Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Saturday, 11 September 2021

Kerelevanan UMNO. Bah. 1.

1. Beberapa peristiwa semasa telah menjadikan saya seorang sceptic. Yakni saya curiga terutama bila umno bercakap mengenainya.

2. Peristiwa2 yang saya maksudkan termasuklah sokongan umno terhadap kerjaan PN 02, perlindungan umno keatas kluster mahkamah dan layanan remeh umno kepada nilai2 Islam serta 'kesetiaan' umno terhadap raja.

3. Selalu nya apa yang umno lakukan adalah sebalik dari apa yang ia katakan. Atau bikin tak serupa kata.

4. Seolah olahnya umno tidak menghiraukan suara terbanyak ahlinya dan suara majoriti rakyat.

5. Kalau sikap elitis dan fiudal ini tidak diperbetulkan, umno akan menjadi tidak releven pada orang Melayu dan rakyat.

6. Apa yang terjadi, ialah orang Melayu dan ahli2 umno telah membenarkan pimpinan eltis dan bourgeois menerapkan nilai2 salah keatas orang2 umno.

7. Akibat nya nilai2 seperti rompakan dan korapsi dianggap mulia, jalan pintas diutamakan dari jalan berkesan, mimilih pemimpin ikut baka, pembohongan lebih mulia dari ketelusan dsb nya.

8. Himpunan nilai2 reaksioner inilah menyebabkan orang umno menganggap seorang perompak dan terbukti penjenayah, sebagai seorang amirulmukminin dan digelar bosku, seorang yang mempunyai pertuduhan pecah amanah yang tak terkira banyak nya dianggap pemimpin unggul, perasuah2 dilihat sebagai pemimpin tak ada galang ganti dll.

9. Akibat perasuah2 dimuliakan, kita mendapati keadaan yang terjadi hanya di Malaysia dan di bajai oleh umno.




10. Keharmonian kaum diganti dengan permusuhan kaum yang tidak kunjung padam, nilai universal Islam diganti dengan nilai2 buatan sihaprak, institusi raja berpelembagaan diganti dengan institusi raja mulak dan seterusnya.

11. Jadilah umno itu sinonim dengan rasuah, pembohongan, pembelotan, segala nilai2 dan perilaku yang reaksioner.

12. Koruptor dimuliakan. Najib yang mencuri duit rakyat terus disanjung. Jadi memuliakan nilai2 Islam itu hanya omongan kosong aja.

13. Teringat saya satu lagi sajak WS Rendra.



14. Dalam negeri, kata2 serupa dikeluarkan oleh bukan penyajak tapi pak polis.




15. Sang koruptor yang dirundingi mengenai hal2 ekonomi, membuat lapuran keatas LHDN. Jika begitu semua pembayar cukai buatlah lapuran polis. Cukai itu peras ugut si kerajaan!

16. Apa yang kita maksudkan dengan puak reaksioner? Ia adalah golongan yang menentang perubahan. Golongan ini mahu mengekalkan keadan ex ante. Iaitu sistem beraja dimata, bersultan di hati.

17. Sedangkan kita tahu keujudan yang enggan mengadaptasi, akan hancur. Hukum alam ialah adapt or perish. Tapi cara atau sistem yang lama lah yang disukai oleh puak reaksioner.

18. Sistem pemerintahan fiudal tentu disukai oleh pemimpin elitis dan neo fiudal dalam umno serta pemimpin2 kiriman Tuhan ecclesiastical dictators parti ajaran sesat.

19. Mengapa tidak? Dibawah sistem lama, golongan ini boleh buat apa saja mereka suka tanpa bantahan dan bangkangan.

20. Yang demikian menjadikan rasuah, penipuan dan pembelotan sebagai perkara biasa. Itu semua pakaian basahan umno. Bogel, dan segala pekong terdedah.

21. Ianya terjadi sebab kita belajar menerima kekoro-an dan ke cekai ian serta senang menerima kesakitan dan penindasan.

22. Sedangkan keadaan tak sepatutnya begitu. Kalau kita lihat, pemimpin elitis dan reaksioner umno dan pemimpin anugerah tuhan, mereka tidak lebih 5% dari jumlah ahli.

23. Maka sepatutnya nilai2 yang majoriti lah yang mewarnai keperibadian dan laku perangai se2buah organisasi.

24. Sebaliknya rakyat menerima nilai2 puak reaksioner dari umno atau dari parti ajaran sesat yang minoriti. Bererti kita menerima Tyrany Of The Status Quo seperti tajuk buku F. Hayek.

25. Jadi berentilah! Dari membiarkan diri saudara di ganyang oleh nilai2 reaksioner. Bangkitlah! Saudara2 semua tidak kehilangan apa2, melainkan rantai minda yang membelengui kalian!

26. Dalam bahagian 2 kita akan menghalusi nilai2 reaksioner!

0 comments:

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP