RUU 355- Bahagian ke-2, Haji Hadi tertipu lagi
Bahagian 2.
Saya ada sebut diatas,
saya tidak impress dengan Hj Hadi sebagai seorag ahli politik. Dibawah ini
ialah hujjah saya.
Kenapa Haji Hadi berhenti
pada perkara 49(1) sahaja dibawah peruntukan Standing Orders Dewan Rakyat? Dengan berbuat demikian, Haji Hadi meletakkan negara dalam keadaan huru hara. Semua orang Melayu mahukan Islam waiima yang pelesit sekali pun. Dan mereka hendak dengar pencerahan dari Haj Hadi.
Kenapa tidak menggunakan keseluruhan peruntukan perkara 49 dalam Standing Orders untuk mendapatkan persetujuan Dewan untuk bacaan pertama? Supaya dalam sesi parlimen bulan Mac 2017, kita boleh pergi ke bacaan ke 2 dan membahas perkara yang penting ini?
Kenapa tidak menggunakan keseluruhan peruntukan perkara 49 dalam Standing Orders untuk mendapatkan persetujuan Dewan untuk bacaan pertama? Supaya dalam sesi parlimen bulan Mac 2017, kita boleh pergi ke bacaan ke 2 dan membahas perkara yang penting ini?
Semua rakyat hendak dengar
perbahasan. Orang yang tidak setuju dengan pembentangan usul persendirian ini
berhak memperdengarkan bangkangan mereka. Sebab yang lebih penting ialah dengan
perbahasan dan huraian Haji Hadi dan penganjur usul pindaan akta 355 ini, rakyat
boleh menilai agenda yang dibawa Haji Hadi.
Keengganan Haji Hadi mengambil langkah berikut nya, mencetuskan polemic dan sengketa dibawah sana. Puak pelampau menggunakan usul 355 ini untuk melakukan spiritual blackmail. Tak sokong usul ini keluar Islam, murtad, tidak masuk syurga, dan sebagainya. Haji Hadi tidak perlu membawa budak2 maahad tahfiz dari serata tempat, muslimin dan muslimah, lelaki dan perempuan, orang tua dan muda, mengepong parlimen mengancam orang yang tidak mahu menyokong nya.
Keengganan Haji Hadi mengambil langkah berikut nya, mencetuskan polemic dan sengketa dibawah sana. Puak pelampau menggunakan usul 355 ini untuk melakukan spiritual blackmail. Tak sokong usul ini keluar Islam, murtad, tidak masuk syurga, dan sebagainya. Haji Hadi tidak perlu membawa budak2 maahad tahfiz dari serata tempat, muslimin dan muslimah, lelaki dan perempuan, orang tua dan muda, mengepong parlimen mengancam orang yang tidak mahu menyokong nya.
Dia hanya perlu
mempersembahkan hujjah nya dalam parlimen.
Ini kali kedua, Hj Hadi
membentang usul tanpa bahas. Ertinya dia gagal medapat persetujuan dari dewan
dan speaker untuk menyetujui usul tersebut dan dibaca untuk kali pertama. Kenapa
tidak di persetujui usul supaya menjadi pembacaan pertama dan mendapat cap dari
speaker? Haji Hadi hanya perlu mohon di persetujui oleh Dewan. Apa yang dia tunggu dan mengapa UMNO lengah? Itu maknanya Haji Hadi dipermain mainkan dan perkara ini tidak disedari
oleh ustaz2 PAS.
Ini dibenarkan oleh
perkara 49(3) Standing Orders Dewan Rakyat.yakni memohon mendapat persetujuan bacaan pertama. Kenapa Haji Hadi berhenti pada
tahap 49(1)?
Kalau PAS percaya UMNO
ikhlas, mengapa tidak berpakat sahaja dengan speaker supaya Usul dipersetujui,
dicap dan disifatkan sebagai dibaca kali pertama dan diserahkan kepada kerajaan?
Pakat pula dengan kawan UMNO supaya kerajaan membuat apa2 pindaaan keatas nya,
maka bolehlah RUU dibaca untuk kali ke2 dan kemudian dibahaskan. Kenapa tidak
pakat memandangkan UMNO kawan kepada PAS?
Kenapa ianya kekal seperti
usul sedangkan peruntukan Standing Orders terang menyatakan apabila
mengemukakan usul, ianya hendaklah mengandungi keterangan dan huraian mengapa
usul dibentangkan. oh- sebab ada pindaan sedikit keatas usul asal. Kita nak taruh had keatas hukuman denda, penjara dan sebat. Semasa memikirkan usul pertama, perkara2 ini dilepas pandang? Ini juga bererti bahawa ketika mahu mengemukakan usul
tersebut, Haji Hadi tidak melakukan penelitian dan penghalusan yang rapi keatas
usul persendirian nya sendiri.
Kalau saya yang
mengemukakan usul tersebut, memang dijangka akan ada kecacatan nya, tapi usul
pindaan akta 355 ini dikemukakan oleh Tok Guru yang murabbi, haji Hadi.
Semua orang tertanya,
dimana kebijaksanaan Haji hadi seperti yang disebut oleh Nasrudin Tantawi? Kamu
dipermainkan kali kedua dan untuk menutup kemaluan tersebut, mencerna naratif
yang artificial dan direka reka?
Apa yang bijak sangat? PAS
tidak pernah menghasilkan penerangan dan pencerahan mengenai usul persendirian
ini. Kita telahpun membuktikan perkara ini, apabila usul dibaca untuk kali
kedua dan masih tidak dipersetujui oleh Dewan.
Proses untuk sampai kepada
pembacaan kali ke 2 lambat lagi dan apa2 boleh terjadi. Masih jauh lagi untuk
melihat pembentukan jawatankuasa pilihan parlimen.
Orang2 Muslim yang
meletakkan harapan yang tinggi keatas pindaan RUU355 ini akan terus merasa
hampa dan kecewa. UMNO telah menipu Haji Hadi dan PAS dan mereka masih leka dengan putar
belit UMNO.
Bahkan ianya memberi peluru
kepada golongan pelampau untuk memecah-belahkan umat Islam dan menanam bibit2 persengketaan
sesama sendiri. Kafir mengafir, menuduh murtad dan anti Islam dan
sebagainya. Jika golongan pelampau ini
mendapat apa yang idamkan, maka kita akan mendapati diri kita dalam proses
talibanisation masyarakat kita.
Kenapa tidak ada tindakan
undang2 yang diambil keatas ustaz2 yang mengkafirkan orang Islam lain, ustaz
yang memfatwakan wan Azizah bila mati dikebumi dijirat Cina dan mufti Pahang
yang mengkafirharbi-kan golongan lain? Gaji yang dibayar kepada nya pun datang
dari kutipan cukai keatas kafir harbi.
Nasrudin Tantawi boleh
beri alasan apa pun, naratif apa pun, untuk mempertahankan sendaan dan hinaan
UMNO kepada Hj Hadi. Masyarakat sebaliknya, melihat Haji sebagai seorang bloody
fool yang dimanipulasi oleh UMNO. Dia tokoh agama, but is a fool of a
politician.
Dalam sessi parliament
2017 bulan March tahun hadapan, besar kemungkinan perkara yang serupa diulang
kembali. Usul persendirian Hj Hadi akan ditempatkan dipenghujung sessi,
terkemudian dari urusan kerajaan dalam Order Paper. Ianya akan kekal sebagai
usul dan UMNO akan melengah lengahkan perjalanan usul ketahap pembacaan pertama
dan ke2.
PAS pula- Haji Hadi dan
Tantawi, akan merasakan UMNO memberi ruang demi ruang. Berduyun duyun penyokong
PAS berkampung dalam kawasan parlimen, menanti saat bahagia akta 355 diberi
pindaan yang diidamkan. Mereka akan kembali kecewa.
Akhirnya, usul
persendirian akan dibawa ke sessi lagi satu sehingga usul itu diperlakukan
sebagai bil kerajaan. Haji Hadi akan diletakkan dalam proses a merry go round dan
setiap kali akan menyangka bahawa kerajaan UMNO memberi PAS ruang selepas
ruang. Walhal, UMNO hanya bermain dengan waktu sahaja disamping berjaya
menunjukkan kepada PAS, mereka memberi ehsan kepada PAS dan has earned PAS’s
goodwill.
UMNO yan untung- sebab
Haji Hadi gagal menembusi permainan UMNO. UMNO dilihat menyokong usaha Haji
Hadi dan PAS akan berhenti menyerang UMNO, selagi mereka melihat UMNO simpati
kepada usaha PAS. UMNO akan terus memperlihatkan sikap pura2 ini untuk
menyejukkan PAS. Yang rugi ialah parti pembangkang kerana PAS akan terus
menyerang parti2 seperti DAP dan Amanah. Parti Bersatu dan PKR pula, masih ada
keinginan untuk bermuzakkarah dengan PAS untuk menyatukan umat Melayu. RUU yang
dipromosi oleh Haji Hadi yang berpandangan sengkat ini, memecahbelahkan barisan
parti pembangkang.
Akta 355 ini , mempunyai
sejarah yang agak lama. Dalam tahun 1965, yang membawa usul ini ialah wakil BN
iaitu Abdul Rahman Yaakob. Dari Sarawak. Ketika itulah kita ada hukum penjara 6
bulan dan denda RM1000. Masa itu, hukuman2 itu di anggap sudah cukup berat dan disangka akan dapat
membenteras kejahatan umat Islam.
Perluasan kuasa mahkamah
syariah dan pengenaan hukuman yang lebih berat, gagal mengekang kejahatan kaum
Muslim. Apa yang membuat kita memikirkan, kalau kuasa mahkamah syariah luas dan
hukuman yang lebih berat dikenakan, problem kaum Muslim di Malaysia akan
diselesaikan?
Marilah kita berhujjah
dengan fakta2 sedikit bukan dengan emosi dan kesyahduan inginkan Islam. Kita semua hendakkan apa2 Islamik- pusat rawatan Islam, Hospital Islam, Hotel Islam dan sebagainya. Tapi kita mesti melakukan dengan penuh teliti dan jangan menghasilkan poral puranda dan kacau bilau. Kita mahukan
respectability mahkamah syariah? Tuntut kualiti dan kecekapan yang lebih tinggi.
Selesaikan kes2 tertunggak. Bela yang
lemah dan orang miskin. Layakkan diri kamu untuk dapat kuasa yang lebih, prestij, gaji, kemudahan
yang diperolehi oleh hakim2 sistem perundangan sivil.
Perkukuhkan institusi yang
sedia ada, tunjukkan kepada kami bahawa dengan set undang2 yang ada, kamu boleh
menyelesaikan masaalah kaum Muslim dengan cekap, pantas, adil dan
saksama.janganlah telan berlebihan dari yang boleh kamu kunyah.
Point nya, bukan PAS yang
membawa usul ini ketika itu tapi seorang ahli parlimen bukan PAS. Pada tahun
1984, pindaan keatas bill ini dibentangkan oleh Yusof Noor, ketika itu timbalan
menteri dan tokoh ulamak UMNO. Dan yang penting ialah, ianya dibentangkan
setelah mendapat perkenan Raja2 Melayu kerana, undang2 berkaitan agama Islam
ialah perkara negeri dan jatuh dibawah kawalan Raja2 Melayu. Ini berlainan
dengan langkah yang sekarang diambil oleh Haji Hadi- tidak ada perkenan di perolehi
dari Majlis Raja2 Melayu.
Jika tidak dilakukan
perkara2 ini, apa yang diharapkan oleh Haji Hadi? Ianya semua langkah untuk
mendapat laba politik. PAS ingin menonjolkan diri sebagai wira yang memperjuangkan
perlaksanaan hukum2 Allah.sebab kata orang putih, PAS is one trck pony. Dalam Dewan takde cakap mengenai hal lain, tapi hanya mempromosi brand Islam PAS.
Pindaan keatas akta 355
ini lebih mudah jika di adopt sebagai usul kerajaan yang dengan mudah pula
menyampai kepada pembacaan pertama dan kedua. Mengapa Haji Hadi dan PAS memilih
jalan yang lebih sukar dan UMNO pula seolah2 play along? Ianya permainan
politik yang untungkan UMNO dan PAS kerana sokong menyokong antara PAS dan UMNO
boleh dijadikan landasan untuk menyatukan umat Melayu dan Islam.
PAS melihat naungan oleh
UMNO akan menonjolkan Haji Hadi sebagai pejuang Islam dan UMNO melihat kelayuan
PAS sebagai membantunya kekal berkuasa.
Kerajaan UMNO telah lama
berusaha untuk memperkasa dan memperluaskan bidang hukuman makmamah syariah dan
ianya sebetulnya tidak memerlukan pembentangan usul peribadi Haji Hadi. Dalam system
parlimen kita, tidak ada usul persendirian menjadi bill kerajaan.
Tapi Haji Hadi sekali lagi
gagal menembusi permainan politk. UMNO beri ruang kepada Haji Hadi untuk
membentangkan usul dan menjadi wira memperjuangkan Islam dan sekali gus,
memperolehi goodwill dari PAS. Maka PAS akan mendendangkan lagi sokongan kepada
Najib dan Najib mendapat restu dari golongan agamawan untuk terus kekal
berkuasa. Haji Hadi menggunakan agama untuk terus kekal releven dalam ingatan
orang Melayu yang beruagama Islam dan Najib juga memperkudakan agama, untuk
terus menyambung hayat politik peribadi. Kepada najib yang penting ialah
personal survival, apa yang digunakan- agama, legitimate coercive forces
seperti Polis, dan agama tidak jadi hal kepada nya.
Benarlah kata Al Quran,
orang2 munafik ini akan bersokongan antara sata lain. Lihat Al Quran 9:67.
Gologan munafik , lelaki dan perempuan ada kesefahaman antara mereka; mereka
menganjurkan kemungkaran dan menyekat makruf, dan mereka menggunaka kuasa untuk
terus kekal. Mereka lupakan Allah dan Allah melupakan mereka. Gologan munafik
ialah golongan yang jahat dan durhaka.
Perkara inilah yang paling
ditakuti manusia, tidak ada musibah yang lebih dasyat daripada bila Allah
melupakan kita.
11 comments:
Welcome "home" Sir. It is going to be a long struggle ahead.....and by the look of it, it is going to be messier, dirtier and more threatening for those who don't sing the same tune.....
Standing order apa abang ooooi... Stand Up undi hadi tak tahu apa maknanya.
Welcome back Sir.
long time waiting, and very much love your writing
Well written,good points.
keep up our good work.
Hadi ni lebai bodoh dan bebal
Alhamdulillah... Dato Sak dah online... rindu akan tulisan dato yang meyakinkan... kipidap
Welcome back Dato’ to blogosphere!
It has been a worthwhile wait from end of May.
Sebagai persiapan untuk sessi Parlimen berikutnya pada tahun 2017, ingin saya syorkan kepada setiap Ahli Parlimen dan ADUN membaca dan meneliti bab-bab yang relevan dari THE TRUTH SHALL PREVAIL – SPEECHES, PAPERS AND ARTICLES oleh Tun Abdul Hamid Mohamad; penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka; 2016; ISBN 987-983-49-0757-0; 750 m/s; 24cm x 17 cm x 4cm; kulit tebal; cetakan pertama; Rm90.00
Bab-bab yang relevan ialah:
Section 1 – Nation and Constitution; m/s 3 – 46
Section 2 – Civil Law; m/s 47 – 112
Section 3 – Harmonization of Civil Law and Shariah; m/s 113 – 159
- Harmonization of Islamic Law and Civil Law: Is it Possible;m/s 128
- Conflict of Civil and Shariah Law: Issues and Solutions; m/s 133
- Harmonization of CommonLaw and the Shariah in Malaysia; m/s 139
- Common Areas of Interest for Shariah and Common Law courts; m/s 150
- Harmonization of Shariah and Common Law in Malaysia: The Way Forward; m/s153
Section 4 – Civil and Shariah Courts; m/s 161 – 190
- Proof in the Shariah Courts in Malaya; m/s 163
- Civil and Shariah Courts: Conflict of Jurisdictions (abridged); m/s 167
- Civil and Shariah Courts in Malaysia: Conflict of Jurisdictions (IKIM)
Section 9 – Hudud; m/s 445 – 478
- Implementation of Hudud in Brunei: Differences between Brunei and Malaysia (IAIS); m/s 457
- Implementation of the Islamic Criminal Law (Hudud, Qisas, Ta’zir) in Malaysia – Prospects and Challenges; m/s 470
Sekian, dengan harapan “keadilan seharusnya menjadi intipati semua undang-undang” baik sivil mahu pun shariah, lantas daripada tokoh kehakiman, mantan Ketua Hakim Malaysia, Tun Abdul Hamid Mohamad.
Sekian, terima kasih.
PAS a one-trick pony? A keen observation on your part and a true statement indeed. I asked a close friend who is businessman who used to finance PAS in the past of "what is happening with PAS". He opined "Dah takdok leader PAS ni!". It was the "ulamak" that threw out the leaders. So now PAS has to content with mediocre false leaders under it comparable to the false democrat that is driving the country down the ravine.
Salam Dato,sebagai politician hj.hadi kurang art of manupulative.lebih baik beliau kekal sebagai ostard saja.
shld be manipulative. sori
Post a Comment