Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Saturday, 6 September 2025

Ribut di kementerian pertanian. Part 1. Sontoloyo series no 14.

1. PAN sudah capai usia 10 tahun. Apa makna PAN pada saya? Ini adalah pandangan peribadi.

2. PAN atau parti AMANAH negara, kepada saya adalah lambang satu kumpulan yang sanggup berpatah arang berkerat rotan dengan PAS .

3. Sanggup lawan tradisi, lawan kebiasaan dan mahukan perubahan . Mahu menulis skrip baru kepada Dunia politik Malaysia .

4. Presiden nya, lebih dari segala orang, mesti mahukan perubahan. Dia mesti datang kepada apa2 tugas, dengan reformasi state of mind.

5. Dia sekarang menteri pertanian dan kebercukupan makanan. Saya mahu lihat beberapa perubahan di kementerian ini.

6. Saya kata ' saya mahu lihat ' kerana dia sayugia nya mahukan perubahan. That's in his nature.

7. Menteri bertanggungjawab keatas 2 kumpulan manusia. Khusus dan umum .

8. Khusus kepada komuniti pertanian. Umum, kerana ada elemen kebercukupan makanan, kepada semua rakyat Malaysia.

9. Ini tanggung jawab yang berat. Ia memerlukan menteri yang stout- tegas, bersungguh sungguh dan resolute. Bukan seorang yang hu ha.

10. Mula dengan istihar perang menentang deep state dalam MOA.

11. Deep State adalah muafakat laknat antara pegawai2 tinggi kerajaan dengan bisnes community untuk mendat imbuhan masing2.

12. Kenapa saya syak ada deep state dalam MOA? Kerana variation order 2.2b yang menyertai kontrak bekalan Baja oleh NAFAS sebanyak 2.8b membuat saya syak

13. V.O. itu gave cause to a suspicion that a deep state dalam MOA is at work.

14. Hal ini menghasilkan KKN- kolusi, korapsi dan nepotism, elemen2 menjayakan deep state.

15. KKN adalah kegiatan2 gelap yang melanggar undang2 dan hukum.

16. Yang tidak jujur dan merugikan kepentingan umum.

17. Korapsi adalah penyalahgunaan kuasa untuk kepentingan peribadi. Korapsi adalah penyelewengan Wang negara atau pejabat untuk keuntungan peribadi.

18. Kolusi adalah kerjasama rahsia antara pegawai2 kerajaan dan Business community untuk imbuhan masing2.

19. Nepotism adalah kecederungan memberi layanan istimewa kepada saudara mara atau sahabat, mendapat laba tanpa menghirau kecekapan Dan ability mereka.

20. Saya tidak akan membincangkan impak KKN kepada negara. Ia memerlukan article yang lain

21. Mengapa tidak abang mat lakukan sesuatu yang revolutionary?

22. Yakni mohon Dari PM untuk melakukan lifestyle audit dan account audit keatas pegawai2 moa?

23. Baru kita tahu siapa ada Bentley, s class,Wang berjuta Dan asset berjuta

24. Satu lagi sebab saya syak ujudnya deep state ialah testimony Dari kawan saya.

25. Mereka adalah businessmen yang buat business bukan saja dengan moa tapi dengan kementerian2 lain.

26. Without exception, setiap mereka kata, semua KSU2 dan konco2 mereka adalah bapak korap.

27. Jadi sementara tidak ada perubahan yang revolusioner berlaku, hidup lah awak me bermaharajalela.

28. Misalnya, saya pandang serious mengenai kontrak Baja oleh NAFAS yang bernilai 2.8b.

29. Klu saya ada cost build up nya, saya boleh memberi analisa yang lebih terperinci.

30. Boleh lah kita tahu kos elemen apa yang merupakan kos item yang terbesar Dan adakah saiz kos nya boleh dipertahankan

31. Yang lebih menakjubkan kita ialah variation order VO yang bernilai 2.2b

32. Jadi untuk 3 tahun yang datang, NAFAS ada guaranteed income sebanyak 5b Dari big daddy kerajaan .

33. Boleh joli katak. Bayar lembaga pengaran elaun mak Dato. Melabur dengan cuai dll. Jika apa2 buruk berlaku, big daddy ada.

34. Apa lagi ada deep state sebagai insurance. Dengan KKN mereka. What blissful days!

35. Ramai lupa bahawa NAFAS ni adalah surrogate dan ekstensi UMNO.

36. Satu ketika saya pun garu kepala, mengapa orang2 UMNO berebut nak masuk lembaga pengarah NAFAS.

37. Rupa2nya, NAFAS adalah lubuk fulus. Itu sebab jadi rebutan orang UMNO .

38. Satu cara efektif menangani isu NAFAS ialah dengan remove anugerah near monopoly yang dinikmati NAFAS.

39. Tiada lagi guaranteed pembekalan baja dan tiada kawasan2 yang di resebkan untuk NAFAS.

40. Dalam lain perkataan, let them operate under a regime of free market and free competition.

41. Then NAFAS will be forced to restructure dan operate competitively.

42. Tak perlu kerajaan guna the big stick untuk membuat perubahan. Let the market forces do them.

43. Liberalize the market, singkir keberadaan deep state, singkir peraturan2 monopoli yang dinikmati NAFAS.

44. Keberadaan NAFAS dengan layanan istimewa keatas nya, seperti juga keberadaan GLC2 lain dalam segment2 pasaran tertentu, crowds out penglibatan private enterprise.

45. Ia menyebabkan syarikat2 private enterprise kena bersaing sesama yang lain untuk dapat bekal kawasan2 tersisa.

46. Mereka lakukan apa saja termasuk membayar ufti dan fidyah kepada tokoh deep state.

47 . Saya mesti sekali lagi tentang VO. Di tahap apa, VO di trigger off?

48. Biasanya ada satu threshold mark dicapai, baharulah VO trigger off.

49. Mungkin jika pada harga tertentu, keuntungan tinggal 5% baharulah VO trigger off.

50. Adakah threshold figure ini di arbitrarily fixed then VO di trigger off. Tugas menentukan threshold figure ini pula terletak dalam tangan warga deep state. Jahanam lah, jawab nya.

51. Saya memohon beberapa perkara. Memerangi deep state dengan KKN mereka. Singkirkan urusniaga bersifat monopoli yang dinikmati NAFAS. Remove meresebkan kawasan2 tertentu kepada NAFAS.liberalise the market. Lakukan lifestyle dan account audit.

52. Juga kaji semula peranan Mardi. Ia bersekongkol dengan NAFAS untuk mensijilkan baja keluaran NAFAS sebagai terbaik, when it's clearly not.


Wallahu a'lam bissawab.

Bersambung... Part 2.

0 comments:

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP