Jangan ditanya Kemana Wangnya Pergi
Ada seorang pemuda dari kampong Chenua Raub, berjumpa dengan
saya. Antara isi perbualan ialah hasrat dia membuka satu akaun bank.
Ayah awak
siapa? Abdul Razak jawab nya. Nama awak? Mat Najib. Ayah kaeih beri nama gitu.(Kaeih loghat Raub sama dengan saya atau kawan loghat Pekan).
Dia bercadang
membuka akaun dengan Ambank bandar Raub. Dia akan membuka akaun atas nama M.
Najib Abdul Razak.
Ini macam nama
PM kata saya. Bukan katanya. Iras iras tapi tak sama. Mengapa awak nak buat
begitu? Dia jawab kalau buat macam ini,
mana tahu 1MDB akan hantar duit masuk. Kalau tak dapat USD850juta tak mengapa. Dapat
USD4 juta pun sudah ok. Sebab 1MDB akan hantar kedalam akauan penama yang iras2
tapi tak serupa. Seperti Aabar Investment Ltd.
Lapuran Wall
Street Journal menunjukkan 1MDB telah membayar US$850 juta kedalam akaun satu
syarikat luar pantai yang menggunakan nama hampir serupa dengan syarikat asal. Syarikat itu menggunakan nama syarikat Dana Aabar,
iaitu Aabar Investments PJS Ltd. Tapi Aabar kata, itu bukan syarikat milik nya.
Ini agak nya
mengapa 1MDB kata mereka bayar sejumlah USD2.4 billion tapi, Aabar kata mereka
tak terima. Rupa2 nya mereka hantar kedalam akaun syarikat lain.
Kemana duit itu dihantar? Jika ia dihantar kedalam akaun syarikat lain, bererti
1MDB cuai atau berkomplot dengan beberapa orang yang masih bergentayangan,
untuk memasukkan dalam akaun syarikat yang secara sengaja diujudkan untuk tujuan menyonglap wang 1MDB. Jika perkara kedua ini berlaku,
ertinya, rakyat Malaysia sudah kena tipu.
Punca duit,
tidak di kisahkan oleh orang UMNO. Mereka diajar menganggap apa2 wang yang
mereka terima seperti wang yang berikan kepada kita oleh bapa kita. Kita tak
tanya dari mana wang itu datang. Sebab kita dididik meyakini dan mempercayai
bahawa bapa kita mencari wang yang halal.
Masaalah nya,
UMNO bukan bapa kita. UMNO terima wang tidak kira punca nya.
Tapi pewarkilan UMNO
kata, tidak mengapa. Wang tersebut digunakan untuk memenangkan UMNO dan
mensejahterakan bangsa Melayu. Hiduplah UNNO dengan wang haram, dan membangunlah
bangsa Melayu dengan wang sedemikian.
Cuba perwakilan
UMNO bertenang sebentar, sambil minum kopi jantan atau kopi tongkat Ali, makan
pulut panggang, tanya, syarikat itu milik siapa?
Besar kemungkinan
syarikat palsu itu milik Jho Low seorang Cina, bangsa nya, bukan islam agama
nya, dan bukan Raja2 Melayu raja nya. Cina macam ini ok untuk dibuat kawan. Cina
biasa yang membanting tulang berkerja keras bersahabat dengan melayu biasa yang
juga berusaha keras- itu tidak boleh. Itu cina DAP yang hendak ambil alih
kerajaan UMNO.
Ertinya, orang Melayu
dipersendakan akal mereka dengan memain2kan nama sahaja. Jho low boleh
kelentong orang Melayu dengan menukar sedikit nama2 yang terlibat dalam urus
niaga nya. Oh ya- dia dengan bantuan rakan2 Pak Arab nya. Yang datang ke
Malaysia disambut sebagai wars tetesan Nabi Muhamad yang dimuliakan.
Tapi akhir nya,
syarikat2 palsu ini semua nya berkait atau dimiliki secara total oleh jho Low. Sebaga
contoh, Good Star Limited yang mendpat pindahan wang pertama dahulu sebanyak USD700 juta ialah syarikat
milik berdaftar di Pulau Seychelles pemilik nya ialah Jho Low.
Ini nampak nya,
kaedah yang digunakan ole Jho Low dan rakan2 Pak arab nya. Yakni menubuhkan
syarikat dengan nama yang hampir sama dengan syarikat milik dana atau pelabur
yang sahih. Dengan syarikat palsu ini, mereka menyedut wang 1MDB.
1MDB pula sama
ada cuai atau bersekongkol, memindah wang yang banyak kedalam akaun tersebut. Mana
tahu, sebahagian duit tersebut akan di derma kepada UMNO dengan syarat, akaun
nya mesti atas nama Dato Sei Mohd Najib bin Tun Abdul Razak.
Jadi, budak kampong
Chenua tadi bercadang untuk buka akaun atas nama M.Najib bin Abdul Razak,
mungkin ada peluang besar mendapat pindahan wang dari 1MDB. Dengan syarat
sebahagian nya mesti diderma akan kedalam akaun peribadi seorang yang akan
dinamakan kemudian.
11 comments:
Kalo aok tak paham tak tahu lah kaeh
Budak tu boleh juga daftarkan perniagaan yang namanya AmBang dan buka akaun. Boleh sedut semua pembayaran yang dibayar kepada AmBank.
"Ada apa pada nama?"
DILARANG????????????????
Terlalu banyak, tok, soalan tak boleh di tanya. Ni dah ada satu law yg cukup membimbangkan. Klu kedudukan rasa terancam tak yah pilihan raya kot.
Saya ada 3 orang anak, dua berkerja di negara omputih (firma MNC). Mereka happy, dan mahu menetap terus di sana. The process of naturalisation has begun. Dulu mungkin saya akan tentang, tapi skang saya dan isteri tak berfikir gitu lagi.
Satu lagi: Klu ada pilihan raya, nak undi BN kali ni sorry lah. Dah serik.
Hmmm.. berat nanag gini
Jenaka posting Dato'
Kita diperlihatkan kecerdikan 1mdb yang tak bertempat. Kecerdikan akal pemberian Tuhan yang digunakan untuk mengelirukan. Namun kebenaran tetap akan lambat laun muncul.
Apa lah masalahnya menteri kewangan ni ? Kerja memajukan negara kita tak nampak tapi kerja memusnahkan memang terang tak payah bersuluh. Tapi masih belum mahu berdepan dengan rakyat dan berterus terang. Bukan sifat seorang kepala negara kalau tak upaya berterus terang dengan rakyat yang meletakkan kepercayaan keatas bahu nya memimpin negara kearah kemajuan. Kelihatan kemungkaran diselindung dan kepayahan rakyat tidak diambil endah. Sifat pemeeintah zalim ni.
Jenaka terbaru ni.. memang patut jadi penutup sampah 1mdb ni dan penyelewengan yang tidak boleh dimaafkan. Tapi kalau kepala penegak undang undang pun dah tak boleh buat kerja betul betul, apa lagi yang kita boleh harap.
Saya kurang senang dengan ketiadaan langsung pembesar umno yang berbunyi lantang menyanggah kerakusan presiden nya selain Mahathir, Muhyiddin dan Shafie. Saya hairan di mana pendirian mereka yang mengaku pemimpin. Pemimpin pada duit aje ke?
Dato - Nama saya pulak Joseph Low... apa cadangan Dato?
Salam Sejahtera YB Dato,
Maaf... mohon mencelah sedikit, pesanan untuk pimpinan/ahli/penyokong PAS,
Seperti mana wasiat TG Nik Aziz, adalah diingatkan kapada ejen ejen dan parasit UMNO yang berada dalam PAS elok lah keluar segera dari PAS dan kembali kapada UMNO, jangan cuba buat sampah dalam wadah perjuangan PAS akibat pemikiran yang bercelaru dan harubiru.
Kalau ada yang dah terkena nasi kangkang UMNO eloklah berubat dan bertaubat, kembalilah kapada ajaran dan akhlaq AlQuran dan Sunnah Rasulullah SAW.
Nama pemberian ibubapa saya pulak JOLOK...dekat dekat dah tu
Pembesar2 UMNO (Untung Mohd Najib Only) masih mencari2 di mana agaknya mereka telah meletakkan akal mereka yang masih belum dijumpai sehingga sekarang. Mereka tanya Arul Kandasamy ada jumpa otak saya? Kandasamy jawab dia bukan dari Pahang. Jadilah Satu Malaysia Dapat Bala (1MDB).
Satu perkara yang saya amat khwatir tentang masa depan negara kita iaitu kemungkinan menerima musibah dari Tuhan kerana dayusnya para2 ulama untuk menegur kesilapan, penyelewangan dan kezaliman pemimpin yang sedia ada. Bukankah tanggungjawab para2 ulama sebagai suara pembela rakyat dalam menegakan kebenaran? Sebaliknya para ulama kita dengan terang2 menyongkol dengan pihak iblis menggunakan agama sebagai alasan. Tidak kah mereka takut dengan azab Tuhan?
Post a Comment