Conduct Unbecoming seorang Menteri
Dalam
suatu artikel yang terdahulu saya ada menyebut sedikit mengenai Tun Dr Ismail. Kita
boleh membaca sedikit mengenai nya melalui buku The Reluctant Politician.
Saya hanya menceritakan hal Tun Dr Ismail, dari penyampaian seorang yang berkerja lama denngan Tun Dr Ismail. Kepentingan tokoh seperti Tun Dr Ismail bukan terletak kepada usaha untuk ‘membesarkan’
perwatakan Tun Dr Ismail- tapi sebagai sumber pengajaran2 kepimpinan.
Apa
yang kita boleh pelajari? Tun DR Ismail elok dijadikan contoh bagaimana seorang
pemimpin dan orang yang berkuasa ‘conduct’ atau menggayakan diri nya sebagai
pemimpin. Seorang pemimpin mesti conduct
dirinya honourably ketika berurusan dengan rakyat at all times.
Jika
dari sudut Islam, yang lebih penting ialah bagaimana menggayakan dii atas
prinsip Islam dan bukan menggayakan dirinya sebagai Muslim. Hari ini, perbezaan
antara Islam dan Muslim amat ketara dan diperlukan. Gaya Muslim tdiak
semestinya gaya yang Islam kehendaki.
Hari
ini, ramai orang Melayu memperagakan diri mereka sebagai Muslim, tapi kurang
menegakkan prinsip Islam. Mereka menonjolkan diri mereka sebagai seorang Muslim
melalui pertuturan, pakaian, mengiklan diri mereka. Tapi perlakuan mereka tidak
ikut prinsip Islam.
Islam
itu agama keamanan. Namun ramai pula diantara kita menonjolkan perangai ganas
bila berinteraksi sesama manusia.
Melaksanakan
konsep dan idea keadilan misalnya, lebih penting dari menggayakan diri sebagai
Muslim yang bersongkok, berkopiah dan berjubah dan memekik slogan sana sini.
Dalam
konteks ini , elok orang Melayu yang beragama Islam mengetahui bahawa Harvard
University Law School meperakui tinggi nya bagaimana melaksanakan idea keadilan.
Universiti tersebut memuliakan prinsip yang terkandung dalam Quran 4:135.
Ayat tersebut menyeru semua orang menjadi penegak keadilan seperti yang dikehendaki
oleh Allah dan menyekat diri dari bertindak ikut suka selera peribadi.Mungkin Zahid Hamidi yang tahu serba sedikit mengenai agama Islam, mengambil perhatian mengenai perkara ini.
Berbalik
semula kepada Tun Dr Ismail. Prinsip asas yang kita boleh belajar ialah
pemimpin menggayakan diri dengan penuh tangung jawab dan beretika dan
honourable. Dia sanggup bertindak jujur dan sanggup untuk tidak jadi nice
person. Sebagai menteri dalam negeri suatu ketika dahulu, Tun Dr Ismail
meletakkan premium yang tinggi kepada proper conduct becoming of a person with
authority. Dia tidak bertindak seperti koboi yang dapat pistol baru atau yang
anggap sudah mahir berpistol. Yang penting bukan nya ada bantuan draconian
laws- tapi yang penting ialah sama ada kita conduct diri kita honourably dan
secara berprinsip.
Conduct
Tun Dr Ismail sangat releven hari ini. Kerana kita ada seorang Menteri Dalam
Negeri yang menggayakan dirinya tanpa rasa malu dan penuh keangkuhan. Kita dalam
parlimen tahu sangat bahawa kita ada seorang Menteri Dalam Negeri yang sangat incompetent-
incompetency nya hanya diimbangi oleh kuasa dan seri jawatan menteri nya
sahaja.
Dalam
sessi parlimen penggal ke13 yang pertama, saya melihat dengan dekat dan secara
lansung, bagaimana Zahid Hamidi ‘cracked’ under pressure ketika diasak oleh
Gobind Singh. Saya terkejut bila Zahid Hamidi respond dengan mengatakan jika
dia dituduh samseng, Gobind Singh lagi samseng dari dia. Ini pertukaran penghujjahan
kebudak budakan. Pertikaman lidah tersebut, lantaran Zahid berdepan dengan
suatu tuduhan mencederakan seorang peniaga dikediaman nya. kes ini lesap entah
dimana sekarang ini. Sejak dari itu, persepsi kita ialah Zahid is an incompetent
leader. Dia menteri UMNO bukan menteri untuk rakyat Malaysia.
Barangakali,
jika kes mencedarakan orang boleh hilang dan jadi no case, maka kita tidak
hairanlah bila Menteri Dalam negeri kata, tawaran untuk mencederakan Tersea Kok
ialah suatu no case.
Dr
Ismail tidak akan tolerate perlakuan seperti ini. Zahid Hamidi menggayakan dirinya
seperti orang yang tidak bersekolah. bila dia menyatakan bahawa tawaran untuk
menampar Teresa Kok tidak mempunyai asas untuk diambil tindakan oleh Polis, ia
megesahkan, kita ada menteri dalam negeri yang
grossly incompetent. Kita ada koboi yang dapat pistol baru. dan dia
hanya deputy sherrif baru. sherrif pula duduk diam dirumah.
Jika
demikian, kalau ada tawaran untuk menembak mana2 pemimpin kerajaan sekarang
bagaimana? Ianya hanya tawaran? Ancaman untuk mencederakan sesoarang adalah
suatu jinayah iaitu meletakkan seseorang dalam rasa cemas bahawa suatu
pencederaan fisikal keatas dirinya akan berlaku. Itulah kesan keatas Teresa
Kok- iaitu meletakkan dirinya dalam perasaan takut akan sesuatu kecederaan
diperlakukan keatas diri nya. ini sahaja sudah cukup untuk menggerakkan polis
mencari petualang yang membuat ancaman,
menangkap dan menjelkan mereka. Kita tidak boleh membiarkan gerombolan
kesana kesini berkasi seperti ku klux klan atau The Hooded Order. Kecualilah menteri
dalam negeri yang kurang cerdik ini menganggap semua puak2 yang membuat ancaman
kepada orang lain, sahabat dan rakan dia.
Polis
tahu identiti mereka. Sebab polis ada mata2 gelap dan penyuluh disetiap lapisan
masyarakat. Pada peringkat kampong, peringkat mukim, peringkat daerah , peringkat
negeri dan seterusnya sampai keatas. Kecuali polis Malaysia sudah mengubah cara
pengintipan dimana pengintipan pada setiap lapisan masyarakat sudah dihapuskan.
Saya
tidak fikir kerajaan Malaysia megubah intipan rapi nya. bahkan, jika satu muka
baru masuk kedalam kampong, polis sudah tahu. Maka yang demikian, saya cukup
yakin, polis tahu identiti petualang2 yang mengeluarkan ancaman mencederakan
Teresa Kok. keengganan mereka melakukan siasatan, menunjukkan bahawa Menteri
yang bertanggung jawab menjaga keselamatan rakyat didalam ini negeri, tidak
menggayakan diri nya atas prinsip2 honourable.
Saya
membaca komen2 dan nasihat beberapa orang meminta Teresa Kok memohon maaf
kepada kerajaan. Ini berikutan dari video clip onederful CNY 2014. Beberapa kumpulan
telah pun menagdakan demontrasi konon nya clip itu menghina Melayu, Islam, Raja
Melayu, dan apa2 sahaja berkaitan Melayu. Bagaimana mereka membaca perkara2 ini
dalam klip itu, tidaklah kita tahu. Malah ada yang mengeluarkan tawaaran wang
supaya sesiapa menampar Tersesa akan dapat wang.
Zahid
Hamidi keluar kenyataan tak salah kalau buat tawaran demikian. Masa depan
negara kita gelap, jika seorang menteri bercakap seperti ini. Ancaman untk
mengkasari secara fisikal adalah suatu jinayah. Criminal law bukan perkara
private antara dua individu. Criminal law sentiasa suatu aksi antara pemerintah
ataustate dengan pesalah. Zahid hamidi ni dapat Phd nya dari mana? Dia buat
sendiri Phd atau upah orang lain menulis dissertation atau thesis nya? Walaupun
dia ada Phd, Zaid sentiasa bercakap macam orang kurang akal.
Teresa
kok tidak perlu mohon maaf. Wee ka sioing jangan hendak jadi uncle tom mahu
mengambil hati peerintah. Perkara yang dibangkitkan disetujui ramai oleh orang
Melayu yang siuman. Sesiapa bebas untuk tidak menyukai clip tersebut tapi ianya
tidak memberi alasan kepada mana2 pihak berlagak samseng untuk menawarkan
bounty. Jika ada orang menawarkan bounty untuk menempeleng Rosmah Mansor
bagaimana?
10 comments:
With all the ministers making monkeys out of themselves,they are making the country the laughing stock of the planet.How can cabinet ministers be so damn stupid.And a home minister who do not understand the law of the land.Might as well be washing cars in a car wash.
Dato,we have to figure it out how come our ministers always talk using their heels instead of using their heads.How stupid can a minister be,when they always make fools of themselves whenever they open their big mouths.
Perangai Zahid Hamidi bukan sahaja memalukan diri sendiri tetapi memalukan juga kaum Melayu & agama Islam yang mendidik kita menjadi seorang individu yang baik & buat baik dengan kaum-kaum lain. Zahid Hamidi akan jadi alat ketawa bukan sahaja di Malaysia tetapi di peringkat antarabangsa.
Apa boleh buat...inilah perangai kaduk naik junjung. Kaduk dari Bagan Datuk.
sri hartamas
Nama Zahid Hamidi & UMNO sudah buruk. Apa lagi dengan perangai mereka sekarang ini? Tuhan, tolong selamatkan Malaysia.
ooo artikel ni pasal macai DAP nak bela Theresa Cock. tak payah lah nak bawak nama Tun Dr Ismail dalam pembelaan kamu. enough of your nonsense!!!
Semasa di dalam PEMUDA dahulu Zahid sering jadi bahan tertawa rakan-rakan yang lain kerana "kureng"...bila cuba bercakap Inggeris berterabur gramar nya, bila mengeluarkan buah fikiran, jelas tidak matang. Tapi dia ada banyak wang. Dia juga ada private college dan ada orang Putih jadi Senior Lecturer.
Untuk memnutup rasa "inferiority complex" kerana sering ditertawakan rakan dan dianggap bodoh, Zahid mendapatkan ijazah PhD. Rupa-rupanya kebodohan seseorang tidak akan berakhir walaupun mendapat bergulung-gulung ijazah.
Lihatlah kenyataan bangang yang keluar dari menteri ini seperti "elok ditembak saja baru disiasat", isu syiah Mat Sabu yang memperlihatkan kedangkalan fikiran dan cakap berbelit serta berbohong dan terkini isu Teressa Kok. Bolehkah diharap Menteri seperti ini akan menjaga keselamatan rakyat dan negara?
Doktor konon...Doktor Ayam bak kata P. Ramlee dalam filem Labu Labi....
Anon 15:40.
It hurts doesn't it when Tun Ismail is brought back to life, every so often, to remind us the giants who once trod on this once great country?
What's going to become of our beloved country? God help Malaysia!
Asrul Sani..
Tu bukan Doktor Ayam lagi da jadi Doktor PARIAH laaa hehehe
Post a Comment