Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Sunday, 20 October 2013

Hari sesudah Pagi Nya: Yang Menang ialah UMNO, Yang Kalah ialah Melayu



Beberapa minggu yang lalu, Tengku Razaleigh Hamzah menyebut bahawa Dr Mahathir tidak ada pengaruh lagi untuk memenangkan Mukhriz. Orang tidak mahu dengar Dr Mahathir. Hari ini, pendapat Tengku Razleigh Hamzah telah dibuktikan benar. Dr Mahathir tidak ada pengaruh lagi. Mukhriz kalah lagi. Beberapa tahun lalu, bila Mukriz lawan KJ untuk jawatan ketua pemuda, Mukhriz tewas. Makna nya, Dr Mahathir pun tewas.
Nampaknya, UMNO tidak mahu dengar cakap Dr Mahathir lagi. Lebih elok Dr Mahathir menyokong gerakan yang benar2 mahu menyelamatkan Malaysia dari pemimpin UMNO yang tamak haloba. Dr Mahathir boleh menebus segala salah laku selama 22 tahun jadi PM dengan bersama sama menyelamatkan Malaysia. Oleh kerana baka Dr Mahathir hidup lama, maka masih ada masa untuk Dr Mahathir berbuat demikian.
Ketika round pertama dulu, bab yang Dr Mahathir menang ialah dia berjaya menghasut meyakinkan ramai pemimpin UMNO ketika itu membeloti Pak Lah. Beza Pak Lah dengan Najib ialah Pak Lah ketika itu selalu tidur. Sama ada disebabkan suatu penyakit yang Pak Lah kata dia ada atau memang benar Pak Lah suka tidur, maka Pak Lah tersungkur.
Tapi Najib walaupun lembab , dia tidak tidur. Najib mahu checkmate pengaruh Dr Mahathir jadi dia buat panggilan peribadi kepada semua pengerusi perhubungan dan pemimpin2 UMNO tertentu diperingkat bahagian menyatakan dia mahukan status quo. Macam mana saya tahu? Sebab saya bekas ketua penerangan Najib dahulu dan saya tahu memang ini cara Najib. Nak buat terang terangan dia penakut- maka dia buat personal calls. Dalam perbualan tersebut, Najib akan pujuk dengan pelbagai umpan dan konsesi. Dr Mahathir pun kalau dia panggil sendiri, apa yang dia boleh tawarkan? Dia bukan lagi PM yang ada kuasa memati dan menghidupkan.
Semalam Pak Lah bersara dari politik. Akhirnya Pak Lah yang menang dan berundur dengan tenang. Pak Lah nyata lebih kuat sebab dia hidup dengan Jin Jean. Dr Mahathir belum bersara dan hidup berjaga dengan dendam membara. Mulai hari ini, meriam Dr Mahathir akan menghala kearah PM Najib. 
Orang UMNO yang sayang Dr Mahathir terutama dari Sabah yang menyatakan mereka TATAP sayang Dr Mahathir mesti bangkit menyokong Dr Mahathir. Buktikan perasaan kepada Dr Mahathir lebih kuat daripada perasaan inginkan enbelop itu ba. 
Pemilihan UMNO sudah pun tamat. Naib presiden penyandang semua menang. 25 orang MKT pun telah dipilih. Orang akan melihat pengukuhan pengaruh Najib dalam kemenangan 3 penyandang naib presiden UMNO. Pemilihan 25 orang MKT lain pula . ianya adalah cerita janji2 yang diberi dan janji2 yang serupa dikhianati. It’s a story of promises given, promises broken. 60 lebih orang yang bertanding MKT tahu apa yang saya cakapkan.
Tengok penghisaban mudah ini; jika setiap 146,000 perwakilan mendapat RM500 dari setiap penjuru untuk satu tempat MKT, maka wang yang diterima secara konservatif nya ialah RM73 juta. Untuk jawatan Naib presiden jika setiap perwakilan menerima secara pukul keliling RM1000, maka RM146 juta. Paling minima RM200 juta menghujani keatas perwakilan UMNO.
Bagaimana pula kepada skuad2 ejen2 calun yang menjelajah kesemua 191 bahagian UMNO terutama untuk calun2 naib presiden? Setiap calun ada 10 orang untuk setiap bahagian dan 191 bahagian mempunyai 1910 operatives.  Jika setiap operatives ini diupah RM20,00 untuk 2 minggu kerja, jumlah pembayaran kasar ialah RM38 juta. Maka secara konservatifnya, jumlah keseluruhan nya sudah mencecah RM238juta. 
Saya tidak akan terkejut jika jumlah wang yang berligar mencecah RM400 juta. Pemimpin atasan dalam 191 bahagian UMNO takkan mahu dibayar RM20,000?  Kalau RM1juta satu bahagian untuk top dogs, sudah RM191juta. Campur dengan RM238juta sudah melebihi RM400juta. Sebelum pemilihan ini 2 minggu yang lalu, saya terdengar desas desus dari kawan2 UMNO saya, bahawa RM600juta akan hujan rahmat macam hujan rahmat keatas peneroka felda suatu ketika dahulu. Hujan rahmat ini membasahi juga golongan haramjadah yang tidak menyokong Najib tapi sukakan kertas gambar Agong terutama yang berwarna perper karer tu. Ada enbelop nya ba…
Akhirnya yang menang ialah wang. Tidak ada yang demokratik dengan melibatkan 146,500 perwakilan UMNO diseluruh negara. Yang berlaku bukan nya pendemokrasian pemilihan- yang berlaku ialah penaburan wang secara lebih meluas. Jika dahlulu hanya 2500 orang sahaja yang pergi ke PAU yang berkesempatan dilayani dan dimanjakan oleh pesaing pemilihan, kali ini, jumlah yang dijamu  dan dilayani bertambah dari 2500 kepada 146,000 orang. Kaedah pemilihan kali ini meningkatkan nilai dan penting nya ketua bahagian dan pemimpin utama di bahagian2 UMNO.
Yang bersifat baru ialah pertambahan pembuat keputusan untuk menentukan pimpinan dalam parti UMNO. Tapi mengharapkan pembaharuan dan kemajuan berlaku dalam tahun pertama kaedah pemilihan secara electoral college ini, hanyalah menipu diri sendiri. Saya harap ahli dan pemimpin UMNO mengakui perkara ini. Langkah seterusnya dan cabaran nya ialah membenarkan kesemua 146,000 orang dihitung secara pengundi popular. Ketepikan bloc voting.
Cuba kita perhatikan kenyataan pesaing2 yang tewas. Rata2 menyatakan bahawa mereka kalah kerana perwakilan menolak mereka kerana mahu melakukan pembaharuan dan mereka tidak main politik wang. Saya tidak hairan, jika hari ini dan hari2 seterusnya, Tun Dr Mahathir akan menyerang kepimpinan Najib sebagai kepimpinan yang merakyatkan politik wang. Yang berlaku ialah pendemokrasian politik wang. Ianya dilakukan secara lebih meluas. Pemimin UMNO yang tidak ada wang, tidak ada peluang lansung dalam politik UMNO.
Tapi ini suatu yang bagus. Ianya bermakna, UMNO tidak ada masa depan kerana ianya tidak lagi membangun atas prinsip dan system nilai. Dalam PRU14, nanti UMNO akan dibelasah lagi teruk.
Kenapa? Sebab yang menang rata2nya dari generasi X dan Y sedangkan yang akan mengundi dalam tahun 2018 nanti, majoritinya dari jenerasi Z. anak muda yang tidak terikat dengan pemikiran sekolah lama yang bercakap mengenai Melayu yang terancam dan diancam. Jenerasi yang tidak terpengarh dengan percakapan perkauman, cakap mengajak rakyat berkelahi dan bercakap mengenai unsur2 yang memecahbelahkan negara. Jenrasi Z terdiri dari pengundi yang menghitung faedah dan kos, untung dan rugi, jenerasi yang bercakap mengenai kebenaran dan kepalsuan, benar atau salah. Jenerasi yang akan membuat keputusan mengikut right or wrong dan jenerasi yang mengadili sama ada kamu cekap dan competent.
Boleh kah UMNO menyesuaikan diri dengan persekitaran yang demikian dalam masa 5 tahun ini? Tidak mungkin. Jenerasi Z akan menenggelamkan pimpinan jenerasi X dan Y UMNO sekarang.
Itu menjadikan UMNO apa? Ia menjadikan UMNO- simply irrelevant dalam persekitaran jenerasi Z.

11 comments:

Mohd. Kamal bin Abdullah 20 October 2013 at 10:25  

Dato, Assalamualaikum.

UMNO today...only LOVES MONEY and THOSE IN POWER feed these UMNOputras to keep them happy and enjoy their POWERFUL POSITION. They never care what happens to the nation or Melayu.

Dr. M could be termed "expired" and the UMNO Baru he formed will no longer be loyal to anyone with his state UNLESS UMNO loses its power. But as usual, you will find UMNOputras in power "jumping ship" to retain these POWER. This culture will continue until and unless Malaysians are brain-washed and don't condone to these "greedy" leaders in their circle.

So, the ultimate theme....as long there is POWER and with this comes MONEY, UMNO will prevail.

Anonymous,  20 October 2013 at 12:20  

Nabi Yusof sanggup menerima hukuman penjara daripada dihina Allah. Nabi Yusof rela menggadai maruah jadi banduan daripada dicerca Allah. Nabi Yusof tidak sanggup menerima rasuah demi kesucian agama. Sesungguhnya surah Yusof menjadi panduan kepada Khalifah Umar al Khattab mentadbir negara sehingga syiar Islam tegak & berkembang ke hari ini. Malangnya ada umat Islam sanggup menjadi umat paling hina dgn amalan rasuah...

Pok Li,  20 October 2013 at 13:27  

Saya masih mengharapkan pertukaran kerajaan akan berlaku melalui 'crossover' wakil2 rakyat Sabah & Sarawak, walaupun kemungkinannya adalah tipis. Menunggu generasi Z melakukan perubahan melalui GE14 adalah terlalu lama dan kerosakan ekonomi, sosial dan Agama di sebabkan pemimpin yang tidak kompeten mungkin sudah terlalu parah untuk di perbaiki.

Greenbug 20 October 2013 at 14:39  

Saya pun hidup aman Pak Sak... saya cari kertas kertas gambar Agung "perper karer" saya di seberang di Indonesia gali batubara susah payah cari makan... tetapi saya hidup aman....

This country is now ruled by people who have secured their leadership positions (and earning power) through sheer obscene corruption, we are screwed. Because these people will soon want the RM600 million they threw at delegates to be recouped back...

And so the wheel turns... and soon we will all be in the deep end of the cesspool. all of us...

Anonymous,  20 October 2013 at 17:51  

Pilihanraya umno ibarat meniaga. Mesti sanggup keluar modal sbb untungnya berlipat ganda. Siapa yg kedekut tak mau keluar modal lebih, org itu rugi. Org umno tak kan mengaku. Disuruh bersumpah pun, tak kan mengaku terima sogokan undi. Memang betul, yg kalah ialah Melayu sbb pemimpinnya pengkhianat...

ku_seman 20 October 2013 at 19:31  

Datuk, satu pendedahan yang menarik tentang mengalirnya sungai duit menjelang pemilihan UMNO.

tebing tinggi,  20 October 2013 at 22:52  


Mungkin yang mengundi pada pemilihan UMNO dan sayapnya telah tediri daripada generasi Z yang mengambil kira UNTUNG & RUGI . Kalau diambil kira faktor ini UMNO bolih menang PRU 14 nanti ,hanya UMNO kena lebih bersedia dengan jumlah yang lebih besar .

Nak cari Melayu yang sangup mati untuk bangsa & agamanya mungkin sangat sukar sekarang ,kepentingan diri mengatasi segala-galanya. Menyertai UMNO hanya landasan kalau tak dapat apa yang dihajatkan haluan bolih diubah ,itulah perjuangan sebenar.

Anonymous,  20 October 2013 at 23:32  

Dato',

As they say in the old western movies, Mahathir should just vanish (not ride off) into the sunset. He is already well past his expired shelf life and mould has already formed on his outer packaging but he still thinks that he is relevant and yields power and control over UMNO. However a man becomes extremely dangerous when he is checked mate and for this ego maniac, he will not vanish into the sunset without a fight. We should expect more explosive venom spewing out of this ego maniac's frothing mouth against the incompetent UMNO prez cum PM. Not that the UMNO pres cum PM is anything to shout about also.

Anonymous,  21 October 2013 at 00:10  

Inilah sebab UMNO/BN mesti dihapuskan & dijatuhkan dengan segera. Kalau tidak rakyat Malaysia yang akan menanggung semua akibat gejala kerasuahan UMNO/BN yang akhirnya akan memusnahkan negara kita.

Anonymous,  21 October 2013 at 07:52  

Skrg tiba masanya pemimpin umno dpatkan balik modal yg telah keluar...satu permit mane cukup? Setidak2nya utk cucu cicit sampai 7 keturunan bole hidup mewah.
Mentri Singapura gaji tinggi tetapi undang2 mengawal Mentri terlibat meniaga dsb. Bila pencen Menteri Singapura jadi org biasa. Berbeza Mentri Malaysia mengumpul harta & mengaut apa yg ada utk anak bini...tak bole dikawal. & bila bersara lebih lg mewah...
Mana ada Mentri & pemimpin umno yg sengkek????

Anonymous,  21 October 2013 at 10:10  

Datuk Sakmongkol,

Kalau begitu lah persepsi dan telahan datuk itu benar terjadi dalam UMNO. Masih di amalkan, maka di berlakunya tansformasi, peremajaan nya serta pendemokrasian nya. Ini bermakna politik adalah komoditi ,untuk mendapatkan nay dilaksanakan melalui urusniaga. Siapa kuat dan kaya maka berkuasa lah dia.

Kalau ia terjadi maka kesalahan di letak kan di atas pundak perwakilan yang di peluang untuk mengundi kenapa mereka terima. Jangan terima dan di tolak mentah-mentah, mesti ada pendirian dan jujur sejujur nya kerana Allah sentiasa melihat dan memerhati apa yang kamu lakukan. Dimana bangsa mu MELAYU, di mana Agama mu ISLAM, di mana diri mu INTEGRITI. Apakah itu semua boleh diurus niaga?.

Aku harap telahan Datuk itu tdak benar belaka.

Kita lihat lepas ini apa rentetan nya?

MELAYU YANG MEMERHAT aka MYM.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP