Ismail's Big Lie dan keruntuhan umno.
1. Kalau Ismail sabri baca bab 10, the art of war, karya sun tzu, dia tahu pentingnya terrain atau muka atau rupa bumi.
2. Von Clausewitz berkata, war is the extension of politics by other means.
3. PRU adalah perperangan, dimana para aktor nya berinteraksi secara politik dengan rakyat. Untuk mencapai kemenangan dan mengalahkan lawan.
4. Ia tidak boleh didepani secara semberono. Seperti berlagak seperti santa Claus, merasuahi rakyat.
5. Yang kita perlukan ialah vision menumbuhkan ekonomi, mengatasi inflasi, mengujudkan perkerjaan dsb nya .
6. Bukan nya berbelaja sakan, memberi pelbagai bantuan politik, menjanjikan pemberian laptop kepada semua pelajar, janjikan internet 5G dimana ada rakyat yang tiada smartphone dan pendidikab percuma.
7. Nangoi mana yang akan membekalkan laptop dan smartphone kepada kerajaan dan kroni mana pula yang akan dapat komisyen atas projek2 ini?
8.Semua ini akan membuka ruang untuk korapsi dan putaran korapsi tidak akan berkesudahan.
9. Dan siapakah enabler rasuah ini semua? ,Jawab nya umno lah siapa lagi penyangak nya?
10. Itu satu hal. Yang terdekat sekali ialah Ismail sabri ini terlalu bangang untuk memahami rupa bumi.
11. Mengikut sun tzu, terdapat 6 jenis permukaan bumi. Memahami profail muka bumi boleh mendatangkan kemenangan. Kegagalan memahami nya membawa kekalahan.
12. Kepada Ismail 'lembab' sabri, permukaan bumi pru homogeneous. Boleh diratakan dengan pemberian wang pelbagai rupa.. Nyatalah falsafah Ismail tidak berbeza dengan cash is king Ali babavum Najib.
13. Kelainan muka bumi menuntut pendekatan yang berlainan. Kegagalan memahami hakikat ini, adalah petanda awal umno akan kecundang .
14. Maka pada 10 Oktober 2022, seperti robot, Ismail membubarkan parlimen. Adakah tindakan bodoh itu akibat desakan wak jahid?
15. Kegagalan memahami muka bumi menyebabkan Ismail tidak memfaktorkan banjir.
16. Rakyat masih tidak lupa akibat banjir. Sengsara yang dirasakan seperti kayu balak bergelimpangan merosakkan kediaman mereka. Amarah mereka tidak padam.
17. Pengistiharan PRU dibuat tanpa mengendahkan amaran jabatan meteoroloji Malaysia. Tidak juga menghirau protest dari menter2 bersatu dan pas.
18. Tidak syak lagi mereka ini dan rakyat yang sengsara akibat banjir akan membawa amarah mereka ke PRU15. Ia akan diterjemahkan kepada menolak umno.
19. Sekarang banjir sudahpun melanda serata tempat. Ingat, kesusahah kamu semua, akibat kerakusan umno dan wak jahid.
20. Menyedari kesilapan nya, Ismail mengancam untuk membatalkan PRU15. Tapi sudah terlambat.awak dah buka mulut dan wak jahid mahukan nya. Jadi, alang2 celup pekasam, biar sampai ke lengan.
21. Atau seperti kata Lord Denning, having made the bed, you must now lie on it.
22. Kegagalan memahami muka bumi adalah satu kesilapan yang fatal. Ia akan dibayar dengan kekalahan umno.
23. Saya tidak tahu sama ada pembaca perasaan, pembohongan ekonomi yang dilakukan oleh Ismail.
24. Nampak sangat Ismail jahil mengenai ekonomi atau penulis ucapan Ismail, betul2 bangang .
25. Apapun, Ismail telah menampakkan satu catastrophic illiteracy in economics.
26. Kita semua tercengang bila Ismail mengatakan ekonomi kita tumbuh pada Kadar 8%, inflasi terkawal dan pengangguran dikekang .
27. Skrip mana yang Ismail baca? Dari mana sumber pertumbuhan ekonomi kita, harga barang2 dapur naik dan Ismail kata inflasi terkawal? Lepasan kolej dan university tidak dapat kerja, tapi Ismail kata pengangguran ok?
28. Shhhh..nanti orang Pekan dengar. Mereka akan kata, kepala bapok aok!
29. Dilihat dari perspective yang luas, perhatikan ini. Ekonomi UK akan berkembang pada Kadar 2*%, USA kuat2 pada kadar 2.6*%, dan China pada Kadar 4%.
30. Mana mungkin ekonomi kita yang kecil yang bergantung pada ekspot ke negara2 ini, boleh berkembang pada Kadar 8%?
31. Tambah lagi, kita telah melalui tahap COVID. Penghasilan pukul rata menguncup.
32. Tentulah kita tidak dapat ekspot ke negara2 diatas yang akan fokus kepada pemulihan ekonomi mereka terlebih dulu.
33. Siapakah yang hendak beli komoditi dan intermediate goods kita? Ada, tapi tidak mendadak.
34. Sumber pertumbuhan tidak mungkin domestic.pasaran kita terhad. Kuasa beli rakyat kecil. Impot makanan kita mencecah rm60b sekarang.
35. Jadi Kadar tumbuh 8%, adalah bullshit semata mata. Ismail temberang satu negara
36. Al hasil, ada banyak sebab kita terajang umno keluar. Biarlah aku janji wak jahid jadi pm lawak sebelum tidur.
37.
Ayuh, rakyat Malaysia bangkitlah dari the big lie umno.
Kian lama kita mati dalam setia,
Kali ini kita hidup dalam durhaka!
0 comments:
Post a Comment