Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Tuesday, 8 April 2014

Macam Mana orang macam Tengku Razaleigh Hamzah boleh lagi dibiarkan ujud dalam UMNO?



Kalau orang luar UMNO kritik UMNO, penyokong UMNO boleh marah. Jika DAP atau MCA atau mana2 orang bukan Melayu kritik dan hentam UMNO, penyokong UMNO boleh marah. Orang lain tidak ada kena mengena dengan UMNO.
Tapi kita menyokong bila Tengku Razaleigh Hamzah mendedah keburukan UMNO. Tentulah kenyataan2 yang dikeluarkan oleh Tengku Razaleigh ada kebenaran nya. ini bukan macai UMNO yang cakap. Ini bukan ketua cawangan yang cakap. Ini bukan ketua bahagian cabuk yang cakap. Ini bukan menteri half past six yang cakap.
Ini Tengku Razaleigh Hamzah. Bekas menteri kewangan. Bekas menteri perdagangan. Bekas Pengerusi BBMB. Bekas Pengerusi dan pengasas Petronas. Bekas boss Dato Najib yang ketika itu hanya pembawa beg Tengku Razaliegh.
Dia merupakan bekas pemimpin tertinggi UMNO mendahului Dr Mahathir lagi. Semasa Mahathir masih merangkak dalam dunia politik UMNO, Tengku Razaleigh sudahpun menjadi naib presiden yang terkanan. Dia pernah menjadi menteri kewangan yang dihormati dan disegani.
Oleh kerana dia dihormati dan mempunyai masa depan yang baik, musuh politik nya berusaha menjatuhkan nya dengan cara kotor. Politik si Kitol dan Raja Mandaliar pun dijalankan. Dia pernah dikaitkan dengan skendel BMF suatu ketika dahulu sedangkan BMF tidak ada kaitan dengan dia. Walaupun dia menteri kewangan ketika skendel BMF tercetus, BMF melapur secara lansung kepada jabatan PM yang dikuasai oleh Dr Mahathir.
Ramai orang tidak tahu bahawa Tengku Razaleigh merupakan pengerusi pertama Petronas. Dia bersama dengan Tun Salleh Abbas dan beberapa pegawai lain ditugaskan oleh Tun Razak mengujudkan PDA 1974 yang melahirkan Petronas. Hari ini, nama nya sebagai pengerusi Petronas yang pertama dilupakan. Bahkan Petronas tidak pernah pun menjemput Tengku Razaleigh ke majlis2 rasmi mereka.
Apa sudah jadi? Jawapan nya PETRONAS bersikap macam UMNO. Sikap UMNO ialah apabila seseorang tidak lagi berkuasa dan berguna, mereka akan dipinggirkan dan dibakul sampahkan. Lihat sahaja apa yang terjadi kepada Ghafar Baba sebaik sahaja tidak menjadi TPM. Orang lama UMNO sepertinya dilupakan dalam sekelip mata.
Baru2 ini Tengku Razaleigh mendedah keburukan UMNO. semasa berucap diperlancaran buku Rich Malaysia, Poor Malaysians yang ditulis oleh Encik Anas Alam Faizli, Tengku Razaleigh telah mendedahkan angkara durjana UMNO dengan mengambil contoh apa yang UMNO lakukan keatas Petronas.
Semua orang Melayu mesti faham dan menghayati mesej yang disampaikan oleh Tengku Razaleigh.
Saya tidak faham macam mana orang seperti Tengku Razaleigh ini boleh lagi dibenarkan ujud dalam UMNO. kritikan Tengku Razaleigh lebih dasyat dari apa yang boleh dikata oleh Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim digabungkan sekali. Kerana bidasan Tengku Razleigh itu menikam kepada sumber kuasa UMNO itu sendiri.
Iaitu penggunaan kuasa politik keatas sumber kekayaan negara yang paling utama iaitu Petronas. Petronas sudah diperkosa dan dirogol oleh UMNO secara bersiri. Ini lebih dasyat dari tuduhan liwat keatas Anwar Ibrahim.
Sedangkan Petronas itu milik seluruh negara dan kekayaan yang ada pada Petronas bukan nya untuk menyelamatakn politik UMNO dan kroni UMNO. Tidak ada wang dan sumber kekayaan negara selamat jika UMNO berada berhampiran.
Kena hentam demikan rupa pun, tidak seorang pun pemimpin UMNO yang berbunyi. Maka yang demikian bolehlah kita anggap apa yang dikatakan oleh Tengku Razaleigh itu benar belaka. Ini menjadi asas untuk semua orang Melayu menolak UMNO.
Ini suatu pertubuhan politik yang amat bahaya. Jika ada harta benda, kekayaan, wang perbendaharaan, UMNO akan gasak sampai habis dan kering kontang. Itu sebab ya UMNO mesti laksanakan GST untuk memerah rakyat sampai ke tulang belulang.
Apa yang dikatakan oleh Tengku Razaleigh?
UMNO menggunakan Petronas untuk mensabsidi kumpulan yang kuat dan kaya dan menganaktirikan rakyat lemah. Semenjak tahun 1997, jumlah nilai sabsidi yang diberikan oleh Petronas kepada TNB, kepada IPP dan beberapa syarikat lain, berjumlah RM137 billion. Sabsidi yang diberikan kepada rakyat golongan miskin pada tahun 2011 ialah RM14 billion. Tapi sabsidi kepada yang miskinlah yang UMNO tarik balik manakala sabsidi kepada sikaya dan sikuat diteruskan.
UMNO menggunakan Petronas sebagai bank peribadi dan wang Petronas dugunakan untuk menyelamatkan syarikat2 yang menjadi lemah yang asalnya disebabkan angkara pemimpin UMNO sendiri. Petronas mendanai BBMB ketika itu sebanyak RM3.5 illion dari tahun 1985-1991. Akhirnya apa jadi kepada BBMB? Ianya ditelan oleh bank yang lebih kecil dan sekarang bank orang Melayu tidak ada lagi. Yang ada ialah CIMB. Mana maruah UMNO yang menjerit sana sini menjaga maruah Melayu bila BBMB berkubur?
Petronas dikudakan untuk menyelamatkan syarikat Konsortium perkapalan Nasional dengan dana sebanyak RM2 billion pada tahun 1997. Ketika itu yang menentukan apa petronas boleh buat atau tidak ialah Dr Mahathir. Petronas jugalah yang membiayai pembinaan menara berkembar sebanyak RM2 billion dan mendanai pembiayaan Putrajaya sebanyak RM22 billion. Ini semua dosa2 yang dilakukan oleh UMNO kepada orang Melayu.
Makna nya, Tengku Razaliegh kata, UMNO khianat bangsa Melayu.
Kenapa keadaan demikian terjadi? Ianya terjadi kerana UMNO menggunakan kuasa politik dan kuasa kerajaan untuk mengisi poket pemimpin UMNO dan rakan2 mereka yang disebut sebagai kroni. Pakatan jahat antara pemimpin UMNO dan kroni2 mereka menghasilkan kegiatan rent-seeking.
Rent-seeking ialah cara mendapat kekayaan melalui memiliki lessen, quota, monopoli dan sebagai nya. pendapatan datang kepada indidvidu kerana pemilikan lessen, quota, monopoli, konsesi dll. Pendapatan tidak datang hasil perusahaan dan aktiviti penghasilan dan pengeluaran.
Ini dasar yang UMNO laksanakan. Iaitu mencipta suatu kelompok yang kaya raya atas nama bangsa Melayu. Usaha membaiki kedudukan ekonomi orang Melayu lahir dari Dasar Ekonomi Baru yang dilaksanakan sejak 1970. Tapi perlaksanaan nya di kudakan oleh pemimpin politik yang membaca DEB sebagai lesen untuk mencipta suatu kelompok Melayu menjadi kaya raya dengan tidak memperdulikan apa yang berlaku kepada majoriti Melayu yang miskin. Nama Bangsa Melayu digunakan oleh pemimpin UMNO untuk mengayakan diri sendiri dan suatu kelompk kecil yang kononnya mewakili bansga Melayu secara keseluruhan.
Lagi sekali UMNO khianat bangsa Melayu.
Maka sebab itu, kita yang bukan dalam UMNO menyokong pemikiran Tengku Razaleigh kerana dia menyamai pemikiran yang kita perjuangkan.
Maka bertambahlah kehairanan nya kita, mengapa orang seperti Tengku  Razaleigh ini dibenarkan ujud dalam UMNO dan mengancam kedudukan pemimpin UMNO yang meneruskan dasar2 yang mengkhianati bangsa Melayu. Sepatutnya orang seperti Tengku Razaleigh paling kurang, sudah dikenakan tindakan disiplin.

37 comments:

Anonymous,  8 April 2014 at 19:44  

Kuli may be great leader. So what?
He diminished himself by rejoining UMNO and being a stooge. He is only good at making lofty speeches. He could have done a great deal to save Malaysia but he did nothing.
Cowards don't make great leaders.
Why stay on in UMNO if it is a rotten party? Spitting into his own face.

Anonymous,  8 April 2014 at 19:52  

Asam tok
Ape yg ditunggu lagi oleh kuli dlm Um nooo???
Tolong tanyekn tok....

bat8 8 April 2014 at 22:24  

Dato,

Kalau ada 50 orang lagi Kuli dalam UMNO mereka tak kisah. Semua senjata Kuli semua dah kena buang apabila dia meyertai UMNO semula. Jadi apa makna keh3batan Kuli dizaman silam bila kini ibarat ayam dogel, tak punya kuku dan taring lagi.

Saya telah lama menerima hakikat bahawa Kuli, seorang gentleman, gagal dan yang menang adalah orang yang jahat...... si octo !

Era Kuli sudah berlalu. Apa makna jika hanya memimpin dari belakang. Memimpin melalui press conference, melalui majlis pelancaran buku - lepas tu balik rumah dok gentel telo, tak buat apa-apa.

Cerita kita mengharapkan k3pimpinan Kuli untuk mengelapai perubahan samalah dengan harapan cai-cai UMNO yang mengharapkan TDM kembali menerajui UMNO dan kerajaan mengantikan Najib.

bat8

Anonymous,  8 April 2014 at 22:29  

Apa bijaknya kuli kalau hanya menjadi gurka kpd UMNO.Cakap saja berdegar2 habuk pun takdak. ceh...

Anonymous,  9 April 2014 at 00:28  

Umno 1970an boleh lah juga tapi sejak dipacu pada 1980an ke 1990an oleh duo kutty malabar dan kerala terus huru hara mcm aksi keling tikam menikam, fitnah memfitnah, carut mencarut, kesannya sampai ke hari ni

Anonymous,  9 April 2014 at 00:32  

Dato, Ku li nak tunggu apa lagi? Negara kita dah dalam tahap kritikal sekarang.

Anonymous,  9 April 2014 at 00:34  

For Malay unity sake thats why Kuli re join UMNO

Anonymous,  9 April 2014 at 08:01  

Ini menunjukkan demokrasi dan kebebasan bersuara hidup dalam UMNO. Bukan macam parti pembangkang kalau bersuara menentang pemimpin terus kena buang. Tu lah lain kali jangan pandai cakap ikut sedap mulut kutuk orang sana sini walhal diri sendiri lagi terok!!!

Anonymous,  9 April 2014 at 08:32  

"Anonymous said...
For Malay unity sake thats why Kuli re join UMNO - 9 April 2014 00:34"

That's the best joke today. Just look at people in leadership position in UMNO and tell me honestly how many of them are real Malays.

I'd say the Malays should leave UMNO and set up their own party to bring back their self-respect. It won't be long before the real Malays in UMNO get trampled by their own party members.

Anonymous,  9 April 2014 at 08:44  

Dato

I read between the lines and I think what you meant was "Macam mana orang macam Tengku Razaleigh ada maruah lagi berujud dalam UMNO".

That man is a 'has-been' and his legacy to Malaysia is a "Could-have-been", all because he has no guts and dignity to come to the front line and right the country that is being molested and raped every second of the day by his own party members.

Move on, Dato. By standing up for what you belief, you are already a much taller and bigger person than that old man ... in my eyes and the eyes of many Malaysians.

Anonymous,  9 April 2014 at 08:57  

Kau ni cakap terbalik ker?

Anonymous,  9 April 2014 at 09:05  

Dato,

Bila UMNO menyepi setisp kali Ku Li mengkritik, berarti UMNO mengiakan tuduhan Ku Li. Apa pun tindakan Ku Li, beliau agak berhati hati setiap kali membidas UMNO kerana Ku Li masih menaruh harapan terhadap parti berkenaan. Mungkin keras komen dan bidasan Ku Li namun Ku Li tidak mengharap kehancuran UMNO. Bagi Ku Li barangkali selain dari UMNO, beliau tidak yakin dapat bangun kembali melalui platform lain. Saya yakin pimpinan UMNO tahu situasi ini. Bidasan Ku Li terhadap partinya umpama Benci Tapi Rindu.

Ini berbeza dengan Anwar. Kritikan Anwar lebih pedas dan tajam menusuk kalbu. Pimpinan UMNO Tak Tahan Lagi mendengarnya walau apa yang dihambur Anwar iti ada kebenarannya. Kerana itu setiap bidasan Anwar akan disusuli counter feedback dari UMNO. Perbezaan ketara antara Ku Li dan Anwar ialah tahap keberanian. Bagi Anwar walau tanpa UMNO hatta parti itu ranap terus pun, Anwar yakin beliau akan tetap terus berdiri.

Disebabkan kebedaan prinsip antara Ku Li dan Anwar inilah menyebabkan mudah orang ramai membuat pilihan. Orang ramai memerlukan pemimpin yang tegas dan berpendirian. Ini antara sebab Anwar lebih didokongi rakyat berbanding Ku Li.

Pada UMNO Ku Li kini sekadar seekor kuda tua atau ular yang sudah hilang bisanya. Biar pun si ular mematuk berkali kali, ia tidak mampu membunuh lagi.




Anonymous,  9 April 2014 at 10:36  

kih kih kih...

haibat kau bat8...

kau buleh nampak dia dok gentel telo kat rumah...

haibat memang haibat...

kalau budak-budak sekarang nak kenal siapa Ku Li, dia ni lah yang dengan secara gentlemennya the one and only umno's yang pernah melawan DrM untuk jawatan pres...

kenapa dia lawan hangpa carilah sendiri sebab-sebabnya...

orangnya pun masih sihat lagi kalau hangpa rajin nak cari...

mengetuai kumpulan yang dikatakan orang surat khabar ketika itu sebagai team b, dia kalah dengan 43 undi selepas proses pengiraan undi yang panjang, penyokong dia tak puas hati bawa kes ke mahkamah atas isu cawangan tak sah supaya keputusan pengundian dibatalkan, ketua hakim salleh yang sedang mendengar perbicaraan tiba-tiba dibicarakan pulak dalam tribunal lalu dipecat then umno asal diharamkan...

dia cuba tubuhkan umno m'sia tapi tidak diluluskan oleh pendaftar pertubuhan, tiba-tiba pendaftaran umno baru diluluskan, terpaksa tubuhkan pms46 sebab penaja bahagian umno baru tak terima geng team b, mengetuai parti-parti pembangkang mengharungi pru tahun 1990 yang mendebarkan dan kalah sebab isu tanjak bersalib yang tak dapat diatasi, kalah lebih teruk dalam pru 1995 sebelum membubarkan pms46 serentak dengan itu membawa ahli-ahli pms46 menyertai umno...

di manakah anwar pada masa itu?

tengah main telo kat rumah ke, bat8?

bat8 9 April 2014 at 12:36  

Anon 10:36

Saya menyokong Kuli sejak PAU 1987 dan terus menyokong Kuli sehingga 10 tahun selepas beliau menyertai UMNO. "White House" bukan tempat asing bagi saya. Saya masih pergi sehingga hari ini walaupun tak sekerap dulu.

Nampaknya sdra lagi kenal Kuli dari saya...gud 4 u!

Anonymous,  9 April 2014 at 13:33  

Otak dia juga sudah terbalik.

Anonymous,  9 April 2014 at 15:34  

Tengku Razaleigh would be a perfect choice to lead Pakatan Rakyat should Anwar have to go prison. Hope he can demolished Iskandar Kutty Son's Legacy as well as the Morons, the Lapdogs, The Thiefs in UMNO a.k.a UMNGOK.

Fahmi's thoughts 9 April 2014 at 15:44  

Tuan-tuan dan Puan-puan Anonymous yang berkenaan di atas,

Ini lah hakikatnya apa yang terjadi pada masyarakat kita, tidak kira melayu, cina, india dan lain-lain.

Ada peluang nak menghentam / bashing kelemahan orang lain, kita belasah cakap ikut sedap mulut.

Tujuan Dato' Sak menulis artikel ini mengajak kita berfikir dan mengatur langkah untuk bertindak. Sama seperti Tengku Razaleigh, dia lebih berpengalaman dalam apa yang dilaluikan.

Tanya diri sendiri, wahai Tuan2 Keyboard Warrior , adakah tuan sanggup korbankan diri, masa dan harta tuan2 sendiri lebih 2/3 dari umur hayat tuan2 untuk berkhimat/berfikir kepada rakyat?

Bercakap ikut sedap mulut memang lah senang. Memanglah kita lihat Tengku Razaleigh seolah-olah bercakap sahaja, tetapi kita tidak nampak apa yang berlaku di balik tabir.

"Fight for a cause", not individuals, that's sorta person Tengku Razaleigh is. Beliau mengajak kita menolak politik yang bukan2 sejak 1980an.

Ini bukan cerita Era sesiapa, atau zaman sesiapa. Pokok persoalannya apa yang kita hendak lakukan sekarang untuk masa depan.

Jangan sibuk menghentam orang buta tuli tapi diri sendiri tidak berbuat apa. Kalau dah berkeluarga, didiklah anak dan ahli keluarga sendiri untuk berfikir denga lebih terbuka dan "analytical".

Dato' Ariff, terima kasih atas perjuangan Dato' melalui penulisan mahupun di Parlimen.

Ingat lah, kita semua akan ditanya kemudian hari apa yang telah lakukan untuk semua ini.

Adakah kita akan hanya menjawab "dengan memberi komen bashing orang dengan buta tuli"?

Tuhan lebih Maha Mengetahui Isi Hati Masing2 dan Gerak Hati and Perbuatan kita.

Bertindak jangan ikut nafsu, tapi dengan hidayah dan akal dari Allah.

-Hamba Allah

bumi-non-malay 9 April 2014 at 16:01  

Apa guna nostalgic terhadap Kuli?? Jangan Jadi Romantik kepada mereka yang boleh buat sesuatu tapi selepas 50 tahun....cukuplah.... Kita Perlu Pahatkan era baru...Era macam Mat Kilau...... Era Kuburkan Korrupsi, Kezaliman, Racis UMNO-BN..... Harap Kuli Buat sesuatu macam harap Sultan-Agong buat sesuatu...Jangan nostalgicromantik kepada harapan ini....adalah Bagaikan PEGAR(sejenis burung) jaga Padi!! Bukan PAGAR yang kita hafal dari Sekolah UMNO-BN sulu!!...Un Brain WASH!!

Kita bole hari ini terus bermula dengan Gabungan kat dataran Merdeka bagi mangsa MH370....Lepas tu...jadikan itu OCCUPY...Kemudian Ukrainekan Malaysia.... Ini satu lagi peluang Keemasan ...setiap hari semua tokoh2 Politik, ABU, Bersih, Aku anak Bangsa Malaysia boleh bagi PIDATO...sampai UMNO GST..... Barang NAIK lagi Runtuh!!

Anonymous,  9 April 2014 at 22:29  

BBMB dan anak2 syarikat adalah satu daripada dua syarikat yang di tubuhkan atas dasar Kongres Bumiputra. Satu lagi adalah Malaysia National Insurance Bhd atau MNI. Ramai anak2 bumi tempatan mengasaskan syarikat yang di peloporikan oleh bumi. Namun syarikat public listed ini telah di jual pd tahun 2002 kepada Kumpulan Maybank melalui anak syarikatnya Mayban |Fortis Insurance. Walhal pada masa tu MNI punyai asset total RM 8 Billion dan Mayban-Fortis hanya RM 2 Billion. Pening kami warga MNI memeikirkan mengapa MNI di ambil alih sebegitu rupa walhal MNI yg terkenal seluruh dunia sebab mendominasi dan menerajui pasaran insurance & takaful serantau telah di hapuskan hanya kerana kerajaan suruh dengan motif tersendiri. Amat merugikan kaum bumi.

walla 10 April 2014 at 09:22  

Tengku Razaleigh Hamzah,

Malaysia is bigger than Gua Musang. Malaysia is better than Umno. Do the right thing before you die.

You are the only Umno member who has half a chance of changing the direction of this nation but it can only be done from outside Umno.

Every member knows that. Every member knows how bad everything has become. So long as Umno rules, there is no hope for this country.

There is only syiok-sendiri for those who have chosen to close their eyes and their conscience. A country with people with no conscience is finished.

If you disagree, take out your fountain pen and write down the names of those in Umno whom you think can change things for the better. Ever. Mahathir? Najib? Muhyiddin? Hamidi? Shafie? Khairy? Jamaluddin? Mukhriz? Anifah? Junaidi? Shahidan? Any after them?

If you step out from Umno to do the right thing with your remaining years and last ounce of strength, some will say you are a traitor to the cause.

But what cause is that which has brought us all - including almost all the general members - to this present state which you yourself have admitted and articulated?

True leadership doesn't care for popularist jingoistic opinion uttered by half-baked people only one evolutionary step above jackasses.

Surely if you know you are right, those snipes will only convince you that you are right.

Being right is so rare these days. Power, position and money - where are these in His Scheme for mankind?

Do the right thing, Tengku. Create a new Malaysia. Wake away from the dark comfort of Umno into the light of greatness.

If you do so, history will show you did the only great thing only a Malay can do. Be a prince again.

The people's Prince.

Sumpitan Emas,  10 April 2014 at 09:31  

"Sikap UMNO ialah apabila seseorang tidak lagi berkuasa dan berguna, mereka akan dipinggirkan dan dibakul sampahkan. Lihat sahaja apa yang terjadi kepada Ghafar Baba sebaik sahaja tidak menjadi TPM. Orang lama UMNO sepertinya dilupakan dalam sekelip mata".

Bagi ramai pemerhati tatkala kemelut politik UMNO 1987 tidak terbayang oleh sesiapa, khasya kapada pemimpin-pemimpin masa itu, corak dan etika politik tempatan akan merubah dengan sebegitu teruk hinggakan yang masih bernyaya dan bernafas dipinggirkan, di‘non-personkan’ (yang menjadi kebiasaan di rejim-rejim komunis) seakan-akan istilah ‘akhlak tinggi dan budaya mulia’ tak pernah mewarnakan tatasusila rakyat Malaysia amnya, dan kaum Melayu Islam khasnya.

Sebenarnya seperti di medan perang, Mahathir telah mengepong apa yang dianggapnya musuh ketat dengan taktik ‘twin-pincers’/dwi-pengepit, menetralkan dua kumpulan besar serentak: pertama, ahli-ahli politik yang tidak sehala atau sependapat dengannya dan kedua, mereka yang tak ada kaitan dengan politik sama sekali, iaitu mereka yang makan gaji bulan dalam perkhidmatan awam. Renong balik kepada apa telah diperlakukan kepada beberapa orang hakim makhamah tinggi. Bukankah atas sebab UMNO asal diharamkan oleh Hakim Harun Hashim yang secara langsung telah mengheret Ketua Hakim Salleh Abbas ke kancah skandal yang berikutnya, skandal yang direkabentuk dan diaturkan oleh Mahathir dengan cukup rapi, ‘fail-safe’ ikhlas daripada kawan-kawan setianya? Nyata satu unsur baharu telah menjelma di kalangan kita — kesetiaan kepada negara boleh digadai bila-bila, yang penting, “Apakah bahagian habuan saya?”

Patutkah Ku Li dilabel sudah usang dan sebagainya? Bagi saya, dia merupakan bagaimana bangsawan berhemah tinggi boleh ditumpaskan oleh golongan lain di mana peraturan-peraturan dasar berpolitik tidak bererti sesuatu. Duit dia ada, tapi duit sah, halal tidak sebanyak berbandingkan dengan duit dari ‘rent-seeking’; begitulah gaya politik kita ditentukan sejak bulan Mei 1987.

Bezakan ucapan-ucapan ilmiah beliau dengan luahan-luahan, ya luahan-luahan, Bung Mokhtar, Ibrahim Ali, Noh Omar dll.

Perhatikan politik di negara-negara membangun. Apakah mereka ini akan melonjak ke status negara maju dalam 50 tahun sekira mereka terus berpolitik kotor? Not a chance!

“Until the lions have their own historians, the history of the hunt will always glorify the hunter” – Chinua Achebe

Anonymous,  10 April 2014 at 11:11  

Let Ku Li speaks . At least Malaysian can read & hear a better argument & facts than the rest of the mainstreams medias & UMNO/BN political jokers . The truth and clear perspective than those from Tv3 . Tv1 & Utusan & the likes.

Anonymous,  10 April 2014 at 11:39  

Jangan buang masa dengan Ku LI dan Musa Hitam. Mereka ini hanya berpura2

Anonymous,  10 April 2014 at 11:57  

Apa masalah saudara/i dengan Anwar? Kalau 52% rakyat Malaysia telah membuat keputusan Anwar layak memimpin Malaysia disebalik segala tuduhan, fitnah & hukuman, saudara/i patut sedar majoriti sudah bersuara Anwar lebih baik dari sesiapa yg pernah atau sedang menduduki kerusi ketua kerajaan (sebuah negara yg dimiliki rakyat berbilang kaum, bkn milik UMNO). Seperkara lagi, yg dibincangkan adalah Ku Li & UMNO, tak perlu lah lari jauh dari topik nanti dilabel kurang peka/cerdik

Anonymous,  10 April 2014 at 14:08  

Ask, what is holding back Tengku Razaleigh from saving the country? He has skeletons in his closet which will be revealed by his detractors should be wish to lead the country again? Remember, all of us have skeletons, big and small, but all will be forgiven if one has the will and sincerity to bring the country back from ruin, Provide the leadership to unite us as one. He always seems to hesitate at the last moment, has he lost the will, the fire in his belly? He is not going into this 'battle' alone, we the rakyat will be behind him every step of the way. JUST DO IT, NOW !

Anonymous,  10 April 2014 at 16:13  

Dont place any hope on this Ku Li.He is not a fighter. He will folg up and give up when the going gets tough. Mahathir knows that.

bruno 10 April 2014 at 20:14  

The Challenge of the Minnows versus the Kois.

Some stupid and foolish politicians are offering and upping the ante for rewards to slap and bang each other.If this is what the gomen has to offered it's people,soon we will all be living on trees like orang utans or monkeys.






Anonymous,  10 April 2014 at 20:38  

Let get the young turks...forget the old schools

Anonymous,  11 April 2014 at 05:29  

1/3

Equality and Accountability in Meritocracy if unchecked by self and others ?

the very nature of human : the meanness, the indifference, the self - centeredness, the hypocrisy found in the multitudes, with the exemplary exceptions, those few who dare to be fools to rush in where angels fear to tread, and pay the heavy personal sacrifices, let’s reflect who are they in our nation,

thereby these few are despised as bloody fools by the goons of status and power;

this very human nature drives us to mistreat the very ones who have fought for us – the underdogs : the minority in any communities, the very one you might belong to,

for it is these same men who mistreat the other men and women, it is these same women, who were once weak, would discriminate and crush other women and men, No ? Absolutely not ?

both men and women would bully others once the malfunctions are condoned by men and women who are suckers for excessive admiration and entitlements,

men and women who are without principles, who lack true convictions begin to compromise, and manipulate things, events and persons, in any groups, in any organizations,in any offices, in any families, to form cliques, to form the status quo,then gradually begin to repractice discrimination, segregation, despise, put up obstacles against the young intelligent idealists of good character who could be the fresh impetus to break any form of the yokes of old; or perhaps the young themselves have certain negative attitudes,too;

to despise the very same middle aged or senior idealists who burn with new found convictions, new realizations to put things right before their time is up, yet who will continue reliving the same worthy attributes which they lead on earth, “dlm penghijrahan” to a far better place in eternity ..

Anonymous,  11 April 2014 at 05:54  

2/3
Don’t we agree that for some reason, in many instances, ordinary western citizens are more principled, right is right, wrong is wrong whereby respect for others and accountability is not compromised to ensure better progress and success,
As a strong sense of responsibility is the DNA of one’s dignity.

However, ones will find their parents and forefathers’ magnanimity of friendship, sense of responsibility and grace toward Asian colleagues lacking in the professionals and expatriates in the age group of 25 – 45.

Perhaps they have come to full cycle. What about us ? Are we still trailing behind ? Are too many Malaysians still choosing the lesser of good characters to be leaders ? And lullabied or intoxicatedly invigorated by belly dancers, repulsive fatty dank doot dancers and singers ? And as a few complains were confided in HSBC professionals in Jln Ipoh that some seemingly poor female Kelanese food stall owners behind Viva refuse to allow new poor Malays hawkers to have access to their tap water, despite the former demanded RM 1 for the use of water each day.

This is shocking, where is their trueness to Tok Guru Nik Aziz’s true teachings and his humble lifestyle as role model. What hypocrisy - those hawkers - kaya sikit dah naik kepala jadi hantu cam UMNO Baru. Bukan Cina DAP yg menghambakan org Melayu.

i do hope Lim Kit Siang, Dr. Kua and Dr. Syed Husin Ali ( to me they are the Nelson Mandelas of Malaysia ) read this unknown writer's post. all right, will Mr. Lim Kit Siang work on eliminating the prejudice in his Chinese educated people towards the English educated Chinese ( as lamented by v. good Chinese colleagues ) ; some humble souls of theirs for some reason would suddenly become obnoxious and brag about their successful children sky high when the English educated listeners, better qualified are least interested to do so. It is not in the English culture to be loud about one’s academic and career achievements.

Meritocracy has its loopholes, too, when left unchecked by own’s morality and etiquettes , but negating to denounce one’s humble roots, exemplary upbringing despite the hardship, it will lead to a lesser attitude and character as demonstrated in the neighboring city - state. With immense successes, they choose to forget their roots, the sameness of ancestry of Malay, Chinese and Indian in Malaysia, they are not interested in empowering ordinary Malaysians in this pressing time, with their uber wealth, but only cronies aligned with UMNO Baru.

Anonymous,  11 April 2014 at 05:57  

3/3

In a few years time, the loophole of meritocracy will rear its rude awakenings as obnoxiousness, arrogance and entitlements but it does not have to be misdiverted when faith and time- tested good Asian cultures and values are rekindled or enhanced.

They unappreciatively, prejudicely do not want to acknowlege that there many English educated writers of Malays and a long list Chinese educated in English ( eg Dr. Phua Kai Lit from Johns Hopkins ) are actually fighting for them tirelessly ?

The same goes to our fakers halal this that Malays, camouflaging in the legality of religion and supremacy of race and endless this that, would despise Malays who articulate their thoughts in English as kurang patriotic and kurang Islam ( how the heck it gets there ?!! ) Being nice is weak as manipulated systematically by the mahathir umno goons ( ?!! ) how about, being arrogant, pembohongan besar are mafiaism, setanism.

It is never the culture, the good upbringing and DNA of our true God fearing Malay parents or Malay parents with interracial marriages and forefathers. Only mamak kerala and clans toyo indon megat junit import berjuta utk menghambakan Bumiputras Sarawak & Sabah & Melayu tulin.

Moving beyond, why are we still romanticizing for anyone with baggage to relead the nation ? and not people who have once incarcerated for any poor communities in the nation ? and not fresh young intelligent leaders with good characters to lead alongside and together ? despite their time- tested sincerity and talents, they are made to feel “little” ?

Let’s be real honest, there is not one candidate with a clean slate in UMNO baru !! That is a fact. Nick of Uitm ( with incredible English, betul ke from Uitm and not from university abroad, hehe ) will surely concur...

Sumpitan Emas,  11 April 2014 at 11:19  

1/3
Ya Ku Li, wujudkanlah satu Malaysia baru seperti disyorkan oleh Walla demi rakyat mampu sekali lagi meraih balik maruah dan taraf yang sekian lama dihancurkan oleh politik serong, politik kuku besi, politik tanpa batas, dan lebih-lebih sekali politik anti-intelektual .

Apakah satu masyarakat dipelopori oleh pemimpin-pemimpin berakhlak tinggi dan berintelektual ada kait rapat dengan majunya atau tidak sesatu bangsa, ikutilah buah fikiran seorang intelektual yang tiada setandingnya dalam ilmu kemasyarakatan, “Almarhum Syed Hussein bin Ali bin Abdullah bin Muhsin Alatas, pelopor teori rasuah, pencipta faham watak tertawan dan penulis karya klasik, Mitos Peribumi Malas, lahir di Bogor, Indonesia pada tahun dan dibesarkan di Sukabumi dan Johor Bahru…Syed Hussein Alatas kembali ke rahmatullah pada 23 Januari 2007…”

“Karya Terpilih – Syed Hussein Alatas – INTELEKTUAL MASYARAKAT MEMBANGUN” Kata Pengantar Oleh Syed Farid Alatas (Dewan Bahasa dan Pustaka 2009, 159 m.s.)

Mula-mula dari Prakata Edisi Kedua oleh Prof. Madya Dr Syed Farid Alatas: m.s. xiii – xvi:

“Jika diminta untuk mengungkapkan penukaran pemikiran Syed Hussein Alatas dalam bentuk pernyertaan teoritis yang ringkas, saya akan mengatakan seperti yang berikut:
Masalah utama dalam masyarakat berkembang ialah kemunduran dalam segala bidang kehidupan ekonomi, social dan kebudayaan.
Faktor utama yang menyebabkan berterusan keadaan kurang pembangunan ini ialah kepimpinan intelektual. Sejak tahun 50-an, ayah saya telah mengambil perhatian tentang masalah tiadanya suatu kelompok intelektual yang berfungsi di Malaya. Dalam konteks ini intelektual dimaksudkan sebagai seorang yang memikir tentang gagasan dan masalah bukan kebendaan dengan menggunakan keupayaan akal.

Sumpitan Emas,  11 April 2014 at 11:20  

2/3
Tugas kelompok intelektual adalah untuk berfikir, mempertimbangkan masalah-masalah tertentu, dan cuba untuk sampai kepada penyelesaiannya. Perhatian ayah saya terhadap gejala kelompok intelektual telah pun menghasilkan sebuah buku yang bertajuk Intellectuals in Developing Societies (Alatas, 1977) yang diterjemahkan sebagai Intelektual Masyarakat Membangun. Karya ini bertumpu pada tiga persoalan, iaitu (i) mengapa kelompok intelektual diperlukan dalam masyarakat berkembang? (ii) jenis (kelompok) apakah yang terbaik untuk memenuhi keperluan itu? dan rintangan apakah yang menghalang kemunculan dan berfungsinya kelompok ini (Alatas, 1977:8). Masalah-masalah yang seharusnya diperhatikan oleh kelompok intelektual dalam konteks masyarakat berkembang dibahagikan kepada dua, iaitu masalah teoritis dan masalah amali atau praktikal.

Masalah teoritis merujuk pada masalah yang terdapat dalam bidang pengeahuan. Bagi ayah saya, masalh utama dalam bidang ini ialah watak tertawan. Menurut teori watak tertawan, watak tertawan itu bergantung kepada pemikiran Barat dalam segala segi kegiatan ilmiah termasuk pembentukan fikiran, penggambaran, penghuraian dan pentafsiran (Alatas, 1972:11-12)…

Masalah watak tertawan adalah berkaitan dengan masalah-masalah yang bersifat amali atau praktikal. Masalah-masalah seumpama ini yang diperhatikan oleh Syed Hussein Alatas termasuk ekstremisme keagamaan (1971) pemikiran dan kelakuan yang tidak berakal dan rasuah (1968; 1981; 1986; 1987; 1990; 1999). Oleh sebab watak tertawan tidak sedar akan keadaan tertawannya dan tidak berfikir secara berautonomi, dia tidak dapat memahami dan menghuraikan masalah-masalh yang dihadapi oleh masyarakatnya; sebaliknya, keadaan tersebut akan mendatangkan masalah kepada Negara…

…Dalam masyarakat dewasa ini, terdapat jenis pemimpin yang baik, yang dipandukan oleh cita sempurna, dan juga jenis jadong, iaitu, jahat, bodoh dan sombong dan dipandu cita bencana. [*Alatas telah mencipta istilah jadong]

…dalam pemikiran Syed Hussein Alatas, factor yang utama dalam tatatingkat sebab-musabab ialah prinsip-prinsip akhlak atau kesusilaan. Umpamanya, dalam tulisannya tentang rasuah, Syed Hussein Alatas telah menegaskan bahawa perubahan struktural dalam pentadbiran kerajaan tidak akan membawa kesan yang baik jika perubahan ini tidak diiringi penjelmaan para pemimpin yang mempunyai prinsip kesusilaan yang tinggi.

…Hal ini bererti setiap insan yang baik akan mendekatkan dirinya kepada insan yang baik, dan sebaliknya, insan yang jahat akan cenderung untuk bergaul dan bermesra dengan orang yang rendah akhlaknya.

Sumpitan Emas,  11 April 2014 at 11:20  

3/3
Sepanjang kehidupan intelektuanya, Syed Hussein Alatas khuatir akan penguasaan masyarakat sedang membangun oleh orang-orang bebal, iaitu, revolusi orang-orang bebal…Pemerintahan zaman penjajahan tidak melihat pada keperluan untuk melantik para pentadbir yang berkualit. Selepas kemerdekaan, kekurangan tenaga kerja yang pintar menimbulkan keminculan orang-orang bebal…Menurut Prof. Alatas:
Dengan orang-orang bebal ini datanglah nepostime, pandangan kolot, politik parti kedaerahan, yang menentukan pemilihan dan kenaikan dalam tatatingkat kekuasan pentadbiran. Orang-orang bebal tidak dapat menguasai keadaan dalam mana jasa dan kerja keras merupakan kriteria kejayaan, dan dengan demikian rasuah menjadi ciri-ciri naiknya kekuasaan orang-orang bebal….Di mana orang-orang bebal berkuasa, maka nilai-nilai merekalah yang menjadi nilai-nilai masyarakat, kesedaran mereka menjadi kesedaran masyarakat (Alatas, 1977:46).

Dengan demikian, runtuhkanlah akhlak masyarakat kita. Apakah masyarakat kita mempunyai pemimpin yang berpengaruh dan yang mempuyai cita sempurna untuk melawan cita bencana? Itulah harapan Syed Hussein Alatas dan harapan negara kita.”

Dari Pengenalan m.s.xx-xxii:

“…dalam masyarakat Barat terdapat kemarahan yang meluas terhadap rasuah yang timbul dari semasa ke semasa, dalam hal ini kesedaran tentang hal tersebut masih kurang dalam masyarakat membangun. Jika dilihat di Negara Barat, terdapat kelas menengah yang menonjol, yang darinya sentiasa muncul kekuatan reformis yang tegar.

…Bab 9 membincangkan hubungan antara elit yang mundur dan pemodenan. Dikemukakan hujah bahawa pentafsiran yang paling tepat terhadap situasi sekarang bukanlah soal peralihan itu sendiri melainkan pemikiran duaan kaum elit. Bab 10 merujuk pada pengaruh elit mundur dalam perkembangan sains dan teknologi di negara-negara membanguan serta menyentuh masalah penghijrahan para sarjana ke luar negeri (brain drain).”

(n.b: ‘Buku ini terjemahkan ke bahasa Indonesia daripada karya asal beliau berjudul Intellectuals in Developing Societies oleh Bambang Supriady dan diubahsuai ke bahasa Melayu oleh Jaafar Abdul Rahim.”; Edisi Pertama bahasa Indonesia, Cetakan Pertama 1987; Edisi Pertama bahasa Malaysia, Cetakan Pertama 1991; Cetakan Kedua 2009)

Nah hebatnya intelektual kita:

1) Sewaktu Malaysia baru saja memperoleh jet-jet pejuang dari Russia, “If you feel like bombing Singapore, the Russians are not going to object”, diiringi gelak ketawa daripada wartawan yang hadir. Oleh Dr. Mahathir.

2) Bung Mokhtar menegur Teresa Kok kerana ternampak lututnya.

Ku Li, make your move so that for the very first time a true blue Malay will be at the helm and not near-jackasses, who will need to return to their original habitat.

Sumpitan Emas,  12 April 2014 at 13:26  

Koreksi:
1) (1/3): lahir di Bogor, Indonesia pada tahun 1928….

2) (1/3): … “Jika diminta untuk mengungkapkan penukaran pemikiran Syed Hussein Alatas dalam bentuk pernyertaan teoritis yang ringkas, ….sepatutnya, “Jika diminta untuk mengungkapkan pemikiran Syed Hussein Alatas dalam bentuk pernyataan teoritis yang ringkas,…

3) (2/3 & 3/3): ‘Negara’ ialah ‘negara’

4) (3/3): … “Selepas kemerdekaan, kekurangan tenaga kerja yang pintar menimbulkan kemunculan orang-orang bebal. (Alatas, 1977:45-46).…” sepatutnya: … “Selepas kemerdekaan, kekurangan tenaga kerja yang pintar menimbulkan kemunculan orang-orang bebal. Mereka mengekalkan kelompoknya (Alatas, 1977:45-46).…”

5) (3/3): “Ku Li, make your move so that for the very first time a true blue Malay will be at the helm and not near-jackasses, who will need to return to their original habitat.”, bacakan sebagai, “Ku Li, make your move so that for the very first time a true blue Malay will be at the helm and not near-jackasses who will need to return to their original habitat.” Gugurkan koma kedua!

6) Typo di sini sana.

Maaf saya pohonkan, berbanyak-banyak terima kasih.

Anonymous,  12 April 2014 at 14:15  

Bila nampak kepimpinan Umno dlm keadaan lemah Ku Li akan menjelma tumpang semangkok. Bila nampak kepimpinan Umno kuat, dia menjelma tapi tumpang dua
mangkok. Forget Ku Li. He's neither here nor there. At the same time he is both here and there. Moral of the story ' jangan kamu hampiri Umno '

Anonymous,  17 March 2015 at 21:30  

If 70% of this article is true. Then he should run a new party.

The problem with malaysia is exactly what happens in indonesia 20 years ago. Kronoeism and heavy corruption + massive debt.

Malaysia now have 700 billion debt. If count by local interest of 8% = 56 billion a year. Thats mean each and every one malaysian 56 billion divide by 30 million is = 5600 / 3 = rm 1800.00 a year malaysian must donate to pay for govt debt.

a debt that is not used for the country advance Nd improvement but rather on the dying old people who are losing power and time.

a 184 billion loan cannot shoot up to 784 billion just because of currency exchange unless ringgit fell to rm 10.00 vs 1 usd.

That is what happens to indonesia when rp drop from rp 2000.00 to rp 13000. Their debt x 10.

what i am saying it is pointless to vote for the same old party umno pkr dap pas it will be the same.

indonesia has 3 main party last time. Golkar soeharto = umno. Pis = pas (islam party) and megawati pdi = pkr (3rd biggest). Each of them has their turn and each of them making it worst than before.

until the new party arrive only indonesia improve. The same advice i am giving to all malaysians. Voting for bn pakatan will not solve anything. You guys need new party to kill all the tall and old parasites.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP