Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Monday 29 June 2020

Dichotomy kerangka minda Melayu. Part 1



Bagaimana kita menerangkan kerangka minda orang melayu? Ternyata ia suatu kajian kontradiksi.
Ia mengelirukan banyak pihak termasuk orang melayu.

Pada suatu pihak mereka mempamirkan diri mereka sebagai golongan yang taat beragama walhal kita akan lihat, penjiwaan kepada ajaran Islam yang sebenarnya, tiada.

Perkara ini diterangkan oleh pendita Zaaba sejak tahun 1927 lagi, dimana menurut beliau, satu sebab melayu ketinggalan ialah kerana mereka meninggalkan ajaran Islam yang sebenarnya.

Akibatnya orang melayu umumnya mementingkan ritualism dan  symbolism dari isi atau substance.

Ini menerangkan mengapa mereka kuat bersembahyang,terutama yang sunat2, membina masjid lebih dari sekolah dan hospital, bergolok bergadai pergi haji, berbelanja ribuan ringgit melakukan korban, mengambil berat tentang halal makan minum dll.

Tidak syak lagi kesemua ini mempamerkan mereka golongan yang kuat beragama. Tapi mungkinkah tahap 'religiosity' mereka bertindak sebagai 'menacle' yang memundurkan mereka sendiri?

Jadi, sementara mereka menitik beratkan halal haram dalam makan minum, mereka tidak memandang kesalahan apa-apa, meniduri si ah moi.  Mereka tidak makan babi dan minum arak tapi halal meniduri gilfren cina!

Pengutamaan perkara simbolisme dan luaran ini berlaku dengan pengorbanan beberapa prinsip yang lebih murni.
Kerana itu disamping menonjolkan religiosity mereka orang Melayu menutup sebelah mata kepada korapsi, pencabulan kuasa dan kezaliman birokrasi atau tyranny of the status quo.

Bagaimana kita menerangkan 'dichotomy'  ini?

Bukankah ianya perkara yang menakjubkan bahawa orang melayu boleh menjadi dua ekstrim pada masa yang sama? Pelik bin ajaib.

Yakni mereka mempamirkan religiosity mereka tetapi menghalalkan rompakan dan korapsi mega yang dilakukan oleh bosku dan kemungkinan pembabitan pembunuhan? Dan menghalalkan banyak lagi angkara2 durjana yang lain?

Bagaimana orang melayu berada dalam keadaan nang bohtee nang, kui bohtee kui ini?

Adalah suatu kesilapan menganggap bahawa penyebab penting kepada dichotomy minda melayu ini disebabkan peranan yang dimainkan oleh klas menengah liberal melayu yang menjadi born again  muslims.

Sayangnya golongan ini hanya members of the chattering class dan Hampstead liberals yang hanya berminat untuk kepentingan sendiri dan tidak mempunyai mind shifting capacity. Kesan mereka keatas minda suku melayu keseluruhan nya adalah minimal.

Untuk menjadi suatu ejen pengubahan sesuatu kumpulan mesti mempuyai impak besar., menyiarkan dan melebarkan ideoligi mereka. Kita tidak lihat ini pada golongan liberal u melayu. Mereka hanya berminat pada kepentingan merkeka. Mereka lebih suka menyendiri

Kedua, saya merasakan suatu kumpulan mesti bersifat institusi yang boleh membudayakan masyarakat.

Ambil golongan islamiyyin sebagai contoh., mereka mempuyai impak besar dan bersifat institusi dan boleh mempengaruhi masyarakat menerusi percakapan dan perbuatan. Bukankah golongan ini memerintah masyarakat menjauhi dan tidak mempercayai golongan liberal melayu?

Jadi memberi kredit kepada golongan liberal melayu yang tidak lebih daripada members  of the chattering  class dan Hamstead liberals adalah seperti memberi penghormatan yang belebihan dari yang patut mereka dapat.

0 comments:

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP