Memahami Bajet
Saya ingin
memberitahu rakyat bahawa bajet bukan suatu rancangan kewangan untuk memberi
rebet, duit one off atau bonus. Kalau bukan duit kita, kita ada kuasa pulak,
sesiapa sahaja boleh lakukan apa yang dilakukan oleh Najib. Tapi perbuatan dia
tidak bertanggung jawab. Kita akan huraikan sebab2 mengapa kita kata demikian. Maka
kita jangan ikut cara bodoh tersebut.
Bajet ialah
plan kewangan untuk membiayai pengurusan negara. Kalau dalam syarikat, bajet
nya ialah bagaimana memastikan perkerja mendapat gaji yang baik dan syarikat
terus untung. Jika syarikat tidak untung, perkerja tak dapat gaji. Kalau 16
tahun rugi, belanja lebih dari pendapatan, syarikat akan tutup. Pengurus syarikat
diberhentikan. Pengurus baru degan model pengurusan bari kita ambil.
Rakyat disekat
dari mengetahu apa bajet Pakatan Rakyat. Mereka tak dapat tonton TV atau dengar
radio mengenai bajet PR. Yang kita dengar ialah cacian dan cemuhan Najib kepada
bajet PR. Bagaimana dia tahu PR tidak boleh lakukan lebih baik dari BN? PR
bukannya kuasa yang menjaga wang pusat. Yang jaga dan urus ialah kerajaan
Najib. Yang kita dengar ialah pembaziran dan perbelanjaan dengan harga2 projek yang
telah diUMNOkan. Negara kita akan bengkrap akibat pengurusan kerajaan Najib.
Demikan juga
perumpamaan dengan kerajaan. Kalau 16 tahun berturut turut deficit sejak tahun
1998, ini menandakan pengurusan kewangan dan pengurusnya tidak baik. Kita tukar
dengan pengurusan dan pengurus yang lain. Jangan sentimental. Kalau Najib bukan
PM, tidak mati rakyat disebabkan nya. Kalau Najib bukan PM, orang Pekan terus
hidup. Yang susah ialah orang UMNO- itu pun tak lama jika mereka adjust diri
mereka kepada reality baru. Reality barunya ialah rakyat hendak tukar kerajaan
yang tidak cekap dan korap. Rakyat benci tengok ROsmah Mansor ek dengan cincin
berlian, jam tangan yang mahal2 dan beg tangan ribuan Ringgit.
Kita tidak
dengki. Tapi kalau kita hendak ajar rakyat jimat cermat, maka peliklah kita
jika yang memberi nasihat hidup mewah mewah. Pergi shopping boleh suruh pemilik
toko bukak hanya untuk seorang pembeli.
Rakyat berdepan
dengan kos kehidupan yang tinggi- ikan, daging, beras semua harga nya naik. Kos
pengangkutan, kos pendidikan, kos perubatan, semua naik. Rakyat dapat RM 500
atau RM1000 tapi dapatnya mereka duit tersebut ketika semua barang naik.
Ramai orang
tidak sedar, bila kerajaan menurunkan wang baru, ia mengakibatkan agihan
pendapatan dari orang miskin kepada yang kaya. Dalam ilmu ekonomi fenomena ini
disebut sebagai kesan Cantillon atau Cantillon effects.
Orang2
kaya, glongan elit merasai duit baru yang diberi oleh kerajaan pada peringkat
awal ketika harga barangan belum naik. Ertinya, mereka menikmati
mendapat wang ketika harga barangan semua masih belum naik. Apabila kerajaan
menyuntik wang baru dalam ekonomi, yang merasai nya terlebih dahlu ialah
golongan elit, peminjam2 yang berpengaruh dan syarikat2 besar. Mereka dapat
wang baru pada round awal. Mereka yang dapat duit pada round2 yang terkemudian
semua dapat wang ketika harga barang naik.
Orang2 yang
mendapat wang di pusingan kemudian, mereka dapat wang tapi ketika harga barang
sudah naik. Maka sementara yang kaya dan berkuasa daapt wang ketika harga belum
naik, yang dapat wang di pusingan yang kemudian, akan mendapati nilai wang
mereka sudah menurun kerana harga barang sudah naik.
Maka,
sentiasalah golongan elit diutamakan, rakyat biasa dikemudiankan. Ini adalah kesan agihan pendapatan akibat
pertambahan wang dalam ekonomi. Siapa yang belajar ekonomi akan faham kesan2
Cantillon Effects ini.
Sekali lagi
mesti kita ingat: bajet ialah cadangan untuk mengeluarkan suatu jumlah wang
dari perbendaharaan. Ianya bukan duit Dato Najib atau duit UMNO untuk diberikan
tanpa ada tanggung jawab. Dan ianya dapat dibelanjakan hanya pada tahun hadapan
mulai januari 2013. Jika ada duit dari peruntukan tahun hadapan digunakan
sebakarang, itu adalah pecah amanah. Orang pecah amanah m kena jel.
Dan saya
dengar penjawat awam sudahpun dibayar. Dan sekolah2 Tamil sudah mula mendapat
alokasi bajet 2013. Perdebatan pun belum habis lagi yang bermakna, parlimen
belum lagi lulus duit yang diminta oleh kerajaan Najib. Ini bukan petanda dan
tingkah laku sebuah kerajaan yang siuman. Ini laku perangai kerajaan yang gila
kuasa.
Jangan kita
terpengaruh sangat dengan pemberian gula2 yang diberikan Najib. Ia menyembunyi
agenda jahat BN untuk terus kekal berkuasa supaya mreka boleh samun dan rompak
negara kita. Kerajaan BN yang di pimpin oleh Najib melakukan paling banyak
supplementary bajet dalam sejarah. Ertinya, kalau tak cukup duit belanja,
mereka akan datang ke parlimen untuk mintak wang lagi. Ini sebuah kerajaan yang
tidak pandai mengurus wang rakyat.
Mengapa ahli
parlimen BN mengambil masa lebih untuk membincangkan bajet yang di bentangkan
oleh Pakatan Rakyat? Itu bermakna mereka mengiktiraf bahwa bajet PR lebih baik
dari bajet BN. tidak ada orang hendak debat bajet BN . dan yang membahas
hanyalah Khairi Jamaludin dan MP dari Kota Belud yang kedua dua nya akan
digugurkan dalam PRU13 nanti.
Hanya orang
yang tidak tahu politik dalaman UMNO sahaja yang beria ria berpegang kepada pandangan
bahawa KJ akan terus dikekalkan. Budaya pilitik UMNO ialah budaya ikan haruan
yang makan anak sendiri. Budaya politik UMNO ialah budaya raja membunuh budak
yang berakal yang cadang menggunakan batang pisang untuk bunuh todak.
Bajet Najib
penuh dengan perkara2 bodoh yang dimasukkan pada saat akhir. Ia memeningkan
para pegawai kementerian kewangan yang terpaksa buat adjustments sana sini
kerana Najib dan para punaisihat nya mahukan perkara2 popular dimasukkan.
Seperti diskaun
kepada pengguna pengangkutan awam. Yang mempunyai gaji RM2000 kebawah akan
dapat diskaun. Bagaimana mahu dilaksanakan? Adakah pengguna pengangkutan awam
akan membawa slip gaji kemana mana untuk membuktikan mereka layak dapat tambang
yang murah? Bagimana pula melaksanakan pemberian rebat RM 200 kepada pembeli
talipon?
Jangan kita
melompat kegembiraan bila kerajaan mengistiharkan deficit untuk bajet 2013 ini
ialah 4%. Bukankah pada tahun 2011, Najib cakap besar hendak mengurangkan deficit
pada tahap 2.5%? tahun lalu, deficit lebih baik dari yang disasarkan kerana
ekonomi kita mendapat laba yang tidak terancang sebanyak RM21 billion. Tiba2
ada pendapatan lebih yang mengurangkan defisit. Kalau bukan kerana itu, defisit
untuk bajet 2012 mestilah lebih sekitar 6%.
Kita mesti
ada rasa tidak senang bila zaman berzaman, kerajaan membuat bajet deficit. Besar
mana sangkatkah bahagian bajet yang digunakan untuk membantu rakyat miskin dan
yang kesusahan? Bahagian tersebut tidak dapat menjustifikasikan belanjawan deficit
yang berturut trut. Yang rakyat mesti khuatir ialah deficit disebabkan rasuah,
ketidakcekapan, tidak ada disiplin kewangan, ketirisan dan pembaziarn.
Rakyat mesti
merasa hairan kenapa report card untuk bajet 2012 tidak di kemukakan. Biasa nya
kita hendak tahu bagaimana prestasi wang yang diminta tahun lalu diperlakukan. Baharulah
boleh mintak bajet baru. Mulai sekarang kita mesti desak sebelum apa2 wang
dikeluarkan oleh parlimen, kita nak tahu bagaimana bajet tahun lalu
diperlakukan.
Sebab itu
agenda bajet PR lebih diyakini rakyat. Sebab agenda PR ialah membasmikan
rasuah, ketirisan dan pembaziran. Agenda ini lebih baik dari agenda memberi
wang dengan percuma.
4 comments:
Kuoasan yang menarik, terbaekkk
Rasanya tidak adil jika pakatan tidak penah pegang duit! Pakatan yg memegang wang negeripun tak mampu melaksanakan apa yg dijanjikan! Hinggakan asil lori sampah dapat percuma di utamakan dari memamfaatkan untuk kepentingan rakyat!
bergitu juga bagaimana LGE memeras ugut bayar dlm 30 hari utk tmn manggis!Wahal isunya utk rumah kos rendah rakyat!
Adakah itu tidak cukup menggambarkan bukan setakat haruan makan anak tapi anconda memakan sesiapa saja.......
Mamat pecahpala,
Is that the best that you can muster? Lori sampah percuma? LGE peras ugut bayar dalam 30 hari? What are you slandering about? It makes no sense or you're nonsense! Come on, can't UMNO do better by providing us with unshakable facts about PR state govt corruption? Of course you can't because there is none to speak off and all the corruption is monopolized by Najib, Rosmah, Muhyiddin, UMNO and don't forget The one and only "Mahakorup". Anconda or did you mean anaconda?
Well, at least haruan and anaconda are animals that follows their natural instinct but UMNO, najib, mahathir and their ilks are worse than animals simply because animal eats to survive and will stop eating once they had their fill. BUT UMNO? UMNO and Najib and Mahathir will gobble up everything and anything even though they already have billions of illegals wealth stolen from Malaysian. UMNO is not an animal but even worse a vile creatures that deserves to be destroyed!
Nick.
Woi PecahPalakMikir 6 October 2012 03:01
Kau ni dari puak UMNO/BN yang masih tidur nyenyak. Bangun lah kau dan sedar. Bro kamu di Pulau Penang dah sedar...lihatlah dengan mata sendiri mu di URL sini:
http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=29510:panas-ketua-cawangan-umno-bakar-baju-umno&Itemid=2
Yang khianiati kaum Melayu bukan orang cina, india, serani tapi puak Melayu UMNO/BN. Buka mata hang lah.
orangkampung
Post a Comment