikir Najib
atau Rosmah mahu mendekati mereka.
Tapi Rohingya menawarkan
laba politik. Ianya isiu yang memesongkan perhatian rakyat terhadap kemungkaran2
lain yang Najib lakukan. Isiu 1MDB sedang menjerut leher najib dan hubaya2 nya;
rakyat kian membenci incompetence Najib mengurus ekonomi Negara, rakyat menolak
rancangan Najib melaga lagakan rakyat satu dengan lain. Orang Melayu disuruh
membenci orang Cina sedang najib dan pemimpin UMNO, tanpa pengecualian menjalankan
bisnes dengan orang Cina. Bahkan Najib menjual asset Negara kepada China kerana
meminta bantuan menyelesaikan masaalah kemungkaran yang dilakukan oleh Najib.
Keutamaan najib ialah
menyelamatkan dirinya, tidak kira apa kos nya kepada rakyat. Jangan kita biarkan kita diperlakukan
sewenang wenang nya.
Kepada sebahagian dari
kita, ia menjadi tanggung jawab untuk menyusun diri kita menyeru kepada
melakukan kebaikan, keadilan dan pembetulan kerana itulah keselamatn dan
kejayaan.
4 comments:
Salam Dato,
Semasa perhimpunan UMNO, saya lihat ucapan-ucapan pimpinan tinggi tidak ada nilai langsung. Semuanya sifat mengampu, membodek dan tah apa lagi .... macam sampah. Gurau-gurauan semuanya mloyakan dan nak muntah kita mendengarnya.
Apatah lagi perbincangan orang UMNO, Professor Kangkung dalam siaran TV, macam tu juga. Betul-betul macam rakyat Korea Utara ... semuanya serba takut menyatakan kebenaran. Seolah-olah membaca skrip yang di sediakan oleh Najib. Professor sebegini tak ada kelas langsung.
Ini tidak kita lihat di negara maju macam UK, US, AUstralia dll. Lihat negara maju semacam Korea Selatan, beribu-ribu rakyat keluar ke jalanraya menuntut Presiden letak jawatan, kerana di tuduh rasuah. Adakah kita lihat Korea Selatan runtuh ekonomi gara-gara adanya tunjuk perasaan? Semakin ramai pelancong datang ke Korea Selatan. Orang tidak mnjatuhkan kerajaan, tapi singkirkan seorang pimpinan individu yang korup.
Minta maaf kata, saya boleh katakan Pak Najib ini haramjadah dan bahlol. Adakah orang yang menyatakan kebenaran dikatakan "pengkhianat negara", menjatuhkan kerajaan?
Yang paling bodoh dalam segala hal, ialah bila [sebahagian] rakyat yang kais pagi makan pagi, budak rempit hantu malam, budak Universiti yang semacam tak ada otak bila Najib terang-terang merompak di siang hari, masih lagi menyokong si biawak ini. Malulah saya lihat belajar-belajar tinggi-tinggi tapi fikiran macam orang kena Schizophrenia.
Malu saya masih ada lagi orang suka bergayut kepada seorang individu bernama Najib yang pondan, pengecut, tak pandai berbahas dan perompak. Patutlah wakil UMNO di Parlimen di katakan "sial". Najib sendiri selalu tak nampak dalam Parlimen .... dan orang macam sial inilah yang disuruhnya berbahas di Parlimen. Pasir Salak tidak salah. Yang salahnya ialah wakil rakyat UMNO yang suka menyalak tak tentu pasal dalam Parlimen. Betul kata Sudin, lain ditanya lain dijawab. Kasihan rakyat bila ada wakil rakyat UMNO yang "pekak" dalam Parlimen.
Saya sokong penulisan Dato yang sangat bernas dan boleh mengajak pembaca memikir dan menilai keadaan semasa.
Sir V.S. Naipaul
(Beyond Belief—Islamic Excursion Among the Converted People)
Islam is in its origin an Arab religion. Everyone not an Arab who is a Muslim is a convert. Islam is not simply a matter of conscience or private belief. It makes imperial demands. A convert’s world-view alters. His Holy places are in Arab lands; his sacred language is Arabic. His idea of history alters. He rejects his own. The convert has to turn away from everything that is his. The disturbance for societies is immense, and even after a thousand years can remain unresolved. In the Islam of converted countries there is an element of neurosis and nihilism. These countries can be easily set on the boil.
./mkh
Salam Datuk..artikel yang menyentuh harap2 the dUMbNOs faham.,ayuh pembaca budiman..kita sebarkan
semenjak kejatuhan anwar Malaysia sudah kelihatan tidak ada pemimpin berwibawa lagi.
ini bermakna jika trend berterusan Malaysia akan menuju ke bawah. kehancuran. terlalu banyak index samada ekonomi rasuah atau social yg boleh dijadikan ukuran. jgn dinilai dpd apa yg dihias depan mata oleh pemimpin yg memerintah. jgn dinilai dpd percakapan manis mereka itu.
jika Negara semakin baik tidaklah rakyat mengeluh dgn sara hidup yg merudum hari ke hari. jika gst dan kenaikan harga setiap barang keperluan itu adalah baik dimata pemimpin, maka kejatuhan nilai ringgit juga hendaklah ditepuk beramai2 sebagai baik. kenapa najib kata nilai ringgit akan pulih. pulih bermakna sedang sakit dan akan beransur sihat.
rentetan dpd pemimpin2 kurang wibawa ditambah lagi dengan kenyataan zahid mengatakan najib adalah ketetapan Tuhan untuk memerintah. Siapapun ahli sunnah yg faham akan mengatakan bahawa Allah tidak memaksa seseorang untuk menjadi sesuatu dan melakukan sesuatu. Manusia diberi kebebasan melakukan sesuatu samada baik atau buruk. Pentadbiran sebenar dan total Tuhan hanya akan dilaksana diakhirat nanti. Bermula daripada barzakh. Disana kita tidak ada pilihan melainkan akan akur sahaja semua kehendak dan dasar2 Tuhan.
Apabila kita diberi kebebasan maka tidak dinafi ‘campur tangan’ Tuhan yang meletakkan seseorang pada sesuatu kedudukan. Ini sahaja tidak cukup kerana ia fahaman tidak masak. Bukankah Tuhan mengatakan setiap jiwa akan diuji? Maka selain mengatakan setiap sesuatu itu berlaku dengan kehendak Tuhan, maka jgn lupa disitu ada ujian yang sedang berjalan sesuai dengan keadaan seseorang itu. Jika ditakdirkan jadi pemimpin maka ia sedang diuji. Bukan jawatan itu satu anegerah yang membolehkan seseorang itu buat suka hati ‘mak bapak dia’ saja.
Setiap nikmat atau kesusahan tetaplah ia satu ujian. Semakin besar nikmat makin getir ujian, jika lulus balasannya sangat besar dan jika gagal maka hukumannya sangat pedih. Maka perlulah zahid mengingatkan ketuanya akan ujian yg sedang berlangsung seiring dengan nikmat dan kuasa yang ada.
Dan manusia ini dalam keadaan terdesak untuk membodek, maka agama juga yang akan digunakan sebagai alat. Dalam keadaan ada kepentingan maka yg tidak biasa takbir pun sudah pandai bertakbir. Sedangkan makna takbir adalah mengaku Maha Besarnya Tuhan, bukan aku yg terbesar di Malaysia ini.
Post a Comment