Pesan untuk Bagan Pinang
Saya menyusun jari nan sepuluh dan menundukkan kepala nan satu memohon semua orang Bagan Pinang memikirkan masa depan mereka. Memang benar UMNO banyak menyimpang dari asas perjuangan mereka. Tapi itu semua bukan berpunca dari kecacatan azali UMNO. Penyimpangan tersebut di lakukan oleh pimpinan yang korap, yang angkuh, yang bermutu rendah. Rakyat di Bagan Pinang khususnya nya orang Melayu mesti menghantar isyarat yang nyata bahawa UMNO yang mereka mahu ialah UMNO yang mesti berpulang kepada pangkal perjuangan. Dan anda semua menghantar isyarat tersebut bukan dengan mencederakan UMNO tapi memberi nya tiupan semangat. Inilah masa nya pertubuhan Melayu yang membela rakyat memerlukan pembelaan pula.
Cuba kita bayangkan. UMNO muncul pada tahun 1946 ketika orang Melayu mennghadapi ancaman yang amat berbahaya. Bererti UMNO itu adalah pelindung ketika bahaya. UMNO mungkin tidak constant- ia berubah. Kemurnian perjuangan di cabul, di rosakkan oleh jenis pimpinan yang korap, angkuh dan bodoh. Yang constant dan bersifat tetap ialah kehidupan ini berubah dan setiap perubahan mengandungi ancaman dan kebelan. Walaupun kita tidak dapat memastikan apa bahaya yang orang Melayu boleh hadapi, kelemahan dari sudut itu tidak boleh di jadikan alasan untuk menghumban keluar UMNO.
10 comments:
You suggesting Umno apologise for its failings? Then, get onto a clean slate and move on?
Umno has had its problems and mistakes: the inconsistencies over question of corruption is clearly top of the list, followed by the failure to produce clear guidelines on campaign funding, fund-raising, etc. The new Umno franchise is great start to kick off Umno (Phase 3). Malayan Union gave the party its Phase 1, Phase 11 was Umno (Baru) conceived out of a schism.
Phase 111 shall herald a transformation, why not? Go for a name change - Malaysian instead of Melayu, but clarify its ideology as the party that is Islamist first. Umno has been more honest and truthful about its Islamic ideals; Do a mapping of the mosques in the City and you can walk into one anytime. Umno has in the first two stages of its being provided the infrastructure for Muslims. Now it is about filling up the mosques.
Any ideas? Design a suitable Baju Melayu for office-wear and prayers is one. Senior company executives clad in fashionable Baju Melayu? Why not?
At the intellectual level, yes, conceive also a new platform that could be embraced by all Malaysians. That is 1 Malaysia.
Saya boleh sokong UMNO. Tapi sokongan saya bersyarat. Syaratnya senang. Tolong berubah untuk kebaikan semua rakyat Malaysia.
Jangan korap, jangan angkuh, jangan sombong, jangan kaut harta untuk diri dan kerabat sendiri, jaga ekonomi, jangan membazir, jangan salah guna kuasa, jangan amalkan sindrom "denial", jangan rasa "we know all", jangan amal politik wang, jangan cuba tutup semua skandal kewangan/moral dan jangan bersekongkol degan ahli perniagaan dan royalty untuk kepentingan diri. Boleh?
Tapi secara jujur saya belum dapat lihat UMNO akan berubah atau cuba untuk berubah walaupun kehilangan 5 negeri masa PRU tahun lepas.
Sistem feudal yang diamalkan UMNO, yang telah berakar umbi, menyulitkan UMNO untuk berubah. Kebanyakan pemimpin UMNO yang ada sekarang sub-standard. Kalau yang ada standard pun, nampak ramai yang tak jujur dan ikhlas dengan perjuangan. Kebanyakkannya perlu di tukar ganti.
Lebih setahun sudah berlalu, belum nampak tanda-tanda perubahan. Semuanya rhetoric penyedap telinga saja. Meanwhile....it is business as usual for UMNO.
Maaf, saya tak boleh sokong UMNO selagi UMNO tak berubah. Berubah dulu, baru kita fikir nak sokong atau tidak. Samalah kita kena buat kerja dulu, baru dapat upah. Bukan minta upah dulu baru nak buat kerja.
Dah lama kita bagi upah, tapi kerja macam melepas batuk di tangga saja. Kadang-kadang upah di beri selama ini dibuat lari tanpa buat kerja. No more blind support even from increasing number of Malays. Sorry.
Terlalu lama dah kita sokong tapi semakin di sokong semakin UMNO naik tocang. Bila nak berubah? Saya tak nampak lagi. Sorry again.
Being an ex adun of Pahang, can we have your comments on the latest article "The timber business...as done in Pahang" in blog steadyaku47?
Maybe you can give another insight since state agencies like ASPA was mentioned. If what was written is the truth, you dare to say so?
Rasanya UMNO belum banyak buat perubahan serta betul2 insaf dan sedar silap dan salah mereka.
Masih ramai leka dan merasakan rakyat akan kembali menyokong UMNO secara otomatik di PU13 nanti tanpa perlu bersusah payah.
Kemenangan jika berpihak kepada UMNO akan menyebabkan mereka merasakan sudah berada di landasan yang betul.
Kaum India sudah mempunyai asas untuk dilayan kerajaan tanpa pilihan, mereka akan jadi anak emas dan mengambilalih peruntukan subsidi yang dulunya dinikmati orang Melayu.
Kaum Cina terus terjamin dengan peranan maksima DAP yang berjaya mengaut sentimen undi kaum cina yang sudah tidak berbelah lagi.
BN yang diwakili MCA sudah tidak punya harapan dari undi kaum Cina, jika masih mahu undi tersebut maka kerajaan dan UMNO terpaksa bergolok gandai untuk membeli undi2 tersebut.
Di Bagan Pinang, samada PAS atau UMNO, kemenangan tetap berpihak kepada Melayu dan Islam dan dalam hal ini elok PAS menang bagi memastikan UMNO perlu terus bekerja lebih kuat lagi kerana ujian sebenar ialah di PRU13 nanti.
For a start look at choosing the right candidate. He/she cannot be tainted with money politics nor perceived to be corrupt nor perceived to live a life of grandiose. Just a humble person who the rakyat can associate with and trust.
Secondly, dispense with the campaign strategy like announcing of new projects and a promise of better things to come Sorry, no more of these " mee segera".
Thirdly, do not belittle the opposition as if you are better than thou attitude.
Fourthly, admit that UMNO had failed the middle class Malays and departed from the original spirit of Perjuangan Melayu. Feudal politic and enriching your cronies is a taboo never to be repeated.
Is UMNO ready for a visible change !
kluangman,
jangan harap kaum india akan sokong bn atau umno.kaum india tahu semua muslihat umno aka kkk aka bnp.kita takkan lupa insident kepala lembu dan kejadian yang lain.
If the Con Man votes are so expensive then go for the alternative that is the cheaper version (the Indians votes).
In he mean time let the expensive one be sold to the opposition. Only then we can judge whether Anwar and Hadi could come up with the required funds or end up selling everything they have!
Pious Chinglot
Anon 29 September 2009 02:07: Saya tak kata kaum India akan sokong BN tetapi saya kata kaum India akan dilayan BN tanpa pilihan seperti anak emas (terpaksa layan dengan harapan dapat undi).
Pengundi India dan Melayu biasanya sama, sama bodoh dan sama pandai dan boleh 'dibeli'.
Dato' Sak,
Boleh kah UMNO berubah? Saya fikir, UMNO hanya boleh berubah selepas kalah dalam pilihanraya akan datang.
Dari segi ideologi, saya fikir PAS dan UMNO sama sahaja. Melayu itu islam dan islam itu melayu. Cuma UMNO dah lama sangat, dah jadi kereta buruk, tak leh ovehaul lagi.
PAS sebagai tunjang PR adalah sensible alternative untuk orang melayu yang concern masadepan melayu dan islam. Kalau semua penyokong UMNO throw their weight to PAS, melayu dan islam akan terjaga.
Salam Ziarah!
Saya sokong kenyataan Datuk! UMNO hanya akan berubah selepas wafat...
thx!
Post a Comment