Balasungkawa atau Pengiktirafan?
Di TV kita disajikan dengan penceritaan dan
pengkisahan mengenai Najib. Ia tontonan yang menarik. Ramai orang akan mengkagumi
penceritaan yang dilakukan ketika penerimaan Najib oleh masyarakat berada pada
tahap yang paling rendah.
Adakah pengkisahan Najib ini akan menggerhanai
skendel 1MDB dan derma/sedekah RM2.6 billion? Siapa yang beri kuasa kepada
Najib mengembalikan derma untuk UMNO?
Tapi macam orang Inggeris kata- I am getting
ahead of myself. Kita akan bahas isiu itu kemudian. Sekarang, kita komen
mengenai balasungkawa atau orbituary politik Najib.
Ya- pengkisahan mengenai Najib seperti
suatu balasungkawa. Jika ia dilakukan pada tahun 2009 bila Najib ambil alih dari Pak
Lah, mungkin penceritaan nya, disifatkan keraian. Tapi sekarang? Setelah 7
tahun jadi PM? Ia seolah olah balasungkawa atau political obituary.
Mungkin Najib akan diingati sebagai orang
yang memusnahkan UMNO. Dia tidak memberi kepimpinan kepada UMNO. Apatah lagi
memberi kepimpinan kepada Malaysia.
Dia jadi MP ketika berumur 23 tahun. Siapa yang
akan percaya pada usia yang begitu muda, telah timbul kesedaran politik dan social?
Maka, apabila Najib berkata , sudah ada kesedaran demikian, sukar untuk
dipercayai. Ia nya rationalisasi pasca fakta. After the fact rationalisation.
Tapi mengapa mahu meraikan 40 tahun
berpolitik? Tengku Razaleigh lebih lama berpolitik dan masih ada dalam
parlimen. Lim Kit Siang sudah 50 tahun berpolitik. Tapi tidak ada keraiaan.
Kerana mereka tidak menguasai kompleks industry
media. Najib yang kuasai. Maka bolehlah dia melakukan nya. Dan hari ini, kita telah lihat Malaysian Insider di sekat penyiaran nya. alasan nya ialah ia menyiarakan kritikan terhadap Najib.
maka banyaklah siaran dan laman web yang diletakkan dikerusi letrik sekatan oleh kerajaan. Inilah kerajaan yang dipimpin oleh seorang ketua yang semakin hari takutkan rakyat nya.
maka banyaklah siaran dan laman web yang diletakkan dikerusi letrik sekatan oleh kerajaan. Inilah kerajaan yang dipimpin oleh seorang ketua yang semakin hari takutkan rakyat nya.
Kembali kepada pengkisahan 40 tahun Najib berpolitik. Selalu nya, perbuatan ini menyusuli pemimpin
apabila mereka bersara. Mungkin Najib akan di bersarakan dalam masa terdekat. Setalah bersara, orang akan tahu bahawa Najib hanya memulakan non-standards yang akan dilupakan.
Saya bukanlah mahu mencuri halilintar
cerita Najib. Kebetulan saya berasal dari Pekan; suka lah saya ingatkan orang
ramai bahawa Najib mendapat jawatan MP Pekan bukan berkat usaha- tapi dia
mewarisi nya. Kepada saya, dari sebermula, Najib telah menjiwai rent seeking mindset.
Perlakuan atau behaviour seorang rent seeker
ialah dia mendapat pulangan bukan hasil
dari menghasilkan atau mengusahakan pengeluaran sesuatu, tapi mendapat pulangan akibat
mempunyai hak milik keatas sesuatu.
Najib mendapat hak milik keatas kerusi MP
Pekan.
Kedua, pemilihan Najib adalah akibat
mengaitkan nya dengan Tun Razak. Tun Razak seorang pemimpin agung, maka ,
hujjah lazim, ialah tentulah si-anak mewarisi bakat kepimpinan. Dia dipilih , sebab
fakta nya, dia anak Tun Razak.
Dalam istilah sosioloji, ini disebut sebagai
ascriptive behaviour. Yakni mencirikan Najib dengan sifat2 kepimpinan
disebabkan status nya sebagai anak Tun Razak. Ini berbeza dengan achievement kriteria-
yakni memilih sesorang sebagai pemimpin bersandarkan apa yang dia sudah capai
dan akan capai. Atau dalam bahasa yang mudah, memilih kerana kebolehan dan
potensi.Kita pilih seorang sebagai pemimpin bukan sebab bapak nya, bukan sebab dia anak PM, anak penghulu, anak tok empat.
Ketika Najib menjadi MP Pekan, dia unknown quantity. Kepada anak2 muda Pekan yang revolusioner ketika itu, pada usia 23
tahun, Najib mempunyai reputasi sebagai penyemai bijirin liar.
Sekarang setalah 40 tahun berpolitik, akhir
nya, ayam kembali ke kepok atau the chickens have come home to roost. Perbuatan
nya yang mengejari nya, sudah menangkap nya. His deeds have finally caught up
with him.
Pada keraian 40 tahun, Najib lebih dikenali
sebagai arkitek 1MDB dan derma RM2.6 billion. Skendel2 ini akan menjatuhkan
nya.
Bila Najib cakap dia akan selamatkan UMNO-
saya tahu kita dalam bahaya. Ini ialah kerana yang mesti diselamatkan ialah
Malaysia. Dan ia akan selamat jika kerajaan yang dipimpin Najib diganti dengan
kerajaan nasional yang baru.
Apa pun pertahanan dan pembelaan yang dikemukakan oleh para
juak UMNO dan penulis upahan mereka, hari2 akhir untuk mereka sudah tiba.
Kita belajar dari sejarah. Diserata dunia,
penghujung kerajaan yang diktator ialah seperti apa yang berlaku hari ini. Rakyat
kian marah dan menderita- pemimpin dan kerajaan mengguna segala alatan penindasan
sahih seperti polis dan pegawai perundangan untuk menakut dan ugut rakyat. Dan
menggubal pelbagai rang undang2 menyekat
demokrasi.
Pemimpin bercakap mengenai merendah diri tapi mereka hidup dengan
angkuh dan gaya hidup bermaharaja. Semua ini berlaku pada penghujung pemerintahan pemimpin2 gagah seperti
Suharto di Indonesia, Marcos di Filipina, Pinochet, Fujimori, Hugo Chavez dan
banyak negara dalam dunia ini.
Penghujung pemerintahan mereka, perkara2
sepertiini berlaku;
·
Rakyat marah
dan menderita
·
Undang2
kuku besi bertambah2
·
Gaya hidup
pemimpin menjelekkan.
Najib kata dia punya kesabaran. Saya yakin
jika dalam PAU- ada lah orang UMNO yang akan menyamakan kesabaran Najib dengan
kesabaran Nabi Ayub. Tapi rakyat yang telah lama bersabar dengan karenah
kepimpinan kerajaan Najib bagaimana?
8 comments:
Pick and Choose any of the EPITAPH to be mortal-printed into the CHIEF-PIRATE's TOMBSTONE, if ever he got one :-
- " Go To Hell "
- " Rest In Hell "
- " Good Riddance "
- " Heaven's Forbid " He's locked out!
- " Serves You Right "
- " What 2.6 Billion Buy You (Only a GRAVE?)??? " This one Double-Whammy Questions!
- " Are You Rolling Now? "
- " 42 Million SRC's Money - No Clue! "
- " Say What You Like - I Can't Hear You "
- " Vent Your Anger - You Can Pee on My Grave " (If that makes one happy and relief)
- Add, Add, Add more Epitaph as in LIE and LIE and LIE and MORE LIES......
Note : In seriousness, we should have a little bit of humour!
Adakah Najib sesuai diberi gelar Bapa Menajiskan Malaysia? Ini kerana di era Najib inilah Malaysia diejek, dicaci, dihina dan dinajiskan oleh masyarakat dunia selain onar beliau yang telah menjatuhkan taraf ekonomi dan status sosial rakyat negara ini. Undang undang menjadi tunggang langgang dan diperkuda sesuka hati. Mingguling Najib tidak memadai melainkan pimpinan pemakan dedak juga harus dihapuskan dari kabinet baru Malaysia nanti. TOTAL REFORM IS REQUIRED TOWARDS MALAYSIA BARU!!!
"Najib kata dia punya kesabaran. Saya yakin jika dalam PAU- ada lah orang UMNO yang akan menyamakan kesabaran Najib dengan kesabaran Nabi Ayub. Tapi rakyat yang telah lama bersabar dengan karenah kepimpinan kerajaan Najib bagaimana?"
Sebenarnya kita rakyat biasa yang tercabar derita tetap bersabar. Sedangkan dia itu adalah penguasa yang mentadbir dengan wenang-wenang bermuka tebal tak mengaku dia bangang jemuan.
Rakyat melihat najib sekarang mcm kutu babi yg mengigit dikulit.nak tarik keluar punya la liat dan sakit,nak di biar bertambah sakit dah gemuk dgn darah..
http://nypost.com/2016/02/28/malaysia-goldman-sachs-and-mystery-millionaire-probed-in-one-of-worlds-largest-frauds/
Machai of Rosmah?
Teman-temanmu ada tiga dan musuh-musuhmu juga ada tiga. Ada pun teman-temanmu ialah temanmu sendiri, teman dari temanmu dan musuh dari musuhmu. Sedangkan musuh-musuhmu ialah musuhmu sendiri, musuh temanmu dan teman musuhmu.
“Ali Bin Abi Thalib”
Clinton said...
Itulah Dato, politik di Malaya ni, sebab bapa anak pun dapat habuan. Bukan kepalang sikit, mak ai berbukit-bukit habuan dunia dia dapat. Harta, takhta, pencuci mata, cahaya mata dsb. Tak payah dok mengaji teruk-teruk macam 95% rakyat Malaya yang lain. Pembangkang dan pemerintah pun sama saja. Yang bodoh ialah orang melayu yang meletak mereka di situ. Anak mamak kutty pun dah beliyon-aire. Anak Kak Ros comel pun apa kurangnya. Menjadi MP pada umur 23 atas faktor bapa tanpa rekod amat mendukacitakan. Bodohnya orang Melayu. Lihatlah hasilnya sekarang dan jika melayu masih pakai minda yang sama, hancurlah bumi kita.
Mujurlah iman itu tidak dapat diwarisi, Allah maha kaya. Teruskan perjuangan Dato. Hanya yang layak patut dipilih sebagai pemimpin kita dan bukan sebab BIN !!!
If a man has been a "leader" for 40 years and has to keep reminding the people who his father is, then he is not man enough to lead on his own...
Post a Comment