Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Thursday, 26 November 2015

UMNO hari ini dan NIlai Bangsa



Saya menulis artikel ini sebab saya orang Melayu. Semua orang Melayu mesti menilai apa sebenarnya yang dilakukan oleh mana2 kumpulan yang mendakwa mereka menjuarai kepentingan bangsa. UMNO tidak terkecuali. 
Semakin hari UMNO hilang kepercayaan bangsa Melayu. Semasa 1MDB beli janakuasa swasta dengan harga berbilion Ringgit dahulu, tidak sedikit puak pelampau Melayu menjerit dan melolong bahawa tindakan tersebut ialah hendak meletakkan assets tersebut dalam tangan Melayu. Bahkan kita ada undang2 yang menghadkan pegangan ekwiti asing dalam syarikat milik kerajaan pada tahap 49%.
Hari ini apa jadi? Assets tersebut dijual pada syarikat negara Cina. Sekali gus, alasan pembelian janakuasa oleh 1MDB dahulu, hancur lebur. Tunjukkan duit, maka pemimpin UMNO jual segala nya. Maruah bangsa hilang sekelip mata. Situkang jerit dan lolong, senyap sepi membisu seribu bahasa.
Bangsa kita berjuang dan menumpahkan darah mempertahankan martabat dan ketuanan bangsa. Tok Janggut di Kelantan, Dol Said di Negeri Sembilan, Tok Gajah, Bahaman, Mat Kilau dan kumpulan mereka di Pahang, pemimpin2 Melayu lain mempetaruhkan nyawa untuk menjaga maruah dan nilai bangsa. Pemimpin UMNO hari ini buang itu semua.
Nyatalah perjuangan ketuanan bangsa ialah melalui perbuatan dan perlaksanaan bukan dengan slogan dan omongan kosong. Perjuangan ketuanan bangsa didukong oleh usaha menegakkan kebenaran dan keadilan.
Apa yang pemimpin UMNO hari ini lakukan?
Pemimpin UMNO mengajar bangsa Melayu, bahawa mengekalkan kemerdekaan bukan nilai yang penting. Menyelamatkan diri sendiri, mendahulukan kepentingan peribadi adalah nilai baru orang Melayu.UMNO mengajar bangsa Melayu, menjadi penegak kebenaran dan keadilan tidak penting.
Apa sudah jadi kepada UMNO? Ianya tidak lagi mewakili nilai2 terbaik bangsa Melayu. Ianya parti yang tidak tahu menghargai pemimpin yang benar2 berjasa. Sebaliknya, ia menjadi pekakas untuk menjaga pemimpin yang buruk.
Saya berharap. Nilai2 yang dibawa dan didukung oleh UMNO hari ini tidak mewakili nilai bangsa  Melayu keseluruhan nya.
·       Melayu tidak boleh dipecayai
·       Melayu tidak cekap
·       Melayu tidak kenang budi orang yang berjasa
·       Melayu gadai maruah untuk duit
·       Wang, duit dan pangkat mengatasi baik dan buruk, benar dan salah, hitam dan putih.
·       Melayu tidak berprinsip.

Mari kita lihat nilai mengenang budi.
Ini suatu yang saya tidak  faham dengan 22,000 ketua cawangan UMNO. Adakah jasa Dr Mahathir yang jadi president UMNO selama 22 tahun, jadi PM selama 22 tahun dan membangunkan minda orang Melayu boleh dilupakan dan diketepikan? Mana dia wira2 UMNO yang dibentuk oleh DR Mahathir?
Saya tidak fikir Dr Mahathir ada kepentingan apa2 selain mahu melihat Malaysia diselamatkan dari kepimpinan yang memusnahkan. Dr Mahathir hanya tidak mahu melihat negara yang dibangunkan selama 22 tahun, dimusnahkan. Selepas Mahathir, Malaysia menjadi teruk.
Ini bukan isiu Dr Mahathir ada stail dia, Najib ada stial dia.isiu nya, Malaysia mesti diselamatkan. Yang menyebabkan Malaysia mesti diselamatkan ialah kepimpinan Najib yang memusnahkan. Maka Dr Mahathir menyeru Najib diganti.
Pergantian tersebut dilakukan dengan cara yang dibenarkan oleh perlembagaan. Adalah tidak masuk akal untuk menuduh Melayu yang paling berjasa pada bangsa dan negara ini sebagai orang yang mahu menggulingkan kerajaan.
Umno hari ini.
UMNO dikuasai oleh pemimpin yang angkuh. Keangkuhan mereka bukan disebabkan kebolehan serta bakat. Bahkan keangkuhan mereka disebabkan mereka ada kedudukan dan jawatan dan mereka kaya raya. Dan kekayaan mereka bukan sebab mereka peniaga yang handal. Bahkan kekayaan mereka ialah kerana mereka ini kebanyakan nya rent seekers dan kaki balun duit rakyat.
3.4 juta ahli UMNO dikuasai oleh 22,000 ketua cawangan, 191 ketua bahagian dan 48 orang anggota Majlis tertinggi. Jadilah UMNO sebuah parti kumpulan 1%, oleh 1% dan untuk 1%. Ketua kumpulan 1% terpilih ini , pada waktu ini ialah Najib Tun Razak.
Siapa kumpulan terpilih 1% ini? Mereka terdiri dari yang kurang bakat dan kebolehan, yang tidak kerja kuat semasa sekolah dan kolej atau university, mereka yang rasuah dan yang menyokong system rasuah. Nilai2 mereka ini dicerminkan dalam dasar2 yang dijalankan.
Maka BR1M jadi Beri Rasuah 1 Malaysia. Kesetiaan boleh dibeli dengan RM1000 setahun. Harga kesetiaan dan sokongan hanya RM2.74 sehari. Najib hanya perlu mempedulikan kepentingan 191 ketua bahagian dan tidak perlu pun menghiraukan 22,000 ketua cawangan.
Kepada Najib, tunai itu raja. Tunjukkan duit kepada nya, semua beres.
Apabila ditanya mengenai butiran 1MDB diparlimen menteri kewangan  ke2 memulakan jawapan dengan berkata- objektif kita ialah menyelesaikan tanggungan dan hutang 1MDB bukan?
Benar- tapi isiu yang lebih besar adakah kita menjadi penjualan asset untuk mengurangan hutang dan bebanan sebagai alasan menutup salah laku? Salah laku dan penipuanlah yang menyebabkan masaalah 1MDB.Menyelesaikan masaalah dengan wang, tidak kensel salahlaku.
Soalan paling mudah- dari hari pertama kerajaan kata 1MDB bukan syarikat kerajaan. Penglibatan kerajaan hanya modal bermula sebanyak RM1 juta. Jika bukan syarikat kerajaan, mengapa kerajaan hari ini melindungi 1MDB? Apa yang spesial nya mengenai 1MDB sehingga kerajaan beri surat jaminan kepada 1MDB? Biarkan sahaja 1MDB bengkrap dan bersama sama kehancuran nya, mendedahkan semua yang terlibat dalam skendel 1MDB.
Clearing debts by seling whatever assets 1MDB has does not excuse and exonerate wrongdoings and wrongdoers.
UMNO bukan UMNO dahulu lagi. Ia jaga kepentingan presiden dan penyokong presiden. Tempat mesyuarat MKT UMNO seperti yang dinyatakan dalam buku perlembagaan UMNO ialah Menara Dato Onn, PWTC.
Tapi kali ini, ianya diadakan di bangunan parlimen. Ini amat menakjubkan dan ianya menunjukkan keangkuhan parti UMNO. Ianya hanya sebuah parti yang mempunyai 3.4 juta ahli, 191 ketua bahagian, 21,800 ketua cawangan dan 48 ahli majlis tertinggi. Melayu UMNO hanya 20% dari jumlah bangsa Melayu.
Didalam parti UMNO dikuasai oleh kumpulan 1% teratas. Ia sebuah organisai kumpulan 1%, oleh 1% dan untuk 1%. Ertinya, ia jaga kepentingan 1%, dikuasai oleh 1% dan melakukan semua dasar untuk 1%.
Untuk negara, dia bukan jaga kepentingan semua orang. Dasar dan kepentingan UMNO ialah dasar kumpulan 20%, oleh 20% dan untuk 20%. Ianya tidak sama dengan kepentingan baki 80% bangsa Melayu lain.Malah ahli UMNO hanya 17% dari jumlah Melayu seramai 18juta.
Oleh kerana UMNO sudah memulakan precedent, maka parti politk lain agaknya akan juga boleh mengadakan mesyuarat jawatankuasa eksekutif mereka di parliament. UMNO memulakan precedent yang tidak bagus ini. Mereka tidak boleh pusing balik dan kata, hanya UMNO sahaja boleh melakukan demikian. Parliament bukan milik UMNO.
Mengenai apa sebab UMNO melakukan demikian sebetulnya tidak penting. Sama ada ianya untuk mengasingkan penyokong Muhyidin dan Shafie atau kerana mahu menghimpunkan ahli parlimen UMNO hampir dengan dewan- tidak penting.
Yang nyata ialah UMNO sebuah parti yang berada dalam keadaan yang mencemaskan. Ia jadi cemas, sebab ia sudah hilang keyakinan bangsa Melayu. Ahli2 nya sendiri sedang memberontak mahukan president disingkir supaya jangan mencederakan masa depan UMNO dan seterusnya menghakis kepercayaan bangsa Melayu keatas UMNO.
Nilai Melayu UMNO tidak sama dengan nilai bangsa Melayu rupanya.  
Semasa membentang Bajet 2016, Dato Najib membaca suatu ayat dari Al Quran yang menyebut supaya memberikan amanah kepada mereka yang berhak menerima nya.
Muhammad Rasul Allah menyebut bahawa apabila amanah disia2kan, maka kiamat dan kemusnahan akan tiba. Bila ditanya, bagaimana amanah disia2kan- baginda jawab, ianya disia2kan bila urusan diberi kepada mereka yang bukan ahlinya.
Bangsa Melayu mesti menilai- adakah amanah kepada pemimpin UMNO hari ini diberi kepada mereka yang berhak menerimanya? 

12 comments:

Unknown 26 November 2015 at 10:14  

saya cukup puas hati dengan tulisan ini... menggambarkan apa yang sememamgnya akar umbi dan mereka yang sayangkan umno rasakan...

Anonymous,  26 November 2015 at 10:32  

Melayu tidak boleh dipecayai
· Melayu tidak cekap
· Melayu tidak kenang budi orang yang berjasa
· Melayu gadai maruah untuk duit
· Wang, duit dan pangkat mengatasi baik dan buruk, benar dan salah, hitam dan putih.
· Melayu tidak berprinsip.

Satu tunjuk orang.... 4 datang kat kita balik....

Unknown 26 November 2015 at 12:28  

Kalau Najib faham apa maksud surah yang dia baca sudah tentu Malaysia tidak saperti hari ini. Pelik tetapi benar kerana para ahli UMNO turut memekak kan telingga jauh sekali untuk menkaji maksud ayat tersebut. Mungkin mereka suka kalau orang Melayu terus merempat di tanah air sendiri.

Kerana tidak memahami ayat itu juga menyebabkan "TRAFFIC-LIGHT" di persimpangan Kampong Pengalan Batu, Mersing kerap berlaku nya "MALFUNCTION". Ia nya menyukar kan penguna jalan raya yang semakin bertambah. Aneh nya mengapa pehak berwajib tidak mencari solution untuk mengatasi nya. Atau tidak mau menjatuh kan reputasi kontraktor yang memasang nya.

Anonymous,  26 November 2015 at 14:51  

Tulisan yang sangat baik. Tersentap dalam naluri. Timbul pertanyaan, kenapa semua ahli UMNO sunyi sepi?

Anonymous,  26 November 2015 at 15:53  

...komen lawak bodoh ko ni.

Ali 26 November 2015 at 16:08  

Pru 14 nanti kita buang semua sampah2 ni,semua sekali angkut buang kat sgbbuluh tu....

Anonymous,  26 November 2015 at 20:26  

ahjibgo tak pernah faham text ucapan dia
ingat tak layar dikembang sauh dilabuh...

Anonymous,  26 November 2015 at 21:23  

Mantap tulisan tuan..moga najib dan rejim dia dapat balasan Tuhan..

Anonymous,  27 November 2015 at 05:23  

PM yang: memalukan nama bapaknya, memalukan UMNO,
memalukan Negara (Malaysia -- Land of Endless Political
and Economic Scandals)

Malaysia sudah di jadikan satu Africa-style Kleptocracy (pemerintahan pencuri)

Phua Kai Lit

Anonymous,  27 November 2015 at 16:46  

Bro Ali. Kami setuju.

Anonymous,  27 November 2015 at 16:49  

Roh Razak bin Hussain menderita di Alam kubur/ barzah kerana terkena tempias sumpahan rakyat trhdap sang Anak.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP