Camno nak handel Malott?
Saya tak tahu apa nak cakap. Apo nak den kato? Kita ada menteri yang tak mampu berdebat, maka saranan nya ialah mengenakan arahan tidak boleh masuk ke nagara ini. Jadi kalau caliber menteri kita hanya berdaya menggunakan kuasa fiat dan undang undang, orang akan mentertawakan kemampuan minda bangsa 1 Malaysia. John Malott bekas duta USA telah menulis suatu artikel. Artikel tersebut di katakan agak keras mengecam pemerintahan DS Najib. Kita bebas menyatakan kita tidak setuju. Kita validate lah bangkangan kita dengan penghujjahan. Kita lawan minda dengan minda. Saya sendiri telah menulis dua artikel sendiri menyatakan tidak bersetuju dengan pandangan Malott. Sebelum itu saya telah muat-turun satu artikel oleh Umar MUkhtar. Saya pun kena hentam dalam artikel yang pertama. Dalam artikel kedua bila saya mengupas point by point, kita dapati penghujjahan nya melarat kepada perkara lain. Kepada saya itu petanda bahawa apa yang Malott katakan bukanlah definitive. Maka kalau ianya bukan definitive, apa pasal kita hilang akal sebentar dan mahu kenakan travel ban? Sepatutnya, kita jemput Malott datang untuk memberi pandangan nya. Dan jika Nazri terror, dia boleh berdebat dengan Malott. Kita akan sokong kalau dia menunjukkan kejantanan nya dalam gelanggang. Kalau menteri UMNO bersikap tongong macam ini, susah lah kita hendak mempertahankan kredibiliti kepimpinan UMNO. Ada orang kata, kita tak perlu layan Malott sebab dia bukan taraf itu dan ini. Adakah ini bermaksud, hanya bila kita ada taraf dan kedudukan, maka kita ada hak untuk beri komen? Kalau macam saya ADUN pencen, di kira takde taraf, tak boleh beri pandangan keatas buah fikiran bangang pak menteri , ADUN atau MP? Ada menteri kata pandangan Malott ketinggalan zaman. Kalau ketinggalan zaman, ekau tunjukkan di mano jang. Jika main beri kenyataan yang umum, tidak lah ekau terer eh jang. Kalau kita nak ban orang sebab dia beri pandangan yang tidak menyenangkan kita, ini nama nya macam ke budak budakan. Yang paling saya meluat ialah kita memperkecilkan pandangan Malott sebab dia di katakana berkawan dengan Anwar Ibrahim. Siapa dia nak berkawan sepatutnya tidak mendatangkan masaalah kepada kita. Anwar Ibrahim ini dahulu kan Timbalan Perdana Menteri kita dan TImbalan presiden UMNO. Suatu ketika , semua mereka yang sekarang ini dok hentam Anwar cium tangan Pak Sheikh. Kita harus membezakan antara penyakit peribadi dan ingatan tulus ikhlas. Wallahu'alam bissawab.
22 comments:
SAK,
Although I may not agree entirely with the rebuttal you put forward, but your contention did allow us to understand the subject from a different perspective, and yes, your piece is definitely better than most that were ‘discharge’ by our minister.
Btw, Chinese newspaper is not ‘Chinese’ at all, some even lean towards MCAism. Generally, it is relatively universal and balance, unless you are talking about culture, infotainment, literature and art.
Bingo one, Dato.
So, Wikileaks are right, our country is being run by IDIOTS !!
GOBLOG
Bukanlah nak puji Lee Kuan Yew tetapi hakikatnya apabila ada pandangan-pandangan daripada pada mana-mana pihak yang kritkal terhadap dirinya atau Singapura, dia akan respond dengan hujah-hujahnya dan MEMPASTIKAN responsenya itu disiarkan dalam akhbar/majalah berkaitan.
Sekirnya tidak baharulah dia mengambil tindakan yang lebih drastik seperti saman atau menghadkan bilangan circulation majalah tersebut di Singapura.
Bro
It's clear our politicians feel free in dishing out comments and criticisms on the internal affairs of Singapore, Thailand, Burma, Indonesia, Isreal, USA, UK etc as and when they like. But when they are on the receiving end, they tend to lash out at any foreign critic as an Anwar sympathiser.
They do not understand the concept of debate and if they succed in banning Malott from M'sia, guess who will end up the laughing stock? Does Narzi seriously think Malott will care two hoots or that he will be scoring points in the international arena?
Malott is no mere ex-diplomat; he actually served under 7 USA Presidents (over 30 years) and three years here and is quite well informed about M'sian politics and policies.
So, if they wish to debate him and rebut his criticisms, they should prepare well and get their act together first instead of ending up looking like schoolboys! What ever happened to $100 million spindoctor advisors APCO? Were they not consulted or is it yet another case of water down the drain?
As you will already have noted, Rachel Motte's (Rachel who?) attempts to discredit Malott backfired when she hastily withdrew her blog after Malott pointed out to her some defamatory lines. So much for that!
Nazri had better know that when he takes on the big boys, he should exchange shorts pants for long ones. Otw, it would all be NATO (No Action, Talk Only)! Or is it all talk and no trousers? Lol.
dpp
we are all of 1 Race, the Human Race
Salam Dato.
Saya mengikuti setiap penulisan Dato.Kalau lah kita ada ramai pemimpin Melayu berfikiran macam Dato,rasanya tak banyak masaalah negara yang kita kena hadapi.
Teruskan lah penulisan menongkah arus Dato.Ianya lebih mulia dari kaki kaki bodek yang kini memenuhi hampir setiap ruang kepimpinan Melayu.
Macam title blog saya Aku Peduli Apa!
hahahahahha, buat penat jer hang tulih panjang lebor.
Dato,
"Sepatutnya, kita jemput Malott datang untuk memberi pandangan nya. Dan jika Nazri terror, dia boleh berdebat dengan Malott. Kita akan sokong kalau dia menunjukkan kejantanan nya dalam gelanggang.
Kalau menteri UMNO bersikap tongong macam ini, susah lah kita hendak mempertahankan kredibiliti kepimpinan UMNO."
Itulah standard gerombolon. Hanya guna kuasa yang ada di tangan bukan power otak.
Perangai gini dah lama dah dalam budaya UMNO/BN. Budaya cam ni dah merebak ke PDRM. Bila orang kena tangkap oleh polis tanpa apa2 sebab dan orang tanya kenapa di tangkap, polis pukul orang, serang orang sampai teruk2. Tak guna power otak untuk beritau kerana polis tak ade jawapan..hanya tau pukul orang.
Malott mana nak datang ke malaysia...negara yang makin merosot; yang makin kebelakangan...3rd world country. Tak rugi se-sen pun.
Idris
Dato,
Dah terang apa nak cari torchlight agi?
Orang Pahang, Najib, Perdana Menteri agi, kata Malaysia tak sama dengan Egypt. Beri malu orang Pahang dan orang Malaysia.
Macam mana 'ni? Nak membohongi siapa lagi?
Kalau Dato ahli UMNO, UMNO yang mana party Dato tu?
Dear sakmongkol,
Indeed the said ex US ambasaddor to Malaysia is biased against Malaysia.
He gave a misleading statement against Malaysia. And as reported in Malaysian newspaper with deserving ascerbic remarks by columnists in New Strait Times yesterday, he indeed blamed Najib, Malays for racial tensions in Malaysia.
Certainly it is not fair to blame Malays ONLY for racial tensions.
Contrary to what you may want to think, banning Mallot does not make Malaysia a laughing stock. It is clear he does not have anyhing good to say about Malaysia. Worse still he slanders against malaysia.
Mallot serves to remind us about Anwar. His character and his ties with "friends" in USA govt that is detrimental to Malaysia.
So, I would not be surprise at comment that this guy is "Anwar sympathiser". He fits the billing.
Sometimes, I feel sorry for the Malaysian govt. If it responds, some claim it as being hyper sensitive. If it proposes drastic action, you criticises them as being intolerant of criticism. If it does not respond, you claim they as being weak.
Apo nak di kato, den UMNO memang tidak berkaliber. Den den UMNO hanyo berdaya menggunakan kuasa fiat dan undang undang saja,sebab itu yang mereka termampu. Den-den ini tidak mampu nak bertekak dengan Malott, takut berbuih mulut, kencing kerap. Menteri-menteri Malaysia hanya pandai menyalak diluar gelanggang, saya seru kepada mereka untuk tunjuk kejantanan mereka dan ajak Malott berdebat dan dalam hal ini bukan saja Malott malah 1 Malaysia perlu diberi peluang untuk berdebat dan bukan salah guna kuasa untuk menyekat fikiran rakyat dan cuba nak masukkan dakyah UMNO dalam otak 1 Malaysia. Bagaimana Dato, ekau tunjukkan di mano Den-den ini salah. Dato yang bertungkus lumus nak memperbetulkan UMNO ekau tunjukkan lah jalan kepada kaum jang oi.
Saya puji Dato dalam beberapa hal dan pada masa yang sama terfikir, kenapa Dato dok buang masa dengan cuba nak memperbetulkan UMNO yang jelas tidak akan 'reform'. Mereka masih dalam minda tahun 1970'an.Dewasa ini negara menghadapi cabaran globalisasi tetapi mereka masih di kongkong fikiran kalut. Kita didedahkan kepada kepercayaan kalut oleh puak-puak UMNO. Hari ini apa yang busuk, jahat dikaitkan dengan DSAI. Lojik kah. DSAI main belakang, DSAI dituduh ada kaitan dengan kumpulan pengganas antarabangsa. Sekarang ini tuduh DSAI kawan baik Malott dan Malott bercakap bagi pihak DSAI. Sebenarnya, apa yang kita lihat hari ini, 1 Malaysia ini hanya sekadar pada nama saja. Cuba Dato lihat secara praktiknya. Contoh yang paling tidak baik adalah apabila seorang bayi dilahirkan, amalan di Malaysia, bayi itu diberi nama, jantina dsb tetapi yang paling tidak enak, apabila diletakkan etniknya. Kenapa tidak apabila bayi lahir di 1 Malaysia, ia hendaklah diberi taraf rakyat MALAYSIA dan bukannya etniknya. 1000 tahun lagi Malaysia tidak akan jadi 1Malaysia kerana Melayu dengan Melayunya, Cina dengan cinanya dan India dengan indianya. Salah siapa? Salah Ibu mengandung? Tidak Salah pemimpin UMNO kerana mereka masih mahu jadi penjajah dan perintah negara dengan pecah belahkan kaum. UMNO masih menakut-nakutkan Melayu seolah-olah Melayu akan kehilangan kuasa. Itu satu penipuan besar dan berdosa besar orang-orang UMNO yang menggunakan hujah iniuntuk menipu Melayu. Sebenarnya, Melayu tidak boleh hilang kuasa dengan adanya kerusi Parlimen yang majoritinya memihak kepada umat Melayu/Islam.Oleh itu wahai pemimpin UMNO taubat lah. Jangan terus-terusan menipu dan memperbodohkan Melayu.Maka
Sudah sampai masa 1Malaysia lepaskan kongkongan keatas fikiran dan minda rakyat khuususnya pelajar-pelajar Universiti. Pada hakikatnya, Malaysia akan terus melahirkan graduan kangkong selagi pelajar-pelajar tidak diberi kebebasan untuk berfikir dan bertindak dengan memperbetulkan apa yang tidak betul. UMNO wajib mendidik Melayu untuk berfikir dan menjadi bijak supaya boleh bersaing dengan mana-mana bangsa dalam dunia. Apa salahnya semua sekolah-sekolah mengajar bahasa Cina dan Tamil kepada pelajar-pelajar secara sukarela baru ler Melayu tidak rasa terancam atau mempunyai sifat takut bayang-bayang sendiri. Apa yang kita lihat dalam UMNO hari ini, iaitu pemimpinnya yang tidak berfikiran waras. Semua isu yang mereka tak dapat tangani,mereka akan mendesak Kerajaan untuk haramkan. Dato cuba fikir, dalam negara Malaysia ler banyak Undang-undang OTOKRATIK sehinggakan kesalahan lalu lintas pun diberikan hukuman yang mereka rasa mesti penalti yang berat. Penalti seperti 'blacklist' kenderaan pesalah trafik sesuatu yang terang-terang melanggar Undang2 dan Hak Asasi Manusia. Sepatutnya pesalah trafik ini mesti dibawa ke muka keadilan sebelum menjatuhkan hukuman tetapi hari ini tidak.Itu saja kepandaian pemimpin-pemimpin UMNO. Dato tak letih ker kritik orang-orang yang tidak erti bahasa. Mereka ini tidak akan ubah Dato. Mereka tidak nampak MESIR,TUNISIA, JORDAN BAHRAIN yang sedang bergolak kerana selama ini negara-negara ini kongkong rakyatnya. Apa bezanya Malaysia. Sebenarnya apa yang saya nampak, negara-negara Muslim/Islam ler yang majoriti besarnya banyak melanggar hak asasi Manusia, korup dll.
Well said, Datuk. I don't know whether to praise or to lambast Minister Nazri. Sometimes he comes up with decent humane or very brave statements (e.g. his sympathetic comments for Eli Wong during her trying moments when she was being verbally 'raped' by less savoury and ungentlemanly entities) but on other ocassions he would make the most outrageous comments.
Nazri wants Mallot barred from entering malaysia!!
That is Kampung gangster's mentality and attitude. Sometime or most of the time Nazri exhibited more of his kampung gangster's attitude than a polished politician; behaving just like Noh Omar whose macais assaulted a PR MP who entered his kampung. Bikin malu company sahaja atau bikin malu melayu.
Hahaha, Nazri, Nazri. Macam pak pecacai dalam gerombolan demo Anwar pulak yang menjerit-jerit ganyang dia atau telanjangkan dia.
Keanak-anakan pun ada. Bila berkelahi cakap awak tak boleh datang rumah saya.
Kita orang UMNO mestilah ada finesse, ada class, ada sophistication.
Janganlah mengelurkan outburst yang memamalukan macam gangster ala kampung. Barbaric and uncivilized to say the least.
Malott tak rugi apa-apa. Diapun tak nak datang ke Malaysia.
Buatnya U.S. ban kita. Nahas be. Tak dapat nak pergi shopping, tak dapat nak tengok anak belajar di sana ataupun nak tengok anak graduate.
Bertindaklah dengan waras. Kerajaan patut duduk berbicang dan melantik seseorang untuk menulis menjawab balik kepada AWSJ yang menyiarkan artikel Malott tu.
Jawab dengan jelas point-by-point.
Tak mungkin nak kasi Ketua Perangan UMNO (Maslan ke saya dah lupa) yang gagal pertahankan Felda.
Mungkin Rais cakap sebutir-butir tu boleh kerana dia fasih Inggeris. Bolehlah jadi hero sekejap memandangkan saham diapun dah turun.
Tapi yang paling cocok ialah Duta kita di DC JJ. Beliau boleh menyerahkan salinannya kepada State Department di sana.
Tak guna kita menjerit dan berarak ke embassy US di sini ala Ibrahim Ali.
Protest note itu akan dicampakkan ke dalam shredder.
(Tok Him kita senyap ya dalam hal ni. Bagus tu).
JJ setaraf dengan Malott. So it's the right choice.
Tak guna kita terpekik-terlolong dlam negara. Macam tin kosong.
Kalau takpun buat de, biak pi atau bak kata orang Pahang buat tak sanan atau tak cakna.
Isu ni akan berkubur begitu saja.
Bolehlah pemimpin kita patutnya bertumpu kepada business of running the government.
Malott tu bekas duta dan pandangannya secara peribadi.
Kalau orang dalam pentadbiran Obama cakap begitu barulah kita terasa rattled.
This thing shall pass.
Datlo Sak,
Is this the best that a Minister can come with as rebuttal to John Mallot article? And he is a product from elite school in Malaysia I.e MCKK. You don't need to go such school to come-out with such statement.
This is an act of a chameleon. Hero within his own crowd but whimper when face to face with the opponent.
Similar act is performed by our Defense Minister on the RM6 billion navy ships. Instead of justifying the purchase, the minister asked prove of fraud. The fact of the matter this is public fund and the people have the right to know.
These people we put in office, live, eat and sleep on politics. Proper administering of the country does not even come second. Anything against them is term as unpatriotic. Yet they believe this mentality set will take us to greater heights in global standing.
The days when the govt knows best is still not over, Dato'. Most UMNO ministers are still an arrogant lot speaking like a stupid uneducated fool.
Dear Dato,
I have republished your article on our website, aktivisreformasi.net with backlinks to your website and original article.
Thank you.
Dato Sak,
Apo yang den nampak UMNOni baik perdana menterike,TPMke, menterike ketua bahagianke(mungkin kecuali YB Ghombau)semua tak boleh berhujah(intelligent/meaningfull discourse). Ngapo den kato begini? Senang sajo:-
1. Yang satu dunia nampak ialah UMNO cumo pandai kontrak sajo - kalau tidak apo kojo Utusan, PERKASA, GAP dan seribu satu NGO lain yang bising
2. Yang Pak menteri UMNO pula macam Jelebu dan Padang rengas cuma tau gam sajo, gamni gamtu takde yang mentally challenging
3. Kalau takde PDRM,MACC,SPRM dll.....bolehke UMNO bertahan
Sad but true! Apo nak dikato?
Susah nak cari menteri kabinet yang berwibawa maaa kini.Tiada seorang pun yang pandai berdebat apatah lagi secara menulis dalam bahasa Inggeris. Itu lah kelemahan menteri2 UMNO ni. Probabaly mereka ni kena berkusus dengan Dato Sak bab bab penulisan bahasa Inggeris terutamanya.Kadang kadang tu malu bila lihat how the ministers respond. Form only go no substance one ...kata orang putih. Mnisters....please take the cue form our Dato Sak ni...
They, the ministers should go back to basic. Probably memtor-mentee program.Lee KY of Mahathir should be a good mentor for this minister in the like of Hishamudin, Nazri, zahid and the bunch of gedebe gedebes.Biar ada etika sikit. Don't just talk an talk but say something la.They are so kampong in their thinking that nothing good come from their mouth. And these young ministers are so quite these as if they are afraid to popen their mouth or has been reading too much of the bloggers comments. WAAAAAAAAAAAKE UP LAA kome orang ni.
Kawan dah getiq nengok gelagat. Let's change th whole cabinet for a new yopung vibrant ministers. As much as I hate KJ, why dont try him out... See what Oxford produce are. Lets see the young one at the helm. We can always boot them out if .....
Agreed with you anon. Najib should revamp the current cabinet in view of the upcoming ge. But looking at how Najib answer yesterday on tV when posed the question as to when, i think he has got no balls to do so...or better let Rosmah to decide.
Most of the ministers are either obsolete or have expired their shelve lives.I don't understand why the deputy pm is at the helm of education portfolio. Can he just pass over to somebody else seemingly more appropiate. I don't see him functioning effectively as one
Camno ore melayu deh.Hok cakap pasal ore melayu ni mace ludoh ke muko sendri deh.Tapi tak po biar kita ludoh ke muko sendiri sekare, jangan anok anok kito lagu tu jugo. Jadi ore melayu harus le sedar mulo sekare ni seblum terlambat. Hak umno ko, pas ko kena duduk bersama bince perkara sesamo jangan hak nak dok berbaloh memanjang.Dunio ni sementaro jo
Hj nikmat
I was more shocked that NST and Utusan, especially the latter would choose an article from Rachel Motte to discredit Ambs. Malott. Rachel Motte? Seriously? Who would have thought Utusan, the so-called champion for malays and Islam, would go hand-in-hand with a right winger who hates Islam. She might be an intelligent lady but just like Sarah Palin, Michelle Bachmann, Michelle Malkin and Ann Coulter, this woman is just vile. Some malays who disagree with Ambs. Malott is giving this woman a pat on the back. I guess it's true that the enemy of my enemy is my friend. Must be nice for her to know that she has the support of some malaysians and muslims in writing lies about Ambs. Malott. If there's anything a right winger in America does best, it will be spewing nonsense, fear and hatred.
Post a Comment