Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Friday 25 February 2011

DUN Kerdau, Jemaah PAS- antum jangan tabor fitnah.

Walaupun ana jahil dalam banyak perkara agama, ana tidak tergamak mencerca dan mencaci orang yang mencapai maqam ulamak. Sebab Nabi pun ada kata- ulamak itu pewaris nabi. Kalau ana dapat berjumpa dengan Tok Guru Nik Aziz , ana rasa ana akan mencium tangan nya. Pertama dia sudah mencapai maqam ulamak, kedua- dia orang tua yang patut di beri hormat dan ke3, kita hormat sesama Islam. Perbezaan politik tidak perlu di jadikan alasan untuk bemusuhan.

Habib ibra ben yahya ketika berjumpa dengan almarhum habib al maliki, dia merebahkan diri memegang kepala lutut habib al maliki. Demikianlah hemah nya syed Ibrahim ben yahya ini. Demikian juga, bila Jemaah PAS tuduh di beli sijil, dia hanya tersenyum sahaja. Tapi tentu dia tersangat terguris hati kerana Jemaah PAS yang menghayati tata susila Islam sanggup menabur fitnah.

Ana tidak menyangka, hari ini ana akan mengatakan bahawa Jemaah PAS hari ini, belum tentu menghayati tata susila. Hari ini ana kena menyatakan mereka kaki temberang dan pembohong.

Dalam kerakusan hendak menang DUN Kerdau dengan cara apa pun, mereka sanggup menuduh bahawa Syed Ibrahim ben Yahya membeli ijazah nya. Kalau mereka ada bukti, janganlah lengah, sila kemukakan. Jika tidak boleh, dan ianya bersandarkan kempen bisik2, maka ternyata PAS membohong rakyat kerdau. Ana ingin sarankan- hendak tengok hebat tak hebat ben yahya, ni, elok di ada pedebatan dalam bahasa Arab di antara calun PAS dengan calun BN. kita akan lihat, dari segi penghujjahan, syed ibra ini ada ijazah atau tidak.

Ana mahu pesan pada sahabat ana syed ibra- enta jangan layan orang PAS macam ini. Anda mempunyai tata susila lagi baik dari Jemaah PAS. Selama ana bersama enta, enta tidak pernah mencerca atau berkata buruk mengenai calun PAS. Dan rakyat tenyata senang hati bila mendengan enta membaca ayat Kulilla hummama likal mul kitu'til mul Kaman tasya'…Allah akan menaikkan sesiapa yang Dia kehendaki. Ternayta, enta lebih menyerah kepada Allah di dalam menentukan siapa yang akan naik dan turun.

Yang ana musykilkan, ialah mengapa PAS tidak mencalunkan Nasarudin Hasan Tontowi untuk berdepan dengan enta. Nasarudin pun belajar di Mesir. Jika di lihat dari umur, rasa nya dia enta punya junior di Mesir. Daripada nama nya, ana rasa di belajar di tonton. Enta belajar di Al Azhar. Mungkin dia kenal enta. Rakan dia yang ada di mesir atau yang datang kemudian dari enta, tentulah akan bertanya rakan yang terdahulu perihal enta. Mereka akan cerita bahawa enta sudah 7 tahun di Mesir dan belum balik2. Mungkin dari situ mereka buat telahan enta tidak lulus al azhar. Al maklum lah anak anak muda cepat membuat telahan. Kalau lama sangat di Mesir, jawab nya tidak pas pas. Ana tidak tahu sistem pembelajaran universiti di Mesir- berapa kali boleh di benarkan tidak lulus atau berapa tahun di benarkan untuk menghabiskan tahap degree.

Sahabat2 enta tahu apa yang berlaku. Enta seorang yang suka berguru di pondok dan pesanteren di Mesir. Rakan enta bilang kerje enta ialah mendapatkan guru guru masyur untuk belajar hel ehawal agama. Oleh kerana asyik mengejar ilmu agama secara bertalakki itu, enta mengambil masa yang lebih untuk mendapat degree.

Nasarudin Tontowi tentu tahu mengenai hal ini. Kalau dia was was atau tidak tahu, sebagai seorang yang berperwatakan ulamak muda, dia mesti menghentikan Jemaah PAS daripada menyibar fitnah. Jangan biarkan perbezaan politik menjadi halangan untuk bertata susila.

Ana tidak hendak tuduh sape sape dalam hal ini. Tapi kumpulan yang boleh menabur cerita temberang macam ini tentulah dari kumpulan mereka yang belajar di Mesir. Apatah lagi, di Mesir walaupun belajar di berlainan university tentulah sesama pelajar ada kala nya berjumpa dan berkumpul. Bila berkumpul, mesti lah ada yang menyatakan- sheikh, ana dengar orang kata, syed Ibrahim ben yahya tu dah tujuh tahun kat Mesir ini. Asyik lingkup je.

Jadi boleh jadi puak Pas dengar cerita buah mulut. Syed Ibrahim memang lah lama di Mesir. Orang ambik 3 atau 4 tahun, dia ambil masa 7 tahun untuk dapat ijazah. Tapi orang mesti selidik sebab apa dia lama disana. Pertama, mungkin bidang pengkhususan yang di ambil memang susah. Jadi dia ambik masa yang lebih lama. Atau mungkin, dia sengaja nak duduk lama dekat Mesir.

Tuan syed Ibrahim al yahya ni, dia punya kesukaan ialah pergi berguru dengan ulamak di Mesir. Jadi dia buat stail ulamak ulamak zaman dulu- pergi berguru dari seorang tok guru kepada tok guu lain. Sebab itu dia belajar bahasa dan kesusateraan Arab untuk mendalami jiwa pak arab. Dengan keahlian bahasa dia dapat faham mesej yang hendak di sampaikan oleh tok guru sama ada yang tersirat atau tersurat.

Ana merasakan lama nya syed ibra besuaka di Mesir adalah satu hidayah untuk kita semua. Bahawa dalam UMNO pun ada bakat yang boleh membawa dan membudayakan Jemaah UMNO ke jalan kebaikan.

Kepada para pengundi Kerdau, antum semua jangan gugup dan gundah gulana. Jemaah PAS yang sanggup membuat fitnah dan bohong antum semua, sudah kehilangan modal untuk mengalahkan calun UMNO.

14 comments:

rakyatSA,  25 February 2011 at 22:50  

Mintak Tuan Syed tu bagi komen kenapa kerajaan BN boleh lulus judi bola, ada fatwa baru dari Azhar ke? Sure kita boleh terus nilai dia lulus ke tak?

Anonymous,  25 February 2011 at 23:24  

SAK, ana dengar ceramah ustaz2 Pas dia org kata membuat fitnah dan berbohong itu org yang mempunyai sifat2 munafik dan fasik dengan itu ana jadi keliru lah ustaz2 pas pahang cakap lain dgn ustaz2 di s'ngor ni

dahserikngansenapang 25 February 2011 at 23:31  

hmmm, i cant really read into your posting dato. its politics right? is umno trying to pimpin pas into the right path while they wade in the filth?

no offense though, was just wondering. umno and pas when bertanding, harap harap gentle :).

Fooart 26 February 2011 at 10:00  

Salam Dato'

Kedua-dua PAS and UMNO sama je sikap bila tiba pilihanraya. PAS akan gunakan ugama untuk memenangi pengundi Islam, BN (UMNO) akan gunakan RM untuk merasuah pengundi. Sebagai pengundi kadang tu saya rasa susah untuk membuat pilihan. Nak pilih BN, terlalu banyak sangat rasuah dan kesalahan pemimpin yang lepas begitu sahaja. Nak pilih DAP, nauzubillah. Keadilan penuh dengan masalah. PAS tak pernah konsisten dengan pendirian mereka tentang hubungan dengan parti orang Cina. ( BN dengan MCA ditempelak, tp PAS dengan DAP ok pulak? ). Kenapa la tidak ada pemimpin tertinggi BN yang benar-benar berani membawa perubahan dengan memerangi segala keburukan perangai orang-orang UMNO. Tak kiralah dia menteri senior ke atau orang lama dalam UMNO je......perogol, homosek, rasuah...siasat la. Dan janganla jadi pemimpin yang takut BINI!! Malu la jadi orang jantan....atau hanya jantan belakang bini je kot???Wallahualam

Anonymous,  26 February 2011 at 10:35  

Biasa lah Dato' Tuan Syed tu nak berpolitik maka nasib lah dan lepas tu jadi calun UMNO dan terima sahaja lah kerana ALLAH maha mengetahui.
Rasa nya orang PAS Pahang je yang suka buat cerita macam tu tetapi apa nak di risaukan jawab je lah! Kalau tak suruh MB jawab dengan gaya tersendiri nya.
Dato' pun tahu, anything representing UMNO at the moment is always either dirty or blur like the UMNO leaders!
Sorry sir but the feeling is UMNO will win... Kerdau nama pun dah tahu!

Anonymous,  26 February 2011 at 10:57  

Minta tuan SAK turun padang ke kawasan tuan, ada perkampungan rakyat Kemboja yang mempunyai dokumen berlambang Barisan Nasional mengatakan sedang dalam proses mendapatkan taraf penduduk tetap (PR) Malaysia. Inilah projek Menteri Perdana yang kita sayangi, menjual kedaulatan negara Malaysia demi meraih undi. Sebahagian rakyat Kemboja ini ada di dalam lokap Ibu Pejabat Polis Jempol, Negeri Sembilan kerana berbuat kacau, dipercayai dibawa oleh tauke untuk bekerja di Lui.

Mata-mata
(dulu bolehla .. sekarang mata-mata pun dah tak boleh sabar dengan pengkhianat negara)

Anonymous,  27 February 2011 at 13:11  

Dato, orang orang umno yang dah lama sangat duduk diatas patut bagi laluan pada yang lebih muda. Ada yang sampai 20 tahun dalam kerajaan. Tamak sangat ka? Rakyat tanya tak ada muka lain? Atau orang lain tidak dibenarkan naik? Kalau dah tak dapat jadi PM atau DPM berambus saja lah. Nak jadi macam Taib Mahmud? Rumah kata pergi kubur kata mari pun nak lagi satu term. Sebelum mengata Nik Aziz cermin muka dulu.

Anonymous,  27 February 2011 at 21:30  

Sikap adil tiada dlm kamus BN, kempen di TV semakin mendukacitakan. Nak tergelak bila PM kata dia nak Islam yg kuat. KM Melaka, peribadi calun dijadikan isu. Sebenarnya itulah teknik UMNO, dia kata org tuduh dia, tapi entah siapa yg mulakan. Dimana2 persatuan, ada ahli yg kurang berilmu dan mencari untung. Perkara2 sebegini akan muncul lebih2 lagi semasa PRK. Faham2 lah .... PR yg adil hanya mimpi ..... tidak tahu rumahnya semakin hari semakin rapuh.

Geram 28 February 2011 at 00:51  

Pasal ijazah itu, buatlah pengumuman yang betul dan sahkan, ada positif!

Ni menteri UMNO kiri kanan Phd, cakap macam budak, buat macam budak, rasuah dalam Malaysia bergelora. Apa lah kita orang Islam konon?

Tu cek, anak Gadaffi, Saif#, tipu LSE pula untuk Phd nya!

Apa lah UMNO. Betul-betul tak layak mengurus negara. Najib dah janji RM10.0 m di Kerdau!

Apalah semua ni, Dato'!

# http://newenglishreview.net/blog_display.cfm/blog_id/32808

Anonymous,  28 February 2011 at 10:04  

Dato Sak,

Ante ade bace Harakah daily...Ana baca, Tuan Ibrahim kata PAS tak pernah cerita pasal isu Sijil Ustaz Syed Ibra...tapi ada orang spin cerita..ante percaya ka???

Ha ha ha..politik memamang macam tu, kadang-kadang di fitnah dan kadang-kadang memfitnah...trpulang kepada persepsi penggundi laa..yang mana lebih untuk depa undi...ha ha ha

Anonymous,  2 March 2011 at 18:59  

Salam Dato,

Berita dari mana Dato' dpt yg mengatakan PAS fitnah pasal sijil syed ibrahim tu? Dari utusan Malaysia, Berita Harian, Kosmo, Metro, NST, The Star, TV3, RTM, astro, TV9, atau dari unit risikan Umno? Atau Dato' dengar dgn telinga sendiri ketika berada di ceramah PAS?

Siapa fitnah siapa ni Dato?. Saya org kerdau tapi tak dengar pun. Ceramah Pas saya pergi Ceramah umnobn pun saya pergi dengar. Tengok isu PR banyak isu dan ada fakta berbanding umnobn. Umno takde modal balas balik kecuali balas dgn modal rm..rm. Umno Menggalakkan rasuah aje baik dari pemimpin tua dan pemimpin muda. Pemimpin muda umno lg dahsyat tabur duit. Pemimpin muda yg begitu kah yg Dato cadangkan utk menerajui umno utk pulih?. Apa nak jadi dgn Negara ini agaknya?

Parti umno jika di ibarat sebuah ianya memang sebuah bas yg dua tingkat tercanggih tapi pemandu dan co pemandu adalah kalangan yg mabuk arak dan dadah yg suka mamandu melebihi had laju dan suka melanggar undang2. Siapa nak tumpang silakan!

Dr; ahli umno

Anonymous,  3 March 2011 at 08:42  

tuan syed ibra belajar apa kat azhar yg join umno dan jadi calon umno, parti yang tak kenal haral haram, buruk baik? dia bertalakki dengan ulama tersohor mesir yang mana satu yang sampai dia jadi buta mata hati?

Anonymous,  3 March 2011 at 20:40  

Dia masok umno sebab nak betulkan mana yang patut didalam umno, slow and ez does it. Jangan gelojoh, nanti air lior meleleh nampak hodoh.
;[
ml

Anonymous,  7 March 2011 at 11:08  

pm patut dah diganti dengan golongan muda.. kalau boleh bawah 45 tahun.. ini era anak muda menerajui negara..

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP