Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Saturday 6 August 2022

Tiada siapa lupa 1MDB,waghih wei. Bahagian 1

1. Saya tergamam bila seorang pemimpin umno kata rakyat sudah tidak peduli 1MDB lagi. Siapa kata?

2.orang pekan kata kepala bapok aok. yang tak peduli ialah pemimpin tongong segini.pemimpin yang bermentaliti pencuri dan yang memekakkan diri pada denyut nadi rakyat.

3. Boleh jadi yang tak peduli adalah pemimpin lihai buat muka sardin hantar duit rm10 juta dengan menggunakan khidmat money changer.

4. Dengan harapan penghantaran clandestine dia tidak dikesan orang . Mulut tempayan bolehkah ditutup,wok? Bangkai gajah boleh ditutup dengan nyiru?

5.jika penghantaran Wang rm10juta tidak dilupakan orang, mana mungkin pencurian berbiliun biliun dilupakan orang atau tidak dipedulikan? Impossible waghih woi!

6. Malah, den nak tanya waghih sikit. Apo Kono Wang sebanyak itu ekau hantar ikut money changer? Mak ai!

7. Adakah cara hantar demikian di rencanakan untuk menyembunyikan ia dari pengetahuan orang ramai?

8. Kepada saya, cara demikian hanya terfikir oleh sosok yang mempunyai devious mind. Sayugialah orang seperti ini tidak peduli pasal 1MDB.

9. Kemudian, tolong tuan define rakyat macam macam mana yang tidak peduli hal ibu segala rasuah 1MDB?

10. Orang Pekan pahang, dulu2 membezakan antara ghakyat dengan rakyat. Ghakyat itu golongan public yang tidak bertamaddun Dan tidak ada values system. Yang mungkar dimertabatkan sebagai maaruf Dan sebaliknya .

11. Jangan tanya Najib hal ini. Dia lahir di Kuala lipis. Mustahil dia tahu akan cultural nuances orang Pekan.

12. Makanya,mungkin yang dimaksudkan oleh pemimpin umno ni ialah ghakyat umno yang tak bertamaddun. Tentu saja tutup sebelah mata akan perkara2 rasuah.

13. Bukan saja tak bertamaddun dan tak ada values system, mereka membelakangi agama dan bukan god fearing people. Kerana itu mereka tidak peduli 1mdb.

14. Ternyata ghakyat ini tidak faham konsep ummat terbaik. Bukankah agama dah kata ummat terbaik ialah ummat yang berlumba lumba melakukan kebaikan dan menolak kemungkaran?

15. 1mdb itu perkara2 maaruf atau mungkar? Jika hj Hadi sekali pun sokong 1mdb bererti dia ulama ussu' dan ulama berbudaya taghut

16. Apabila ghakyat yang disebut mat Ayam den lapeh, memilih untuk berkawan dengan perasuah dan penjahat,bererti mereka tidak takut penghukuman tuhan dan bukan god fearing.

17. Bukankah alquran ada menyatakan kita berkawan dan menyanjung orang baik dan yang mengajak kita bertaqwa pada tuhan dan degil bebuat demikian mengundang azab dari tuhan?

18. Walaupun diberi amaran oleh Tuhan,manusia tetap engkar. Dan Tuhan akan melaknatkan ummat yang engkar seperti mana Dia melaknat bangsa yahudi melalui sumpah nabi Daud dan Isa.

19. Maka on the contrary, orang ramai tidak melupakan 1mdb- bahkan mereka terus menyindir dan mengutuk perasuah2 dan perompak2.






20. adakah karikatur2 ini mengisyaratkan orang ramai tidak peduli akan 1mdb rasuah dan rompakan? NAHI !

21. Nyatalah kenyataan mat Ayam den lapeh bahawa orang ramai tidak lagi peduli mengenai 1mdb adalah suatu kenyataan misleading yang amat sangat. Bagero!

22. Dalam pada itu,kenyataan mat Ayam den lapeh itu tells us a few things. Not good.

23. Mat ayam den lapeh serta ghakyat umno yang mengeciskan 1mdb, bukanlah role model yang baik untuk bangsa Malaysia.

24. Bersambung bahagian 2
 
Ke jelobak ke jolobu,
Tuai padi 3 tangkai,
Kalau dapat komat jolobu,
Tak mati, badan menghasai.

0 comments:

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP