Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Wednesday 16 December 2015

Kemiskinan pada Jiwa Orang Melayu



Dalam masa negara mengalami pelbagai macam musibah, ada perwakilan UMNO mencari salah mengenai pakaian pramugari MAS. Ianya menjadi bahan ketawa sedang rakyat jelata bergusti dengan kos hidup yang kian meningkat.
Jika demikian, gunalah hujjah pemimpin UMNO seperti Ahmad Maslan atau Hassan Malik. Jika ayam mahal, jangan makan ayam boleh diterjemahkan kepada jika tidak suka pakaian crew MAS, jangan naik kapal terbang.
Naik basikal tak perlu bayar tol, atau naik sahaja bas charter , bolehlah ketua bahagian atau ketua wanita kongsi kekayaan yang diperolehi dari pemilikan lessen, AP , quota dan sebagainya. Bersyukur dapat kongsi duit yang diperolehi tanpa usaha. Agak nya, itulah fiil orang dan pemimpin UMNO.
Ucapan dasar dan ucapan penggulungan Najib di PAU 2015, tidak diterima dengan baik. Orang2 di Raub misalnya sakit hati dengar ucapan tersebut. Merengkang rengkang, jerit tak kena tempat dan lap tepi mulut.
Namun cara penyampaian tidaklah menjadi masaalah besar. Sudah rasmi Najib demikian, apa kita hendak buat.
Tapi mesej yang disampaikan oleh Najib yang lebih menjelikkan. Tambah pula dengan perbahasan perwakilan yang dangkal.
Taat kepada pemerintah ialah taat yang bersyarat. Ia bukan ketaatan yang membabi buta dan mutlak. Kita sokong dan taat kepada pemerintah selagi ianya adil dan saksama.
Pencapaian terbesar Najib semenjak jadi PM dalam tahun 2009 ialah pemberian BR1M. tahun 2016, dari RM300 hingga RM1050. Seramai 7.4 juta orang dan isi rumah akan dapat RM5.9 billion. Itu pun hanya 20% dari bebanan hutang 1MDB.
Isiu pokok 1MDB tidak dibahaskan sedangkan ini mendedahkan negara kepada musibah ekonomi. Bukan sahaja isiu ini dilarang dibahaskan, saya rasa 90% ahli UMNO tidak tahu dan faham apa isiu 1MDB.
Sehingga hari ini Najib tidak dapat terangkan mengapa sebagai boss 1MDB dia membenarkan lebih USD1 billion dipindahkan dari 1MDB kepada Jho Low. Bagaimana seorang individu seperti Jho Low dapat menjadikan Najib sebagai alat membinasakan kredibiiti bangsa Melayu? Dan bangsa Melayu dalam UMNO sedia memaafkan Najib? Sudah hilangkah bangsa Melayu yang berjiawa murni dalam UMNO?
Demikian juga isiu RM2.6billion masuk kedalam akaun peribadi Najib. Ini bukan suatu perkara kecil. Saya hairan, jika penerangan dalam parlimen dikatakan sub judice, tapi penerangan kepada ahli UMNO tidak?
Itu sahaja membuktikan bahawa apa2 penerangan yang diberikan kepada ahli UMNO ialah penerangan yang palsu. Tapi ia ditelan bulat2 oleh orang UMNO.
Jika orang Melayu dalam UMNO berdiam diri, itu bermakna mereka bersekongkol dengan kemungkaran. Alasan yang mereka beri ialah kerana Najib itu Melayu, maka apa2 kesilapan dan kejahatan yang dilakukan, boleh dimaafkan.
Seperti yang saya pernah tulis sedikit masa dahulu, pola pemikiran seperti ini amat membahayakan morality bangsa Melayu. Jika oleh kerana pesalah laku itu bangsanya Melayu, maka kita diamkan dan maafkan, maka akan tiba satu hari nanti, musibah yang lebih besar dimaafkan.
Jika orang dan pemimpin UMNO memasuki rumah kita meniduri anak2 dan isteri2 kita, kita bilang tidak apa- mereka itu Melayu. Seagama dan seRaja dengan kita.
Ini lah kemiskinan rohani yang disebut oleh pendita Zaaba sejak tahun 1920an lagi. Miskin pada jiwa membuat orang Melayu keliru antara bathil dengan hak.
Saya harap orang UMNO yang mewakli sebahagian daripada bangsa Melayu berhenti merosakkan jiwa bangsa Melayu.
Pendita Zaaba menulis dalam tahun 1927:-
Miskin pada wang ringgit dan harta benda, miskin pada hemat dan cita-cita, miskin pada pelajaran dan latihan pengetahuan, miskin pada alat-alat kelengkapan otak dan pada beberapa sifat keperangaian yang tinggi dan mulia maka jadilah mereka tak dapat tidak daripada tersangkut dan ketinggalan daripada perjalanan bangsa-bangsa.
Orang UMNO jangan memberikan kepercayaan tanpa syarat. Sedangkan Nabi kita menyebut bahawa kita bertaat-setia, membesarkan dan memuliakan pemerintah, selagi ianya adil. Ketaatan kepada manusia itu mesti bersyarat.
Sekali lagi, pendeta Zaaba menulis:-
Tuhan selalu mencela keras akan orang-orang yang hanya mengikut dengan buta tuli sahaja apa yang dikatakan orang atau apa yang biasa dibuat orang. Umpama mereka yang berdegil mengikut jalan nenek moyang atau pendapat orang dahulu-dahulu dengan tiada ditimbang lagi salah benarnya atas neraca timbangan akal sendiri, bahkan tiada dikira walaupun berlawanan dengan akal fikiran yang insaf dan bersalahan dengan ilmu pengetahuan yang sah betulnya.
Demikianlah dicela Tuhan di dalam al-Qur’an jika orang hanya mengikut apa-apa kebiasaan yang telah teradat dari nenek moyang sahaja bertaqlid buta itu dikeji oleh agama dan sekalian orang yang berakal.
Raub/rabu 16 disember.

0 comments:

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP