Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Wednesday, 16 October 2013

Pengajaran dari Government Shutdown Amerika

Kita hendak buat macam mana? Obama tak dapat datang. Sebab dia berdepan dengan kemungkinan shutdown kerajaan nya. tak bolehlah kita nak salahkan JJ. bukanlah kerana JJ yang dahulu nya duta ke USA yang berkerja keras mengatur Obama supaya singgah sebentar negara kita ini , tiba2 dibenci oleh Obama. Bukan Malaysia sahaja, tapi semua negara Asia dalam senarai lawatan , dikensel.
Terlepaslah peluang Najib untuk mendapat perakuan dari presiden Amerika. Impak Obama tentulah tidak sama dengan impak John Kerry yang singgah sebentar di negara kita. John Kerry umpama pengerusi JKKK merasmikan perhimpunan agung UMNO.
Apa binatang nya government shutdown ini? Shutdown itu maksudnya, jabatan kerajaan tutup sementara. Apa pasal tutup? Kerana tidak ada dana untuk membiayai urusan jabatan. Kena tutup sementara sehingga wang datang. No money no work.
Wah- takkan presiden Amerika yang gagah perkasa tidak boleh ISAkan ahli kongres? Menteri Homeland Security sepatutnya membentangkan rang undang2 tahan tanpa bicara dan lokap ahli kongres yang enggan meluluskan dana di Guantanamo Bay. Takkan Obama yang boleh bom Iraq, bom Afghanistan, Syria, Mesir tak boleh bom kongres?
Ketahuilah, presiden Amerika pun kena patuh pada undang2 dalam negeri nya. berbeza dengan PM kita yang boleh lakukan apa dia suka dan disokong pula tu oleh masyarakat yang jahil dan yang dibodohkan. Tambah pula dengan majority pemimpin UMNO tergolong dalam kumpulan lembab hanya tahu ajak berkelahi dan terpekik terlolong.
Apa yang berlaku di USA mesti jadi pengajaran kepada kerajaan kita yang belanja macam orang kena sawan. Jangan buat suka hati terutama dengan duit pembayar cukai. Itu semua duit kita.
Pentadbiran dan kerajaan USA hanya boleh membelanjakan wang yang di luluskan oleh congress mereka. Jika tidak diluluskan, kalau belanja maka wang yang di gunakan dikira sebagai wang yang dicuri. Kalau curi kena lokap. Lakukan juga, maka pelaku nya pecah amanah.
Lihatlah betapa disiplin nya bangsa barat. Berkuasa macam mana pun, presiden dan pembesar negara tidak boleh lakukan sesuka hati terutama dengan wang rakyat dan pembayar cukai. Berbeza sungguh dengan negara kita yang tidak hiraukan undang2.
Jadi jabatan2 yang tidak mendapat wang yang diluluskan kena berhenti kerja. Perkerja disuruh balik atau jika disuruh kerja akan dihutangi oleh kerajaan. bayar kemudian. Tapi siapa mahu kerja free? Tukang kempen pemimpin UMNO yang bertanding naib presiden dan MKT pun mahukan pembayaran, inikan pula penjawat awam.
Berlainan dengan negara kita. Setiap tahun, kerajaan belanja dahulu baru buat supplementary bajet. Supplementary bajet ini secara prinsip dibenarkan untuk perbelanjaan luar jangka dan keatas perkara2 darurat. Kalau salah kira, kena shutdown. Keatas urusan operasi biasa, kalau diluar bajet, guna wang negara dari segi prinsip sudah salah. Tapi kerajaan BN kerana mereka ada kuasa, mereka main bahan sahaja macam orang gila kuasa.
Ini menyalahi undang2. Sepatutnya, sebelum belanja kena mohon kelulusan parlimen. akan tetapi, ini sudah menjadi budaya pemimpin UMNO yang menguasai pentadbiran. Buat dahulu, betulkan kemudian. Tembak dahulu, baharu selidik. Yang dapat nama buruk ialah UMNO. Yang dapat nama buruk akhirnya orang Melayu.
Orang Melayu cepat sangat memaafkan perkara yang dilapurkan oleh Lapuran Audit Negara sebagai akibat kebodohan dan kelalaian penjawat awam. Tidak ada elemen rasuah, pencurian atau penipuan. Mana kita tahu? Sudahkah SPRM siasat? Cuai atau songlap?
Jika ini pendirian kerajaan, maka pentadbiran kita dipenuhi dengan ramai orang bodoh yang tidak layak berada disana. Adakah kita telah ambil sebagai perkerja dan penjawat awam, budak lulusan tahun 6? Silap dan lalai boleh terjadi satu dua kali- tapi jika kebodohan dan lalai itu berulang kali, tahun demi tahun, kebodohan dan kelalaian sudah jadi budaya pentadbiran. Solusi nya- berhentikan pesalah laku. Berapa peratus dari 1.4 juta penjawat awam kita yang tidak layak? Berhentikan mereka, kita jimat perbelanjaan kerajaan dan kurangkan deficit negara. Kerajaan bukan tempat sumbat dan menemptakan penjawat awam yang cuai dan bodoh.
Jika keburukan itu disebabkan pencurian, penipuan dan rasuah yang berulang tahun demi  tahun, bagaimana? Ianya juga budaya pentadbiran. Mengapa tidak ada tindakan keatas mereka?
Masaalah pokok bangsa kita ialah kita tidak ada budaya membenci segala bentuk salah laku dan kita tidak ada budaya membenci incompetence. Takkanlah hendak keras sangat dan tidak ada tolak ansur? Tentu kita ada kerana pesalah laku ini pun manusia juga. Tapi ini dua isiu yang berlainan- tolak ansur dan disiplin menempatkan mereka yang layak menduduki jawatan. Jika seseoarang itu incompetent dan tidak layak, tempat mereka bukan pada tempat yang memerlukan kelayakan yang lebih tinggi dan competence yang lebih tinggi dari kapasiti mereka. Setiap orang ada tempat dalam susunan kehidupan ini. Sebab itu yang pekak membakar meriam, yang buta penghembus lada.
Di Amerika urusan perkhidmatan kerajaan mesti didanai dengan wang yang diluluskan terlebih dahulu oleh kongres. Bila rang2 undang perbelanjaan tidak dapat diluluskan, kerajaan tidak dapat membekalkan perkhidmatan yang diperlukan. Siapa yang akan bayar? Ahli UMNO? Pengerusi Tekun?
Kita tengok negara yang mengikut peraturan dan undang2. Bukan macam negara kita, yang bantai sahaja bila tiba belanja. Balun dan terus balun. Dari tahun lalu, kerajaan ini berlagak macam kaya sangat memberikan BR1M kepada jutaan orang. Tahun depan dalam tahun kewangan 2014, lebih banyak BR1M akan diberi. Jika nilai BR1M adalah RM1500 dan diberi kepada 3 juta orang maka nilai BR1M untuk 2014 ialah RM4.5 bilion. Maka apa guna jimat RM3.3 bilion dari penarikan sabsidi RM3.3 bilion jika BR1M RM4.5 bilion?
Kita mesti tahu bahawa kemampuan kerajaan berbelanja kerana mereka cukai dan pinjam dari kita. Lebih banyak mereka ambil, semakin kurang rakyat boleh belanja dan melabur. Itu sebab nya kita kena cemburu bila kerajaan memohon wang dari parlimen. apa kamu hendak buat? Atas apa kamu mahu belanjakan?
Kita mesti sedar bahawa kemakmuran diadakan oleh pengusaha dalam kilang2, ladang2, oleh mereka yang duduk dalam bilik lembaga pengarah. Kerajaan tidak menciptakan kekayaan. Kerajaan mengagihkan kekayaan. Bolehkah orang yang kerja nya membahagikan dan mengagihkan kekayaan, mencipta kekayaan? Pencipta kekayaan ialah para pengilang, petani, peniaga dan sebagainya. Bukan kerajaan. kerajaan rampas dari Awang hendak beri kepada Selamat.

4 comments:

Anonymous,  16 October 2013 at 15:52  

Org Barat, bangsa Jepun, Korea tinggi tamadunnya. Mereka lebih berintegriti. Jika mereka beriman kpd Allah & Rasul, nescaya mereka dlm kumpulan ahli syurga...Kita malu mendpat pemimpin yg mendabik dada atas nama Islam, tetapi tidak patuh seruan Allah & tidak tunai sunnah Nabi.. Malu222 terhadap bukan Islam...!

Anonymous,  16 October 2013 at 18:58  

Dengarnya Najib akan terbang lg ke luar negara prog world Islamic econ...nak tengok game MU sekali...bagus la...

Anonymous,  17 October 2013 at 07:43  

Pemimpin umno yg rasuah & style najib yg boros telah menyebabkn org Melayu terus miskin. Rasuah & boros ini bole hapus kemiskinan rakyat Malaysia...tiada brim, broom..durian runtuh, duit raya etc..

bumi-non-malay 17 October 2013 at 14:09  

Matlamat Sultan UMNO adalah kayakan diri dan harap duit yang berlebihan boleh diguna untuk biayi beberapa Juta Militia, polis, askar, Samseng untuk Kontrol Rakyat yang sering Komplain.......Ini dah berterusan 60 tahun..... Saat akhir Sultan UMNO dan Keluarga dan Kroni pun boleh Lari ke negara lain degan duit Rampasan Rakyat..... Itu sebab adalah penting awak semua tahu dimana RUMAH Kediaman Sultan UMNO + keluarga mereka supaya dapat sekat Pelarian mereka dalam masa yang agak singkat lagi......60 tahun perbodohkan bangsa dan agama mereka sendiri adalah satu Kezaliman yang perlu Dihapuskan SEMALAM!!

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP