RUU 355- bahagian 1
Mari kita mula dengan
menyebut yang tidak tersebut. Meminta lebih kuasa dan hak untuk menjatuhkan
hukuman yang lebih berat ialah kaedah orang pemalas. Ianya juga kaedah orang
yang cenderung kepada pemerintahan kuku besi dan diktator.Semua orang yang berfikiran waras yang mahu melindungi masyarakat dari perluasan kuasa pemerintah dan kumpulan yang mahukan kuasa dan meletakkan rakyat dibawah kebuasan kawalan, mesti berwaspada.
Usaha menghimpun kuasa- apa jenis jua pun, temporal dan sekular, spriritual dan agama , sedang meningkat hari ini. Kita menghadapi krisis ekonomi Melayu misalnya yang konon memerlukan perluasan program kerajaan; kita berdepan dengan krisis moral dan kelunturan akhlak, solusi nya juga melalui perluasan kuasa kerajaan. Krisis akhlak dan kehakisan pedoman agama khususnya memerlukan penyelesaian melalui pemerkasaan mahkamah syariah dan pengenaan hukuman yang lebih berat.
Tanpa mengurangkan penghormatan kepada tokoh agamawan, perlu kita sebut disini, kita tidak terikat dengan penghormatan tersebut sehingga malu menegur golongan seperti Haji Hadi dalam kapasiti mereka sebagai ahli politik. Mereka handal dalam bidang ilmu mereka, tapi dari segi politik, mereka sepandai atau sebodoh kita jua. Pandangan politik mereka mungkin baik atau kurang teliti. Sebagai seorang ahli politik, Haji Hadi umpamanya, tidak mempunyai kelebihan apa2 pun malah , dilihat oleh umum, sebagai mangsa manipulasi politik UMNO.Sudah dua kali Haji Hadi berhenti pada perakara 49(1) Standing Orders sedangkan ianya boleh membawa kepada pembacaan kali pertama. Kenapa Haji Hadi tidak mahu peluang untuk menghuraikan usul nya?
Usaha menghimpun kuasa- apa jenis jua pun, temporal dan sekular, spriritual dan agama , sedang meningkat hari ini. Kita menghadapi krisis ekonomi Melayu misalnya yang konon memerlukan perluasan program kerajaan; kita berdepan dengan krisis moral dan kelunturan akhlak, solusi nya juga melalui perluasan kuasa kerajaan. Krisis akhlak dan kehakisan pedoman agama khususnya memerlukan penyelesaian melalui pemerkasaan mahkamah syariah dan pengenaan hukuman yang lebih berat.
Tanpa mengurangkan penghormatan kepada tokoh agamawan, perlu kita sebut disini, kita tidak terikat dengan penghormatan tersebut sehingga malu menegur golongan seperti Haji Hadi dalam kapasiti mereka sebagai ahli politik. Mereka handal dalam bidang ilmu mereka, tapi dari segi politik, mereka sepandai atau sebodoh kita jua. Pandangan politik mereka mungkin baik atau kurang teliti. Sebagai seorang ahli politik, Haji Hadi umpamanya, tidak mempunyai kelebihan apa2 pun malah , dilihat oleh umum, sebagai mangsa manipulasi politik UMNO.Sudah dua kali Haji Hadi berhenti pada perakara 49(1) Standing Orders sedangkan ianya boleh membawa kepada pembacaan kali pertama. Kenapa Haji Hadi tidak mahu peluang untuk menghuraikan usul nya?
Ini isyiu kelolaan dan
mengurus kapasiti yang ada. Ternyata, mahkamah syariah dan warga yang
beroperasi dibawah nya- hakim, peguam, pentadbir, sehingga menteri2 yang
menjaga instutusi pelaksana keIslaman, gagal mengelola dan mengurus apa yang mereka
ada.Ada beribu kes penceraian dimana wanita2 dicerai terniaya kerana kes mereka lama belum diselesaikan. Kes2 tukar agama; kes penculikan simati untuk ditanam dimana. Kualiti hakim, pendakwa raya, pegawai penyiasat masih belum diselesaikan tapi mereka mahukan kuasa yang lebih dan hukuman yang lebih berat.
Lalu mereka menyalahkan
kekurangan kuasa dan hukuman yang ringan sedangkan isyiu sebenarnya ialah
kelemahan mereka. Mengapa mereka tidak dapat selesai masaalah tidak patuh
syariah? Sebab penyampaian keadilan dan hukum Islam mereka lemah dan tidak
cekap. Jadi mereka datang kepada kita
mahukan kuasa besar, luas dan kapasiti menjatuhkan hukuman yang lebih berat.
Dan amat mudah
menyembunyikan kelemahan dan kekurangan mereka- cabar keIslaman masyarakat. Jika
tidak sokong- murtad, anti Islam, kafir dan mati nanti, tidak di perkuburan
Islam.Ini adalah spiritual blackmail.
Kita tidak akan berikan
apa yang mereka mahu tanpa terlebih dahulu mereka melayakkan diri untuk
mendapat kuasa tersebut. Dan kita jangan diskaun kemungkinan, kuasa yang lebih luas dan keupayaan mengenakan hukuman yang lebih berat, berada dalam tangan pelampau agama. Dalam tangan golongan pelampau, hukum Islam jadi
senjata penindasan dan pencabulan. Bayangkan jika kuasa yang luas berada dalam tangan individu yang memfatwakan jika Wan Azizah mati, dia di kebumi di jirat Cina; bayangkan jika kuasa luas ada dalam tangan orang sepemikiran mufti Pahang yang mengkafir-harbikan orang DAP. Huru hara negara kita.
Tunjuk kepada kita kebolehan, kecekapan, kemantapan prosidiur, kecenderungan kepada membela golongan lemah bukan menyebelahi yang berkuasa dan kaya.
Tunjuk kepada kita kebolehan, kecekapan, kemantapan prosidiur, kecenderungan kepada membela golongan lemah bukan menyebelahi yang berkuasa dan kaya.
Kehakiman Islam dinegara
kita gagal membuktikan dengan bersenjatakan kuasa yang lebih dan hukuman yang
berat, mereka berkemampuan membaiki kejahatan orang Muslim. Dalam tahun 1965,
kita ada penjara 6 bulan dan denda RM1000. Kita cakap ini tidak mencukupi; maka
bermula 1985, kita ada system 3-5-6. Penjara 3 tahun, denda 5 ribu dan sebat 6
kali. Hukuman ini lebih berat dari apa yang ada pada tahun 1965. Kita pun
ingat, dengan hukuman yang lebih berat dan kuasa yang meluas, penyakit jahat
kaum Muslim dalam negara selesai atau berkurang?
Adakah 3-5-6 mampu
membendung orang Islam yang jahat? Tidak. Kes perceraian dan tinggal begitu
sahaja, mencuri dan merompak oleh orang Islam, zina, seks luar tabii, rasuah,
dan segala kesalahan dalam senarai negeri terus berlaku.
Apa maksud nya ini? Kuasa yang
lebih luas dan hukuman yang lebih berat telah gagal digunakan oleh mahkamah
syariah untuk membaiki umat Islam dalam negara ini. Bererti kaedah perundangan
sahaja, tidak mencukupi untuk membaiki umat Islam tanpa disertai oleh langkah2
yang lebih menyeluruh. Sudahkan institusi Islam melakukan ini semua?
Kamu meminta kita semua, memberi
alasan dan justifikasi keatas ketidakcekapan kamu dan incompetence kamu dengan
meminta lebih kuasa dan hukuman yang lebih berat?
Jika demikian, golongan
politik agama, tidak ada beza dengan Najib- the embezzler-in-chief.
Apa Najib buat bila
berdepan dengan musibah hasil tangan nya? Dia mahukan lebih kuasa. Kuasa untuk
menekan dan menindas rakyat. Maka dia ada akta hasutan, dia ada poca, pota,
sosma dan lain2 undang2 yang zalim. Ini petanda2 orang yang berotak dictator. Disamping
itu, semua institusi yang menjaga kepentingan rakyat dirampas oleh Najib- institusi
sahih untuk menekan rakyat khususnya polis, institutusi kepeguaman Negara,
kehakiman berada dibawah telunjuk Najib. Dictator suka menghimpun kuasa dalam
tangan nya sendiri.
Dari perspektif ini, Haji
Hadi juga berminda diktator. Dia mahukan lebih kuasa . dia mahukan hukuman yang
lebih berat. Yang kena hukuman berat ialah orang miskin dan wanita dan golongan
mustad-afin.
Haji Hadi dan Najib
seminda bila tamakkan kuasa. Janganlah orang Melayu menyangka, ulamak terlepas
dari kerakusan mahukan kuasa yang tidak disoal dan di cabar. Ulamak juga korap
dan rasuah, ulamak juga melakukan pelbagai kemungkaran. Ulamak juga bila berada
atas mimbar pun turut memutar ayat2 al Quran.
Bagaimana golongan seperti
Hj Hadi mahu selesaikan masaalah kaum Muslim di Malaysia? Dengan menambah kuasa
dan menggunakan hukuman yang lebih berat yang berat sebelah menzalimi wanita
dan golongan mustad-afin.
Mahkamah syariah
bergantung kepada kebolehan hakim dan peguam2 nya. Kepentingan yang mereka
wakili adalah kepentingan yang berkuasa, yang kuat dalam masyarakat. Tidak ada
beza dengan institusi2 yang dibawah telunjuk Najib yakni yang menjaga
kepentingan 5% teratas, sikaya dan siberkuasa.
Perkara2 ini tidak diberi
perhatian kerana golongan sepert Haji Hadi juga menjaga golongan elit.
Jalan pintas ialah
menambah kuasa dan istihar akan denda RM100 ribu, sebatan 100 kali dan penjara
30 tahun. Itu hanya memerlukan menepuktahniah belakang sendiri,( only requires a
pat on ones’ own the back) hanya perlu
appeal kepada emosi dan kesyahduan keinginan untuk mengIslamkan semua dan penyeruan
langsung kepada orang Melayu yang bergama Islam.
Sedangkan membaiki kaum
Muslim secara lebih menyeluruh memerlukan penghujjahan, seruan tarbiyah yang
bijak, menyeru kepada bahagian kerasionalan otak dan usaha yang lebih rapi-
kesemua nya tidak disukai oleh golongan pemalas dan golongan bergantung kepada
hak semula jadi.
Maka, salahkan nya semua kepada
factor luar. Kali ini salahkah kepada kelemahan mahkamah syariah, mahkamah
syariah tdak cukup kuasa dan hukuman keatas penjahat dan pesalah laku tidak
berat.
Rupa2 nya kaum Muslim dalam
negara kita ini jahat semua nya. Semua kita adalah potential pezina, potential
peminum arak, potential murtad, potential perompak dan samun- kita mesti ada
hukuman kuasa yang berat dan kuasa lebih pada hakim2 mahkamah syariah.
Achi apa- setelah mendapat
kuasa2 tersebut, setelah boleh hukum 30-100-100, kaum Muslim kembali kepada
fiil dan tabiat lama. Yang buang anak majority nya juga Melayu, yang merompak
dan menyamun dan berasuah orang Melayu, yang minum arak orang Melayu, yang
bersusun susun menyeberangi sungai Golok waktu malam tetap juga anak Melayu.
Semuanya beragama Islam
dan keberadaan hukuman 30-100-100 tidak juga mengekang kejahatan, nafsu sarakah,
dan kebuasan umat Islam dinegara ni. Bila tetap juga berlaku, siapa dan apa yang
kita salahkan? Kerana mahkamah syariah tidak cukup lagi kuasa, kerana mahkamah
syariah rupa2 nya masih lenient tentang hukuman yang dikenakan?
Inilah orang Melayu- yang
berminda peruntukan 30%, yang ada minda hak istimewa, enggan melihat kepada
dalam diri anasir2 dan nilai2 yang
menyebabkan tetap juga ada kemungkaran dan kebejatan.
Jika kemungkaran kaum Muslim
tidak dapat dibendung, ianya mesti berpunca dari dalam diri. Janganlah kita
bertempiaran sana sini, mengatakan bahawa ini semua orang salah orang lain. Jika
Haji Hadi gagal mempengaruhgi orang Islam mengenai RUU 355, jangan salahkan
DAP. DAP hanya ada kekuatan 37 MP dalam parlimen, dan parti itu hanya dapat
mempengaruhi majorti orang Cina dan rakyat Malaysia yang lain- kesalahan ,
kelemahan ialah pada diri sendiri.
Al Quran menyebut mengenai
Allah tidak mengubah keadaan sesuatu bangsa kecuali bangsa tersebut mengubah
apa yang ada dalam diri mereka. Lihat Al Quran 13:11.
Al Quran menyebut lagi,
Allah tidak mengubah nikmat yang dirasai kecuali bangsa tersebut megubah apa
yang ada dalam diri mereka. Lihat Al Quran 8:53.
Ternyata, kita mesti
terlebih dahulu melihat kedalam diri kita terlebih dahulu. Adakah kita mempunyai
perbendahraan nilai2 yang menyokong keadilan dan kesaksamaan, nilai anti
rasuah, anti kemungkaran, anti kejahatan, anti pemimpin yang rasuah, nilai2
positif yang lain?Lihat kepada ini dahulu, sebelum senang2 menyalahkan orang lain kecuali diri kita.
Akan bersambung. ...
16 comments:
Tq YB, welcome back. We missed ur writings
Tahniah kerana catatan yg sentiasa bernas muncul kembali....
harap sambungan n3 dato'/tuan akan lebih panas lagi!
Selamat kembali ka blogosphere, Dato'.
It has been a worthwhile wait.
With warm regards.
Assalammualaikum Y.B,
Terima kasih kerana blog yang saya minati sudah bernafas semula. Di harapkan N3 yang bakal di siar kan boleh di ibaratkan sebagai baja untuk percambahan minda yang gersang.
Sebagai persiapan untuk sessi Parlimen berikutnya pada tahun 2017, ingin saya syorkan kepada setiap Ahli Parlimen dan ADUN agar dapat membaca dan meneliti bab-bab yang relevan dari THE TRUTH SHALL PREVAIL – SPEECHES, PAPERS AND ARTICLES oleh Tun Abdul Hamid Mohamad (Former Chief Justice of Malaysia); penerbit Dewan Bahasa dan Pustka; 2016; ISBN 987-983-49-0757-0; 750 m/s; 24cm x 17 cm x 4cm; kulit tebal; cetakan pertama; Rm90.00
Bab-bab yang relevan ialah:
Section 1 – Nation and Constitution; m/s 3 – 46
Section 2 – Civil Law; m/s 47 – 112
Section 3 – Harmonization of Civil Law and Shariah; m/s 113 – 159
- Harmonization of Islamic Law and Civil Law: Is it Possible;m/s 128
- Conflict of Civil and Shariah Law: Issues and Solutions; m/s 133
- Harmonization of CommonLaw and the Shariah in Malaysia; m/s 139
- Common Areas of Interest for Shariah and Common Law courts; m/s 150
- Harmonization of Shariah and Common Law in Malaysia: The Way Forward; m/s153
Section 4 – Civil and Shariah Courts; m/s 161 – 190
- Proof in the Shariah Courts in Malaya; m/s 163
- Civil and Shariah Courts: Conflict of Jurisdictions (abridged); m/s 167
- Civil and Shariah Courts in Malaysia: Conflict of Jurisdictions (IKIM)
Section 9 – Hudud; m/s 445 – 478
- Implementation of Hudud in Brunei: Differences between Brunei and Malaysia (IAIS); m/s 457
- Implementation of the Islamic Criminal Law (Hudud, Qisas, Ta’zir) in Malaysia – Prospects and
Challenges; m/s 470
Sekian, dengan harapan “keadilan seharusnya menjadi intipati semua undang-undang” baik sivil mahu pun shariah, lantas daripada seorang tokoh kehakiman dan bekas Ketua Hakim Malaysia, Tun Abdul Hamid Mohamad.
Welcome Dato, good to have u back.
Apabila PAS sudah duduk berkecuali dari membela dan mempertahankan kepentingan rakyat maka saya sebagai rakyat akn berkecuali dari menyokong apa2 pun agenda PAS. Apabila PAS sudah menggugurkan kewajipan "amar maaruf nahi mungkar" para MP2 mereka di dalam Parlimen maka gugurlah sokongan saya dan hilanglah kepercayaan saya bahawa PAS adalah parti yang memperjuangkan Islam. Dalam ertikata lain, saya berkecuali dari mengundi PAS dalam PRU atau PRK yang akan datang.
Nick.
Cape Tiger.
Terbaik.
Selamat kembali dengan isu-isu dan tulisan yang bernas, telus dan membina minda
Selamat kembali dengan isu-isu dan tulisan yang bernas, telus dan membina minda...
Welcome back Datuk Sak. We certainly miss you. Hadi is indeed a shallow idiot.
Kembalilah ke hukum Allah.. itu lebih baik
Salam. Welcome back, Dato'! I missed your intellectual discourse. Keep up the good work in our effort to return our beloved country back to her peaceful ppl from the grasps of dictatorial leaderships of Najib and Hadi Awang! Syabas! Wassalam.
Alamak. I kena buktikan kepada manusia how religious I am.
If tak meet standard, manusia will judge me.
Sekarang pun ada yang berpura-pura. Nak hidup ma...
Tepat sekali pandangan Dato..
Dato memang arif bila mengutarakan hujah dan pendapat mengenai situasi politik yang melanda negara mutakhir ini...
Dato, kita geng.
Post a Comment