Tanggung Jawab Moral
Sememang nya mereka telah tewas dari segi undi popular dalam PRU13.BN hanya dapat 47% undi popular yakni dari jumlah undi keseluruhan nya.
Kemajuan masih asing kepada penduduk pedalaman Sarawak. Hasil bumi kampung dan desa sudah diangkut keluar untuk mengayakan golongan terpilih. Rakyat hanya dapat tong2 untuk isi air. Kawasan luar bandar dan desa, tetap ketinggalan.Tidak banyak berubah selepas Tun Razak melawat. Biarlah Najib menitiskan air mata buaya nya.
Semasa melawat Kampung Tribuh di Serian, Najib kata jika Tun Razak melakukan banyak pencapaian, dia pun mahu menjejaki prestasi Tun Razak. Ya, semasa Tun Razak kita tidak ada 1MDB! Najib Tun Razak mencapai ignominy yang paling dasyat dalam sejarah Malaysia.
Jika rakyat Sarawak tidak mahu UMNO , maka mereka mesti bermula dengan menolak Najib. Jangan benarkan Najib membawa budaya mungkar kedalam Sarawak. Mana boleh tidak mahu UMNO tapi mahukan Najib.
Saya tidak merasa hairan jika Najib membesar besarkan perkara remeh temeh seperti menghimbau kembali kenangan romantis masa lalu. Ianya bermakna dia sudah kehabisan modal. Kalau selalu sebut dan merujuk nama Tun Razak, ertinya Najib appeal kepada emosi. Abad ke-21, rakyat Sarawak mesti guna akal.
Terlalu lama tengelam dalam emosi, itu sebab Najib kekalkan rakyat Sarawak dalam kesusahan.
Modal politik pembangunan sudah tidak laku lagi- sebab semua orang tahu yang menjadi kerajaan menguasai wang dan dana perbendaharaan- maka itulah sebab nya mereka bertanggung jawab melakukan kemajuan dan pembangunan. Masaalah nya, sejak Sarawak memasuki Malaysia, kerajaan BN yang memerintah tidak melakukan pembangunan yang adil.
Kita tahu agenda Najib. Dia sibuk diSarawak semenjak penamaan calun lagi; kempen sana sini dan sogok duit. Tokoh Cash is King sudah tiba. Dia mesti beri. Itulah cara dia menyelesaikan masaalah. Sejak dari dahulu lagi. Kerana dia tahu, implikasi PRU Sarawak ini keatas nya.
Jika parti Pembangkang memperolehi lebih dari 28 kerusi, ia akan bermakna kerajaan BN Sarawak hilang majoriti 2/3. Jika hilang 2/3, maka parti komponen BN Sarawak akan mahu menilai kembali hubungan nya dengan BN Malaya. Jika mereka hilang 2/3 itu isyarat bahawa Najib ialah liability; 1MDB isiu besar yang terkesan keatas rakyat Sarawak.
Kehilangan majoiti 2/3 juga merupakan proxy undi tidak percaya kepada Najib. Itulah mengapa Najib bertungkus lumus di Sarawak. Menabur duit. mengugut rakyat Sarawak. Pendek kata buat apa sahaja untuk menang 2/3.
Jika orang kampung di Sarawak jemput Najib merasmikan tandas awam , nescaya Najib pasti datang. Kalau tidak percaya, sila jemput Najib melakukan demikian.
Sandiwara dan temberang pemimpin UMNO, orang sudah tahu. Rakyat menyampah melihat gambar Shahrizat Jalil menyuap nasi kedalam mulut orang tua.
Rakyat sebenarnya pandai mengadili mereka yang berpura dan bersandiwara. Rakyat tahu UMNO akan musnah- bukan sahaja kerana angkuh dan sombong tapi juga kerana membenarkan mereka2 yang tidak berkualiti dan kurang asuhan (budi perkerti jahat) jadi pemimpin dan mendominasi politik.
Sebab itu kita tidak gentar dengan jumlah ahli UMNO 3 juta lebih, cawangan 22,000 dan bahagian 192. Kata orang putih, the scum rises to the top. UMNO has overreached itself. Empayar UMNO akan musnah.
Terlalu lama, terlalu ramai dan terlalu sombong.
Kita ingatkan UMNO. UMNO menyumbang sekitar 3.3juta undi kepada 5.2 juta yang diperolehi BN dalam PRU13. Jika semua ahli UMNO undi BN iaitu seramai 3.4 juta, ini bermakna UMNO hanya berjaya meyakinkan lebihan 1 juta pengundi sahaja?
Itu menunjukkan UMNO tidaklah segagah kesombongan yang ditunjukkan oleh pemimpin seperti Azalina, Mat Maslan, Ismail Sabri, Salleh Said Keruak dan Rahman Dahalan kan?
UMNO hanya dapat 29% sahaja dari jumlah undi popular. PKR dan DAP secara gabungan mendapat 36% dari undi popular. Walaupun BN kalah dari segi undi sebenar, mereka masih hidup dalam dunia khayalan.
Menteri Azalina kata 1MDB lah satu2 nya isiu yang pembangkang ada. Pembangkang tidak ada modal lain. Cara mana kita hendak layan si Azalina ini? How do we respond to this disingenious statement?
Siapa mahu percaya kepada Azalina silakan; kita akan terus dengan pendirian kita. 1MDB induk dan ibu kepada semua keburukan yang selama ini disembunyikan oleh Najib dan kerajaan nya. 1MDB membongkar segalanya. 1MDB mendedahkan karakter Najib yang sebenar.
Sirih pulang ke gagang, belut pulang ke lumpur, kambing pulang ke kandang, ayam kembali untuk mengeram. Apa keburukan Najib sedang terungkai didepan mata. Karakter nya yang sebenar terdedah.
Banyak lagi isiu ada, tapi 1MDB membayangkan segala yang tidak kena mengenai pengurusan negara ini. Negara kita tidak pernah bertemu dengan skendel kewangan seperti 1MDB. Arkitek kepada 1MDB ialah Najib Tun Razak.
kepimpinan negara tidak jujur, tidak amanah, berbohong berulang kali, menyebabkan pencurian wang, melanggar undang2, bersubahat dengan orang jahat, melabur dalam syarikat palsu, membenarkan wang negara dicuri, membebankan negara dengan hutang, membeli asset pada harga yang palsu, memalsukan maklumat, membawa bencana ekonomi kepada negara. Dan diatas segala ini, pemimpin negara ini membinasakan prinsip pertangungjawaban.
Kita tidak boleh menyokong seorang pemimpin yang enggan bertanggung jawab.
Jadi untuk menjawab soalan dan kenyataan dari menteri Azalina yang suatu ketika disuruh bertaubat oleh seoarang imam, walaupun 1MDB itu hanya suatu isu, tapi ianya mengandungi dan mewakili banyak kemungkaran yang dilakukan oleh kerajaan.
1MDB ialah depository segala kejahatan Najib dan kerajaan nya.
Maka, apa jenis kerajaan yang kita ada? Kita ada kerajaan yang tidak amanah dan tidak jujur, suka berbohong, tidak mendaulatkan undang2 negara, menipu berulang kali, menyembuyikan kebenaran, menyekat siasatan kebenaran dan sebagainya.
Negara kita ini nampak elok dan molek di permukaan sahaja. Kata orang2 tua- indah khabar dari rupa. Perkhabaran nya datang dari propaganda kerajaan Najib yang menyembunyi kemungkaran yang dilakukan. Dalam bahasa moden, Malaysia sebuah sophisticated failed state- institusi berkerajaan semua masih ada, tapi mereka berfungsi menjaga dan melindungi Najib dan geng nya.
Hutang negara kian meningkat. Apabila 1MDB memungkiri janji hendak bayar hutang nya sendiri, hutang negara akan melambung naik.
Rakyat kesusahan. Golongan miskin terus ditinggalkan oleh golongan atasan. Pendapatan purata bulanan golongan teratas 20% Melayu ialah RM12,000. Pendapatan purata Melayu 40% terbawah ialah RM1700. 7 kali ganda.
Ibu dan bapa mendapati sukar untuk menyarai persekolahan anak2 mereka. Harga barang dan alatan persekolahan meningkat naik. Sekolah2 pun mendapati sukar untuk mendanai aktiviti sekolah. Hospital tidak cukup ubat dan pesakit penyakit tidak kronik diarah pergi ke klinik desa.
Petani mahu tahu sabsidi baja akan diteruskan. Peneroka Felda bertanya bolehkah pendahuluan RM1500 sebulan dinaikkan kepada RM2500/sebulan? Harga komoditi turun. harga barang makanan walaupun 0 GST, tapi penghantaran nya ada GST. akibat nya barang keperluan naik harga nya.
Keadaan hubungan kaum renggang dan dalam bahaya kerana pemimpin memainkan isiu kaum bila tidak dapat menjawab issu2 yang di bangkitkan. Bangsa Melayu ditakutkan dan merasa cemas dengan dakyah kedudukan dan kepentingan mereka terancam.
Institusi demokrasi dan kedaulatan undang2 dicabul. Pemimpin politik melaksanakan agenda2 nya diluar ruang perlembagaan. Cara pemerintahan begini ialah cara pemerintah yang zalim. Apabila pemerintah zalim, maka adalah wajib kita memutuskan hubungan dengan mereka.
Oleh yang demikian, kita rakyat Malaysia perlu bangkit menolak kerajaan Najib Razak.
Kenapa kita mesti selamatkan Malaysia? Daripada apa dan siapa?
Pertama kerana
ianya tanggung jawab moral kita berbuat demikian. Cara yang legalistic nampak nya sukar kerana Najib
menguasai segala nya. Tapi kita ada pilihan cara moral.
Orang Islam selalu ingat mengenai prinsip bersyukur akan nikmat Tuhan. (lihat umpamanya Quran 14:7) . Ustaz UMNO selalu ingatkan orang Kampung yang taat beragama mesti besyukur dan mengiktiraf nikmat yang Tuhan beri.
Orang Islam selalu ingat mengenai prinsip bersyukur akan nikmat Tuhan. (lihat umpamanya Quran 14:7) . Ustaz UMNO selalu ingatkan orang Kampung yang taat beragama mesti besyukur dan mengiktiraf nikmat yang Tuhan beri.
Kecuali prinsip
ini di korapkan oleh UMNO supaya mensyukuri nikmat yang UMNO beri. Sedangkan bersyukur itu untuk Allah. Dan bertaat kepadaAllah bukan kepada UMNO.
Tapi kita disuruh mesti bertaat kepada UMNO. Kita tahu ini tidak betul. UMNO tidak beri apa2 kepada kita kecuali apa yang di amanahkan dari kita kepada mereka sebagai kerajaan.Menyediakan kemakmuran dan kebajikan adalah tanggung jawab bukan nya kurnia. Kita tidak boleh menuhankan UMNO. Atau mana2 kerajaan pun.
Tapi kita disuruh mesti bertaat kepada UMNO. Kita tahu ini tidak betul. UMNO tidak beri apa2 kepada kita kecuali apa yang di amanahkan dari kita kepada mereka sebagai kerajaan.Menyediakan kemakmuran dan kebajikan adalah tanggung jawab bukan nya kurnia. Kita tidak boleh menuhankan UMNO. Atau mana2 kerajaan pun.
UMNO ingat rakyat bodoh. UMNO sangka kita buang prinsip dan nilai mulia. Kita tahu
berterima kasih. UMNO tidak perlu mengajar
kita.
Suatu variasi dari prinsip syukur ini ialah mengucapkan terima kasih. kita mengktiraf dan berterima kasih bila orang berbudi kepada kita dan prinsip ini terpakai keatas semua yang berbudi bukan sahaja UMNO. Kalau kerajaan Kelantan berbudi kepada kita, kita berterima kasih. Kalau kerajaan Pulau Pinang dan Selangor berbudi kepada kita, kita berterima kasih.Mana mungkin kalau kerajaan UMNO berbudi, kita berterima kasih, tapi jika kerajaan bukan UMNO berbudi, kita tidak perlu berterima kasih?
Suatu variasi dari prinsip syukur ini ialah mengucapkan terima kasih. kita mengktiraf dan berterima kasih bila orang berbudi kepada kita dan prinsip ini terpakai keatas semua yang berbudi bukan sahaja UMNO. Kalau kerajaan Kelantan berbudi kepada kita, kita berterima kasih. Kalau kerajaan Pulau Pinang dan Selangor berbudi kepada kita, kita berterima kasih.Mana mungkin kalau kerajaan UMNO berbudi, kita berterima kasih, tapi jika kerajaan bukan UMNO berbudi, kita tidak perlu berterima kasih?
Tapi kita juga
di ingatkan kalau kita kufur, hukuman Tuhan amat dasyat keatas kita.
Bagaimana kita
kufur? Antara nya kalau kita menolak dan membelakangkan prinsip amanah,
enggan menegakkan kebenaran, tidak jujur, tidak melawan kezaliman. Kalau kita tolak prinsip2 ini-
yakni kita kufur maka hukuman Tuhan keatas kita amat dasyat.
Apa terpakai
keatas kita orang biasa dan kecil, mestilah lebih terpakai keatas pemimpin dan
pembesar.
Maka kerana itu
dan sebab yang kedua, kita mesti selamatkan negara ini dari penyebab dan punca musibah
yang terdahsyat yang nama nya Najib Razak. Orang yang engkar dan membelakangkan
prinsip jujur, amanah, patuh kepada undang2, menyebabkan harta rakyat disonglap
dan sebagainya adalah wajib kita menjauhkan diri dari nya.
Angkara durjana dan murka.
Apa yang dia
buat? Pemberita2 yang berjerawat muka dan belum sempurna basuh kencing bertanya-
apa yang Najib lakukan sehinga kita mahu keluarkan nya? Saya sudah nyatakan-
yang buta pun nampak apa yang Najib lakukan. Yang pekak dengar apa yang Najib
buat.
Namun sebagai
pengajaran kepada budak2 yang belum akil baligh ini, elok kita ulangi. Kerana
khuatir pekak dan buta itu sengaja dibuat. Tambahan pula bila ada sesuatu
majlis, ramai pemberita yang makan dedak hadhir. Tugas mereka ialah membuat haru
biru dan menanam kekeliruan.
Pertama sekali,
mana mungkin kita berketuakan seorang yang tidak jujur dan amanah? Jika seorang
pemimpin ada ciri2 ini, harta rakyat harta dia, harta rakyat dia akan makan.
Ketika
Tun Razak meninggal, dia bukan ada duit banyak. Duit tunai yang ada ketika itu,
sebelum nya diamanahkan kepada Tengku Razaleigh di pulangkan kepada seorang anak
Tun Razak ( bukan Najib). Agaknya, perangai Najib yang sebenarnya sudah diketahui
ketika itu.
Tapi Najib hari
ini ada wang yang begitu banyak. Dia boleh belanja lebih dari RM3juta untuk
beli intan berlian. Dia boleh belanja RM45juta beli kain dari gedung pakaian
Jakel. Boleh belanja RM400 ribu untuk bermalam di Shangri La Hotel.
Dari mana Najib
dapat duit ini? Dia bukan berniaga. Gaji sebagai PM bukan nya berjuta juta. Pencen
sebagai MB Pahang tdak sampai RM10 ribu.Pemilikan wang yang begitu banyak amat mencurigakan.
Betul atau tidak kita tidak tahu- tapi ramai orang kata Najib ambil wang rakyat.
Betul atau tidak kita tidak tahu- tapi ramai orang kata Najib ambil wang rakyat.
Kedua, Najib
cabul undang2 negara. Dia telah menyebabkan 1MDB hantar duit langgar undang2
perbankan dan arahan Bank Negara. Lain yang diarah, lain yang buat; bahkan bank pun ditukar. Hantar wang kepada dua akaun. Jelas menujukkan ada niat dan elemen menipu dan pecah amanah.
Dia pulangkan
RM2 billion ikut jalan apa? Dia guna undang2 untuk menyekat penyiasatan keatas
kebarangkalian ia melakukan rasuah. Dan persepsi rakyat ialah Najib melakukan
rasuah.
Kita ada pemimpin
yang seorang pembohong bersiri. Ketika ditanya adakah dia simpan wang orang
lain dalam akaun nya- dia kata tidak. Malah lashkar2 Najib dan seorang ulamak
kata- bodoh Najib kalau simpan duit awam dalam akaun peribadi. Ternyata Najib
memang bodoh bila betul2 ada duit awam dalam akaun peribadi nya. UMNO sendiri
dan ulamak yang mengesahkan Najib seorang yang bodoh bila terbukti dia simpan
wang awam dalam akaun peribadi.
Apa dia kata? Dia
kata dia tidak pakai wang tersebut untuk tujuan peribadi. Kita tidak tanya
soalan itu. Soalan kita ialah kamu simpan wang awam dalam akaun peribadi kamu
atau tidak? Dia bohong kepada rakyat.Samaada dia pakai untuk peribadi atau tidak, bukan bergantung kepada apa yang dia kata. Kalau dia bohong kepada kita bagaimana? Kita kena siasat dahulu bukan dengar cakap Najib. Cakap nya tidak laku lagi sekarang.
Wang itu katanya
sumbangan negara Arab kepada Najib sebagai pembela aqidah ahli Sunnah wal
jemaah. Iu fatwa seorang pemimpin UMNO dari Kuantan. Entah Najib faham konsep
ini atau entah tidak. Kemudian dia kata wang itu sumbangan untuk melawan keganasan
militan Islam seperti ISIS sedangkan
ISIS ujud kemudian dari wang berada dalam akaun. Kemudian wang itu untuk dana
melawan DAP kerana parti itu bersekongkol dengan Israel.
Seorang pembohong
akan bererusan membohong bla penipuan nya terdedah.
Bolehkan kita
berketuakan seorang yang bukan sahaja tidak jujur, tidak amanah, melanggar undang2,
menyekat keadilan, dan pembohong bersiri menjadi ketua Malaysia?
Atas sebab2 inilah
kita mesti menolak Najib sebagai PM.
Najib telah
mendedahkan Malaysia kepada musibah ekonomi. Hutang negara meningkat. Hutang yang
dimungkiri 1MDB akan menyebabkan negara berhutang 1 trillion. Hasil pendapatan
menurun. Kombinasi ini membuat negara terpaksa mendapat kredit dari luar
negara? Siapa yang mahu beri kredit kepada negara yang dipimpin oleh ketua yang
bohong berulang kali?
Pengemudian nya keatas
1MDB menunjukkan beberapa sifat yang membatalkan kredibiliti dan menyebabkan
dia tidak layak jadi pemimpin.
Cara dia mengemudi
1MDB menunjukkan seorang yang suka melakukan onar secara diam2, sorok2 songlap
harta rakyat, mengetuai gengnya melakukan operasi haram, dan pecah amanah. Ini menunjukan
seorang pemimpin yang tidak jujur dan tidak amanah.
Akhir nya
terbongkar jua. Najib sebut istilah gang. Istilah gang ini biasanya terpakai
untuk perompak dan penyamun. Rupa2 nya apa yang terpendam dalam alam
bawahsedar- atau subconscious, terdedah. Najib ialah boss. Boss mesti ada gang.
Boss dan gang akan mengenakan Malaysia.
Awal nya anggota
kumpulan ini ialah ‘bossie’ Najib dan
Jho Low dan Tarek Obaid. Yang dua terkemudian ini dibantu oleh Patrick Mahony,
Casey Tang, Li Lin Sit, Tiffany Heah . akhir nya ada Shahrol Azral- tonto kepada
kemo-sabe di Malaysia.
Shahrol Azral
tonto, Najib Kemo-Sabe. Sebentar, ada jenaka mengenai tonto dan kemo-sabe.
The Lone Ranger and Tonto went camping in the desert. After they got
their tent all set up, both men fell sound asleep. Some hours later, Tonto
wakes the Lone Ranger and says, "Kemo Sabe, look towards sky, what you
see?"
The Lone Ranger replies, "I see millions of stars." "What
that tell you?" asked Tonto.
The Lone Ranger ponders for a minute then says, "Astronomically
speaking, it tells me there are millions of galaxies. Time wise, it appears to
be approximately a quarter past three in the morning. Theologically, the Lord
is all powerful and we are small and insignificant. Meteorologically, it seems
we will have a beautiful day tomorrow. What's it tell YOU, Tonto?"
"You dumber than buffalo. Someone stole tent."
Kemudian ahli
gang Najib termasuklah putera Turki, Kazem al Qubaisi, Badawi al Husseini,
Dato Subuh, Nik Faisal, dan akhirnya, Arul Kanda.
Seperti kata Dr
Mahathir semua yang terlibat dengan angkara durjana 1MDB mesti dihadapkan ke
Pengadilan. Gang ini mesti di indict.
Ini semua ahli
gang Najib. Ianya deskripsi yang amat tepat. Semua yang sokong Najib dan
membela nya ialah anggota gang. Dan gang ini melakukan angkara durjana. Gang
ini gang jahat. Agaknya, Adenan Satem menyesal, Najib memasukkan dia sebagai
ahli gang Najib.
1MDB menunjukkan
Najib berbohong kepada rakyat berulang kali. Dia seorang yang melanggar
undang2, tidak boleh dipercayai, sanggup menggunakan undang2 zalim untuk
menekan dan menghalang keadilan, dan memusnahkan tiang2 penyokong demokrasi. Najib menguasai dan mengguna polis, tentera, penjawat awam, institusi Bank Negara, dan institusi kehakiman.
Golongan cendekiawan
pula membisu dan membodek; ustaz dan padri2 tidak lansung menyuarakan tentangan
terhadap angkara tidak jujur dan pecah amanah, rasuah, pencurian dan penyonglapan dan
seterusnya. Tidak ada suara sedikit pun. Kita kufur kepada prinsip2 mulia yang Tuhan suruh kita laksanakan dalam berkerajaan.
Benarlah pintu
neraka akan dimasuki dahulu oleh golongan agama yang menjual nikmat kekal untuk
keseronokan segera dibumi.
10 comments:
power dato....and luv it!
bagus ulasan ni..tapi tuan kalau Najib dikatakan samun harta rakyat tuan jgn lupa ada orang lagi yg bleh dicop sebagai bapak segala penyamun..kalau kata Najib byk duit dia ni trillion duit nya..Najib blajar dr siapa dia bergelumang dgn Ameno dr usia dia cjp muda lagi..mmang Najib pemimpin yg jahat tpi kita jgn lupa dia situa kutuk yg cukup licik mencuri harta Negara..tpi msih ada yg menyangjung..situa kutuk yg mencaca marba kn undang negara..byk harta negara di swastakan diletak boneka tpi hakikat itua kutuk yg punya..exp sepang race..putrajaya..antara nya..bkn kah si kutuk memaksa petronas membina Klcc ditnah kepunyaan kroni nya Ananda..padahal petronas boleh membeli tanah terebut..dan petrona s terpaka membayar sewa padaAnanda..apa ni?bgaimana Ananda boleh membeli tnh tersebut? betul ke Ananda yg punya or dia sekadar penama??
kita kutuk najib.. penswataan sikutuk hnya untuk diri nya n kroni..kenapa diswasta
kan mana pulangan yg sepatut nya ..tiada!! hingga kerajaan sekrg tk beduit sbb kenyakan yg diswasta kn itu sumber pendapatan negara
kita mmang akui Najib dn romah boros tkboleh dinafikn..tpi mengutuk najib saja kira tidak adil. terlalu byk kemungkaran yg dilaku kn oleh situa kutuk yg perlu dibongkar jua.
Salam Dato,
Izinkan saya cakap sedikit bahasa Sarawak.
Kamek orang Sarawak. Sebenarnya kamek udah rasa meluat dengan perangei sidak orang BN tok. Apatah lagik dengan sebahagian sidak pak cik mak cik di kampung tok, ada yang masih befikiran macam katak bawah tempurung. Lalu sik tauk menauk apa kerja paloi Najib dengan orang BN. Tipu orang kampung dan rumah panjang mantak-mantak.
Kamek juak meluat dengar orang tua madah BN ya kerajaan, kerajaan ya BN. Maaf cakap macam taik busuk fikiran sidak ya. Bodoh ada tempatnya. Tok bodoh macam kanser tahap empat.
Bukan ajak hal Najib, tok sidak palak lanun BN macam Tok Uban udah kaya raya. Abang Nan tok sama ajak sik lari dari otak udang BN. Penakut. Nurul Izzah masuk Sarawak pun takut macam nak terberak takut sidak Bang Nan Satem ya. Konon beriknya one more chance. Chance apa? Udah berpuluh tahun BN di Sarawak, nak berik chance lagik???
PAS pun kamek rasa udah macam ala-ala taliban fikiran sidaknya. Sik dapat pakei. Negara Islam dalam Quran, bukan maksud negara teologi, tapi negara philantropy. Nanggar ajak negeri Islam Pak Arab sinun, macam sik boleh harap langsung, berik malu orang Islam ajak. Malu kita bila USA/UK lagik nunjuk demokrasi ala QUran. Semua orang boleh berdebat dalam TV Live telecast. Jadi rakyat boleh fikir. Malaysia tok demokrasi taik minyak. Pondan.
Parti Amanah, kita harap macam namanya, beramanah dalm perjuangan. Sokong.
PKR ok, cuma kenak hati-hati dalam tindak tanduk dan percakapan.
Setakat tok, kamek nampak DAP sebuah parti yang ada rasional dari segi kata bicara pimpinan DAP. Kamek sik setuju gilak orang madah DAP macam komunis. Apa yang komunisnya? Yang sidak pimpinan BN kerjasama dengan komunis China apa hal? Main dengan panda lagik. DAP ada Cina, Melayu, INdia, Iban, Dayak dan segala macma bangsa. MCA ada Melayukah? Ada Ibankah? MCA/UMNO parti rasis. Isu rumah Guan Eng ya cuma keadaan terdesak BN. Mun nak korek rumah orang BN lagik teruk macam telur busuk.
Kamek rasa pimpinan ala diktator secara halus Pak Najib tok betul-betul macam Kim Jong Il Korea Utara. Najib suka orang mujinya melangit, bila dikritik dituduhnya kita rakyat tok pengkhianat. Diriknya empun sebenarnya pengkhianat. Abis duit rakayat yang sik berdosa.
Di Sarawak setakat tok, kamek rasa DAP dan Parti Amanah mungkin boleh jadi teraju utama dalam perjuangan sehingga PRU 14 akan datang.
Kamek orang Sarawak harap sik ada lagik hal-hal pertindihan calon masa pilihanraya kelak. Takut kelak hal macam tok, orang masuk balit ke BN yang masih ada kuasa dan duit.
Zaman tok ada internet, facebook, wassup dll, komunikasi antara parti semestinya cepat, tepat dan selamat. Nak meeting dalam Skype pun boleh. Sik ada alasan lagik, sorang sik tauk seorang lagik punya cerita.
Kamek orang Sarawak sik beli cerita yang hal sik tauk menauk antara satu sama lain.
Saya suka baca Dato punya blog. Sangat bernas, akademik sifatnya tapi mudah difahami oleh orang biasa. Kamek juak ingin melihat blog lain macam blog Dato, Lim Kit Siang punya blog sangat tinggi standardnya. Yang lain harap ada peningkatan dari segi menyampaikan kepada rakyat.
Kamek harap DAP dan Amanah akan dapat menyampaikan perjuangan "tepat ke arah sasaran" ke akar umbi, akan menjadikan individu itu seorang TOP MLM NETWORK LEADER, yang boleh create many political business leaders dan high quality marketing effort. Semuanya berdasarkan "keikhlasan" bukan ada nawaitu yang berunsurkan harta dan wang.
Syabas Dato dan Salam.
Para ustaz parti agama mungkin sibuk mentelaah video porno diam diam kerana mencontohi pimpinan Temerloh mereka. So tak ada kesempatan untuk berjuang. Tak sangka yer Tok Sak. Serban besar dan nafsu besar agaknya ada kolerasi positif yer Tok?. Nampaknya macam tu lah dan ustaz Temerloh dah buktikan.
Bro,
This is one that reflected what the masses are thinking....there is fire in the article, only missing is the vengeance, but thats ok!
MLN
Terbaik. Padat dan mudah. Alhamdullilah..semoga perjuangan ini diberkati Allah swt.
Pada hemah saya Sarawak pada hari ini patut lebih kaya daripada Hong Kong..
Dato, pasal hubris orang mappadulung itu, Allah Ta'ala telah berfirman (di dalam Hadis Qudsi): "Kesombongan adalah selendangKu dan kebesaran adalah jubahKu. Maka barang siapa menyamai-Ku pada salah satu dari keduanya, maka pasti Ku lemparkan ia ke dalam Jahannam dan tidak akan Ku pedulikan lagi."
Golongan agama lantikkan kerajaan diam membisu atas kemungkaran dan kerosakkan yang dilakukan oleh puak puak lanun ini...
PAS pula dah jadi serba salah, sokong konon taknak jatuhkan rejim zalim ni disebabkan 90 juta suapan dedak..
Sekarang ni bersandiwara nak bahas RUU 355 dengan sokongan AMENO dan macai NGO...
Ni gimmick politik pra pilihanraya aja ... nak mengaburi dan memancing undi ...:)
Kepada orang serawak. ..
terima kasih kerana dapat memahami keadaan politik negara kita
Kemusykilan yang ingin saya tanya....
Adakah pendapat 'kita orang serawak' merangkumi pendapat kamu dan orang orang kamu sahaja...atau pendapat orang serawak keseluruhan.....jika benar pendapat orang serawak (keseluruhan)
maka tak mustahil ..kerajaan baru dapat ditubuhkan di PRU14. ..
Tahniah/syabas orang serawak....
Post a Comment