Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Thursday 11 June 2020

Adakah gajah boleh terbang?



Adakah orang melayu khususnya dan rakyat Malaysia am nya, suka meraikan kebodohan dan ketongongan? Penceritaan yang karut dan tidak didukung oleh fakta amat disukai mereka.

Demikianlah yang terjadi bila 2 orang matlaon membuat cerita karut.

Cerita karut yang pertama menceritakan bahawa bosku tidak ada kaitan dengan pembunuhan Altantuya. Semua pertuduhan itu disutradara oleh Dr Mahathir.

Bagero punya cerita.

Saya hendak tanya satu soalan:antara orang yang cenderung menggunakan perkhidmatan Altantuya dengan seorang yang tidak-siapa yang lebih  terbabit?

Yang pertama dalam undang-undand kita kata ada legal proximity dan yang kedua tidak ada.  Ia tidak memerlukan seorang rocket saintis untuk mengagak siapa ada kemungkinan kaitan yang lebih.

Sebab itu saya kata ini cerita yang binawe sebab:

(1) Sementara mulut ada cirit birit, otak tidak masuk gear.
(2) Mengandaikan kita semua golongan yang masabodo dan mudah terpedaya.

Cerita yang  demikian tidak lain bertujuan mensucikan bosku. Bosku mahu digambarkan bersih sedang mamat itu tidak. Kalau dia menipu dalam mahkamah dan masjid, kita hanya dapat mengesahkan dia seorang penipu sejak lahir.

Hanya bosku yang mahu menggunakan khidmat Altantuya dan tugas Altantuya hanya menterjemah. Hehe.

Ternyata matlaon yang merekacipta cerita dongeng ini berlagak macam penulis upahan.  Tugasnya menipu. Mungkin dia dapat ribuan atau jutaan ringgit. Apalah jumlah itu semua, kepada mamat yang mungkin menyembunyikan 16 billion di merata ceruk dunia.

Sejak bila kita mengangkat matlaon tidak semenggah menjadi jurucakap yang authoritative bagi pihak kita?

Pendapat yang tidak disokong oleh fakta tinggal pandangan sahaja. Kita mesti sedar perkara ini.

Ada suatu lagi cerita samdol yang menyatakan RPK minta ampun kerana dia takut mati. Semua tuduhan keatas Najib  ialah palsu.

Saya akan percaya 2 cerita dongeng ini apabila melihat gajah terbang.

Ia adalah suatu penghinaan kepada akalbudi RPK jika dia ada intelligence. 
RPK insan yang tidak takut mati. Semua akan mati termasuk bosku.

RPK dikatakan disuruh oleh Dr Mahathir  membuat semua pertuduhan terhadap bosku. Tidak kah kita melihat ada rencana mengaitkan segala perlakuan mungkar bosku dengan Mahathir?

Ini semua menunjukkan ada persamaan antara cerita pertama dengan kedua.

 Cukuplah kita diperbodohkan.


0 comments:

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP