Dimana kita patut risau dengan GST-Bahagian 2
Merujuk kepada 160 buah negara lain hanya satu alasan untuk
menjustifikasikan perlaksanaan GST. Ini bukan sebab yang sebenar mengapa
kerajaan BN yang hanya mendapat 47% dari undi pengundi yang benar2 keluar, mahu
melaksanakan GST.
Mereka mahu laksanakan GST sebab mahukan lebih wang untuk mendanai
keborosan mereka. Sekali lagi saya ulang, budaya belanja berhemah tidak ada
dalam kamus pemimpin BN.
Fakta nya ialah kerajaan BN amat boros dan duit sudah habis. Dengan alasan
mahu mencekup mereka yang lari dari membayar cukai dan menghukum mereka yang
melakukan pemalsuan lapuran income returns, GST dilaksanakan. Kerajaan tahu siapa yang lari bayar cukai atau buat silap mata- kenapa tidak tangkap mereka? Kerajaan tahu banyak syarikat2 besar dan syarikat milik orang2 istimewa tidak bayar hutang seperti hutang bil letrik yang berjuta Ringgit- tapi tak kutip hutang ini.
Kerajaan akan kata GST akan menutup ketirisan dalam pengutipan cukai. Mereka akan juga berkata GST akan menyebabkan lebih ketelusan dalam urusniaga bila semua peniaga dalam rantaian bekalan akan file in claim untuk mendapatkan rebate keatas GST yang dikutip.
Kerajaan akan kata GST akan menutup ketirisan dalam pengutipan cukai. Mereka akan juga berkata GST akan menyebabkan lebih ketelusan dalam urusniaga bila semua peniaga dalam rantaian bekalan akan file in claim untuk mendapatkan rebate keatas GST yang dikutip.
GST akan menghasilkan semua objektif2 ini. Saya akan menyatakan
disini bahawa lambat laun, GST pasti dilaksanakan. Saya ulang sekali lagi agar
mudah di faham- lambat laun GST akan dilaksanakan. Kita setuju GST dilaksanakan
tapi timing nya belum lagi. Jika dilaksanakan juga, yang akan merasai teruk
ialah golongan yang berpendapatan rendah yang akan membayar harga barang yang
lebih tinggi dan yang akan menggunakan bahagian yang lebih besar dari pendapatan
mereka untuk GST.
untuk Malaysia masa itu belum sampai kerana pendaaptan per-kapita
kita tidak timgggi. jurang antara kaya dengan miskin tinggi; pekali GINI kita
ialah 0.43( 2012) dan dikalangan orang Melayu (0.421).
Kerajaan BN berhutang dengan banyak seperti yang saya sebut diatas. Hutang
sector awam dari sudut peratusan GDP sudah hampir 55%. Itu yang rasmi. Jika kita
campur pula tanggungan hutang yang kerajaan gerenti melalui SPVs ynag mereka
ujudkan untuk meminjam wang, maka sudah pasti hutang sektor awam menjangkau
55%. Ini semua mereka tidak peduli selagi mereka dapat wang dalam tangan
mereka.
Sebab itu saya nyatakan, wang yang banyak bahaya atau tidak, bergantung
kepada kualiti kerajaan dan kualiti pengurusan keatas kumpulan wang yang ada. Sebuah
kerajaan yang korap seperti BN dan fakta mengenai ketirisan ini semua ada
dilapurkan oleh ketua odit negara, maka duit dalam perbendaharaan kita tidak
selamat. Lagi banyak wang ada dalam tangan, lagilah rancak rompakan yang akan
dilakukan.
Kerajaan BN tidak ada cara lain selain dari melaksanakan GST. Jika tidak
BN akan bengkrap. Kadar faedah dalam pasaran ekwiti dan bond makin baik di
negara seperti Amerika syarikat. Maka pengurus dana akan memindah wang yang ada
dalam negara Malaysia ke Amerika. Dengan pengukuhan kadar pulangan dalam
pasaran bond dan ekwiti di Amerika, pasaran diMalaysia mesti menaikkan kadar
pulangan keatas pelaburan di Malaysia. Ini akan menyebabkan kos untuk meminjam
oleh kerajaan akan meningkat. Kerajaan tidak tertanggung kos bayaran pinjaman
yang sedia ada yang mencecah RM20 bllion setahun.
Pengurusan kewangan yang lemah menyebabkan credit rating kita
menurun. Fitch’s rating menurunkan credit rating nya keatas Malaysia
menyebabkan kebolehan meminjam Malaysia menjadi susah. Walaupun Moody’s
membaiki rating Malaysia tapi masih memberi amaran bahawa rating ini bila2 akan
berubah diberi iklim pengurusan kewangan Malaysia yang rakus. Ratings ini semua
tidak memberi keyakinan kepada pemimjam terhadap Malaysia.
Jadi apa Malaysia buat?
Malaysia boleh kurangkan sabsidi dan ini akan membangkitkan
kemarahan rakyat. Malaysia boleh mengurangkan bajet pembangunan tapi ini akan
mengurangkan kapasiti negara yang mahukan ekonomi berkembang. Malaysia boleh
kurangkan ketirisan tapi nampak macam tak terdaya. Wang haram dan rasuah terus
meningkat. Malaysia boleh mengurangkan belanja mengurus tapi kerajaan tidak
mahu berkonfrontasi dengan 1.2 juta penjawat awam. Gaji mesti naik. Kerajaan boleh
membaiki cara pembelian barangan dan perkhidmatan. Tender terbuka adalah
istilah yang sangat kerajaan takuti dan Daim pernah beritahu tender terbuka
memakan masa dan kompleks. Jadi, kita tahu kerajaan
tetap lakukan procurements cara lama. Iaitu
tender tertutup atau direct negotiation.
Apa dia boleh buat?
Jawapan nya GST. Memang benar GST dari sudut perakaunan adalah cara
pantas dan cekap untuk mendapatkan cukai dari setiap jenis pengguna input dan
penjual output. Beza antara cukai input dan cukai output ialah GST yang dikutip
oleh kerajaan. Dalam ekonomi GST yang mudah, ada 4 jenis pengguna input-
pengilang atau pengeluar, pemborong, peruncit dan akhir sekali pengguna isi
rumah. Pada setiap peringkat atau rantaian bekalan ini, kerajaan akan
mengenakan cukai GST. Dari sudut tiori tidak ada orang dapat lari.
Yang sebetulnya yang tidak dapat lari ialah pengguna akhir- isi
rumah. Yang lain masih boleh terus lari bahkan claim keatas kerajaan. Dalam
keadaan dimana barangan di zero rated atau tidak dikenakan GST, tidak ada
kaedah untuk menyekat pengguna input terakhir dalam rantaian tesrebut iaitu si
peruncit daripada memasukkan cukai GST dalam harga jualan nya. dia recover kos
dia dan claim daripada kerajaan lagi.
Sebab itu kita kata GST ini tidak berhati perut, dia tidak kira
siapa pengguna imput sama ada berpendapatan tinggi atau rendah. GST akan
mencederakan rakyat yang berpendapatan rendah yang majority nya Melayu.
8 comments:
Wahai kawan-kawan yang masih tak sedar lagi,bangunlah. Tunggu apa lagi? Kerajaan UMNO/BN yang korap, tak ada maruah,tak ada intergriti & tak ada moral ini pasti akan menjahamkan rakyat Malaysia jika dibiar begitu.
Asam tok
Setuju dgn cadangan rafizi utk cukai pd yg maha kaya dan capai tal gian....
Tpi puak2 Felda ape yg dirisaukan semua bln ambik d kedai koperasi
Apa pun polisi dan program yang jelas kebaikannya dan dapat dimanfaatkan rakyat kebanyakan boleh dilaksanakan setelah mengambil kira implikasinya disetiap sudut. Namun implimentasinya perlulah betul dan telus. Rakyat tentunya tidak mahu hasil dan rizab yang banyak terkumpul dari sistem percukaian seumpama GST ini lesap begitu saja sebagaimana kes PERWAJA, PKFZ dan beberapa lagi yang akhirnya tidak ada sesiapa pun yang didapati bersalah walau pun jumlah wang yang terlibat berbillion RM. Selagi toyol toyol dan halimunan dalam kepimpinan hari ini tidak diburu dan diusir keluar, tidak ada jaminan bahawa program program atau sistem yang pada dasarnya positif ini akan menguntungkan rakyat malah boleh memberi impak yang negatif. Rakyat jadi curiga melihat pengalaman lepas yang menyakitkan hati.
1/2
Sistem percukaian GST adalah taktik pakar2 ekonomi dan finance kapitalis yg bersekongkol dgn kerajaan utk menekan lagi rakyat biasa dari bandar2 hinggalah ke desa2 di mana hak asasi mereka ke atas barangan keperluan asas serta perkidmatan awam yg memuaskan tercabul. Dah lah purata gaji bulanan gol pertengahan dlm lingkungan tiga ribu ringgit serta majoriti yg lain berpendapatan gaji bulanan minima sembilan ratus ringgit atau ke bawah merana dgn kos sara hidup seharian yg tinggi.
Golongan maha penyanggak mahathir serta kroni2 nya hidup mewah sgt, senang2 dapat projek berbilion rm, beratus juta rm; mak datin2 melayu elit, yg lain pulak : indon, yg mamak semua dah mengaku melayu sebab dasar kerajaan UMNO Baru, perkasa - hanya bangsa melayu diutamakan.
GST yg dikenakan ke atas barangan impot yg dibeli mereka is even insufficient to purchase their " window dressings ".
Mungkin kah dah ramai sgt mak datin, celebrity mistresses yg menjadi agen / suppliers cheap labor utk projek ini itu, cleaning and maintenance services di beratus ribu penghuni2 posh condos, hotel2 , restoran2 mamak... tak percaya cuba lihat sendiri, mana ada Rakyat kita, sebaliknya mereka menipu dgn byk alasan dlm media kontrol kononnya rakyat kita malas, suka memilih kerja !!
sehinggakan rakyat Malaysia sendiri merana dgn gaji minima atau menganggur, yg berniaga secara kecil- kecilan, bisnes mereka semakin tertekan, bacalah suratkhabar, berapa ramai yg bankrupt seharian.
Gol elit ini dapat perkhidmatan akauntan melayu, cina, india serta expats yg handal2 utk under - declare and evade income taxes, hidden off - shore assets, taxless banking and savings. Rakyat biasa ?
Apa nak komplain, Sedikit sgt yg bertopengan agama Islam, semua kena halal, tapi secara senyap2 mengamal kehidupan fasis ?? Zakat dikenakan ke atas hidden off - shore assets, banking and savings ? Pengkhutbah2 elit pun tak keriau itu haram ??
2/2
Cuba wakil2 Rakyat, rakyat biasa demo to demand gol elit ini pay more taxes, tengok reaksi mereka, how they flip !! Cuba naikkan tax ke atas Harleys ; Vegas 8 yg berharga $ 98,000 to & 200,000 for the Vision motorbikes, private jets, yachts, roadtax, cukai gas serta spare parts.
Cuba jet serta assets jutawan2 mamak, daim, taib , bukhary, vincent, ananda dipinjam utk mencari the missing national carrier MH 370 ?
Cuba survey chauffers, PAs, pekerja2 ( gaji bulanan RM 1,200 -1,500 kerja 7/18 jam; bodyguards mereka ( RM 3,000 nyawa mereka dipertaruhkan, murah ! ), sedangan gaji ratusan ribu / juta yg mereka dapat setiap bulan ? Yg pakar profesional, pula dapat berpuluh / ratusan ribu ringgit sebulan.
Cuba wajibkan mereka bayar gaji minima RM 2,500 sebulan utk setiap org gaji mereka, wajib rakyat Malaysia; utk body guard, gaji minima RM 7,000 ++ sebulan dgn insuran nyawa dll, gaji nurse peribadi RM 5,000 ++ sebulan, semua dibayar dgn duit sendiri : Halal.
tengoklah reaksi mahathir serta gang blood suckers. Bull shit !! Beggar like bosses.
Lagi satu, the same Bull : embassy amerika, embassy india ( nak bayar RM 1,300 sebulan utk staf Malaysia, this is not India or Pakistan ), semua embassy, dah mula disrespect Malaysia, Malaysian staff, bayar loose change, high ranking staff's drivers dibayar RM 2, 500 sebulan, mid range administrator, RM 2,000 sebulan dgn punya byk tugas serta requirements sedangkan expats dlm embassies dapat gaji bulanan dlm lingkungan 30 ribu ke atas dgn elaun penginapan kondo / banglo yg sgt mewah, perks, free first class travel, anak2 dapat pendidikan elit percuma, dll. Itupun belum quote gaji bulanan first secretaries serta ambassador negara masing- masing di Malaysia. Slave - capitalist - neo colonization mentality.
All these discrepancies and preferences toward Malaysian staff will have to be stopped immediately, if not, they are only practicing double standard human rights by not paying the above the market wages in tandem with their own exorbitant salaries in host country : Malaysia.
Semuanya bersuhabat serta digalakkan oleh kerajaan UMNO elit utk kepentingan2 diri masing-masing.
1/2
Spshops,
Izinkan saya tambahkan sedikit-sebanyak tentang bagaimana kekayaan negara berkali-kali dighaibkan oleh kuasa-kuasa ghaib, dan begitu kecilnya bilangan pesalah-pesalah diheret ke mahkamah. Yang saudara telah huraikan, saya istilahkan ‘tirisan luaran’ yakni yang disalahlakukan oleh kelompok dari luar perkhidmatan kerajaan; yang saya hendak utarakan di sini ialah bikinan-bikinan kelompok yang kita gelar secara am “civil servant”. Ingin saya tegaskan terlebih dahulu, 99.99 % daripada mereka ini merupakan tenaga kerja yang boleh digelar “civil” dalam erti kata sebenarnya – bersih, dedikasi dan sopan. Yang 0.01% itulah yang merupakan yang berkomplot melakukan “tirisan dalaman.”
Ini daripada “IN SERVICE OF THE LAW – Simplicity & Greatness – Tun Suffian’s Legacy” oleh Prof Salleh Buang – Tun Suffian Foundation Incorporated – 402m/s; 2007; Bahagian 4 – Government Accountability and the Rule of Law, Bab 14 – Transparency and Accountability, bab kecil ‘Auditor-General’s reports: absence of the fear factor (m/s 266-268):
“Every year, as Budget Day approaches, the Auditor-General submits his reports to the nation. In his most recent report, he disclosed cases of mismanagement of public funds and neglect of public property — all these transgressions despite the national leaders’ repeated call for integrity, transparency and accountability.
The report disclosed cases of abuse of overtime claims by the Felcra chairman’s driver, payment made out of the National Disaster Relief Fund for a workshop that was never built, and the jet skis that lie idle because the firemen have not been trained to use them.
The said(sic) thing is that despite these undeniable cases of ‘extravagance, sloppiness and irregularities’ the Auditor-General’s Report has apparently not been ‘taken as seriously and acted upon as they should be’ by the relevant parties.
As usual, the report raised the usual few eyebrows amongst the general public, elicited a few voices in Parliament, and evoked a few letters in the national printed media. Eventually, as had happened in the past, the uproar died down (all too quickly) and the matter disappeared from public view and receded from the public conscience. The affected ministries and departments (who should be called upon to give answers to the public) would again get their reprieve; left without being admonished or punished, there is no guarantee that things will not go on very much the same way as before.
The general impression is that the Public Accounts Committee is either lacking in the requisite inquisitorial power or devoid of the sustained drive and energy to investigate all these alleged cases of abuse and neglect. In the absence of an Ombudsman (or such an equivalent independent authority) to crack the proverbial whip, there appears to be no real compulsion for the affected Ministries, Department or Agencies concerned to act immediately and effectively on these reports.
The general public know that the Auditor-General’s task is merely to look ‘at the records’, publish his findings and make his recommendations. These he has done, without fail every year, come Budget Day. It is ‘what comes next’ that has not been done.
Without quick and decisive actions (or sanctions, as the case may be) being taken against the abusers, backsliders and malingerers in the civil service, without the presence of ‘the fear factor’ in their mindset, transparency and integrity will not have any real meaning.”
2/2
Kesimpulan dari atas adalah, kita terhimpit oleh berbagai-bagai anasir 24/7, dan mungkin ‘abusers, backsliders dan malingerers ini juga boleh dicap ‘penderhaka’ untuk bersekongkol dengan lebih rapat lagi dengan penderhaka-penderhaka lain yang sudah dikenalpasti oleh Najib dan Ahmad Zahid Hamidi.
Tidak sempurna kiranya saya tidak ceritakan satu peristiwa yang dilapurkan telah berlaku di negeri Sarawak baharu-baharu ini.
Seorang pegawai daerah telah diadili atas tuduhan melakukan rasuah – meminta wang daripada pihak swasta untuk, kononnya, kegunaan peribadi. Pegawai daerah berkenaan telah dibebaskan akhirnya apabila didapati usaha beliau hanya merupakan permintaan tajaan bantuan kewangan daripada pihak berkenaan khusus membiayai jamuan kepada pegawai-pegawai odit yang kebetulan telah menjalankan tugas odit di pejabatnya.
Persoalan-persolan:
1) Adakah ini satu SOP (standard operating procedure) bagi sebuah jabatan kerajaan melayan ‘tetamu-tetamu’ sedemikian rupa wal hal, mereka dibiayai elaun harian dan elaun tambahan kerana bertugas atas sebab-sebab tertentu?
2) Apakah jamuan makan ini sudah berlaku sekian lama hingga tidak dipersoalkan oleh Jabatan Ketua Setiausaha kerajaan, Jabatan Odit sendiri, dan lebih-lebih lagi MACC yang ditugaskan khusus menyiasat apa sahaja yang berbaur rasuah?
3) Apakah secara tidak langsung, jamuan yang dihidangkan tahun ini akan merubah tugas-tugas odit pada tahun depan, yakni, sedikit kelonggaran akan diberikan kerana sikap, ‘lu baik sama gua, gua baik sama lu’? Dan…kemudian semboyan bolehlah dibunyikan sekuat-kuatnya “kita manusia sederhana, bersopan-santun dan berakrab, suka tolong-monolong, bekerjasama demi agama, bangsa dan negara”?
Sekiranya bukan sebab berniat jahat yang mendorong pihak tertentu untuk menghapuskan khidmat seorang pegawai kerajaan yang jujur, rakyat Malaysia pasti tidak sedar akan tekanan-tekanan yang dihadapi oleh mana-mana pegawai kanan setiap kali ada lawatan oleh pihak rasmi yang lain. Nak minta derma daripada pegawai bawahan tak elok, mungkin memalukan, sebab pendapatan mereka rata-rata sederhana - cukup makan untuk anak isteri, tak cukup untuk ‘tetamu-tetamu istimewa’, nun dari jauh.
Spshops, kita dibelasah dari kiri kanan, atas dan bawah. Apa puncanya kita sampai ke tahap ini, hanya boleh di ketahui jika Putrajaya didiami oleh orang baharu yang sanggup melepaskan ‘the worms from the can’, yakni, cacing-cacing jijik dari bekas yang selama ini dikuburkan di merata tempat yang dirahsiakan.
Saya tidak menyatakan orang baharu itu mesti dari Pakatan.
"without the presence of " the fear factor’ in their mindset, transparency and integrity will not have any real meaning.” - SE
the true fear factor which is fearing to do any wrong thing beyond the realm of praying, whilst at work and in relationships with others are not taught by pengkhutbah2 UMNO Baru Elit,
neither do those ones seek to find out the actual truths, to think critically of their shortcomings and will their hearts and minds to change for the better.
Followers only practice the feel good legality of the umno religion, which also skews to race superiority, entitlements, robbing justice and equality, integrity, accountability which goes hand in hand with providing expertise employment, deserving business opportunities, peace, security and persahabatan as commanded by the truths of the faith to all ordinary Malaysians irrespective of faith and ethnicity.
I dread thinking for the nation and young Malaysians when our Malays, Chinese and Indians of seniority in age, huge with muhibbah spirit, good will and acceptance as in brother and sister hood - majority of which are the beacon of hopes against hopes for us.
hence the fire to write is slowly diminishing..
Post a Comment