Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Tuesday, 16 October 2012

Sangkakala untuk UMNO.



Marilah kita orang Melayu sedar, bahawa UMNO telah khianat kepada bangsa Melayu. Bukankah orang Melayu keluar berarak dan menentang Malayan Union dalam tahun 1946 kerana kerajaan colonial mahu memberikan kerakyatan dan kewarganegaraan kepada bangsa asing? Itulah motivasi pertama mengapa UMNO diujudkan dan menentang Malayan Union. 
Hari ini apa sudah jadi? Prinsip dan pemangkin perjuangan orang Melayu sudah dikhianati UMNO.  Hari ini UMNO lah yang membenarkan 3 juta warga asing menjadi warga negara Malaysia kerana mahu menyelamatkan keadaan mereka. 1946, UMNO dan Melayu bangkit menentang pemberian kerakyatan untuk menyelamatkan Melayu, hari ini, UMNO jual negara untuk selamatkan diri. Marilah kita menghukum pengkhianat negara dengan hukuman yang kita tahu yakni melucutkan mereka dari berkuasa.UMNO jual negara kita dan kita membiarkan ia dilakukan. 
Calun UMNO lawan calun PAS, UMNO kalah, Melayu juga yang menggantikan nya. Calun PKR Melayu lawan calun Melayu UMNO, UMNO kalah, Melayu juga yang jadi MP.  Calun DAP Melayu lawan calun BN, BN kalah, Melayu jugak yang jadi MP. jadi apa masaalah kita kalau UMNO tewas? Dunia Melayu tidak kiamat. Tidak mati orang Melayu jika PM kita bukan Najib Tun Razak. Yang kita hendak banggakan keturunan sangat apa hal? Membangga banggkan keturunan dan asal usul, ialah perangai Iblis. 

Kita jangan sekali kali memaafkan kesalahan dan kemungkaran hanya kerana pelaku nya Melayu. Kalau tidak, apa yang saya kata berulang kali sebelum ini, akan tiba suatu hari pesalah akan masuk rumah kita meniduri isteri dan anak perempuan kita, kita akan kata- tidak mengapa sebab pelaku itu Melayu dan UMNO pulak tu!
Rakyat sudah tidak minat dengar cerita dongeng Shahrizat. Apa pun dia kata tidak memberi kesan kepada orang Melayu. yang orang tahu, RM 250juta duit rakyat dikebas keluarga nya untuk memewahkan kehidupan mereka. Dia berhenti kerana tidak mahu membebankan UMNO. Hello- antara yang menyuruh dia berhenti ialah pemimpin UMNO jugak, termasuk Dr Mahathir dan Rafidah Aziz. Mustahil, orang UMNO tidak percayakan Mahathir? dia kan Mursidul am parti syaitan UMNO? 
ketika menyambut permukiman orang UMNO yang diangkut dengan bas di stadium Bukit Jalil- Najib kata dia nak mengadap Agung. Kenapa tak buat? Paling akhir, Najib kata PRU akan diadakan pada bila2 masa sebab BN sudah menepati semua janji. Jika demikian mengapa teragak agak lagi mahu mengadakan PRU?
Najib memekik dan menjerit sana sini untuk menaikkan semangat ahli UMNO. Di kalangan ahli UMNO yang masih setia kepada agenda perjuangan UMNO- membela agama, bangsa dan negara, pekikan dan lolongan tersebut mengangkat semangat. Tapi, mungkin juga kali ini, lebih dari 1 juta ahli nya akan tetap mengundi calun parti lawan. Dalam tahun 2008, calun UMNO hanya mendapat 2 juta undi pengundi Melayu. 1 juta ahli nya berhijrah kesetiaan. 
Ahli UMNO sendiri meluat dan menyampah, agenda terbesar UMNO hari ini ialah bayar sini dan bayar sana. RM500 setelah 55 tahun, bererti nilai penerima hanya 2.49 sen sehari. Peneroka Felda yang mendapat durian runtuh RM 20,000 hanya mempunyai nilai 98 sen sehari. Itulah barisan hadapan transformasi luar bandar Najib. 
setiap hari lapuran SB, JASA, KEMAS dan MIO berbeza beza. Pening kepala Najib. MIO kata kalau buat PRU, UMNO kalah. Tapi Rais Yatim kata, tak betul- kita boleh menang. Daim kata UMNO selesa dalam 3 buah negeri sahaja. Itu beberapa bulan yang lalu. Hari ini keadaan dalam 3 buah negeri tersebut pun sudah tidak menentu. Melayu Johor bosan tengok TV ¾, Utusex Malaysia, Berita Hairan. Orang Melaka tidak mahu dilahabaukan lagi. Orang Pahang dan jenuh dengan lanun dan perompak mengondoli bukit dan hutan negeri Pahang. 
Hanya ada satu cara hendak membuktikan siapa salah dan siapa betul. Adakan PRU.
UMNO setiiap hari buat ceramah. Ceramah di TV, ceramah di Utsuan Malaysia dan akhbar2 arus perdana. Namun ribuan rakyat membanjiri untuk jumpa Anwar Ibrahim di Sutera Mall Johor dan di Sabah malah di serata tempat. Ribuan rakyat datang mendengar penerangan yang disampaikan oleh PAS. Orang Cina dan India- sudah bersedia hendak naik roket, pergi keBUlan mendapatkan KEADILAN. 
Itu yang menyeramkan Najib. Dia tidak ada pilihan lain , hanya cakap besar dan tabor fitnah dan pembohongan. Pakatan tak boleh diharapkan? Mana dia tahu? Sebab bukan Pakatan yang menerajui kerajaan persekutuan dan mengawal khazanah negara? UMNO dan BN yang kawal sebab itu kita bajet deficit untuk kali yang ke16 tahun semenjak 1998. 
Apa yang Najib buat dengan bajet 2013? Dia akan belanja 70% dari bajet dihalakan untuk belanja operasi. Sebab Najib suka beri duit rakyat kepada pemegang jawatan yang tidak optima. Dibawah Najib, 10 orang digunakan untuk mengesahkan mentol api terbakar dan setelah itu memanggil electrician menukar lampu. Itu pengurusan ekonomi Najib. 
Najib kesana sini, menjerit dan terpekik terlolong. Seorang PM yang ingat dia masih ketua Pemuda UMNO yang berucap di stadium TPCA. Yang berucap berapi api  mahu mandi-darahkan bangsa lain, yang kena tangkap ISA beberapa pemimpin UMNO seperti Tajudin Rahman dan lain2. Adakah kita ingat Najib berani hendak memberhentikan orang UMNO macam Tajudin Rahman dan lain2? Mereka panglima, ketua mereka sissy. 
Mereka masuk dalam, Najib cabut lari. Boleh kita bergantung kepada pemimpin yang ada 2 kualiti dasyat?- kurang pertimbangan dan penakut? Jahanam orang Melayu.
Orang Melayu tidak akan mati jika UMNO kalah. Yang mati ialah UMNO. 1 dari 7 orang Melayu dalam negara kita ialah ahli UMNO. Cuba beritahu saya, kalau seorang ahli UMNO ini kojol, adakah 6 lagi Melayu akan mati? Yang mati dan tewas ialah ahli UMNO. Melayu tetap selamat dan hidup. 
Jadi kita pisahkah diri kita dari terperangkap dengan metos2 yang di canai oleh UMNO. Tak mati juga orang Melayu jika UMNO tewas. Orang Melayu kalau nak selamat, berkerja sama dan sokong PAS, PKR dan DAP. Selagi ada orang Melayu dalam parti2 tersebut, kepentingan orang Melayu tetap terpelihara dan dibela. Tidak tersebut dalam kitab mana2 yang boleh jaga dan membela orang Melayu ialah UMNO dan pemimpin UMNO. 
UMNO dah ada 55 tahun peluang jaga agama, bangda dan negara? Apa jadi? 12% dari orang Melayu masih berada dibawah garis miskin yakni mempunyai pendapatan USD1 sehari. Orang Melayu berpendapatan RM100, orang Cina RM150 dan India RM 120. Apa yang dilakukan oleh UMNO? Setelah memerintah , kedudukan orang Melayu pun tidak mampu mereka bela. 
Reality nya, UMNO mengayakan PUTERA dalam BUMIputera. Putera Mahathir, putera Pak Lah, putera pemimpin UMNO, anak2 Shahrizat, kroni mereka, peguam dan hakim yang dalam genggaman mereka. Dan bila mereka lakukan ini, Mahathir mahu merintih anak muda Melayu tidak mengenang budi? Anak Melayu berhempas pulas menggunakan kederat mereka sendiri, menggunakan apa yang ada dalam persekitaran yang UMNO ujudkan, anak PUTERA2 hanya perlu menggunakan dan mengeksploitasi kedudukan dan keturunan. 
UMNO ialah parti untuk neo-feudalists. Agenda kita ialah menghumban mereka keluar. Saya syorkan orang UMNO teliti betul2 jadual dibawah ini. ini menujukkan kesimpulan suatu kajian statistic dan survey yang diberikan kepada saya. Ia menunjukkan berapa kerusi yang akan dimenangi oleh PR.
Kesimpulan nya. Di semanjanjung sahaja, PR mampu memang 109 kerusi. Tidak termasuk Sabah dan Sarawak. tinjauan konservatif menunjukkan bahawa PR boleh menang 12 kerusi parlimen di Sabah dan katalah, setakat ini, PR boleh menang 10 kerusi parlimen di Sarawak.
Kita akan menerangkan ramalan tersebut dalam artikel yang akan datang. Sementara itu, kita biarkan luncai2 UMNO terjun dengan labu2 mereka!.

16 comments:

Anonymous,  16 October 2012 at 17:18  

askm tok..

teruskan menghasut.....tok

Anonymous,  16 October 2012 at 19:26  

Salam.

Saudara, sejak bila dan dalam kitab mana pulak ada disebut menyebarkan risalah kebenaran itu menghasut?

Rasullullah S.A.W. menyebarkan risalah kebenaran. Begitu juga sahabat-sahabat Baginda. Tujuannya adalah untuk menyedarkan umat manusia tentang kejahilan dan kebatilah yang berlaku. Namun Baginda Rasullullah digelar penghasut dan berbagai lagi hanya kerana .

Ironiknya, pada zaman Sains dan Teknologi kini, bila ada insan yang menyebarkan risalah kebenaran, kita menuduh dia sebagai penghasut dan menghasut. So, agak-agak kita akan jatuh dalam golongan mana agaknya.

In essence, saya berpendapat, sekiranya saudara tak bersetuju dengan apa yang Dato' ulaskan dalam blognya, tidak perlulah saudara mengatakan bermacam-macam. Hijrah daripada yang baik kepada yang lebih baik itu dituntut dalam Islam. Tidak sesekali manusia itu kufur nikmat sekiranya mereka berusaha untuk mendapatkan yang lebih baik daripada apa yang mereka ada sekarang. Bukan kita Melayu yang tidak bersyukur, tetapi kita yakin yang kita berhak mendapatkan yang lebih baik dari apa yang kita dapat sekarang.

Untuk itu, tanggungjawab tergalas kepada para-para inteleks (antaranya Dato') yang mampu berfikir dengan waras untuk menyebarkan risalah kebenaran kepada mereka yang tak mampu berfikir. Menyedarkan orang Melayu yang betapa selama ini mereka telah tertipu dan dibuai mimpi-mimpi indah yang bersifat sementara dan tidak akan kekal.

Anonymous,  16 October 2012 at 20:16  

fakta yg amat mnarik dan truskan mnulis utk mmbuka minda org melayu yg telah layu hasil dr brainwash umno slama ni...

Anonymous,  16 October 2012 at 20:24  

Teruskan perjuangan menghapuskan kebatilan Dan menegakkan keadilan . Semoga sinar kebenaran terpancar Dari bumi yang keramat ini. Amiiin

Anonymous,  16 October 2012 at 21:22  

couldnt agree with u more

Anonymous,  16 October 2012 at 21:32  

If you have survey results why give the secret away so umno can sabotage?
Anon 17 18 -menghasut for a good cause is good -teruskan

Anonymous,  16 October 2012 at 22:12  

Salam Dato!
Satu artikel pembacaan yang sangat baik berkenaan PM Najib.Najib bukanlah seorang ahli politik mahupun seorang yang berjiwa rakyat.Perangainya memalukan orang melayu.Sifat pembohong dan nak tunjuk bagus tanpa disedarinya yang rakyat akan menghukum dia bila tiba PRU.Dia bukanlah orang bijak malah lebih rendah pemikirannya dari orang yang tak berpelajaran.Tidak boleh dijadikan contoh manusia yang siuman.

Anonymous,  16 October 2012 at 22:21  

Apa salahnya hasutan kearah kebaikan?

Anonymous,  17 October 2012 at 01:58  

ALOR SETAR 15 Okt. - Dewan Ulama Pas Kedah membidas sikap DAP yang selalu tidak tahu menjaga sensitiviti umat Islam khususnya hati' ahli-ahli Pas apabila menentang undang-undang berunsurkan Islam dilaksanakan di negeri ini.

Setiausaha dewan itu, Syeikh Zainol Asri Ramli berkata, DAP tidak sepatutnya bertindak demikian kerana terdapat perkara yang Pas boleh berpakat dengan DAP dan ada juga perkara yang tidak boleh, dalam pakatan pembangkang.

"Pada saya, kita (Pas) nak jaga sangat DAP tetapi DAP tidak jaga hati kami. Sebenarnya kerjasama dalam pakatan (pembangkang) bersifat longgar dan fleksibel kerana ada benda yang boleh dan ada benda yang tidak boleh kita berpakat," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi DAP, Lee Guan Aik semalam yang menegaskan DAP tidak sekali-kali akan membenarkan undang-undang berunsurkan Islam dilaksanakan di negeri ini termasuk pelaksanaan garis panduan papan iklan oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).

Guan Aik berkata, DAP membantah garis panduan itu yang antaranya menggunakan model berpakaian sopan dan perlu bertudung jika beragama Islam manakala model bukan Islam perlu berpakaian sopan.

Baru-baru ini, Datuk Bandar MBAS, Datuk Mat Noh Ahmad berkata, garis panduan yang akan dikuatkuasa tahun depan itu meliputi penggunaan bahasa, landskap dan pakaian model iklan iaitu tidak membenarkan model beragama Islam berpakaian mendedahkan aurat.

Syeikh Zainol Asri berkata, Pas tidak perlu berbincang dengan DAP untuk mendapatkan persetujuan melaksanakan garis panduan berkenaan kerana menutup aurat hanya berkaitan masyarakat Islam sebagaimana dituntut ajaran Islam.

"Memang isu ini kalau dilihat ada kesan kepada politik Pas tetapi ini bukan soal politik semata-semata tetapi ia adalah kehendak Islam tanpa mengira fahaman politik," katanya.

Justeru beliau menyokong garis panduan MBAS itu kerana ia adalah sebahagian kaedah dakwah untuk masyarakat Islam dan pada masa yang sama seiring dengan kehendak ahli-ahli Pas di peringkat akar umbi.

Sementara itu, Ketua Pemuda Pas Kedah, Ahmad Yahya berkata, sayap parti itu turut menyokong langkah MBAS memperkenalkan garis panduan berkenaan kerana ia menepati kehendak agama dan budaya masyarakat masyarakat timur.

"Langkah itu juga menepati kemahuan semua kaum sebab dalam dunia tidak ada mana-mana kaum yang mahu iklan tidak sopan malahan ramai juga yang membantah iklan yang mengeksploitasi wanita," katanya sambil mengucapkan tahniah kepada MBAS.



flyer168 17 October 2012 at 05:43  

Dato',

Yes indeed.

Just to share this...

Why is this Chinese Prime Minister of Singapore talking in Malay?

Not to campaign for a General Election!

Not to try and win over the Malays to support his political entity!

He speaks in Malay because he is a Prime Minister for all in Singapore and his concern is for all in Singapore....the Malays included.

If only our leaders in Malaysia would work for the common good of all of us....but not, it would seems...in our lifetime.

What a pity!

PM Lee's Malay Speech at National Day Rally 2012 | Rapat Hari Kebangsaan 2012 – YouTube - http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=ZDCPvBfkD_I#!

You be the judge.

Cheers.

Anonymous,  17 October 2012 at 07:57  

Betulkah cerita dua telaga minyak di perairan Kelantan anak MM(maulana Maha)punya? Kalau betul patutlah UMNO kuat bising sekarang orang Melayu akan pupus jika PR berpusat di Putrajaya. Di bawah jagaan siapa telaga minyak ini didermakan kepada anak MM? Siapa terugut-tekan memutus sedemikian dan apa sebabnya semua telaga minyak di kawasan ini tidak dihadiahkan kepada negeri Kelantan Darul Naim? Terpulang kepada KDYMM Kelantan dan kerajaan Kelantan memberi segelen-dua sebulan kepada kedua-duanya - mereka kemudian berhak menolak tawaran ini sebab bukan tabiat orang Kelantan nak memaksa pengemis menerima apa yang dihulurkan dengan ikhlas.

Saya bersimpati sangat dengan Najib kerana keadaan yang kian meruncing - padang ke kiri nampak koboi dari Johor, pandan ke kanan nampak maulana tak bertauliah. Tapi kalau terpikir balik bagaimana Tun Abdullah diminta/paksa undur diri, hanya ini saja, 'padan muka orang berpolitik tanpa batasan baik dengan orang parti yang sama mau pun daripada parti yang dicap musuh ketat'.

Undur-lah selangkah dua. Ingatlah Tok Guru, Uz Hadi, Mat Sabu, Anwar, LGE, Tony Pua, dll adalah manusia biasa yang ingin negara kita makmur, maju dan kaya. Main politik habis-habisan tanpa rasuah, skandal, rompakan, niat jahat,dsb, bolih menguntungkan negara. Sebaliknya main politik kotor, tunggulah balasan.

Jangan sekali-kali gadaikan negara ini kepada pendatang haram atas nama sesama Islam.

Nik Muhammad Najib Nik Jaafar 17 October 2012 at 11:10  

Assalamualaikum.. Sy rasa maksud menghasut saudara di atas sekali tu nak sindir mereka yg berkuasa skrg.. Sbb bg mereka apa yg Dato tulis ni dah dikira menghasut rakyat hahaha.. Jd kita ni jgn le terlampau lurus sngat mcm pembaris.. Bila lurus sgt senang le kita kena kelentong dek malaon penyamun2 tu sume.. Jd kita ni kena jugak lurus tp lurus mcm sudip @ lurus mcm tiang lampu, lurus tp hujungnya bengkok sikit hahaha

- Putera Saadong

Anonymous,  17 October 2012 at 13:00  

Apa kurangnya BN..

Jingga 13 menyelar kenyataan Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang yang bersifat rasis dan biadap di twitter milik beliau (@tankengliang).

Kenyataan biadap itu dibuat secara terbuka dan menimbulkan kemarahan rakyat yang beragama Islam.

Keng Liang membuat kenyataan itu berikutan ketidakpuasan hati dengan Majlis Perbandaran Alor Setar (MPAS) yang mula melaksanakan garis panduan agar model iklan yang dipaparkan dalam kawasan MPAS hanya memaparkan model yang berpakaian sopan.

Beberapa kenyataan beliau pada 15 Oktober 2012 memperlihatkan kedangkalan beliau dalam berpolitik hingga menyentuh dan mempertikai ketetapan dan hukum yang sememangnya termaktub dalam Islam.

Amat mendukacitakan apabila ditegur oleh ramai orang, beliau masih mempertahankan kenyataan beliau yang bukan sahaja bersifat rasis malah cuba mengelirukan dengan melabelkan itu adalah undang-undang ciptaan PAS, bukannya ketetapan dan undang-undang Islam sepertimana yang termaktub dalam Al-Quran.

Beberapa laporan polis dari NGO di seluruh negara telah pun di buat dan meminta satu tindakan tegas diambil terhadap Ketua Pemuda Gerakan Kedah tersebut yang ternyata berniat jahat (mala fidea) menghina dan menyinggung sensetiviti umat Islam di Malaysia .

Adalah amat malang sekiranya pihak polis bersikap mendiamkan diri dan dwi standard sedangkan dalam kes memijak gambar Perdana Menteri dan kes mengibarkan bendera Sang Saka dengan begitu PANTAS mengambil tindakan secara drastik .

Isu menghina Islam adalah merupakan satu tindakan yang serius dan perlu diambil tindakan tanpa kemaafan oleh pihak berwajib apa lagi agama Islam adalah merupakan agama rasmi Negara yang termaktub dalam perlembagaan negara.

Mohd Rudey Abd Rahman
Ketua Penerangan Jingga 13

Anonymous,  17 October 2012 at 13:25  

Salam Sak,

Saya boleh memahami sikap penyokong tegar UMNO/BN yang kaya raya dengan habuan masing2, tetapi saya lansung tak memahami, apatah lagi bersimpati, dengan menganut fahaman UMNO/BN yang nak isi minyak pun mahal, nak beli makanan pun susah, nak bayar ansuran kereta pun tenat.

Penyokong2 UMNO/BN ni, tak ubah seperti orang buta hati yang sudah jatuh ditimpa tangga.. bodoh pulak tu!

- Bonggok Man.

Anonymous,  17 October 2012 at 21:08  

MENGHASUT !? Inilah komen mereka Hasil 55thn Proses Indoktrinasi PemBodoh'an Rakyat; khusunya MELAYU!!! oleh UMNO peRompak Rakyat seBangsanya !!!

lipan bara 18 October 2012 at 11:04  

Assalamualaikum Dato'
Penulisan yang berilmiah dan pencerahan minda untuk umat melayu yang berfikir..
Semoga Dato' diberikan kesihatan dan kemurahan rezeki untuk terus berjuang di arena politik.. Amin

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP