Pencerahan pada artikel Sdra. Sukudhev Singh
1. Saya sedang menyiapkan satu artikel mengenai pembubaran parlimen, berhenti dan akan sambung semula.
2. Saya berhenti sebentar kerana seorang kawan menhantar satu artikel yang ditulis oleh Mr Sukudhev Singh. Dia adalah bekas timbalan gabenor bank negara Malaysia.
3. Ada beberapa perkara yang tersirat dalam artikel ringkas tersebut . Berikut adalah beberapa tafsiran saya.
4. Pertama, ialah kebimbangan En Sukudhev yang rakyat akan terus mengundi parti perompak dan parti yang menunggang agama .
5. Tidak syak lagi, parti2 yang saya maksudkan ialah umno dan anjing2 larian nya MCA Dan mic serta beberapa parti Sabah dan Sarawak.
6. Umno parti sebagian orang melayu yang membudidayakan rasuah, yang mebudidayakan perkauman melampau dan jumud, memperkudakan sentimentalism orang melayu kepada institusi raja, pseudo agama.
7. Yang terakhir itu kita jawab bagaimana kita nak percaya umno itu ikhlas pada ugama bila berbuih Ustaz dan ustazah berceramah pasal akhlak dan budi perkerti, sedangkan rasuah itu seolah2 halal?kalau riba itu Haram, rasuah yang hampir sama dengan riba, ok?
8. Pernah kita lihat umno menjadikan pembasmian rasuah satu dari manifesto nya?
9. Asas2 diatas mana umno dibina adalah rosak sebermula dan akan membawa kepada kehancuran.
10. Saya ulangi asas2 tersebut:-bangsa, negara raja Dan agama. Saya sengaja letakkan agama sebagai asas yang terakhir.
11. Ini kerana agama tidak pernah menjadi pedoman dominen umno. Kalau ia, tentu umno menentang korapsi, salah guna kuasa dan pembaziran . Tentu mereka menolak dipimpin oleh crook.
12.yang menjadi pedoman utama umno ialah hate crime, yakni menjadikan kebencian kepada bangsa bukan melayu, terutama bangsa cina .
13. Bangsa cina itu adalah jembalang yang akan menganggu gugat dan mencederakan bangsa melayu. Bangsa cina akan mencuri kekayaan bangsa melayu dan negara melayu ini.
14. Realiti nya, bangsa melayu itu memerlukan bangsa cina. Kita berniaga bersama mereka, mengharapkan kerajinan mereka dan mereka adalah sumber cukai yang besar .
15. Naratif yang diterapkan umno ialah umno itu melindungi bangsa melayu. Dibawah umno melayu mencapai par excellence dan racial triumphalism.
16. Tapi kejayaan apa yang melayu boleh banggakan dibawah umno? Melayu tetap tertinggal dibelakang dalam banyak segi. Sedangkan negara,dari pm, mb, DO, penghulu dan ketua kampung adalah bangsa melayu?
17. Jadi naratif bahawa umno itu melindungi bangsa melayu adalah naratif yang basi. Ia nya rekod lama yang diputarkan pada pau setiap tahun.
18. Maka janganlah kita masuk penghujjahan rabbit hole segini. Kita sendiri melindungi diri kita bukan umno.
19. Mengundi umno bererti mengekalkan keterbelakang bangsa melayu melalui hate crime bermusuhan dengan bangsa lain .
20. Mengembelingkan sokongan melalui menakut nakutkan orang melayu bahawa kedudukan mereka diancam oleh bangsa lain, adalah pembohongan.
21. Tidak lain dan tidak bukan, falsafah Malay supremacist ini adalah suatu weapon of mass delusion. Ia telah brain wash minda bangsa melayu untuk mempercayai bahawa keujudan mereka diancam oleh bangsa bukan melayu. Tujuan nya tidak lain supaya pemimpin2 umno diberi mandat untuk 'melindungi' bangsa melayu yang lemah .
22. Amat menjengkilkan apabila pemimpin2 lapuk umno menganggap segala kritikan2 sahih terhadap dasar2 racist umno sebagai rasis .
23. Jadi apabila anjing gila, tajuddin ramli, mengatan kritikan2 Lim guan eng sebagai perkauman, ianya sangat melucukan. Mengapa tajuddin membisu apa bila jabatan immigration Johor, menghalang cina yang berkerja di Singapore dari pulang untuk mengundi?
24. Atau mengkritik dasar2 umno yang terang2 rasis? Seperti dasar employment dengan jabatan2 kerajaan yang tidak lansung mencerminkan kemajmukan masyarakat Malaysia?
25. Jeritan tajuddin, tidak lebih dari mengata dulang paku serpih, mengata orang aku yang lebih .
26. Demikian juga , mengundi umno akan menggalakkan umno terus memperkudakan agama. Agama akan terus digunakan untuk memasung dan mencandui minda orang melayu.
27. Dan kita tahu sikap hipokrasi umno terhadap institusi raja2 melayu. Umno mengambil kesempatan daripada kesetiaan general orang melayu kepada raja mereka. Itu saja .
28. Faktanya, umno bukan setia kepada raja, tapi hanya setia kepada kepentingan2 nya. Terutama kekal berkuasa.
29. Namun disebalik kebimbangan En Sukudhev, ada pengharapan untuk selamatkan negara ini.
30. Yakni kita semua mempunyai senjata yang paling ditakuti umno. Kita mengundi untuk perubahan .
31. Satu daripada hukuman enggan berpolik, ialah kita akhirnya diperintah oleh orang yang inferior dari kita.
Orang bijak yang tidak mahu memerintah akan menderita diperintah oleh si baghal .
Orang yang mengundi politikus yang korap, pendusta, perompak dan pembelot bukan nya mangsa,..tapi bersubahat.
32. Sekarang saya akan menyiarkan artikel en Sukudhev Singh . Segala kekurangan, saya yang empunya
33. "Zaman pemerintahan oleh mereka yang jujur sudah berakhir. Ia nya diganti oleh pemerintahan sijahat dan penipu.
34. Ketika negara ini diselubungi kegelapan,mereka yang menjalankan tugas secara bermaruah ditekan manakala mereka yang merosak dan mereka yang menolong pencurian dan menyamun khazanah negara ini, di kurniai dengan segala penghormatan . Mereka yang jujur dan berintegriti tidak ada tempat berlindung dalam negara ini . Mereka akan diburui dan dianiayai supaya mereka tidak dapat muncul untuk mencabar penjahat2. Tidak ada siapa yang akan membela mereka dan kalau ada, jumlah mereka terlalu kecil.
35. Mahkamah telah menjadi medan permainan untuk penjahat2 ini. Mereka yang tertunduk tunduk dan menyembah di kaki2 penyamun ini sibuk membelai pingat2 gelaran mereka, setiap waktu membisik "oh sayangku". Mereka tidak memperdulikan nasib rakyat biasa, atau masa depan negara ini. Mereka tidak akan bangun membela golongan yang berintegriti kerana mereka tidak lagi memahami erti integriti. Mereka bertopengkan agama seperti pingat2 gelaran mereka dan roh mereka ketandusan apa2 moraliti.
36. Alat2 kerajaan yang asalnya bertujuan melindungi orang2 yang jujur bertukar menjadi alat2 penganiayaan untuk membantu penjahat2 mendapatkan dan mengekalkan kuasa . Siapakah yang akan melindungi dan membela orang2 yang jujur?
37. Sudah tentu bukan rakyat biasa. Lena mereka tidak terganggu. Mereka terus memimpikan kemakmuran yang berterusan dan pemberian wang percuma yang tak ada batas. Mimpi mereka tidak terganggu oleh treachery dan khianat yang meletakkan negara kita pada jalan yang penuh ranjau .
38. Zaman pemerintahan oleh orang yang jujur serta ikhlas sudah berakhir dan tak ada yang memperdulikan nya . Sungguh2 malang negara tercinta kita. "
39. Perkara 33 hingga 38 adalah terjemahan saya kepada artikel saudara Sukudhev Singh, bekas timbalan gabenor bank negara Malaysia.
0 comments:
Post a Comment