Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Friday, 15 August 2025

Pasukan Anwar Ibrahim dan panjanghayat politik nya. Bah 2. The politicians. Pak sontoloyo series no 4



1. Ada banyak lagi yang saya mahu cakap berkenaan perkhidmatan awam Malaysia . Cukup dengan satu lagi observasi

2. Saya ada terbaca satu lapuran berita, kalau tak silap saya, oleh Bloomberg.

3. Atau WSJ. Saya lupa, sheikh . Atau transparency international.

4. Mungkin, berita itu lama. 2012 atau 2013 . Lama atau mutakhir, lapuran2 tersebut tidak banyak mengobah satu persepsi yang mencelakakan.

5. Yakni Malaysia serta Indonesia adalah 2 negara yang ranked tertinggi sebagai negara2 yang paling rasuah untuk operate business.

6. Saya tidak akan berbicara perihal dalam 2 negara tersebut, majority penduduk nya satu rumpun bangsa berkulit sawo matang dan ugama majority nya ialah Islam.

7. Yang tidak mahu diperkatakan,ialah rasuah dilakukan oleh penyangak2 penjawat awam.

8. Nampaknya, orang tidak mahu membicarakan inconvenient truth ni

9. Mungkin kerana perkhidmatan awam mendapat perlindungan dari politisyen kerana perkhidmatan awam itu dianggap fixed deposit undian .

10. Tambahan pula ramai penulis dalam subservient press anggap perkhidmatan awam itu sacred cow dan orang2 perkhidmatan awam tidak boleh disentuh. Pegawai weh!

11. Demikian lah hal nya.

12. Sekarang, kita pergi ke bab membicarakan satu lagi elemen dalam pasukan Anwar Ibrahim yang menentukan panjanghayat politik nya. Iaitu politisyen2. Kita mula dengan politisyen PKR. 12(b). Menteri pendidikan- yang sekarang menjadi focus umum untuk sebab2 yang salah .

13. Pom Pom cheerleader yang terbeliak mata bila menekan sesuatu point

14. Kawan2 saya kata, teman wanita mereka terbeliak mata kerana sebab yang lain.

15. Kalau nak ucap happy birthday dan we love u PMx, belanja dia makan nasi kandar beratoq atau ucapkan didepan jemaah menteri dimana menteri2 hormat PM. 16. Di depan kanak2 tadika, ianya kurang sopan. Kerana bermacam macam sebab.

17. Janganlah marah kalau kanak2 Pasti berteriak, turun Anwar, turun .

18. Cheerleading ni lanjutan naluri dari jiwa remaja yang belum padam. Berkumpulan, berseronok seronok, berpesta pestaan, berkumpulan tersipu sipu gossip pasal mamat di sekolah sebelah yang cute tu. Yang naik bas toon foong tu.

19. Dia dapat 8 juta bajet untuk buat lencana jalur gemilang. Adalah yang jadi jutawan segera. Buat lencana di Vietnam atau China. Murah .

20. Asal jalur gemilang jangan terbalik dah lah. Kalau tak akmal dan pemuda UMNO akan demo.

21. Saya ada kata , jika lencana tersebut bergambarkan Rose Chan, pelajar2 lelaki akan lebih ' patriotik'. Pelajar2 perempuan pula bangga kerana wanita diberi penghormatan.

22. Saya dapat tahu, semasa Anwar memimpin PBMUM dan PMIUM dahulu, dia peminat senyap Rose Chan. Demikian juga tokoh2 UMSU.heh hehe.

23. Kerana Rose Chan itu adalah penghibur proletar- the proletarian pussy-cat.

24. Di America, jika umum tidak setuju dengan keputusan supreme court, mereka akan berdemo secara aman. Walaupun bising.

25. Maka adakah menteri boleh menegah orang ramai berhimpun depan sekolah agama Papar?

26. Kecuali dia mohon pihak polis menyembur gas pemedih mata.

27. Ketika melawat sebuah university, dia tengok ada pelajar membawa barang2 dalam karung .

28. Lalu dia beli bag untuk pelajar tersebut. Kepada saya itu hanya pompous show of naluri ke ibuan dan kesian.

29. Saya tidak rasa impressed dengan pompous showing tersebut. Saya mengharapkan reformasi keatas perkara2 yang lebih dasar.

30. Seperti menghapuskan sistem quota untuk masuk university dan fakulti.

31. Saya tidak akan bercakap mengenai dakwaan mengatakan penghqpusan quota akan mencederakan pelajar bumiputra. Forum yang lain diperlukan.

32. Perkara yang lebih dasar seperti kejatuhan standard pengajaran. Macam mana saya kata seperti itu?

33. Ramai gasped with horror , mendengar jenerasi melayu sekarang tidak pandai menyebut perkataan dengan betul.

34. Peguambela jadi peguambela (bela disebut seperti bela ayam), deadline jadi deadleener, Malaysia gazette jadi msia gezetay, nga kor neng jadi N-G-A kor neng, Nasution jadi nashushiyon, Dan lain2. Ini mecerminkan ada yang tak betul dalam standard pengajaran!

35. Hal ini tidak diberi perhatian, duduk sibuk dengan lencana jalur gemilang.

36. Bagaimana buat satu perkara yang revolusioner. Iaitu membuat pelajar2 sekolah bymula pada tahap tertentu, belajar bahasa Arab dan satu bahasa mandarin, atau Korea atau jepun?

37. Pengekalan sistem quota mempunyai banyak kesan buruk kepada negara kita. 38. Ia akan menyebabkan domestic brain drain dan misfit modal insan negara.

39. Cuba kita bayangkan senario ini. Mereka yang layak dan talented disalurkan ke pengajian yang tidak setimpal dengan kelayakan dan kobolehan mereka.

40. Ertinya, kita sebagai sebuah negara diNAFIkan penggunaan modal insan yang berkualiti tinggi.

41. Sebaliknya, bila mereka yang kurang layak dan talented disalurkan kedalam bidang2 yang premium, maka berlakulah misfit of human capital.

42. Dalam jangka panjang( dimana semua kita akan mati, menurut JM Keynes), Malaysia menurun productivity. Kerana kita hilang kita punya competitive edge.

43. Alasan2 ini saya rasa lebih cogent untuk desak Anwar Ibrahim menamatkan perkhidmatan menteri pendidikan.

44. Bukan kerana kita benci melihat mukanya dengan mata yang terbeliak , meluat kerana dia arah budak2 berlencana jalur gemilang, atau kita rasa malu dia jadi cheerleader kepada kanak2 tadika.

45. Sebab, di penghujung nya, kita akan tanya soalan yang PM kerap tanya- semasa hang berkuasa ,apa hang buat?

46. Dan kita akan jawab seperti yang dinyatakan oleh James carville, bukan reformasi tapi buat lebih banyak perkara yang sama. Not change but more of the same.

47. Inilah yang terjadi bila PM meletakkan orang yang tidak ada reformasi state of mind di KPM.

48. Abih, nak buek camno, PM nak camtu, Jang.

Bersambung.,...perihal menteri KDN, menteri2 penerangan dan WP, menteri pertanian dan menteri pembagunan luar bandar.

0 comments:

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP