Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Saturday, 26 September 2009

Dato Rahim Bakar dalam kenangan.



Dato Abdul Rahim bin Abu Bakar( 1943-2009)

Apakah satu satu nya ingatan yang kebanyakan dari kami, jenerasi immediately selepas Dato Rahim Bakar ada tentang beliau? Dalam tahun2 akhir 70an, saya baru hendak memasuki university Malaya. Rahim Bakar ketika itu sudah pun jadi menteri Besar Pahang. Memory yang terpahat dalam ingatan kami dan memberi impression kepada pelajar pelajar university ialah Rahim Bakar adalah jebat moden.

Beliau lah orang yang di katakan 'mendurhaka' kepada Sultan Pahang melalui keengganan beliau meluluskan kawasan balak tambahan kepada pihak Istana. Tapi ramai orang hanya menumpukan kepada aspek ini sahaja didalam menilai Rahim Bakar. Walhal, Dato Rahim Bakar lebih ketara dalam perwatakan nya sebagai seoang yang mempunyai no-nonsence dalam mentadbir negeri Pahang. Sebelum memasuki lapangan polituik, Rahim Bakar sudah pun mejadi pengurus besar PKNP ketika itu. Bakat pengurusan nya di 'lihat' oeh Hussein Onn yang menjadi PM. Hussein Onn sebagai mana yang kita tahu ialah seorang yang hidup dengan disiplin. Dalam Rahim Bakar, Hussein Onn melihat ujud suatu 'kindered spirit'. Rahim Bakar di lihat sebagai seorang yang mahu menjalankan kerja yang betul dan betul betul kerja.

Kehadiran Rahim Bakar dalam senario politik Pahang yang di ramaikan dengan tokoh tokoh yang melihat tugas wakil rakyat dan ahli politik sebagai suatu kerjaya yang hanya untuk mengisi masa dengan keraian dan suka ria, tentulah mengjengkilkan Rahim Bakar yang berperwatakan ' a man in a hurry'. Terlalu banyak perkara yang di lihatnya perlu di tukar. Working ethics sang wakil rakyat, cara negeri memantau pengurusan syarikat syarikat milik kerajaan dan yang terlebih penting, bagaimana kerajaan negeri menjalankan amanah mengurus harta benda milik rakyat.

Saya berpeluang berjumpa dengan Dato Rahim Bakar beberapa kali. Dato Rahim Bakar merupakan seorang sahabat karib kepada rakan saya, Wan Iqbal Wan Hamid. Wan Iqbal seperti saya, merupakan bekas ADUN dalam satu kawasan di Parlimen Pekan. Rahim Bakar banyak menhadhiri majlis majlis yang di adakan oleh Wan Iqbal sama ada bersifat rasmi atau secara informal seperti majlis makan makan di rumah Wan Iqbal. Rahim Bakar has no problem interacting with a younger and crtical generation.

Maka di rumah saudara Wan Iqbal inilah saya berkesempatan bertemu dengan Dato Rahim Bakar dan berpeluang mendengar dan menimbang 'kedalaman' fikiran Dato Rahim Bakar. Kali terakhir saya berjumpa dengan Rahim Bakar ialah kira kira 5-6 bulan yang lalu di rumah Wan Iqbal. Kebetulan waktu itu, hanya kami bertiga sahaja yang ada dan kami telah dapat bercakap secara terbuka dan candid.

Dato Rahim Bakar ada menyentuh mengenai pergeseran dengan pihak Istana. Cerita nya tidak lah seperti yang di gambarkan oleh pihak media. Diantara beliau dengan pihak Istana tidak ada pergeseran yang fundamental. Rahim Bakar terus dan secara konsisten, mendaulatkan institusi Istana. Dia hanya berbeza pendapat apabila kepentingan rakyat tidak sehaluan dengan kepentingan Istana. Dan apabila kepentingan rakyat bertembung dengan kepentingan Istana, kepentingan rakyat di dahulukan. Ertinya, Rahim Bakar melihat tugas primary nya ialah menjadi menteri besar kepada rakyat. Dia tidak berkonflik dengan pihak Istana- dia hanya tidak berkompromi diatas kepentingan rakyat.

Konflik yang terurai ke pengetahun umum dan di dramakan oleh pihak media, adalah suatu konflik yang di reka oleh petualang petualang politik. Rahim Bakar menerangkan bahawa kehendak pihak istana semua di selesaikan setakat yang di perbolehkan. Selebih yang di perbolehkan, Rahim Bakar bertegas dalam hal tersebut. Yang tak boleh, tetap tidak di bolehkan. Dan dia tidak buat keputusan sendiri. Kesemua di bincang dalam exco. Dan Rahim Bakar menerangkan dalam banyak kes, exco bersetuju dengan tindakan yang di ambil. Mistake Rahim Bakar ialah membuat andaian semua orang ikhlas seperti nya. Sebab ada dalam barisan exco dan ADUN2 ketika itu yang bermuka muka. Mereka lah yang berkejaran ke istana menambahkan cerita bahawa Rahim Bakar lah ketua pendurhaka.

Apa yang saya hendak nyatakan disini, ialah Rahim Bakar tidak berkonflik dengan istana. Aspek ini sengaja di gembar gemburkan oleh musuh poilitik nya. Apa yang dia ada, yang tersangat kurang pada diri kebanyakan pimpinan UMNO hari ini ialah tidak berkompromi diatas prinsip.

Ada dua perkara yang saya ingat daripada pertemuan saya dan rakan rakan lain dengan Rahim Bakar. Kali pertama saya berjumpa dengan Rahim Bakar ialah sebaik sahaja pilihanraya ke 12 berlansung. Kami telah bertemu di rumah Wan Iqbal untuk bertukar tukar pendapat mengenai masa depan UMNO.

Dalam pertemuan yang pertama ini, beberepa bakas ADUN yang di gugurkan hadir sama. Majlis kali pertama di hadiri 7-8 orang. Terdapat 2 atau 3 orang yang telah memutuskan untuk berkerat arang dan berpatah rotan dengan UMNO. Mereka telah memberi alasan mengapa UMNO yang menyepak mereka keluar, harus di tinggalkan.

Rahim Bakar yang merupakan bekas MB dan bekas Ahli MKT UMNO mendengar dengan penuh perasaan 'kebapaan' terhadap rintihan bekas bekas ADUN.

Pada penghujung perbincangan Rahim Bakar telah bertanya satu soalan. Sudahkah anda semua fikirkan mengenai alternative kepada UMNO?

Soalan tersebut disambut dengan beberapa jawapan yang tidak bersemangat dan kurang meyakinkan. Rahim Bakar meneruskan- with respect kepada perasaan yang menyerlah pada hari ini, kita semua kena fikirkan mengenai alternative kepada UMNO.

UMNO itu, landasan perjuangan nya apa? Jawapan nya ialah Melayu dan Islam. Ini prinsip asas UMNO. Melayu erti nya, UMNO itu tempat suaka tenteram orang Melayu. Itulah tempat bergantung harap orang Melayu ketika susah dan perlindungan kepada malapetaka. Bagaimana status sebagai tempat bergantung harap dan bentuk mana perlindungan di beri tertakluk kepada kualiti kepimpinan UMNO. Bahagian itu kita boleh berbeza pendapat tapi bahagian fundamentals dan asas kita tidak berkompromi. UMNO tidak boleh meningalkan dua perkara ini- iaitu peranan nya sebagai tempat bergantung orang Melayu dan pendukung agama Islam.

Saya faham saudara saudara semua tengah marah- tapi fikirkan hal ini. Boleh kah PKR memainkan peranan ini? Saya tidak fikir mereka boleh lakukan ini. Kepada saya, UMNO sudah pun nazak, kerana ia sudah tidak faham fundamentals perjuangan UMNO. Alternative yang paling serious saya lihat ialah PAS. Sama ada saudara boleh melanggani prinsip perjuangan PAS, saya tidak tahu.

Saya tidak menyokong atau suruh saudara saudara menyokong PAS. Tapi lihat secara rasional- jika UMNO gagal, alternative nya hanya satu- PAS. Saya tak cadang kita semua berbondong bondong masuk PAS- tapi think of the possibility of aligning with PAS.

Rahim Bakar telah berjaya mengutarakan satu persoalan yang membuat ramai antara kami melupakan tujuan kami bertemu pagi itu. Secara kebetulan, dalam pertemuan itu, seorang emissary dari PKR juga turut hadir. Kami telah memberi dia peluang untuk berkempen mengapa PKR pilihan lebih baik dari UMNO.

KALI TERAKHIR.

You tahu, Ariff, Musa Hitam once told me- penyakit UMNO ni ialah penyakit tua. Ubat nya ialah meremajakan UMNO.

Saya tak tahu macam mana Musa Hitam berfikir, tapi pada saya, penghujung sakit tua ialah mati. Ini yang saya tengok berlaku pada UMNO. Tengok saja kualiti pimpinan UMNO. Ada setengah nya( identity di lindungi) entah apa apa cakap nya? Saya sendiri pun pernah menyergah pemimpin ini- apa yang kau cakap ini? Berbelit belit lah- kalau aku tak faham, orang lain lagi tak faham.

Saya lihat masaalah UMNO sekarang ialah masaalah mutu kepimpinan. Tak de prinsip. Sebab itu negeri Pahang ni tergadai. You tengok, berapa bayak harta benda negeri ini yang tergadai. Saya pergi ke Rompin tempoh hari, saya lalu ikut jalan Kuantan-Segamat. Tiba tiba saya tengok ladang IOI. Aik, saya tanya dalam hati- bila pulak IOI ini ada kat Pahang? Saya rasa masa saya dulu, saya lulus tanah ini kepada LKPP. Saya tanya rakan saya dalam kerajaan- macam mana ni terjadi. Bukan kah taanah ni LKPP punya dulu? Oh- LKPP kena paksa jual ke satu pihak, pihak ini yang jual ke IOI.

You tengok pula Berjaya Resort di Tioman. Ini dulu LKPP juga yang punya. Apa pasal LKPP jual ke Berjaya. It's the same modus operandi , kata Dato Rahim Bakar.

What's wrong with UMNO sekarang? You ada so many fronts to lawan. Tekanan Islam, pressure dari jenerasi muda, dari UMNO warlords,. Dalam keadaan begini, you perlu ketegasan. Don't compromise.

Saya nak beritau you satu wisdom yang saya sendiri belajar dari Hussein Onn. You tahu, dia ini bekas askar. Penuh disiplin dan ada ilmu ketenteraan. Dia kata pada saya- Rahim, you remember this- you want to go into battle, don't open up so many fronts.

Itulah beberapa perkara yang saya dapat ingat dari perbualan saya dengan Dato Rahim Bakar. Setelah bersalaman dan berassalamualaikum, kami pun beredar dari rumah Wan Iqbal. Rahim Bakar drove off in his trusted old Benz with the number plate 55. Alfatihah- semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas roh nya.

24 comments:

Anonymous,  26 September 2009 at 09:23  

LKPP buat projek JV..projek fail and BUMI contractors not paid.MB don't care.MB and LKPP Board don't take responsibility.Is this leadership?Is this spirit nak tolong BUMI.Hutang orang Melayu pun MB tak nak bayar.
Haram duit gaji semua orang LKPP.

In the sixties we have a more responsible leadership but now in their own personal pursuit of wealth they forget that leadership is a responsibility.

Would I vote for BN?No way..not me,not my friends and not my relatives.1Malaysia is only for the elites.

kassim.ahmad 26 September 2009 at 09:30  

datuk sak,

inilah satu satunya pemimpin umno yang saya hormati kerana perinsip dan itegritinya.

ia pernah berkata kepada saya kenapa orang melayu lebih mementingkan rukun islam yang kelima (menunaikan haji jika mampu) daripada yang keempat (membayar zakat)?.

jasanya yang terbesar ialah mempelopori pusat pusat pungutan zakat yang ada sekarang. semoga Allah swt mencucuri rahmatNya keatas beliau.

al-fatihah

kassim

Kama At-Tarawis 26 September 2009 at 09:43  

Salam. Walau apa sekali pun pandangan orang terhadap arwah, he was a good friend of ours (the ex and I). At the time we were living in Kuantan. He was so down-to-earth, takder pretensions langsung.

Because the MB's residence was not far from our place, he occasionally dropped by (especially in the late evening) to talk shop with the ex (at the time state correspondent for NST). They would sit at the veranda with a few other close friends, smoking talking and laughing, while I served them coffee and whatever food we had on hand at the time.

Saya terasa amat sayu writing this, remembering him. Semoga Allah swt mencucuri rahmat keatas rohnya dan menempatkannya dikalangan mereka yang beriman. Amin.

Anonymous,  26 September 2009 at 13:10  

Salam AK47,

GARANG JEBAT MASIH ADA PENDIRIAN

Tidak salah jadi Jebat seperti arwahnya RB tetapi jangan jadi Jebat tak semiak dan kuat berdendam.

Jebat tulen tidak sama sekali berkomplot dengan orang luar (pihak/parti musush)untuk menjatuhkan Tuah atau pihak istana kerana terlalu mengikutkan perasaan dendam kesumat yang terbuku di kalbu.

Malangnya banyak tuah yang tidak mengikuti landasan seperti itu. Tidak sedikit Jebat-Jebat yang belot dengan menyertai pihak lawan semata-mata untuk memuaskan nafsu kesyaitanan dan ini termasuklah membunuh Tuah dan merobohkan benteng istana.

Apolitikal

ajoyly 26 September 2009 at 13:13  

Pemimpin berjiwa rakyat yang tegas pendiriannya mengenai hal-hal yang melibatkan kepentingan penduduk biasa. Satu-satunya sifat yang susah didapati masakini.

Anonymous,  26 September 2009 at 13:49  

Datuk Sak,

Can you translate the above article on the late Dstuk Rahim Bakar into English?

TQ.
Anak Pahang

Fia_rindui 26 September 2009 at 15:00  

LKPP juga telah menggadaikan ladangnya di Carok Puting dekat dengan tempat saya Guai,balik beraya baru baru ni saya baru tahu ianya sudah bertukar tangan bila bertanya anak buah yang bekerja di bawah Kurnia Setia syarikat yang ada kena mengena dengan Sultan katanya..

saya juga terlihat signboard Kurnia Setia di Kuala Lipis...berapa banyak ladang di Pahang sudah tergadai...?

Nampaknya pilihanraya akan datang kena balik kempen kuat2 sikit di Guai Kampung saya yang masih kebal Umnonya...

ps~Wan iqbal tu kawan saya juga dulu masa sekolah di Ketapang,tolong kirim salam dari saya ye..(zamri jantan)

thaqif,  26 September 2009 at 15:11  

Kebetulan saya pernah berkhidmat di Pahang di bawah pentadbiran Dato Rahim Bakar dan DS Najib,keduanya jauh berbeda dan saya lebih mengagumi Dato Rahim Bakar.DRB tegas tapi peramah dan friendly.DSNTR orang yg memulakan kronisma di Pahang apabila melantik HJ Aman Ajas mengetuai ASPA,dan akhirnya semua anak syarikat ASPA sekarang lesap entah kemana,sedangkan syarikat-syarikat perkayuan kecil milik org Cina masih ujud hingga ke hari ini.Semasa DRB prestasi PKNP begitu cemerlang tapi kemudiannya PKNP ini pun terumbang ambing.Kalau org seperti DRB masih menjadi pemimpin dalam Umno saya pasti saya masih menyokong Umno,kerana DRB bukan seorang pemimpin yg korup dan tidak mendahulukan kaum keluarga,seperti kebanyakan pemimpin Umno sekarang.

datuk sak,

saya kenal saudara dan saudara pun kenal saya kerana kita seangkatan semasa di UM.Tapi sekarang saya suda mengalih sokongan dari Umno kepada PKR,saya memilih PKR kerana saya yakin pada diri saya sendiri,dgn ilmu yg saya perolehi semas di UM dulu saya percaya saya boleh bersaing dan boleh berdikari.saya memang ada terdengar sdr ingin beralih angin selepas p.raya ke 12 dulu tapi terbantut di tengah jalan,apakah sdr masih meras diri sdr lemah dan memerlukan semangat ketuanan Melayu?.

Anonymous,  26 September 2009 at 15:14  

Tuan Moderator,

Tidak dapat dinafikan bahawa UMNO telah melakukan yang terbaik dalam konteks memartabatkan bangsa dan agama agar golongan sasar dapat 'bersiri sama tinggi dan duduk sama rendah' dengan lain-lain bangsa dan agama.

Kalaulah dasar dan gagasan UMNO tidak berjaya diterjemahkan dan dilaksanakan makanya sudah tentulah jurang (sosial, ekonomi dan pendidikan) antara penduduk asal dan penduduk yang datang kemudiannya kekal atau terus merosot dalam tempoh 1/2 abad yakni seperti yang dialami oleh penduduk asal negara jiran (iaitu Temasek).

Almaklum, manusia yang rata-rata 'rambut saja sama hitam tetapi hati lain-lain' hanya boleh merancang tetapi yang pasti tidak ada jaminan 100% yang ianya akan dapat dilaksanakan seperti yang dirancangkan. Terlalu banyak faktor yang menghambat kelancaran dan kesempurnaan aspek perlaksanaan sesuatu usaha.

Kalau boleh diberikan gred bagi usaha yang dilakukan oleh UMNO dalam melahirkan cendekiawan, saintis, teknologis, profesional dan graduan makanya gred yang selayaknya buat UMNO ialah A+. Cumanya dalam bidang ekonomi gred yang sepatutnya di terima (kalau semuanya berjalan lancar bagi menggapai sasaran 30% ekuiti) adalah B+), tetapi disebabkan sisi negatif manusia sentiasa berjalan seiringan dengan sisi positifnya dan lantaran pula ianya tidak diapa-apakan apabila menguasai agen-agen yang diberikan mandat melaksanakannya makanya gred berkenaan merosot kepada D. Apapun ia bukanlah satu kegagalan (iaitu gred E atau F) tetapi cuma grednya saja tidak memuaskan.

Kesimpulannya: Kalaulah isunya berkaitan agama dan bangsa, dan sebagai bukan ahli UMNO, ikhlas dikatakan yang komitmen dan prestasi mereka tidaklah menghampakan. Yang penting ialah sama ada terdapatkah lagi ruang peningkatan? Ini juga difahami oleh rakyat terbanyak dan atas sebab itulah mereka hanya memberikan 'amaran kuning' (bukan merah) menerusi peti undi kerana dalam diri mereka masih ada perasaan positif terhadap parti ini.

Oleh itu terpulanglah kepada pihak yang empunya badan untuk mengambil tindakan susulan bagi memperbaharui azam, meningkatkan usaha dan seterusnya membuktikan yang mereka mampu mendapatkan gred yang ditetapkan buat mereka. Ia mungkin satu yang berat untuk dipikul dalam suasana terkini tetapi ia bukanlah sesuatu yang mustahil. Apapun sejarah telah membuktikan bangsa yang tertekan dan terancam membuatkan mereka lebih banyak menggunakan otak untuk berfikir; dan daya untuk berusaha khususnya untuk mengatasi ancaman berkenaan.

Andikarya Maya

Anonymous,  26 September 2009 at 18:52  

Hang Jebat atau Hang Tuah mungkin hero atau mungkin bukan. Masalah yang sebenarnya ialah puak yang menjemput Portugis menawan Melaka, orang Melayu juga, bukan orang Jawa atau mamak. Hang Jebat memberontak kerana dia berdarah bangsawan, adik Sultan Melaka yang merasakan dia lebih efektif dan baik dari Sultan Melaka yang ada. Dia tidak melakukan pemberontakan itu seorang diri. Ia mempunyai pengikut yang ramai. Sebagai pembesar yang mempunyai unit tentera sendiri, dia juga mempunyai pasukan pengawal serta pasukan elit.

Cuba lihat pemberontakan Thailand. General General (Ret.) Sonthi Boonyaratglin tidak melakukannya seorang diri. Unit-unit pasukan khas dan garison di utara bangkok membantunya walaupun ada rejimen-rejimen yang menyebelahi Thaksin.

DRB bukan Hang Jebat atau Hang Tuah. DRB ialah DRB. Usahkan MB Pahang, kalau panjang umur, lebih baik DRB menjadi PM Malaysia berbanding dengan NTR.

Anonymous,  26 September 2009 at 19:08  

dato tak boleh salahkan tun mahathir dalam isu tergadainya tanah kat pahang dan pulau tioman

Berjaya dan IO tu pun bumiputra jugak menurut definasi tun mahathir

tak caya dengar cermah tun mahathir di TV1 masa kempen pilihanraya kecil perak (nizar) beberapa bulan yang lepas.

wakaka

Kala Jengking,  26 September 2009 at 19:09  

Good insight. I have heard a lot abt this ex-MB. Seorang yang mempunyai prinsip dan berani to say no to the the palace.

Soalan saya - mengapa UMNO tidak berani mempertahankan orang macam ni?Beliau jadi MB kurang lebih 3 tahun saja. Memang ramai dikalangan ahli UMNO yang pembodek dan akan menjatuhkan sesama sendiri demi kepentingan peribadi. Kepentingan peribadi ini ialah ingin mendapat kuasa dan mencari kekayaan. Ianya mengatasi kepentingan negara dan orang Melayu keseluruhannya.Inilah diantara beberapa faktor yang telah merosakkan UMNO.

Mengapa, bila ada pertembungan di antara istana dan UMNO, selalunya UMNO akan akur kpd istana walaupun kepentingan rakyat di belakangkan?

Despite the excesses of the istana UMNO masih tolerate istana. Saya rasa UMNO tidak berani kerana bila berlaku pertembungan, UMNO atau MB selalunya kecundang. Takut di tuduh derhaka. Bagi mereka derhaka pada Tuhan dan derhaka pada rakyat tidak menakutkan. Ini realiti.

Bila kecundang hilanglah punca rezeki MB dan para menteri. Jadi terpaksa bersekongkol atau akur dengan kehendak istana yang kadang2 melampaui batas dalam memperkayakan kaum kerabat dan setengah ahli politik dan ahli perniagaan. Jadilah sultanization of UMNO! Separuh dari raja di dunia ini beasal dari Malaysia. Bila dicampur dengan "raja-raja" dari UMNO, maka jumlahnya lebih ramai.

Ariff Sabri 26 September 2009 at 19:10  

anon at 18:52.
ikut awak lah weh. kawan hanya beri pandangan mengikut tafsiran kawan. bukan ajak awak untuk dispute description yang kawan beri dari segi personal. awak nak describe macam mana, di persilakan. ngapa tak tulis artikel secara blog? kita bukan nak berlumba nak beri description siapa lebih baik kan?

Anonymous,  26 September 2009 at 19:22  

anon/wakaka

awak baca di mana? artikel ini tidak sebut pun dr mahathir ? ngapa? dr mahathir kah yang instrumental terjadinya penjualan ladang LKPP dan resort di tioman? artikel ini cerita pasal orang lain, tapi awak dedahkah lain punya hal. bagero punya mamat!

Anonymous,  26 September 2009 at 19:46  

Say what you want to say... once upon a time as a young man, the issue between him and Istana and its outcome never left my memory. This is the character that I will continue telling my sons as their reference in life. I am sad and I just love this type of leader, hopefully more to come out from UMNO.
Semoga di cucuri rahmat ke atas roh nya. Al Fatiha.....

Meridien,  26 September 2009 at 23:30  

Dato',

Transit quarters di Kuantan merupakan satu contoh yang bagi saya harus di fikir2.
Perlukah banyak shopping mall di Kuantan?
Dari manakah tekanan supaya projek2 pembangunan di Pahang dijalankan?

Anonymous,  27 September 2009 at 01:39  

DRB is a great person..

But the lesson to be learnt is its wiser not to go against the flow.You play your cards right and forget principles..you get rewarded to the end mmm..Governorship,Ambassador or a very healthy golden handshake.

So,Dato stay where you are,be a mosquito but never to denggi proportions and insyaallah u r making the right choice.DRB didn't do as well as he should compared to other ex MBs..but its not too bad after all.

Unless BN gets the LDP dose...

Anonymous,  27 September 2009 at 02:21  

ni yang tak berapa paham dengan setengah komen.Bila rakyat diutamakan,kenapa keluar isu derhaka? Rakyat tak semua kaya.mereka bukan nak minta dijutawankan,hanya minta minta hak mereka,duit titik peluh bayar cukai diatur dengan baik,kalau tak perfect pun,diatur dengan seamanah yang boleh.itu saja yang diminta.bila ada pelaburan oleh kerajaan negeri minta yang diamanah jadi gm atau ceo pikir integriti dulu.baru bila meninggal dikenang dan didoakan bukan dikencing atas kubur.
Argue artikel ini saya nampak lebih pada rintihan anak negeri yang mengharapkan pentadbiran yang baik.Bosan juga kekadang melihat state company yang setakat pegang 20% share dalam jv,ambil gaji dan elaun chairman.yang enjoy untung orang luar juga.kesian saya tengok juga kekadang anak kita yang bijak manage tidak dapat dinaikkan kerana takut naik tinggi sangat.bukankah negeri layak mendapat talent yang terbaik?yang pelik kekadang perniagaan yang semi monopoly dengan reserve fund yang besar pun koyak dimanage.contoh yang saya nampak ditempat saya,johor,anak syarikat semen hancur PL sampai HOLCIM beli.Ni pun nasib la sawit harga stabil,kalau tak dilelong juga estet.benda ni saya nampak di sabah.Habis tawau dibeli ioi.patut dibanyakkan lagi rakyat pendapatan belasan atau puluhan ribu bukan kayakan lagi yang dah billionaire.kalau dah ada billion,keluar malaysia expand bukan ambil untung sini beli property diluar.
Tapi sapalah saya nak mengajar,bukan belajar econ,ambil electric saja.Alhamdullilah dapat juga ambil budak kita bekerja sampai 18 orang dengan niaga kecilan saya,bangun pukul 7pagi habis kerja sampai pukul 9 malam hari hari.

Jamal JB

Anonymous,  27 September 2009 at 10:52  

Terima kasih

-Rosazreen-

Fia_rindui 27 September 2009 at 13:44  

Kalau ikut RPK,Sultan Pahang tu banyak hutan kalah judi di UK,sebab tu kena banyak gadai tanah..tak cukup kawasan balak ladang kepunyaan kerajaan negeri la pulak yang jadi mangsa agaknya..

yang sakit hatinya bukan dia urus sendiri,ada jv dgn mafia nama 'tengku' tu..jangan2 Kurnia Setia tu company mamat tu kot..jangan lupa Khalil Yaakub pun ada geng juga ngan Cina tu..

kes pulau Tioman,ioi,Genting dan sebagainya itu kena tanya Anwar,dia cam tau je siapa yang terlibat

sebab itu saya tak memilih Umno berbanding kawan2 saya yang dah duduk sebagai ketua cawangan dan pemuda di tempat saya..Nothing to do beb....

Unknown 28 September 2009 at 00:58  

still tkejut dgn kehilangan arwah... uncle yang selalu tepuk belakang semua anak saudara bila datang rumah dah pegi buat selama-lamanya... Al-Fatihah untuk arwah...

Red Alfa 28 September 2009 at 13:32  

Dear Dato'

Thank you for telling it as it is about Allahyarham Dato Rahim Bakar.

You have contributed to make known the model deeds and sacrifices of a principled man when he was an MB of Pahang. He should be remembered as befitting esteemed Malay and Muslim leadership.

That today's Popular Media has neglected or failed to inform and appreciate the significant stand as taken by Allahyarham confirms its utter lack of moral bearing and responsibility.

It is a shameful failure that goes far beyond. When having to tell it and as it is has become fardhu ain.

Ahmad 30 September 2009 at 02:33  

Anonymous 26 Sept 09:23
I suppose I just have to accept the claims and allegations here about LKPP, MB etc as the whole truth.

I mean, why would someone who doesn't use his name tell lies, right? Oh, my - what dastardly people the LKPP, MB etc are, eh, Anon?

So, which loser are you?.. someone who failed to implement a contract? Or just one of the Pakatan types who go around hurling accusations and claims against anyone and everyone connected to the government, BUT without an ounce of proof?

"Haram duit gaji semua orang LKPP"- Heheh. Now this as*hole fancies himself as a mufti too with his fatwa here. Dude, just go find a rope and a high-enough beam and do what's needed with your pathetic life-lah, loser.

- @MatCendana

Ash 19 August 2014 at 17:59  

Salam,

Terimakasih kerana telah "straighten out the record" mengenai cerita yang sebenar antara allahyarham Dato Rahim Bakar dan istana Pahang dan pendirian sebenar arwah bukan seperti yang di gembar gemburkan oleh pihak media. I knew and met arwah because he used to come over to our house to pick up my arwah father. At that time I was still a teenager. Yes I remember that night when 3 of them Dato Rahim, Fauzun and my father all dressed up in their best batik drove off in a 7 series BMW and I like most teenager went off to watch T.V.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP