Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Tuesday, 16 February 2016

Bila kita korbankan prinsip dan nilai, maka rosaklah bangsa kita



Bila kita dengar dan baca kenyataan2 dangkal yang dikeluarkan oleh pemimpin UMNO, dari tidak hendak komen, kita diransang untuk menjawab. Kita tidak boleh biarkan ianya, yakni perlekehan keatas rakyat berlalu begitu sahaja.
Rakyat kita diugut, dipicit, dibuli dan dihina cerdik mereka/insult their intelligence, tapi mereka tetap sokong pihak yang melakukan angkara durjana keatas mereka. Mustahil anak watan negara ini, terutama orang Melayu tersangat jahil dan lembab.
Penghinaan kecerdikan kita mesti diberhentikan. Menteri dan pegawai kerajaan berhentilah dari mengeluarkan kenyataan bodoh. Jika kita menerima mediocrity sebagai kebiasaan, maka merendahlah bangsa Melayu.
Jika kita kompromi nilai2 mulia alamat bangsa Melayu dikondem untuk jadi bangsa yang tidak berprinsip walaupun setiap bangun pagi, mengistiharkan mereka pendukung nilai2 Ilahi. Lihat Quran 2:138.
Tapi kita Melayu melakukan yang bertentangan. Kita julang perasuah. Kita sokong yang lakukan mungkar. Kita terima kekoro-an/mediocrity. Jadilah bangsa Melayu bangsa yang tidak berprinsip dan bangsa yang menerima mediocrity.
Inilah sebab2 yang menerangkan, walaupun kita dipijak, dipicit, kena buli, cedik kita dihina, kita mengundi gerombolan yang serupa untuk mentadbir negara kita.
Apa yang kita harap dari pimpinan yang mediocre selain dari hasil yang koro?
Hanya beberapa minggu yang lalu, rakyat memperlekehkan kelayakan MB kedah. Sebetulnya kelayakan seseorang bukanlah isiu yang besar jika kita mengingati bahawa setiap orang mempunyai peranan yang tertentu.
Orang Melayu dahulu2 sudah menyedari akan penjodohan seseorang dengan tugasan mereka, yakni mesti setimpal dengan kelayakan dan kejadian mereka- yang bererti orang Melayu dulu2 sudah faham konsep meritokrasi.
Jika kita compromise on decent standards, maka rosaklah bangsa Melayu.
Maka bergantang mereka yang mempertahankan kelayakan MB kedah yang baru. Mediocrity dimuliakan dengan penghujjahan yang meletihkan. Kita tidak peduli dari mana university, kolej  atau sekolah ahmad Bashah datang- isiu yang penting ialah jika kita orang Melayu enggan mendesak pemakaian standard yang tinggi, maka bersedialah kita menerima hasil yang mediocre. Jika kita enggan menjodohkan sesuatu amanah/urusan itu dengan orang yang setimpal layaknya, maka hasil nya, ialah mediocrity.
Ini masaalah orang Melayu. Meletakkan mereka yang tidak kena pada tempat nya. Sedangkan Quran menyuruh kita memberi amanah dan kepercayaan kepada mereka yang berhak menerima nya dan yang berhak menerimanya pula, apabila menjatuhkan hukum dan pertimbangan keatas orang lain, akan melakukan dengan prinsip keadilan. Quran 4:58
Oang Melayu dahulu2 lebih cerdik dari Melayu zaman sekarang. Mereka faham konsep meritocracy yakni meletakkan seseorang pada jawatan nya sesuai dengan kelayakan nya. Jika tidak maka, rosak masyarakat.

Yang pekak pembakar meriam
Yang buta pemghembus lesung
Yang lumpuh penghalau ayam
Yang pekung penjemuran
Yang kurap pemikul buluh

Perlatikan Ahmad Basah sebagai MB Kedah menunjukkan kepada saya, bahawa bangsa Melayu sedia dan rela compromise tuntutan untuk standard yang tinggi. Bila kita sedia menerima mediocrity atau kekoro-an sebagai amalan biasa, bangsa Melayu lama kelamaan akan jadi mediorcre.
Dari suatu hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah- Nabi kata bila amanah disia2kan, maka nantilah hari kiamat. Dan amanah disia2kan bila sesuatu urusan diberikan dan diserahkan kepada yang bukan ahli nya.
Kita tidak kisah apapun kelayakan Ahmad Bashah ada, atau mana2 MB lain ada- tapi bila kita serahkan amanah kepada yang tidak setimpal kelayakan nya, maka kita akan hanya boleh expect mediocrity dan kerosakan. Kita tuai apa yang kita semai.
Dan orang Melayu bila sudah sedar pun tidak mahu mengkoreksi kesilapan mereka.
Ada menteri kata OSA perlu untuk buat kerja. Adakah undang2 digunakan untuk melindugi keslahan dan salah laku? Jika ya, maka ada yang tidak betul pada undang2 yang demikian. Undang2 bukan ujud untuk melindungi mischief.
Bangladesh dan perkerja asing dibawa masuk kerana bangsa Malaysia tidak suka melakukan kerja 3D- dirty, dangerous and difficult. Kerja2 yang kotor, bahaya dan susah. Belia kita yang menganggur sudah jadi lembik kerana bercandu dan bermadat agak nya. Tapi berapa ratus ribu anak bangsa Malaysia yang melakukan kerja 3D di Singapura dan lain2 negara?
Apa special sangat mengenai Bangla ini selain dari menjadi keasyikan kepada gadis2 Melayu memandang mereka? Berhentilah menteri membodohkan rakyat. Sebab yang sebenar ialah kerana gaji yang dibayar rendah dan ada pihak yang buat duit membawa masuk perkerja asing.
Orang Melayu terutamanya sepatutnya risau mengenai pembanjiran perkerja asing tidak kira dari mana. Mereka ini merampas kerja2 yang sepatutnya pergi kepada anak watan, perkerja asing menghantar balik berbilion Ringgit ke negara asal, dan mereka lama kelamaan mengujudkan budaya asing.
Apa nak jadi kepada orang Melayu? Kita ada seorang PM yang berdepan dengan 1001 tuduhan rasuah, dilihat sebagai perasuah, diyakini melakukan rasuah mahu menghina seorang bekas PM yang mentadbir negara ini selama 22 tahun, orang Melayu tidak menghiraukan nya malah rasa ok.
Bererti orang Melayu suka menyebelahi pihak yang jahat. Dan pada golongan seperti ini, kita meletakkan masa depan negara kita?
Isiu derma RM2.6 billion belum selesai kecuali semua orang Melayu adalah bangsa yang tidak ada nilai2 murni dan mulia. Jika beginilah, maka golongan Melayu tidak boleh jadi umat wasathiyah yang jadi contoh teladan kepada bangsa umat lain.
Siapa yang hendak jadikan bangsa Melayu sebagai contoh, jika bangsa Melayu memuliakan rasuah dan menyerang golongan yang menentang rasuah dan salah guna kuasa?

4 comments:

Anonymous,  16 February 2016 at 13:47  

You write well but I can guarantee that what you wrote will fall into the deaf ears of bangsa Melayu.

Anonymous,  17 February 2016 at 00:15  


Melayu bodoh dari zaman hang tuah menurut perintah pengusa yg zalim tanpa usul periksa .pemimpin diangkat malaikat tiada cacat cela perbuatan.kita melayu mewarisi sikap itu tanpa rasa bersalah pada Tuhan

Nenekghuffran,  17 February 2016 at 21:18  

Saya sgt setuju dgn Dato',
Segala yg Dato' tulis telah lama saya fikirkan. Dalam situasi skrg terasa malu sebagai org melayu disebabkan pemimpin yg membuat onar ialah melayu...yg menyokong dan bersubahat kebanyakannya melayu... Islam dijadikan spt pakaian semata-mata kerana boleh ditukar-tukar mengikut citarasa dan suasana bagi menghalalkan cara....

Anonymous,  18 February 2016 at 01:05  

Salam Dato', ini lah yang katakan dalam banyak hadith Nabi SAW, salah satu tanda akhir zaman bila mana yang yang betul jadi salah, yang haram jadi halal, pemimpin kejam di kata betul dar macam 2 lagi perkara mungkar lepas bagiu sahaja. tak payah pergi jauh . Cerita kes Najib paling jelas menunjukkan kemungkaran boleh lepas bagitu sahaja. Pendek kata ini zaman mereka. Buat apa saja akan terlepas.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP