Waiting for reformasi, not waiting for Godot. Sontoloyo series no 42.
1. Satu masa, lee kuan yew kata, sesiapa yang perintah singapura, mesti ada semangat waja.
2. Those who govern Singapore must have the iron will
3. Bukan saja di singapura, tapi juga di Malaysia.
4. Dengan rakyat yang berbilang bangsa, ugama, budaya dan pelbagai anutan politik, pm mesti ada semangat waja .
5. PM tak perlu dengar rengekan, rejuk ,masam muka serta karenah mana2 pihak
6. Bila mahu melakukan reformasi serta perubahan untuk kebaikan.
7. Kata orang, kalu mahu menempa besi,lakukan semasa is Masih panas.
8. Agenda reformasi mesti diasas sesegera mungkin.
9. Rakyat yang mahukan reformasi dan itulah sebab mengapa kita disokong mahu melihat substance reformasi dan bukan nya 1001 alasan.
10. AMANAH serta DAP tidak akan marah atau menyekat perubahan dan pembaruan untuk membaik rakyat.
11. Yang takut dan sekat perubahan dan pembaruan ialah UMNO. 12. Resam UMNO adalah mengekalkan status quo.
13. Yakni mengekalkan ketergantungan orang melayu kepada mereka dan menyekat orang melayu berubah .
14. Bila PM kata , takut UMNO marah, itu macam orang ngantuk disorongkan bantal.
15. Terus algojo2 mereka, tukang karut , laurel and Hardie UMNO, menyerang Rafizi.
16. Mereka menuduh Rafizi seorang rakus , pelahap , tidak mengerti prinsip tarik rambut dalam tepung dsb nya .
17. Walhal, itu mendedahkan mereka ada DNA UMNO.
18. Kalu orang UMNO serang Rafizi, kita jangan Ambil pot sangat. Itu tugas mereka .
19. Asal jangan dalam kebodohan mereka, UMNO sangka PM berlembut dan sokong UMNO. Tapi UMNO bukan nya cerdik sangat .
20. Pun begitu,tidak di nafikan bahawa PM telah memulakan reformasi.
21. Cuma, tidak segera orang macam Rafizi atau saya mahukan .
22. Saya tidak sangkal bahawa reformasi yang pm mulakan ada snowball effect nya.
23. Buat masa ini, biar UMNO dibuai boria 24. Ya, kita mahukan reformasi dalam banyak Hal. Jangan di hampakan.
25. Dalam undang2. Perlembagaan kita teratas Dari segala nya .
26. Ada law and order. Ada rule of law. Tidak ada sesiapa atasi Undang2.
27. Neraca Undang2 di seimbangkan supaya tidak memihak kepada golongan elit yang berpoket dalam.
28. Kita mahu reformasi politik . Haramkan mana2 parti politik menggunakan istilah Islam.haramkan pengkudaan perkauman oleh parti2.
29. Adakan reformasi ekonomi. Hapuskan amalan2 monopolistic dan pemberian lesen2 ekslusif. Benamkan semua deep state dalam semua kementerian.
30. Reformasi bukan mudah seperti menyebut nya. Tapi mesti dilaksanakan.
31. Reformasi bukan hanya mesti dilakukan, ia mesti dilihat dilakukan!
32. Reformasi bukan seperti minum teh tarik atau makan nasi kandaq beratoq atau makan pasembuk padang kota .
33. Ia tidak oleh berlaku penuh sopan dan teratur
34. Ia adalah penyinkiran ganas, violent overthrow of the old decadent regime.

0 comments:
Post a Comment