Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Friday, 25 November 2016

RUU 355- bahagian 1



Mari kita mula dengan menyebut yang tidak tersebut. Meminta lebih kuasa dan hak untuk menjatuhkan hukuman yang lebih berat ialah kaedah orang pemalas. Ianya juga kaedah orang yang cenderung kepada pemerintahan kuku besi dan diktator.Semua orang yang berfikiran waras yang mahu melindungi masyarakat dari perluasan kuasa pemerintah dan kumpulan yang mahukan kuasa dan meletakkan rakyat  dibawah kebuasan kawalan, mesti berwaspada. 
Usaha menghimpun kuasa- apa jenis jua pun, temporal dan sekular, spriritual dan agama , sedang meningkat hari ini. Kita menghadapi krisis ekonomi Melayu misalnya yang konon memerlukan perluasan program kerajaan; kita berdepan dengan krisis moral dan kelunturan akhlak, solusi nya juga melalui perluasan kuasa kerajaan. Krisis akhlak dan kehakisan pedoman agama khususnya memerlukan penyelesaian melalui pemerkasaan mahkamah syariah dan pengenaan hukuman yang lebih berat.
Tanpa mengurangkan penghormatan kepada tokoh agamawan, perlu kita sebut disini, kita tidak terikat dengan penghormatan tersebut sehingga malu menegur golongan seperti Haji Hadi dalam kapasiti mereka sebagai ahli politik. Mereka handal dalam bidang ilmu mereka, tapi dari segi politik, mereka sepandai atau sebodoh kita jua. Pandangan politik mereka mungkin baik atau kurang teliti. Sebagai seorang ahli politik, Haji Hadi umpamanya, tidak mempunyai kelebihan apa2 pun malah , dilihat oleh umum, sebagai mangsa manipulasi politik UMNO.Sudah dua kali Haji Hadi berhenti pada perakara 49(1) Standing Orders sedangkan ianya boleh membawa kepada pembacaan kali pertama. Kenapa Haji Hadi tidak mahu peluang untuk menghuraikan usul nya?
Ini isyiu kelolaan dan mengurus kapasiti yang ada. Ternyata, mahkamah syariah dan warga yang beroperasi dibawah nya- hakim, peguam, pentadbir, sehingga menteri2 yang menjaga instutusi pelaksana keIslaman,  gagal mengelola dan mengurus apa yang mereka ada.Ada beribu kes penceraian dimana wanita2 dicerai terniaya kerana kes mereka lama belum diselesaikan. Kes2 tukar agama; kes penculikan simati untuk ditanam dimana. Kualiti hakim, pendakwa raya, pegawai penyiasat masih belum diselesaikan tapi mereka mahukan kuasa yang lebih dan hukuman yang lebih berat.
Lalu mereka menyalahkan kekurangan kuasa dan hukuman yang ringan sedangkan isyiu sebenarnya ialah kelemahan mereka. Mengapa mereka tidak dapat selesai masaalah tidak patuh syariah? Sebab penyampaian keadilan dan hukum Islam mereka lemah dan tidak cekap.  Jadi mereka datang kepada kita mahukan kuasa besar, luas dan kapasiti menjatuhkan hukuman yang lebih berat.
Dan amat mudah menyembunyikan kelemahan dan kekurangan mereka- cabar keIslaman masyarakat. Jika tidak sokong- murtad, anti Islam, kafir dan mati nanti, tidak di perkuburan Islam.Ini adalah spiritual blackmail.
Kita tidak akan berikan apa yang mereka mahu tanpa terlebih dahulu mereka melayakkan diri untuk mendapat kuasa tersebut. Dan kita jangan diskaun kemungkinan, kuasa yang lebih luas dan keupayaan mengenakan hukuman yang lebih berat, berada dalam tangan pelampau agama. Dalam tangan golongan pelampau, hukum Islam jadi senjata penindasan dan pencabulan. Bayangkan jika kuasa yang luas berada dalam tangan individu yang memfatwakan jika Wan Azizah mati, dia di kebumi di jirat Cina; bayangkan jika kuasa luas ada dalam tangan orang sepemikiran mufti Pahang yang mengkafir-harbikan orang DAP. Huru hara negara kita.
Tunjuk kepada kita kebolehan, kecekapan, kemantapan prosidiur, kecenderungan kepada membela golongan lemah bukan menyebelahi yang berkuasa dan kaya.
Kehakiman Islam dinegara kita gagal membuktikan dengan bersenjatakan kuasa yang lebih dan hukuman yang berat, mereka berkemampuan membaiki kejahatan orang Muslim. Dalam tahun 1965, kita ada penjara 6 bulan dan denda RM1000. Kita cakap ini tidak mencukupi; maka bermula 1985, kita ada system 3-5-6. Penjara 3 tahun, denda 5 ribu dan sebat 6 kali. Hukuman ini lebih berat dari apa yang ada pada tahun 1965. Kita pun ingat, dengan hukuman yang lebih berat dan kuasa yang meluas, penyakit jahat kaum Muslim dalam negara selesai atau berkurang?
Adakah 3-5-6 mampu membendung orang Islam yang jahat? Tidak. Kes perceraian dan tinggal begitu sahaja, mencuri dan merompak oleh orang Islam, zina, seks luar tabii, rasuah, dan segala kesalahan dalam senarai negeri terus berlaku.
Apa maksud nya ini? Kuasa yang lebih luas dan hukuman yang lebih berat telah gagal digunakan oleh mahkamah syariah untuk membaiki umat Islam dalam negara ini. Bererti kaedah perundangan sahaja, tidak mencukupi untuk membaiki umat Islam tanpa disertai oleh langkah2 yang lebih menyeluruh. Sudahkan institusi Islam melakukan ini semua?
Kamu meminta kita semua, memberi alasan dan justifikasi keatas ketidakcekapan kamu dan incompetence kamu dengan meminta lebih kuasa dan hukuman yang lebih berat?
Jika demikian, golongan politik agama, tidak ada beza dengan Najib- the embezzler-in-chief.  
Apa Najib buat bila berdepan dengan musibah hasil tangan nya? Dia mahukan lebih kuasa. Kuasa untuk menekan dan menindas rakyat. Maka dia ada akta hasutan, dia ada poca, pota, sosma dan lain2 undang2 yang zalim. Ini petanda2 orang yang berotak dictator. Disamping itu, semua institusi yang menjaga kepentingan rakyat dirampas oleh Najib- institusi sahih untuk menekan rakyat khususnya polis, institutusi kepeguaman Negara, kehakiman berada dibawah telunjuk Najib. Dictator suka menghimpun kuasa dalam tangan nya sendiri.
Dari perspektif ini, Haji Hadi juga berminda diktator. Dia mahukan lebih kuasa . dia mahukan hukuman yang lebih berat. Yang kena hukuman berat ialah orang miskin dan wanita dan golongan mustad-afin.
Haji Hadi dan Najib seminda bila tamakkan kuasa. Janganlah orang Melayu menyangka, ulamak terlepas dari kerakusan mahukan kuasa yang tidak disoal dan di cabar. Ulamak juga korap dan rasuah, ulamak juga melakukan pelbagai kemungkaran. Ulamak juga bila berada atas mimbar pun turut memutar ayat2 al Quran.
Bagaimana golongan seperti Hj Hadi mahu selesaikan masaalah kaum Muslim di Malaysia? Dengan menambah kuasa dan menggunakan hukuman yang lebih berat yang berat sebelah menzalimi wanita dan golongan mustad-afin.
Mahkamah syariah bergantung kepada kebolehan hakim dan peguam2 nya. Kepentingan yang mereka wakili adalah kepentingan yang berkuasa, yang kuat dalam masyarakat. Tidak ada beza dengan institusi2 yang dibawah telunjuk Najib yakni yang menjaga kepentingan 5% teratas, sikaya dan siberkuasa.
Perkara2 ini tidak diberi perhatian kerana golongan sepert Haji Hadi juga menjaga golongan elit.
Jalan pintas ialah menambah kuasa dan istihar akan denda RM100 ribu, sebatan 100 kali dan penjara 30 tahun. Itu hanya memerlukan menepuktahniah belakang sendiri,( only requires a pat on ones’ own the back)  hanya perlu appeal kepada emosi dan kesyahduan keinginan untuk mengIslamkan semua dan penyeruan langsung kepada orang Melayu yang bergama Islam.
Sedangkan membaiki kaum Muslim secara lebih menyeluruh memerlukan penghujjahan, seruan tarbiyah yang bijak, menyeru kepada bahagian kerasionalan otak dan usaha yang lebih rapi- kesemua nya tidak disukai oleh golongan pemalas dan golongan bergantung kepada hak semula jadi.
Maka, salahkan nya semua kepada factor luar. Kali ini salahkah kepada kelemahan mahkamah syariah, mahkamah syariah tdak cukup kuasa dan hukuman keatas penjahat dan pesalah laku tidak berat.
Rupa2 nya kaum Muslim dalam negara kita ini jahat semua nya. Semua kita adalah potential pezina, potential peminum arak, potential murtad, potential perompak dan samun- kita mesti ada hukuman kuasa yang berat dan kuasa lebih pada hakim2 mahkamah syariah.
Achi apa- setelah mendapat kuasa2 tersebut, setelah boleh hukum 30-100-100, kaum Muslim kembali kepada fiil dan tabiat lama. Yang buang anak majority nya juga Melayu, yang merompak dan menyamun dan berasuah orang Melayu, yang minum arak orang Melayu, yang bersusun susun menyeberangi sungai Golok waktu malam tetap juga anak Melayu.
Semuanya beragama Islam dan keberadaan hukuman 30-100-100 tidak juga mengekang kejahatan, nafsu sarakah, dan kebuasan umat Islam dinegara ni. Bila tetap juga berlaku, siapa dan apa yang kita salahkan? Kerana mahkamah syariah tidak cukup lagi kuasa, kerana mahkamah syariah rupa2 nya masih lenient tentang hukuman yang dikenakan?
Inilah orang Melayu- yang berminda peruntukan 30%, yang ada minda hak istimewa, enggan melihat kepada dalam diri  anasir2 dan nilai2 yang menyebabkan tetap juga ada kemungkaran dan kebejatan.
Jika kemungkaran kaum Muslim tidak dapat dibendung, ianya mesti berpunca dari dalam diri. Janganlah kita bertempiaran sana sini, mengatakan bahawa ini semua orang salah orang lain. Jika Haji Hadi gagal mempengaruhgi orang Islam mengenai RUU 355, jangan salahkan DAP. DAP hanya ada kekuatan 37 MP dalam parlimen, dan parti itu hanya dapat mempengaruhi majorti orang Cina dan rakyat Malaysia yang lain- kesalahan , kelemahan ialah pada diri sendiri.
Al Quran menyebut mengenai Allah tidak mengubah keadaan sesuatu bangsa kecuali bangsa tersebut mengubah apa yang ada dalam diri mereka. Lihat Al Quran 13:11.
Al Quran menyebut lagi, Allah tidak mengubah nikmat yang dirasai kecuali bangsa tersebut megubah apa yang ada dalam diri mereka. Lihat Al Quran 8:53.
Ternyata, kita mesti terlebih dahulu melihat kedalam diri kita terlebih dahulu. Adakah kita mempunyai perbendahraan nilai2 yang menyokong keadilan dan kesaksamaan, nilai anti rasuah, anti kemungkaran, anti kejahatan, anti pemimpin yang rasuah, nilai2 positif yang lain?Lihat kepada ini dahulu, sebelum senang2 menyalahkan orang lain kecuali diri kita.

Akan bersambung. ...

16 comments:

Mohd Yazid 25 November 2016 at 19:20  

Tq YB, welcome back. We missed ur writings

Anonymous,  25 November 2016 at 20:28  

Tahniah kerana catatan yg sentiasa bernas muncul kembali....
harap sambungan n3 dato'/tuan akan lebih panas lagi!

Sumpitan Emas,  25 November 2016 at 22:27  

Selamat kembali ka blogosphere, Dato'.

It has been a worthwhile wait.

With warm regards.

Unknown 25 November 2016 at 23:47  

Assalammualaikum Y.B,

Terima kasih kerana blog yang saya minati sudah bernafas semula. Di harapkan N3 yang bakal di siar kan boleh di ibaratkan sebagai baja untuk percambahan minda yang gersang.

Sumpitan Emas,  25 November 2016 at 23:54  

Sebagai persiapan untuk sessi Parlimen berikutnya pada tahun 2017, ingin saya syorkan kepada setiap Ahli Parlimen dan ADUN agar dapat membaca dan meneliti bab-bab yang relevan dari THE TRUTH SHALL PREVAIL – SPEECHES, PAPERS AND ARTICLES oleh Tun Abdul Hamid Mohamad (Former Chief Justice of Malaysia); penerbit Dewan Bahasa dan Pustka; 2016; ISBN 987-983-49-0757-0; 750 m/s; 24cm x 17 cm x 4cm; kulit tebal; cetakan pertama; Rm90.00

Bab-bab yang relevan ialah:
Section 1 – Nation and Constitution; m/s 3 – 46
Section 2 – Civil Law; m/s 47 – 112
Section 3 – Harmonization of Civil Law and Shariah; m/s 113 – 159
- Harmonization of Islamic Law and Civil Law: Is it Possible;m/s 128
- Conflict of Civil and Shariah Law: Issues and Solutions; m/s 133
- Harmonization of CommonLaw and the Shariah in Malaysia; m/s 139
- Common Areas of Interest for Shariah and Common Law courts; m/s 150
- Harmonization of Shariah and Common Law in Malaysia: The Way Forward; m/s153
Section 4 – Civil and Shariah Courts; m/s 161 – 190
- Proof in the Shariah Courts in Malaya; m/s 163
- Civil and Shariah Courts: Conflict of Jurisdictions (abridged); m/s 167
- Civil and Shariah Courts in Malaysia: Conflict of Jurisdictions (IKIM)
Section 9 – Hudud; m/s 445 – 478
- Implementation of Hudud in Brunei: Differences between Brunei and Malaysia (IAIS); m/s 457
- Implementation of the Islamic Criminal Law (Hudud, Qisas, Ta’zir) in Malaysia – Prospects and
Challenges; m/s 470

Sekian, dengan harapan “keadilan seharusnya menjadi intipati semua undang-undang” baik sivil mahu pun shariah, lantas daripada seorang tokoh kehakiman dan bekas Ketua Hakim Malaysia, Tun Abdul Hamid Mohamad.

Thina Selvam,  26 November 2016 at 03:01  

Welcome Dato, good to have u back.

nick 26 November 2016 at 08:01  

Apabila PAS sudah duduk berkecuali dari membela dan mempertahankan kepentingan rakyat maka saya sebagai rakyat akn berkecuali dari menyokong apa2 pun agenda PAS. Apabila PAS sudah menggugurkan kewajipan "amar maaruf nahi mungkar" para MP2 mereka di dalam Parlimen maka gugurlah sokongan saya dan hilanglah kepercayaan saya bahawa PAS adalah parti yang memperjuangkan Islam. Dalam ertikata lain, saya berkecuali dari mengundi PAS dalam PRU atau PRK yang akan datang.

Nick.
Cape Tiger.

Anonymous,  26 November 2016 at 19:02  

Selamat kembali dengan isu-isu dan tulisan yang bernas, telus dan membina minda

Anonymous,  26 November 2016 at 19:03  

Selamat kembali dengan isu-isu dan tulisan yang bernas, telus dan membina minda...

troubadour 26 November 2016 at 21:13  

Welcome back Datuk Sak. We certainly miss you. Hadi is indeed a shallow idiot.

Amin Hakim 26 November 2016 at 23:32  

Kembalilah ke hukum Allah.. itu lebih baik

Anonymous,  27 November 2016 at 08:29  

Salam. Welcome back, Dato'! I missed your intellectual discourse. Keep up the good work in our effort to return our beloved country back to her peaceful ppl from the grasps of dictatorial leaderships of Najib and Hadi Awang! Syabas! Wassalam.

Anonymous,  27 November 2016 at 19:06  

Alamak. I kena buktikan kepada manusia how religious I am.
If tak meet standard, manusia will judge me.
Sekarang pun ada yang berpura-pura. Nak hidup ma...

Anonymous,  27 November 2016 at 19:13  

Tepat sekali pandangan Dato..
Dato memang arif bila mengutarakan hujah dan pendapat mengenai situasi politik yang melanda negara mutakhir ini...

Anonymous,  1 December 2016 at 11:47  

Dato, kita geng.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP