Plan Rekonsiliasi Najib
Rancangan
rekonsiliasi nasional.
Saya
melihat pengumuman Najib dan perwawaran dalam blog nya mengenai National reconciliation
Plan(NRP) hanya mahu menyukakan hati rakyat sahaja. Najib mahu menunjukkan
kepada umum bahawa dia siang dan malam memikir mengenai perkara rekonsiliasi. Tapi
semua orang tahu, Najib bukan Tun Razak.
Sampai
kepada saat ini, rakyat semua sudah tahu bahawa Najib hanya cakap besar tapi perlaksanaan
nya tidak ada. Najib hanya pandai menabur janji tapi semua nya kosong.
Dengar
sini. PM ada plan. Kau orang jangan kata dia tidak boleh berfikir. Kau orang
jangan memperlekehkan dia. Dia wira termelayu abad ini. Barang siapa mencerca
dia, maka akan dibalasi dengan tawaran upah RM5000 untuk menampar si pencerca. Ayam,
itik,kambing dan lembu dan kalau ada kerbau balau akan disembelih dan darah
akan disimbah pada gambar, dinding rumah, tangga pejabat dan sebagainya. Ini Najib
laut biru tau.
Sabda
Najib: At today’s cabinet meeting, my
ministers and I examined a plan to develop and promote an environment which is
conducive to and will help promote national reconciliation through unity and
consensus in the country.
Ertinya,
plan sudah ada. Seperti biasa dengan plan2 nya sebelum ini, sudah pasti NRP
kali ini disiapkan oleh pakar runding yang Najib bayar jutaan Ringit selama
beberapa tahun. Pemimpin Melayu malas menggunakan otak sendiri. Suatu hari
nanti, bila anggota badan manusia boleh dipasarkan, sudah tentu otak orang
Melayu antara yang termahal kerana kurang penggunaanya dan kurang susut nilai. Dikalangan orang
Melayu, otak orang UMNOlah yang termahal sebab tidak diguna lansung.
Dengar
jangan tak dengar. Mempromosi pertautan semula melalui perpaduan dan
persetujuan. hanya Najib tidak beritahu kita, bagaimana dia mahu mengajak pihak
pembangkang bertaut semula. Bagaimana mendamaikan resah 51% rakyat yang tidak
menyokong BN. bagaimana Najib merancang untuk menghormati pilihan majority? Kecuali
dengan berdepan dengan isiu2 ini, Najib tak usahlah cakap besar mengenai
national reconciliation.
Dengan
terus meneruskan menidakkan bahawa pembangkang (PR) mendapat 51% undi popular,
ianya tidak dapat mengujudkan rekonsiliasi.
Najib
sudah bercakap. Kita ada plan perdamaian untuk bertaut semula. Kita buat
senyap2 bukan macam pihak pembangkang yang bising. Macam kita tibai wang rakyat
lah- mesti lakukan senyap. Mana boleh bising. Tapi kita tak mahu kerajaan
perpaduan. Kita bertaut tapi on UMNO’s terms.
Ini
buah fikiran terhebat lagi terkini. Dari seorang pembaca strateji laut biru.
Mari
kita lihat dan analsa punca perbalahan.
Apa
yang menyebabkan perbalahan dan perpecahan? Isiu Allah yang tidak jadi masaalah
di Malaysia Timur tiba2 menjadi punca perbalahan kerana ada beberapa orang
pemimpin UMNO mahu jadi wira dan mengjaguhi isiu tersebut. Bagaimana penggunaan
kalimah Allah oleh orang bukan Islam mengurangkan iman dan aqidah orang Melayu?
Kita ini hendak mengIslamkan Melayu atau meMelayukan Islam?
Bukan
setakat itu sahaja, pemimpin UMNO yang kurang cerdik tapi mulut besar
membelasah puak Syiah dan melabelkan mereka bukan Islam. Sesama Islam pun puak
UMNO ajak berkelahi. Padan muka apabila kepentingan ekonomi Malaysia tergugat
kerana mulut tempayan setengah pemimpin UMNO. Sekarang tanpa perasaan malu
pemimpin UMNO meminta bantuan dari PAS untuk bertaut semula.
Apa
punca nya perpecahan dalam masyarakat kita? Salah nya mesti terletak pada
kerajaan kerana mereka menguasai pentadbiran dan berkuasa keatas jentera pengkerajaan.
Punca asas ialah keangkuhan dan kesombngan pemimpin BN yang paranoid dan tidak
menghormati keputusan rakyat. salah nya
ialah kerajaan yang dungu yang tidak tahu konsep entirety rule- yakni sesudah menguasai kerajaan federal dan negeri,
mereka menjaga kesemua rakyat bukan menjaga kelompok mereka sahaja.
Kerajaan
yang tidak peka kepada kenyataan mereka sudah tidak ada kemenangan moral tidak
akan mahu berdamai. Kenyataan nya, BN
hanya dapat 47% undi popular. Kesedaran hanya mendapat 47% undi popular
sepatutnya menyebabkan kerajaan peka kepada aspirasi rakyat. fakta tersebut
menuntut kerajaan melaksanakan dasar yang menyukakan rakyat.
Bagaimana
plan rekonsilisasi dapat berjaya jika kerajaan memusuhi rakyat. yang tidak
menyokong mereka, dimusuhi dan dianggap tidak patriotik. Kritikan terhadap
pemimpin dibaca kerajaan sebagai menghina bangsa Melayu. Siapa yang angkat
Najib dan Rosmah sebagai wakil orang Melayu?
Bagaimana
mahukan rekonsiliasi jika kerajaan tidak adil. agihan kekayaan negara terus
dimonopoli oleh segelintir orang yang berkuasa dalam negara ini. Golongan orang
Melayu yang 40% terbawah hanya berkongsi 12% kekayaan dan pendapatan bangsa
Melayu. Selagi isiu agihan kekayaan tidak diselesaikan, plan rekonsiliasi
nasional hanya omongan kosong Najib.
Kepimpinan
yang lemah. Fakta nya Najib ialah pemimpin yang lembik dan lemah. Selagi dia
mengepalai kerajaan, selama itu negara ini akan menuju kemusnahan.
Ambil
contoh cara Najib laut biru menyelesaikan kekecohan yang ditimbulkan oleh
elemen2 pelampau. Kerajaan tidak ambil tindakan keatas agent provocateurs.
Bagaimana
solusi Najib laut biru? Dia menasihatkan rakyat supaya jangan beri pablisiti
kepada golongan pelampau. Golongan pelampau ialah penyokong UMNO dan BN. solusi
nya mengenai isiu puak pelampau ialah orang yang dilampaui jangan beri pelampau
pablisiti. Ini buah fikiran dari PM kita? Hebat. Bandingan nya, pemilik lembu
yang kena curi, jangan melapurkan kepada polis mengenai pencuri. Pandai atau pandir
PM kita ini?
Nah
ini dia PM yang muncul dengan 1 itu dan ini, Model Ekonomi Baru yang
menyebabkan harga barang semua naik, hasil negara turun, duit kerajaan
kehabisan. Ini dia PM yang muncul denegan BR1M sambil mengharamjadahkan orang yang
tidak sokong BN dan UMNO. Ini bintang yang bergemelapan dilangit gelap Pekan
Pahang.
Jika
Najib hendak tahu, kunci kepada perdamaian ialah peri wajibnya pemerintah berkelakuan
bertanggung jawab dan akauntable. Kerajaan yang membiarkan anasir jahat mengacau
ketenteraman, adalah kerajaan yang berkelakuan tidak bertanggung jawab. Kunci nya
ialah kewajipan kerajaan bertanggung jawab.
Tapi
Najib tidak menyebut langsung perakara ini. Ada dia sebut, kita akan arahkan
polis menyiasat dan menangkap semua anasir pelampau?. Kita akan tarik lessen mana2
akhbar yang mencetuskan ketakutan dan perbalahan kaum. Kita akan tangkap semua
perasuah. Kita akan laksanakan IPCMC walaupun ada pihak polis kata ini akan
merendahkan morale pihak polis. Morale dan semangat polis yang menurun ialah
mereka yang rasuah dan korap. Ada Najib kata kita akan siasat rasuah
dikalangan kastam dan imigresyen? Ada Najib kata, kita akan belanja mengikut
kemampuan kita. Ada Najib kata, projek2 yang tidak mempunyai priority utama
akan disimpan dahulu? Ada Najib kita, kerajaan saya akan berjimat cermat. Ada Najib
kata, kita akan letakkan sumber pengkayaan secara lansung dalam tangan rakyat.
Ada
Najib kata ini semua? Dan seperti mana2 plan lain, plan Najib tidak lain ialah
peluang menyalahkan pembangkang sebagai penyebab masaalah dalam negara kita. Rasuah?
Salah pembangkang kerana mendedahkan nya. perbalahan kaum? Salah pembangkang
kerana provokasi. Potong kepada lembu? Salah pembangkang kerana membela lembu. Potong
kepala ayam? Salah pembangkang sebab menjual ayam. Menari bogel didepan rumah
ambiga? Salah pembangkang kerana ambiga sangat sexy.
Janji
Najib, kata orang Pekan hanya janji pedaah. Kita tidak akan naik harga petrol
kata nya. selepas PRU13, sabsidi keatas petrol dan disel ditarik balik. Akibat
nya, harga kedua nya naik.
Kalau
nak reconcile, kita redakan kemarahan, bukan melembutkan hati geng sendiri
dengan beri projek. Tapi itu cara Najib. Saya beritahu banyak kali sudah. Jalan
penyelesaian nya ialah menyogok rakyat. BR1Mkan rakyat. beri wang sana sini. Itu
Plan Najib laut biru.
Read more...
