Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Thursday 25 September 2014

Melayu sudah sedar, UMNO yang Lupa.



Kita sudah dengar kenyataan Dr Mahathir mengenai Melayu. Kita juga dengar kenyataan TPM Muhyidin. Mengenai merit dan lejitimasi kenyataan mereka, elok lah orang lain perdebatkan.  Ramai cerdik pandai diluar sana.
Dr Mahathir kesal dengan karakter orang Melayu- tidak boleh dipercayai, suka merempit. Kalau berhutang tidak mahu bayar. Tapi Dr Mahathir tidak beritahu kita yang banyak berhutang ialah golongan atasan yang mendapat 1001 kemudahan kerajaan, tidak mahu bayar.
Bank pula asyik membengkrapkan pemiutang kecil. Yang pemiutang besar, bank layan seperti menatang minyak penuh. Kalau sakit, pergi lawat dan hantar bunga ke hospital. Pemiutang kerdil diburu dan disegerakan bengkrap.
Muhyidin pula menggambarkan Melayu tidak kenang budi. Walaupun banyak sudah UMNO berbudi, dia khuatir datang PRU14, UMNO tidak mendapat sokongan majority orang melayu.
Bila itu terjadi, tamatlah riwayat UMNO.
Kadang2 saya tertanya juga mengapa pemimpin UMNO mudah sangat menyalahkan rakyat Melayu yang biasa itu?
Sudah kita selidik mengapa Melayu ramai yang berada dalam kumpulan bawahan? Mereka jadi demikian sebab dasar kerajaan membuatkan mereka negitu. Anak Melayu sukar dapat kerja sebab kita tidak beri latihan teknikal kepada mereka. Orang Melayu sukar membeli rumah sebab kita pro spekulator dan pemaju perumahan. Kita benarkan pembiayaan oleh bank dengan faedah yang tinggi.
Parti yang memimpin barisan yang mendapat hanya 48% sokongan popular masih bongkak dan sombong. prejudis dan bongkak UMNO ini tidak diperbetulkan oleh pemimpin pelapis mereka. UMNO sangka bahawa Melayu ini berhutang budi kerana UMNO sebagai kerajaan menyediakan pembangunan dan kemajuan untuk rakyat.
Ketua penerangan UMNO, Ahmad Maslan pula mengstiharkan bahawa Putrajaya membiayai hidup raykat selama 3 bulan setahun melalui sabsidi, melalui pemberian2 kewanagn lain, melalui BR1M dan sebagai nya.
Orang Melayu hanya perlu bertanya: duit itu dari mana datang nya? Kerajaan tidak ada wang dan tidak ada pendapatan. Kerajaan tidak ada wang apa2 selain dari hasil kutipan cukai. Semua orang bayar cukai. Yang tak bayar cukai pendapatan, bayar cukai dalam bentuk lain- cukai pintu, cukai assessment, cukai belian, cukai jualan, perkhdmatan dan sebagainya. Pendapatan kerajaan inilah yang kerajaan guna untuk mendanai dan membiayai pembangunan dan program kebajikan. Ini bukan duit bapak UMNO. Ini duit rakyat.
Prinsip pengkerajaan kalau orang UUMNO hendak tahu ialah sesiapa yang menguasai pemerintahan dan perbendaharaan maka merekalah yang bertanggung jawab menggayakan dan mengaplikasi wang tersebut.
Pembangkang yang tidak memerintah dan tidak menguasai perbendaharaan tidak bertanggung jawab melakukan kemajuan dan pembangunan. Tanggung jawab asas mereka ialah memastikan wang yang keluar dari treasury dibelanjakan secara bertanggungjawab. Tugas dan peranaan mereka ialah memastikan pemerintahan dilakukan secara undang undang dan tidak zalim dan tidak berlaku salah guna kuasa.  Itu peranan pembangkang.
Janganlah suruh budak comot berceramah menyebut kerajaan bawak pembangunan, pembangkang boleh buat apa?
Pembangunan dan kemajuan ialah tanggungjawab kerajaan yang memerintah dan yang menguasai perbendaharaan. Tanggung jawab pembangkang ialah membina kenagaraan. Pastikan pemerintahan dilaksanakan atas prinsip undang2 dengan dasar yang adil dan saksama dan pastikan wang rakyat jangan disongglap dan dirompak oleh UMNO .
Kerajaan di Kelantan- mengaplikasikan apa wang yang mereka ada. Itu pun UMNO sekat pemberian royalty minyak yang menunjukkan sikap busuk hati UMNO kepada rakyat Kelantan. Dan rakyat Kelantan itu majority nya siapa? Melayu bukan? Dan bukankah UMNO mengistiharkan mereka berjuang untuk kepentingan bangsa Melayu?
Jadi kita orang Melayu tidak perlu cemas dengan cetusan serta luahan pandangan dari Dr Mahathir dan Muhyidin. Apalah yang hendak di pelikkan sangat? Orang Melayu sudah sedar bahawa UMNO dan kerajaan tidak boleh berjasa apapun kecuali apa yang dibenarkan melalui pegangan kuasa pemerintahan dan kuasa keatas perbendaharaan.  Kerajaan bukan ada pendapatan kecuali hasil dari cukai dari rakyat. Jadi apa yang UMNO berikan pada rakyat melainkan apa yang UMNO ambil dari rakyat terlebih dahulu?
Pembangunan memang tanggung jawab mereka yang memerintah.
Sebab mereka ada kuasa memerintah. Sebab mereka control perbendaharaan. Seiapa pun yang memerintah dan control perbendaharaan dia bertanggung jawab. Di Pulau Pinang- kerajaan negeri DAP. Di Kelantan- kerajaan PAS. Di Selangor- PKR. Di negeri2 yang dikuasai oleh BN- BN bertangung jawab.
Di peringat negara- kerajaan BN yang bertanggung jawab. Apa misterinya mengenai siapa boleh melakukan pembangunan? Soalan apa pembangkang boleh buat ialah soalan orang bodoh yang mahu membodohkan orang Mlayu.
Orang sudah sedar bahawa kemajuan dan pembangunan ialah tanggung jawab mereka yang menguasai pentadbiran dan menguasai perbendaharaan. Mana2 kerajaan yang berkuasa ketika ini, maka mereka lah yang bertanggung jawab kepada kemajuan dan pembangunan. Hari ini UMNO menguasai negeri dan negara- memanglah kerja mereka mengurus penggunaan wang rakyat dengan baik.
Tanggung jawab pembangkang ialah memantau supaya wang rakyat itu digunakan secara berhemah, tidak ada salah guna, tidak ada curang, pencurian tidak ada rasuah. Tugas pembangkang ialah menegur kerajaan supaya menngunakan wang tersebut diantara permintaan2 yang bersaingan. Yang lebih penting didahulukan, yang kurang penting dikemudiankan.
Barangkali, Muhyidin  dan UMNO yang mungkin tidak faham kerangka minda orang Melayu.

3 comments:

Abuabdullahalbanjari 25 September 2014 at 08:03  

Saya dilahirkan pada tahun 1967. Tektik pembangunan dan kenang budi ini saya mula dengar di hujung tahun 70an lagi. Minda orang Melayu generasi baru telah berubah. Malangnya minda kebanyakan pemimpin UMNO yang lama khususnya, masih belum berubah. Kegagalan mereka membaca perubahan mentaliti rakyat kini melihatkan sisi 'kebadutan' mereka. Inilah antara sebab pengundi baru memilih untuk memihak kepada pembangkang walaupun pembangkang pun bukanlah alternatif yang terbaik sekarang ini.

Anonymous,  25 September 2014 at 08:17  

Setuju melayu sudah sedar. Yang lupa bukan UMNO sahaja, PKR, PAS dan DAP pun nampak ya dah lupa. Awak semua, ahli politik sibuk dengan drama yang dah sampai peringkat nak menguruskan angkut sampah pun tak termampu.

Asyik buat skrip drama habis habis...pegilah buat kerja. orang melayu dah tak minat tengok drama. Cukup Cukup lah cipta skrip drama, cipta lah pekerjaan untuk orang melayu.

Anonymous,  26 September 2014 at 10:17  

Orang bukan melayu jadi kambing hitam dalam permasalahan ekonomi bangsa melayu.umno cuma tahu menghasut kerana kebal undang2... selagi bangsa melayu bodo selagi itu mereka berkuasa..

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP