Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Tuesday 22 December 2015

Jangan ditanya Kemana Wangnya Pergi



Ada seorang  pemuda dari kampong Chenua Raub, berjumpa dengan saya. Antara isi perbualan ialah hasrat dia membuka satu akaun bank. 
Ayah awak siapa? Abdul Razak jawab nya. Nama awak? Mat Najib. Ayah kaeih beri nama gitu.(Kaeih loghat Raub sama dengan saya atau kawan loghat Pekan).

Dia bercadang membuka akaun dengan Ambank bandar Raub. Dia akan membuka akaun atas nama M. Najib Abdul Razak.

Ini macam nama PM kata saya. Bukan katanya. Iras iras tapi tak sama. Mengapa awak nak buat begitu? Dia jawab kalau buat  macam ini, mana tahu 1MDB akan hantar duit masuk. Kalau tak dapat USD850juta tak mengapa. Dapat USD4 juta pun sudah ok. Sebab 1MDB akan hantar kedalam akauan penama yang iras2 tapi tak serupa. Seperti Aabar Investment Ltd.

Lapuran Wall Street Journal menunjukkan 1MDB telah membayar US$850 juta kedalam akaun satu syarikat luar pantai yang menggunakan nama hampir serupa dengan syarikat asal. Syarikat itu menggunakan nama syarikat Dana Aabar, iaitu Aabar Investments PJS Ltd. Tapi Aabar kata, itu bukan syarikat milik nya.

Ini agak nya mengapa 1MDB kata mereka bayar sejumlah USD2.4 billion tapi, Aabar kata mereka tak terima. Rupa2 nya mereka hantar kedalam akaun syarikat lain. 
Kemana duit itu dihantar? Jika ia dihantar kedalam akaun syarikat  lain, bererti 1MDB cuai atau berkomplot dengan beberapa orang yang masih bergentayangan, untuk memasukkan dalam akaun syarikat yang  secara sengaja diujudkan untuk tujuan menyonglap wang 1MDB. Jika perkara kedua ini berlaku, ertinya, rakyat Malaysia sudah kena tipu.

Punca duit, tidak di kisahkan oleh orang UMNO. Mereka diajar menganggap apa2 wang yang mereka terima seperti wang yang berikan kepada kita oleh bapa kita. Kita tak tanya dari mana wang itu datang. Sebab kita dididik meyakini dan mempercayai bahawa bapa kita mencari wang yang halal.

Masaalah nya, UMNO bukan bapa kita. UMNO terima wang tidak kira punca nya.

Tapi pewarkilan UMNO kata, tidak mengapa. Wang tersebut digunakan untuk memenangkan UMNO dan mensejahterakan bangsa Melayu. Hiduplah  UNNO dengan wang haram, dan membangunlah bangsa Melayu dengan wang sedemikian.

Cuba perwakilan UMNO bertenang sebentar, sambil minum kopi jantan atau kopi tongkat Ali, makan pulut panggang, tanya, syarikat itu milik siapa?

Besar kemungkinan syarikat palsu itu milik Jho Low seorang Cina, bangsa nya, bukan islam agama nya, dan bukan Raja2 Melayu raja nya. Cina macam ini ok untuk dibuat kawan. Cina biasa yang membanting tulang berkerja keras bersahabat dengan melayu biasa yang juga berusaha keras- itu tidak boleh. Itu cina DAP yang hendak ambil alih kerajaan UMNO.

Ertinya, orang Melayu dipersendakan akal mereka dengan memain2kan nama sahaja. Jho low boleh kelentong orang Melayu dengan menukar sedikit nama2 yang terlibat dalam urus niaga nya. Oh ya- dia dengan bantuan rakan2 Pak Arab nya. Yang datang ke Malaysia disambut sebagai wars tetesan Nabi Muhamad yang dimuliakan.

Tapi akhir nya, syarikat2 palsu ini semua nya berkait atau dimiliki secara total oleh jho Low. Sebaga contoh, Good Star Limited yang mendpat pindahan wang pertama   dahulu sebanyak USD700 juta ialah syarikat milik berdaftar di Pulau Seychelles pemilik nya ialah Jho Low.

Ini nampak nya, kaedah yang digunakan ole Jho Low dan rakan2 Pak arab nya. Yakni menubuhkan syarikat dengan nama yang hampir sama dengan syarikat milik dana atau pelabur yang sahih. Dengan syarikat palsu ini, mereka menyedut wang 1MDB.

1MDB pula sama ada cuai atau bersekongkol, memindah wang yang banyak kedalam akaun tersebut. Mana tahu, sebahagian duit tersebut akan di derma kepada UMNO dengan syarat, akaun nya mesti atas nama Dato Sei Mohd Najib bin Tun Abdul Razak.

Jadi, budak kampong Chenua tadi bercadang untuk buka akaun atas nama M.Najib bin Abdul Razak, mungkin ada peluang besar mendapat pindahan wang dari 1MDB. Dengan syarat sebahagian nya mesti diderma akan kedalam akaun peribadi seorang yang akan dinamakan kemudian.

11 comments:

narcissus 22 December 2015 at 09:46  

Kalo aok tak paham tak tahu lah kaeh

berasiam,  22 December 2015 at 12:15  

Budak tu boleh juga daftarkan perniagaan yang namanya AmBang dan buka akaun. Boleh sedut semua pembayaran yang dibayar kepada AmBank.


"Ada apa pada nama?"

Anonymous,  22 December 2015 at 22:41  

DILARANG????????????????

Anonymous,  23 December 2015 at 12:17  

Terlalu banyak, tok, soalan tak boleh di tanya. Ni dah ada satu law yg cukup membimbangkan. Klu kedudukan rasa terancam tak yah pilihan raya kot.
Saya ada 3 orang anak, dua berkerja di negara omputih (firma MNC). Mereka happy, dan mahu menetap terus di sana. The process of naturalisation has begun. Dulu mungkin saya akan tentang, tapi skang saya dan isteri tak berfikir gitu lagi.
Satu lagi: Klu ada pilihan raya, nak undi BN kali ni sorry lah. Dah serik.

Akim 23 December 2015 at 18:41  

Hmmm.. berat nanag gini

Anonymous,  24 December 2015 at 10:07  

Jenaka posting Dato'

Kita diperlihatkan kecerdikan 1mdb yang tak bertempat. Kecerdikan akal pemberian Tuhan yang digunakan untuk mengelirukan. Namun kebenaran tetap akan lambat laun muncul.

Apa lah masalahnya menteri kewangan ni ? Kerja memajukan negara kita tak nampak tapi kerja memusnahkan memang terang tak payah bersuluh. Tapi masih belum mahu berdepan dengan rakyat dan berterus terang. Bukan sifat seorang kepala negara kalau tak upaya berterus terang dengan rakyat yang meletakkan kepercayaan keatas bahu nya memimpin negara kearah kemajuan. Kelihatan kemungkaran diselindung dan kepayahan rakyat tidak diambil endah. Sifat pemeeintah zalim ni.

Jenaka terbaru ni.. memang patut jadi penutup sampah 1mdb ni dan penyelewengan yang tidak boleh dimaafkan. Tapi kalau kepala penegak undang undang pun dah tak boleh buat kerja betul betul, apa lagi yang kita boleh harap.

Saya kurang senang dengan ketiadaan langsung pembesar umno yang berbunyi lantang menyanggah kerakusan presiden nya selain Mahathir, Muhyiddin dan Shafie. Saya hairan di mana pendirian mereka yang mengaku pemimpin. Pemimpin pada duit aje ke?

Firestone 26 December 2015 at 02:28  

Dato - Nama saya pulak Joseph Low... apa cadangan Dato?

awang batuburok,  26 December 2015 at 08:08  


Salam Sejahtera YB Dato,

Maaf... mohon mencelah sedikit, pesanan untuk pimpinan/ahli/penyokong PAS,

Seperti mana wasiat TG Nik Aziz, adalah diingatkan kapada ejen ejen dan parasit UMNO yang berada dalam PAS elok lah keluar segera dari PAS dan kembali kapada UMNO, jangan cuba buat sampah dalam wadah perjuangan PAS akibat pemikiran yang bercelaru dan harubiru.

Kalau ada yang dah terkena nasi kangkang UMNO eloklah berubat dan bertaubat, kembalilah kapada ajaran dan akhlaq AlQuran dan Sunnah Rasulullah SAW.

Anonymous,  26 December 2015 at 10:27  

Nama pemberian ibubapa saya pulak JOLOK...dekat dekat dah tu

Dapatgajibukanpengorbanan 26 December 2015 at 23:42  

Pembesar2 UMNO (Untung Mohd Najib Only) masih mencari2 di mana agaknya mereka telah meletakkan akal mereka yang masih belum dijumpai sehingga sekarang. Mereka tanya Arul Kandasamy ada jumpa otak saya? Kandasamy jawab dia bukan dari Pahang. Jadilah Satu Malaysia Dapat Bala (1MDB).

KhazanahMelayu 1 January 2016 at 08:05  

Satu perkara yang saya amat khwatir tentang masa depan negara kita iaitu kemungkinan menerima musibah dari Tuhan kerana dayusnya para2 ulama untuk menegur kesilapan, penyelewangan dan kezaliman pemimpin yang sedia ada. Bukankah tanggungjawab para2 ulama sebagai suara pembela rakyat dalam menegakan kebenaran? Sebaliknya para ulama kita dengan terang2 menyongkol dengan pihak iblis menggunakan agama sebagai alasan. Tidak kah mereka takut dengan azab Tuhan?

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP