Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Wednesday, 10 September 2014

Raja Mutlak, Raja Berpelembagaan, Penghinaan bangsa Melayu


Saya masih tidak jemu mengulangi apa yang pernah dikatakan oleh Pendita Zaaba. Kita hendaklah melawan cubaan untuk mengembalikan zaman raja mutlak. Kerana pada pandangan Zaaba, system raja mutlak lah antara penyebab utama yang memiskinkan orang Melayu.
Jadi saya naik heran mengapa puak UMNO menyokong sangat pengembalian raja yang perintah secara mutlak. Asal orang tidak bersetuju dengan Raja, maka orang itu durhaka. Durhaka tidak ada keududukan dalam undang2 Maalysia; ia nya bukan satu jinayah. Durhaka bukan konsep yang releven lagi dalam system raja berpelembagaan.
Kita hendak merdeka dari fiudalism yang menghambakan orang Melayu, mereka mahu menghambakan orang Melayu. Jawapan nya ialah UMNO mahu berselindung dibawah slogan mempertahankan insttusi Raja Melayu untuk mengekalkan sokongan bangsa Melayu.
Tapi tidak ada orang pun berani mencabar insitusi Raja Melayu. Tidak ada orang mencadangkan penghapusan raja Melayu. Apatah lagi bangsa bukan Melayu atau parti politik seperti DAP. Nak mampus?
Orang Melayu ada polis, ada askar Melayu diRaja, ada tentera, ada jentera kerajaan, ada badan tidak berdaftar seperti Pekida, 3 Line  dan sebagainya untuk mempertahankan Raja2 Melayu. Maka mustahillah bangsa lain berani menggugat kedudukan Raja2 Melayu.
Tapi dikalangan pendukung demokrasi dan kuasa rakyat, tidak kira bangsa, kita menentang kuasa absolute atau mutlak- samaada dalam bentuk parti politik atau Raja mutlak. Bukankah kedudukan Raja2 Melayu sudah terjamin oleh perlembagaan negara ini? Jadi apa yang ribut dan goga serta gegak gempita kononnya, menghina Raja Melayu itu sama dengan menghina bangsa melayu?
Ini perbezaaan fundamental kita dengan UMNO. UMNO mahukan system feudal zaman dahulu kerana dibawah sistem yang demikian semua rakyat dianggap dungu dan pak pandir dan mengikut perintah secara membabi buta. Kalau anak bini diambik raja pun takpe. Benih raja itu bagus.
Pundek betul orang UMNO ini. Cakap besar mengenai Islam. Hari2 baca surah An-Nas tapi tak tahu maksud nya yang sebenar. Ostaz UMNO buat apa?
Surah 114 itu terang menyatakan: katakanlah: aku berlindung kepada Tuhannya manusia; Raja Manusia; Sembahan manusia; dari kejahatan setan yang bersembunyi; yang membisikkan kejahatan kedalam dada manusia; dari jin dan manusia.
Raja yang yang patut disembah ialah Tuhan sahaja. Bila mati nanti, raja2 Melayu pun sama diadili oleh Tuhan. Takde layanan special pun.
Sebab itu saya sudah katakakan, dalam system raja berpelembagaan, konsep durhaka itu tidak ada kesahihan undang undang. Ianya bukan suatu kesalahan jinayah. Tak dengar cakap Sultan- dia boleh sedih tapi takkan nak penggal kepala orang yang tidak mahu dengar cakap nya.
Ada matlaon kata- jangan cuba lari dari membicarakan isiu Selangor. Saya tak lari. Hanya saya ada kemampuan menulis mengenai banyak perkara sebab saya boleh. Kamu orang Melayu yang hanya suka ajak kelahi, kamu cakaplah mengenai isu Selangor sepuas hati. Cakap macam mana pun , saya tidak akan berganjak untuk setia kepada konsep raja berpelembagaan.
Adakah bersuara melawan suatu perkara yang memberi sakit kepada kita durhaka? Atau menghina Raja Melayu? Orang Melayu yang menyangka raja2 Melayu bodoh itulah yang menghina raja Melayu. Semua raja Melayu tahu mereka raja berpelembagaan- limited monarchy.
Ada satu mamat yang marah dan suruh saya pulangkan pingat kebesaran kerana saya durhaka kata nya. Saya hanya menyebut kembali apa yang Tunku Abdul Rahman kata dan DYMM Sultan Perak yang sekarang kata. Kala Raja2 Melayu tidak jaga perangai mereka, lama kelamaan kita hanya ada raja lekok dan raja kelawar.
Pendirian saya ialah. Saya hanya setia kepada raja berpelembagaan. Perlembagaan memberi kita hak dan kuasa, kita hendak buang? Raja Melayu tetap bertahkta, tapi mereka tidak perintah. Saya tidak akan sokong pemerintahan raja mutlak. Itu sahaja. Tapi saya akan mempertahankan raja perintah ikut perlembagaan.
Jadi suka tak suka, saya ulang kembali apa pendita zaaba kata. Peringatan semula ini perlu kerana kita pun tahu kebanyakan orang Melayu suka baca majallah mustika dimana didalamnya banyak cerita hantu dan komik gila2. Yang tidak memerlukan kelancaran berfikir otak yang dianugerahkan oleh Tuhan.
Dalam tahun 1927, Pendita Zaaba menulis:-
…bahawa keadaan kehidupan Melayu pada zaman kerajaan raja rajanya terdahulu daripada kedatangan British ini sangatlah dipenuhi oleh kesempitan, azab sengsara, dan kebuasan yang tiada di terderitakan, istimewa pada masa yang tiada berapa lama terdahulu daripada kedatangan yang tertib itu. Maka keadaan kehidupan yang demikan itulah yang telah di pusakai oleh anak2 Melayu sekarang dan ialah satu daripada perkara2 yang terutama sekali yang telah menjadi acuan menempa akan orang2 Melayu ini kepada rupa bentuknya atau keadaan nya yang ada pada hari ini dan menjadikan mereka waris kepada beberapa tabiat perangai dan kebiasaan yang lemah dan rendah yang telah menjadi lazim pada zaman nenek moyang dahulu kala itu…..
Apa yang British bawa? System pemerintahan demokrasi dan system dan peraturan berkerajaan.
Sejak dari itu, kita telah lama hidup dengan system berkerajaan demokratik yang mendaulatkan hak individu. Maka sekarang kita mesti melawan segala tendensi untuk memusatkan dan mengkonsentrasi kan kuasa dalam tangan segelintir oligarch yang ada.
Itu sebetulnya apa yang UMNO idamkan.



38 comments:

Unknown 10 September 2014 at 03:00  

Lendir Biru Feodal

Dunia makin terang istana masih bergelap selimut tebal ego terus bertimbun menumpuk
Jasa tak seberapa dogeng turunan dijaja didendang naik bosan didengar sampai berlapuk
Sejarah sebenar kekal mencatat siapa pengkhianat siapa penjilat kaum kolonial perampok
Daulat kuasa hasil menindas marhaen sampai sekalian jelata tunduk jadi takut jadi bongok

Kita diajar menyembah Duli tapi kesusahan rakyat jarang sekali diambil dipeduli
Bahagia memikirkan warisan pusaka, harta dan takhta bukan keluhan rakyat jelata
Mabuk dengan gelar tinggi melangit tapi keliling istana masih ramai yang merempat
Kalau berfoto lagak bergaya bukan main hebat berselirat pingat segala pangkat
Tapi nak menerima memorandum rakyat punggungnya jadi berkarat terlalu berat!

Hidup senang lenang terbang ke Amerika ke Eropah masuk casino tiada yang larang
Di negeri ramai miskin melarat sampai jadi bangang percaya tahyul dukun dan pawang
Berlagak warak konon Ketua Agama ilmu cetek sanggup guna gelaran syirik apa barang?
Yang Maha Mulia itu sifat Allah tapi para ulama jadi dayus tak berani berterus terang!

Di negara lebih gemilang, lebih tua silsilah nigratnya spesis ini sudah lama dihumban sejarah
China, India, Mesir, Parsi, Yunani, Rom, Turki, Iraq, Jerman, Perancis,Yaman semuanya tamat sudah
Di negara jiran Indonesia spesis ini masih ada tapi dasar negara republik sudah jadi pemerintah
Di negara kita masih bicara soal derhaka soal setia bila suku kabilah ini dikritik mana yang salah

Dulu saat merdeka seluruh rakyat bangun bangkit satu suara melaung megah
Tapi para Duli lebih gemar jadi tuli duduk kaku protokol bisu kononnya gagah
Bangga pada silsilah pada tradisi pada gelar pada darah apakah lendirnya biru juga
Kini rakyat bangkit bersuara para nigrat nyanyian syairnya masih yang itu-itu juga!

Karya asli Ilyas Hussein @ Tan Malaka
20 September 2012

Puisi yg saya karang (kebetulan lagi 10 hari tepat dua tahun yg lalu!) ini belum pernah saya sebarkan.

Saya kirim kepada Dato secara esklusif untuk meraikan 'pemberontakan' dan revolusi minda yg terkandung dlm posting terbaru Dato. Selamat menikmatinya!

Anonymous,  10 September 2014 at 05:14  

Dato', dukacita pandangan Dato' sukar di terima. Kuasa yang ada kapada DYMM Sultan Selangor adalah kuasa yang dibenarkan Perlembagaan Selangor dan Malaysia sebagai "check and balance", Bukan kuasa Sultan sebagai "absolute ruler" yang dicerminkan oleh Pendita Zaaba. Nilai saperti berethika, bermoral, adalah penting tetapi sukar di hukum. Nepotisma dijijikkan tetapi di benarkan oleh PKR dan DAP, apa dasarnya? Adakah ini suara majoriti atau suara segelintir pemimpin yang ingin memanipulasi keadaan untuk merampas kuasa? Jika kumpulan ini ingin meletakkan saorang isteri bakal banduan yang tidak berpengalaman untuk mengetuai satu negeri yang terkaya di negara kita, bukan kah ini peranan Sultan untuk menentangnya? Terkini barulah jelas, Almarhum Tunku Abdul Rahman dan pengasas negara kita mempunyai kebijaksanaan yang amat membanggakan. AlhamduliLlah.

Anonymous,  10 September 2014 at 06:47  

Kalau kecewa dan marah tak boleh control, nak mski nak hina lebih baik diam...ajaran Pendita Zaaba ke ni..

Pendita Zaaba tu Nabi ke..pandangannya sesuai zamannya..

Raja sekarang ada undang2 dan pemimpin yang perlu bijak mengatasinya...kebiasaannya calon hanya satu nama..tetapi bila diminta dua atau tiga...itu juga dibenarkan undang2...kebiasaan 1 sahaja bukan undang2...di mana cacat celanya?

Yang lulusjan undang2 adakah parlimen..buat pindaan di sana..

Mencela Sultan yang mengikut undang2 satu kerja bodoh org parlimen...

Anonymous,  10 September 2014 at 06:58  

Ramai pula yang ingin melantik "raja" mengikut citarasa sendiri.... Namun punca utama dalam kemelut ini adalah Langkah Kajang yang menjadikan demokrasi sebuah permainan yang jijik, tidak bermoral. Mungkin Langkah Kajang yang anti-demokrasi jadi landasan mencari "raja" baru yang derhaka.

ordinary malaysian,  10 September 2014 at 08:07  

Dato, satu pandangan matang dan berani kerana tahu benar. Tiada seorang pun sebenaranya berani menyata atau menyuarakan hatinya akan sistem raja berpelembagaan. Mereka hanya tahu menyalahguna raja berpelembagaan untuk pepentingan masing masing. Kalau rakyat takut mempertahanan Perlembagaan yang kita ada, maka apakah harapan untuk negara? Lebih baik kita pulang kepada zaman dulu dimana bukan rakyat yang mempunyai suara, tetapi yang berkuasa saja. Kalau semua orang diam diam kerana takut, maka apa bezanya masa sekarang dengan masa fuedal dulu? Tanya dUMNo, mungkin mereka lebih arif.

ordinary malaysian,  10 September 2014 at 08:15  

oops, 'kepentingan' bukan 'pepetingan'

Anonymous,  10 September 2014 at 09:03  

Kalau dah kata raja tidak mengikut perlembagaan, mengapa pula pemimpin dap dan PKR merafak sembah dan memohon maaf kepada raja apabila di tegur sebagai durhaka?

Macam main wayang jer ni

Anonymous,  10 September 2014 at 10:50  

Kan kita ada PilehanRaya tiap2 5 tahun..untuk memilih Wakil Rakyat yang diberi amanah untuki memerintah negeri atau Negara.

Kalau tak suka Wakil2 Rakyat tertentu. janganlah pileh. Kamu tak suka seorang wakil rakyat, orang lain munkin suka.

Didalam democracy berparlimen, rakyatlah sebenarnya 'Raja'. Melalui rakyatlah digubal Perlembagaan...yang menggariskan system kerajaan sesebuah negeri atau Negara. Kerajaan itu dibentuk olih rakyat dan untuk kepentingan rakyat.

Dibawah Perlembagaan yang dicipta dan dipersetujui olih rakyat terciptalah institusi Sultan, MB, Exco, Wakil Rakyat, DUN dan lain2. Jadi semua institusi ini kena patuh dan hormati Perlembagaan yang telah dicipta dan dipersetujui semua rakyat. Semua institusi ni ada peranannya dan perlu memnalankan tugas berdasarkan Perlembagaan.

Kalau Perlembagaan cakap, MB mestilah dilantik dari Adun yang mempunyai sokongan majority..maka kena lantiklah dia. Tak kiralah dia tu isteri orang ke; isteri bekas banduan ke..atau apa bende ke. Dia pilihan rakyat. Kalau tak suka dia..rakyat tak perlu pilih. Ada lebeh 20juta rakyat dlm Malaysia dan bukan kamu/kita seorang shj.

Silalah hormat pilehan rakyat walupun kamu sebagai individu kamu tidak suka pada pilihan itu. itulah dia Democracy berparlimen dan keduduakan Sulatan adalah hanya sebagai Raja Berpelembagaan; iaitu Sultan kena patuh pada Perlembagaan itu.

Kalau suka sangat akan zaman Paresmeswara di Melaka dan hendak bernaung dengan nya, banyak Negara ada system 'absoloute monarchy' ni seperti Brunei, Saudi Arabia dan lain2 Negara Arab. Buatlah pilehan.

Di Malaysia kita mengamalkan Democracy Berparlimen dan walaupun ada Sultan/Raja kedudukannya adalah sebagai Raja Berpelambagaan. Tak de masalah pun semenjak 1957.

Hashimoto,  10 September 2014 at 10:57  

Dato'

Kepada yang berfikiran feudal, sepertimana yang dinyatakan oleh Dr.Aziz Bari, kuasa mutlak di dalam dunia ini hanya dari Allah s.w.t, bukan di tangan manusia.

Itulah jawapnya.

Di akhirat nanti semua manusia, tidak kira raja atau rakyat akan berdepan dan jawap kepada Tuhan yang maha esa.

Sallam

Anonymous,  10 September 2014 at 11:04  

Semua org salah faham. Ini munkin bukan tulisan Dato Sak. Bahasa pun bunyi lain.

Ini munkin komen seseorang terhadap artikel Asapan Alisa.' Hina Raja seperti Hina orang melayu'.

Biasalah Aspan, kalau komen itu tidak menyokong dia walaupun komen itu betul, mampuih dia tidak akan siarkan.

Kau orang patut t.k kepada blogger ni. Komen ngarut2 pun yg kritik dia, dia siarkan juga. dlm blog Aspan, jangan harap.

Anonymous,  10 September 2014 at 11:05  

Teringat filem Johnny English Reborn yg dibintangi Mr Bean. Watak bodoh Polis tetapi bijak dan pintar mengorek rahsia. Dlm filem ini digambarkan watak Queen turut dilakonkan dan menjadi cerita lucu gelak ketawa.
Kalau di Malaysia filem sebegini pasti diharamkan kerana ia menyentuh raja. org eropah bangsanya maju, pemikiran jauh ke depan, kedudukan Queen tak tergugat walaupun dijadikan filem!!!

kampong lad 10 September 2014 at 11:09  

anon 10 September 2014 09:03

"Merujuk kepada kenyataan media istana Selangor yang ditandatangani oleh setiausaha sulit kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan semalam, pihak kami akan terus merafak sembah dan memohon keampunan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan seandainya keputusan kami mematuhi Undang-undang Tubuh Negeri Selangor dan amalan ('convention') sejak 1957 menyebabkan terguris perasaan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan,"

kenyataan anwar ibrahim yg dilaporkan oleh akhbar. sila baca slow2!

Anonymous,  10 September 2014 at 11:14  

Dato,

Pls allows my intrusion to intervene in the comment.

Bahasa da’ lama tak pakai. Mungkin kerana terlalu baca komik. Maaf.

Anon@10 September 2014 05:14

‘Kuasa yang ada kapada DYMM Sultan Selangor adalah kuasa yang dibenarkan Perlembagaan Selangor dan Malaysia sebagai "check and balance", Bukan kuasa Sultan sebagai "absolute ruler" yang dicerminkan oleh Pendita Zaaba.’

The sultan has limited power as dictated by both the Selangor &/or The Federal Constitution. The guiding principle is the selected candidate MUST be chosen from the winning party & MUST commands the majority support of the assembly.

Both Selangor &/or The Federal Constitution DO NOT allocating the "check and balance" power to the sultan. In Constitutional monarchial system, the monarch is NOT the 4th branch of the governing system, like many of u like to dream of!

The "check and balance" is ONLY inherent within our system through the ‘right of recall’ via popular voting.

So,

‘Jika kumpulan ini ingin meletakkan saorang isteri bakal banduan yang tidak berpengalaman untuk mengetuai satu negeri yang terkaya di negara kita, bukan kah ini peranan Sultan untuk menentangnya?’

is wrong in concept & approach.

The post of sultan is heredity & not elected by the Selangor rakyat. Thus, if we follow through yr argument about - ‘Adakah ini suara majoriti atau suara segelintir pemimpin yang ingin memanipulasi keadaan’, then who is going to stop a sultan mutlak?

At least, if the Selangor rakyat r ‘kecewa’ about the result of the Langkah Kajang, they have the option to vote out the party concerned in the next election when the full outcome of the Langkah Kajang can be truly determined. Any talk about the ultimate consequences to the Selangor administration due to the Langkah Kajang NOW is pure speculation of the vainglorious kind.

Just remember, such choice doesn’t exist within a non-partition royal household. The lives of the sultan carries on as if nothing happen, whereas the Selangor rakyat would have a double whammy of facing the harsh result of an ill-chosen administration & cant do anything about the initiator!

Jadi, mana sistem yg lebih arif????

Anonymous,  10 September 2014 at 11:18  

kalau tak ada langkah kajang, Selangor jatuh ke tangan UMNO. Kalau ada Langkah kajang, risko itu berkurangan. MB Khalid sudah dipegang texxrnya oleh penyangak UMNO. PKR/DAP terpaksa mengalah minta maaf kpd Raja kerana PKR/DAP masih sopan dan nak tamatkan perleingkahan yg sebenarnya tidak perlu ujud jika Sulatan mengikut konsep tiada kuasa mutlak. Kuasa memilih MB cuma wajar digunakan kalau ada "hung" state assembly. UMNO sebenarnya kecut Txxlur kalau Wan Azizah jadi MB kerana wanita ini tidak akan tunduk kepada ugutan UMNO.

sri hartamas

Emer 10 September 2014 at 11:58  

Tahniah Dato Ariff, seperti biasa penulisan Dato sentiasa lantang, terang dan berani. Memberi banyak pencerahan dalam gaya bahasa mudah. Malangnya masih ramai yang tak mampu membaca dengan mata aqal. Banyak pula 'spinner' yang memutar belit kata-kata & memprovok perkara -perkara yang sebahagiannya tidak pon penting & relevan dengan isu-isu yang lebih mudarat seperti hilang amanah terhadap kuasa & jawatan. Dosa kepada Tuhan itu dihalalkan Melayu yang mengaku jalan hidupnya Islam, sebaliknya perkara-perkara kecil yang tidak pon terhukum makruh, dinisabkan sebagai suatu kemungkaran (dosa). Inilah kesannya bila Quran dijadikan perhiasan & Islamnya seseorang hanya pada nama & keturunan

Anonymous,  10 September 2014 at 11:59  

ada kuasa ka tak ada kuasa satu hal tapi orang jawa kata RESPECT IS TO BE EARNED NOT GIVEN. tak boleh paksa2

Unknown 10 September 2014 at 12:05  

Salam Dato',

Sememangnya setelah kita mengecapi kemerdekaan, dan setelah raja-raja melayu berpelembagaan, kita mengharapkan supaya sejarah pemerintahan raja yang dipersejarahkan tidak lagi di amalkan kepada masyarakat pada hari ini.

Setelah kita terdidik dengan ilmu pengetahuan dan kepentingan masa depanuntuk merubah tahap hidup, sudah pasti menjadikan situasi sekarang patut dikekalkan.

Namun, yang menjadi permasalahan baru adalah apabila Melayu tanpa kepimpinan beraja mutlak. Sistem demokrasi telah membuatkan setiap melayu menjadi Raja pada diri sendiri. Merasakan setiap suara-suara mereka wajib didengari dan setiap pandangan mereka tanpa justifikasi adalah benar dan wajib dituruti. Setiap dari mereka mahu mencorakkan kepimpinan negara dan sepertimana kias' satu kapal semua nakhoda' Maka hasilnya, Melayu dilihat tidak bersatu, lemah dengan kepimpinan dan mudah dimanipulasi.

Dengan implementasi sistem demokrasi,hasilnya tanpa sedar telah melahirkan 'raja-raja baru' terdiri dari kalangan orang melayu yang berebut-rebut, lalu mereka menjadi zalim dan mengulangi sejarah melayu terdahulu.

Pastinya, sistem Raja Mutlak dan Raja Berpelembagaan ada baik dan ada buruk. 'Selagi mana Melayu itu tidak dikenal, selama itulah mereka dalam kegagalan'.


Setelah setiap dari masyarakat menyedari jati diri masing-masing, mengenal 'SIAPA MELAYU' dalam erti kata yang sebenar, maka barulah warna perubahan dapat dilihat dan dicorakkan kembali kerana jati dirilah yang telah direnggut oleh penjajah daripada hati anak-anak melayu. Kembalikan ini dan pasti kita akan berjaya..Wassalam

Anonymous,  10 September 2014 at 12:14  

Thank you Dato for this intellectual piece. Hope the stupid UMNO Malays understand.
This is the first time I have heard a ruler criticising a commoner in public? And first time calling two opposition parties has having committed treason?
Looks like every institution is against Pakatan.
A ruler mist seen to be fair, just and humble to all his subjects.
Now I wonder what is the use of elections when the people (or Opposition) have no say in the appointment of an MB?

Anonymous,  10 September 2014 at 13:13  

Dato,

KEmelut di Selangor bertambah rumit kerana ada pihak takutkan Raja mengatasi takutkan Tuhan hingga membelakangi perjanjian dan ikrar dengan sahabat. Lebih teruk sahabat ini ditikam pula dari belakang.

Hal ini berlaku bukan pun kerana hormat atau taat Raja sangat tapi lebih disebabkan takut keterlaluan terhjadap makhluk Allah seorang selain kerana kepentingan kelompok sendiri.

Kalau dah taat dan setia sangat kepada Sultan, kenapa ada yang sanggup berguling dijalan depan istana Sultan Perak dan menghalang laluan kendedraan VVIP dalam kes MB Nizar disingkir dulu?. BUkankah PAS ikut terlibat?. Di mana Majlis Syura Ulama PAS ketika itu dan di mana Presisden PAS waktu itu?. Kenapa benarkan ini berlaku.

Apalah sangat durhakanya Anwar dan Lim Guan Eng bagi pihak PKR dan DAP terhadap Sultan Selangor berbanding apa yang dilakukan oleh pengikut Idris Jusuh kepada Sultan Terengganu dulu hinggakan direntang banner mencaci Sultan umpama binatang?. Ada suara UMNO BN mengulas dan mencerca perbuatan tersebut ketika itu?.

Tak payahlah pimpinan parti parti berkenaan nak jadikan diri sebagai manusia munafik?. Ini adalah realiti. Kenapa melihat dan menilai apa yang berlaku secara double standard?.

Tak usahlah berdentam dentum menuduh sana sini mengamalkan nepotisma. Kalau sekadar adik atau saudara sendiri yang lebih dipercayai dilantik sebagai pemimpin tetapi tetap menjalankan tugas dan mengutamakan kepentingan rakyat dan mengikut undang undang sewajarnya, apakah itu dianggap nipotisma?.

Jangan jadi bodohlah atau cuba nak perbodohkan pihak lain. Jangan hanya disebab melantik isteri, malah kalau lantik kawan yang tiada pertalian darah keluarga sekali pun tetapi bersekongkol bersama mereka membaham rasuah dan komisyen yang diragui halal haramnya itu yang merugikan rakyat marhaen, itulah yang patut dianggap nepotisma atau mengutamakan atau mengamalkan kronisma.

Aku nak tanya yang cerdik pandai sangat yang mengutuk Anwar dan LGE sebagai derhaka dan cuba mencabar kedudukan Sultan Selangor itu. Kalau benarlah perbuatan begiru satu kesalahan besar dan dosa maha besar yang boleh meruntuhkan negara dan merugikan orang Melayu, kenapa UMNO BN yang menerima kemerdekaan MAlaysia dari tangan British dulu jadi pak sanggup dan menelan semua undang undang dan perlembagaan tersebut. Kenapa tidak dinyatakan secara jelas Sultan langsung tidak boleh disanggah kata katanya dan undang undang boleh menghukum penjenayah berkenaan?. Kenapa sepanjang 50 tahun lebih parti Melayu UMNO BN yang menguasai tampuk kuasa tidak cuba lakukan sesuatu untuk meletakkan Raja dan Sultan Melayu ditempat yang lebih istimewa kedudukannya?. Tidak kah ini menunjukkan Melayu UMNO yang berkuasa ini bnodoh dan tidak mementingkan Sultan dan Raja Raja Melayu?.

Bersambung...

Anonymous,  10 September 2014 at 13:13  

Jangan lupa Melayu UMNO BN jugalah melalui Tun Mahathir MOhamad yang melakukan sebaliknya, mengikis kekuasaan Raja Raja dan Sultan Melayu melalui pindaan perlembagaan. Sudah nyanyuk dan lupa kah semua bahawa ketika itu semua parti baik PAS, DAP, MCA, UMNO dan lain lain semuanya jadi tukang angguk kepada saranan buah fikiran Tun Mahathir yang menyebabkan kekuasaan Raja Raja Melayu lebih terpencil dan terpinggir.

Dan hari ini, semua yang berkomplot mengikis kuasa Sultan dulu tiba tiba jadi manusia tidak sedar diri dan pelupa, lalu Anwar dan DAP dituduh menghina Sultan Selangor hanya kerana bertindak berasaskan undang undang yang ada. Munafik benar manusia manusia jenis begini.

Bagi aku, apa yang kita lalui dan terpaksa hadapi sekarang ini adalah kerana kegagalan melayu UMNO BN untuk meletak kedudukan Sultan di tempat sewajarnya (kalau memang Melayu UMNO ini ada niat untuk lakukan begitu). Kuasa sudah ditangan sekian lama, kenapa ini tidak dilakukan?. Sebaliknya kenapa pula kuasa yang sudah sedia ada di kalangan Sultan dan Raja terus dikikis lagi melalui pindaan perlembagan hasil ide Tun Mahathir itu?.

Nampak sangat melayu UMNO BN ni jenis lempar batu sembunyi tangan, berak dijalanan, orang lain pula yang dituduh lalu dihina. Tunggak Sultan dan Raja adalah orang orang melayu. Kekuasaan melayu perlu diperkukuhkan dan ini harus dilakukan sejak dulu. Tapi apa yang melayu UMNO BN telah lakukan selama 50 tahun lebih ditampuk kuasa?. Tidakkah melayu UMNO BN inilah yang mengurangkan dominasi kuasa melayu melalui pindaan persempadanan pilihanraya yang menyebabkan kawasan manjoriti pengundi melayu susut begitu banyak?. Adakah ini buktinya yang menunjukkan melayu UMNO BN pertahankan melayu dan Raja Raja melayu?. Apa pun alasan yang diberi melayu UMNO BN, tindakan persempadanan semula itu dilakukan jelas tidak untuk membantu melayu dan Raja Raja melayu sebaliknya adalah untuk kepentingan tembolok sendiri dan kesinambungan parti perasuah melayu itu untuk membolot khazanah negara. Secara halus melayu UMNO BN memperbodohkan keseluruhan kaum melayu dan Raja Raja melayu.

Aku langsung tidak terkesan dengan hujahan dan posting puak puak pro melayu UMNO BN ini. Malah aku langsung tidak terkesan dengan para ustaz dan ulama PAS yang telah dibionsaikan fikrah mereka oleh melayu UMNO BN kerana aku tahu kebanyakan ustaz dan ulama PAS ini kosong dada mereka dalam banyak disiplin lain. Malah aku langsung tidak hormati kumpulan ini yang bacul dan penakut tidak bertempat dan membuat keputusan secara double standard.

PAS jangan lupa, anda bersama Anwar yang ketika itu juga dalam UMNO BN turut merestui kuasa Raja dan Sultan dikikis oleh Tun Mahathir. Tapi kenapa hari ini Anwar dan LGE dilihat sangat bersalah dan berdosa hanya kerana tidak bersetuju dengan Sultan tetapi masih bertindak berasaskan undang2 dan perlembagaan yang ada;.

Banyak nya manusia dan pimpinan hipokrit di Malaysia hari ini dan PAS ikut terjun ke dalam perangkap yang dipasang melayu UMNO BN. Cerdikkah anda???.

1Crony,  10 September 2014 at 13:28  

Penat sahaja Dato Sak memberi pencerahan kerana pendengar beliau adalah dari kalangan otak kemetot seperti anon2 di atas. Betullah tu kata Dato, Melayu memang suka jadi hamba seumur hidup walaupun Allah SNT sudah kurniakan berbagai cabang rezeki dan ekonomi di negara ini supaya ianya makmur tetapi Melayu memang suka menjadi hamba jua. Aspan Alias apa cerita? Masih macam cerita serigala dengan anggur masam kah? Tetapi kali ini versi lain pula, serigala tidak dapat mencapai anggur lalu dikatakan buah epal yang disebelahnya pula masam. Kali ini Anwar dan PKR pula yang jadi sasaran kritikan. Kesian sungguh......

bumi-non-malay 10 September 2014 at 13:31  

Saya bangun pagi ni...pun lupa kata AMPUN TUHAN/ALLAH bila Sembayang...tapi masuk Internet...banyak wira Sultan-Agong dah Penghina ALLAH/Tuhan buat penyataan...Hina Sultan...minta Ampun.... Apa JENIS LOGIK ni??? Dengan Tuhan/Allah pun belum minta ampun tapi idelogi BASUH MINDA Kata MESTI IKUT tradisi melayu=Islam= Sultan=Raja minta ampun dari mereka Dulu???

UN BRAIN WASH!!

Buka Mata... "Sultan bermula dengan “Ampun Tuanku, beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun.” Dengan Tuhan/Allah pun tidak minta ampun macam tu. Dosa yang paling besar yang tidak boleh terampun ialah menduakan Tuhan/Allah"....FAHAM ASAS PRIORITY MANUSIA dimata ALLAH....kalau tak faham, tak senang bagi ALLAH/TUHAN Respek yang berpatutan... pergi Sembah Sultan Kalifah UMNO ISIS/L, Boko Haram, Taliban...dll

Anonymous,  10 September 2014 at 14:05  

Memang org melayu ada polis, tentera, pekida berbagai...tapi jgn lupa org melayu juga ada anjing bangsat mcm kamu yg akan merosakkan segala yg sudah elok... ni saya teringin nak tanya apa jasa kamu yg dpt pangkat Dato ni? .. ke pi bayaq ja.. ye la.. kan institusi di raja ni korup dan boleh di manipulasi ikut kata kamu jugak kan... kalau aku jadi raja toilet roll yg aku pakai pun tak teringin nak kasi kat kamu...

Anonymous,  10 September 2014 at 14:05  

Umur saya 55 tahun kenal umgok sejak umur 13 tahun bapa saya askar jumpa bapa setahun sekali selama 11 tahun urusan sekolah buat sendiri jumpa adun umgokk kaki kencing bapa saya d kurnia berbagai pingat sarawak bila minta rujukan sokongan rekod pun tak dak kata system maju canggih sudah2 la selagi munafik mengaku pembela itu ini sebenarya mereka shaitan manusia yg.menangguk d air keruh untuk tembolok sendiri.sebenarnya mereka memperjudi masa depan generasi akan datang.! You can dress a donkey like a horse but a donkey will always be a donkey.

Anonymous,  10 September 2014 at 14:14  

Anon 10 September 2014 09:03,

Pendek sungguh akal kamu. Seorang anak mungkin boleh bertelagah dengan seorang ayah bia dia mempertahankan sesuatu kebenaran apa lagi dari segi hukum. Sifat ego ayah tetap ada walau pun hakikatnya anaknya dipihak yang benar. Adakah bila si anak memohon maaf kerana hati si ayah sedikit terluka akibat ketegasan anak pertahankan kebenaran menjadi bukti anak itu bersalah???.

Si emak pun tentu akan nasihati anak meinta maaf kerana ayah itu tetap ayah walau pun si emak tahu anaknya melakukan perkara yang betul. Jadi janganlah menghukum kalu tidak tahu dudk perkara sebenar.

Anonymous,  10 September 2014 at 14:57  

Double standard has been practised over here if you compared the scenario happened in Perak where one MB has been recommended and nominated at the same day.

Another worst scenario is why ask for so many candidate from each party?

Are you going to elect those candidate not supported by the Rakyat?

What is going to happen if he choice the non supported candidate and fail miserable in his management as a MB? and who to blame?

Do you thing this is a trap set by Barang Naik and stupid kampung PAS party to obey and follow?

This issue is play by someone who want to destroy the PR.

Please use your brain to think who is the culprit to create this mess in Selangor since Anwar want to take over the MB post.

They are so fear of Anwar and disqualify him to be the MB in a record time.

DoMe 10 September 2014 at 15:32  

Kuasa sultan untuk melantik Menteri Besar dibawah undang2 Tubuh Negeri Selangor dan tidak bercanggah dengan mana2 klausa/akta/statut didalam parlimen..jika anda rasa itu adalah contoh absolute monarch kenapa selama 6tahun memegang tampuk pemerintahan tidak diusulkan kedalam dewan undangan negeri selangor untuk meminda undang2 tubuh negeri selangor?

Negeri Selangor aman damai tanpa campur tangan istana semasa pemerintahan khalid ibrahim ..Anwar Ibrahim paksa adun kajang berhenti supaya beri jalan pada wan azizah..itukah demokrasi?

Menteri Besar yg diterima rakyat diganti dengan MB yg diterima secara paksa oleh ahli Pakatan Rakyat melalui SD?

Unknown 10 September 2014 at 15:36  

Isteri banduan atau bakal banduan bukan isu. Isteri ni bukan banduan. Dia Presiden parti dan mendapat sokongan majoriti ADUN Selangor. Kalau yang mendapat sokongn majoriti tu hanya seorang, xam mana nak kelintong calon MB 2 - 3 orang. Kan bodoh namanya. Berdusta plak lagi. Adoiii

Anonymous,  10 September 2014 at 16:21  

Orang melayu yang jadi barua keluarga Lim dan anwar adalah yang paling bangsat. Sanggup bertuankan mereka yang jelas motif nya nak kuasa politik. Jadi buat lah hujah yang konon nya terbaik tapi hakikat nya hujah hujah tersebut tak lebih dari hasil idea idea yang basi dan kolot sama saperti tulisan Hishamuddin Rais bapok tua peliharaan Anwar. Hampas saja layaknya!!

ucin sasuke 10 September 2014 at 16:26  

Nampaknya masih ramai lagi yg kalut. Komen2 yang di buat byk yang kelaut.

Anonymous,  10 September 2014 at 16:55  

Memang institusi Raja digunakan sebagai alasan kuasa mutlak bila diperlukan - bila UMNO tidak berakal - kerana itulah UMNO ultra mahu dari dulu lagi..kerana mengunakan otak, mengunakan kemampuan and kebolehan, terlalu susah untuk UMNO dan mereka itu..

Anonymous,  10 September 2014 at 17:08  

Saya bersetuju pandangan empunya blog SAKMONGKOL AK47 berkaitan dengan raja berperlembagaan.

Sultan Selangor atau mana-mana sultan dalam Malaysia adalah sultan diberi berkuasa hanya dalam sistem raja berperlembagaan bukan raja berkuasa mutlak.

Sila hayati apa yang diperkatakan oleh pakar perundangan.

https://www.youtube.com/watch?v=dWhBdRuwvxA

Alias Dasuki 11 September 2014 at 00:19  

Amat jelas sekali PKR dan DAP dicap DERHAKA untuk memburukkan mereka dimata ramai. Setau saya hanya perbuatan yang mengancam keselamatan raja dan negara yang biasanya ditakrif DERHAKA. Tak guna kita panggil diri kita Melayu kalau takrifan DERHAKA pun kita tidak faham dengan tepat. Lagi pun, perlakuan mereka untuk tidak mencalunkan lebih dari satu nama memaparkan keyakinan bahawa mereka telah memilih wakil yang tepat dan terbaik bagi tugas yang akan digalas. Sebaliknya, memilih untuk menamakan lebih dari seorang calun sebagai penerajunya akan hanya membuktikan parti berkenaan gagal membuat pendirian.Sebagai gabungan 3 parti, PR bertanggung jawab untuk menetapkan tugas-tugas penerajunya dengan tersusun.

Cahaya Qalbu,  11 September 2014 at 02:05  

The Sultan can’t pick a candidate that is not supported by the majority as there is absolutely no requirement to submit more than one name..

It is also incongruous for the Sultan to seek extra candidates when the PKR president has secured the numbers needed to show her level of support..

Thirty Selangor ADUNs, all 28 from PKR and the DAP as well as two from PAS had signed statutory declarations (SDs) in support of DSWA; majority of the 56-seat legislative assembly.

THE SULTAN’S DISCRETION IN CHOOSING THE MB WILL ONLY ARISE IN CASES WHERE IT IS AMBIGUOUS WHO COMMANDED THE MAJORITY SUPPORT, WHICH WAS NOT THE CASE IN SELANGOR..

There is no such thing as the Palace has absolute power to appoint..as Malaysia is a parliamentary democracy that practices a constitutional monarchy system…

After Merdeka, the MB is no longer selected by the Sultan but elected according to the majority..

The Yang di Pertuan Agong did not ask for more names when Dr. M replaced Hussein Onn or Najib replaced Pak Lah….

The law must be protected.. defended and upheld…If not…
”kedaulatan Undang Undang” can be thrown into the drain…..

CQ…

Anonymous,  11 September 2014 at 12:33  

Cahaya Qalbu said...
The Sultan can’t pick a candidate that is not supported by the majority as there is absolutely no requirement to submit more than one name..

-----------------

Cahaya, I totally agreed with your statement.

They are many blind people who use Agame and sultan to defend themselve without knowing how to analyse the right or wrong.

Anything done by DAP or PKR is wrong and only BN move is right where they are using the neutral party to have the final say.

Why some Malay unable to differentiate the good and bad principle adopted and only against anything done by DAP or PKR?

As other country cultural like singapore/hongkong/thai/indo/china...etc, they dont side their race if someone has done wrong with abuse of power, corruption, racist policy which will destroy the whole country.

I wonder why our majority poor Malay rakyat cannot differentiate the good and bad system adopted for the past 55 years under the BN?

BN now keep talking about religion/Sultan to win vote and pity those people follow without using their brain to think.

ordinary malaysian,  11 September 2014 at 12:58  

@Anonymous 0.300 Siapa merampas kuasa?

Adakah kuasa itu kepunyaan tetap duMNo?

Adakah potato Khalid mempunyai pengalaman menjadi seorang MB terdahulu?

Adakah anak Mahathir?

Ada kah Ah Jibnya diri sendiri sebelum menjadi MB dulu?

Berkenanan perlembagaan dan udang undang, lebih baik jangan bisik bisik atau bising bising? kalau tak arif.

Check dan balance itu peranan sebenar institusi Parliamen and Kehakiman terhadap the executive iaitu kerajaan dan terhadap satu sama lain.

Anonymous,  12 September 2014 at 07:45  

Melayu masih ramai berjiwa kerdil dan bermentaliti seorang abdi lalu sentiasa merasa rendah diri dan tidak berani umtuk keluar dari penjara dlm diri sendiri.

Anonymous,  15 September 2014 at 11:19  

Bila sultan memihak kepada UMNO atau PAS, jadilah masalah. Nampaknyha rakyat sultan selangore hanya dari golongan UMNO dan PAS saja. Mana boleh, sultan itu untuk semua rakyat selangor, tak kira keturunan sebab kalau diambilkira keturunan, nanti sultan lagi murka sebaga tidak semua sultan asli Melayu. Ada keturunan Bugis, keturunan Minangkabau, keturunan Jawa, keturunan lain-lain. Maka batallah soalan keturunan ini. Yang ada hanya citizenship negara Malaysia, bukan untuk negeri saja. Celaka sungguh Melayu yang tidak mahu jadi cerdik walaupun mereka mengaku sudah merdeka lebih dari 6o tahun? Apa masalah Selangor? Tidak ada masalah. Jika ada pun, sultan tidak mahu bekerjasama dengan orang selain UMNO dan PAS. Ada pilihanraya, tapi keputusannya tak boleh pakai. Apa punya gila Melayu ini...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP