Politik Selamatkan Malaysia
Peringatan: Sesiapa yang membaca translasi artikel ini dalam FMT, saya ingin buat peringatan: saya tulis seperti ini:
Tidak ada orang hendak orang pas darjah 6 jadi PM kita. Maksud saya ialah kita tidak hendak orang lulus (pas periksa) darjah 6. FMT menulis darjah 6 dari PAS . Itu translasi yang salah. Saya tidak bertanggung jawab versi yang ditulis oleh FMT.
Saya tidak berhajat menjadi spoiler- tapi saya hendak komen sikit mengenai cadangan triumvirate Mahathir- Razaleigh –Anwar.
Tidak ada orang hendak orang pas darjah 6 jadi PM kita. Maksud saya ialah kita tidak hendak orang lulus (pas periksa) darjah 6. FMT menulis darjah 6 dari PAS . Itu translasi yang salah. Saya tidak bertanggung jawab versi yang ditulis oleh FMT.
Saya tidak berhajat menjadi spoiler- tapi saya hendak komen sikit mengenai cadangan triumvirate Mahathir- Razaleigh –Anwar.
Lee Kuan Yew
pernah berkata- if you are in jail, you are useless. Saya rasa Anwar pun sedar
perkara ini.
Bolehkah ia
dijayakan? Boleh tapi tidak bersama Anwar sekarang. Kerajaan baru mesti muncul
dahulu dan membebaskan Anwar.itu pun melalui proses undang2 supaya Anwar
mendapat full vindication.
Untuk include Anwar sebagai faktor sekarang, tidak akan menjadi. Kita tak boleh ubah keyakinan Dr Mahathir bahawa Anwar is not fit to become PM and that is a belief shared by many, I am afraid.
Selamatkan Malaysia dahulu, kemudian selamatkan Anwar. Kita jangan lupa Pak Sheikh. Tapi selamatkan Malaysia dahulu.
Untuk include Anwar sebagai faktor sekarang, tidak akan menjadi. Kita tak boleh ubah keyakinan Dr Mahathir bahawa Anwar is not fit to become PM and that is a belief shared by many, I am afraid.
Selamatkan Malaysia dahulu, kemudian selamatkan Anwar. Kita jangan lupa Pak Sheikh. Tapi selamatkan Malaysia dahulu.
Untuk suatu
tempoh, Anwar tidurlah bersama nyamuk di Bamboo River Resort. Apa yang dia
boleh buat ialah menasihatkan PKR berkerjasama dengan tokoh politik diluar.
Buat masa ini, tokoh politik yang boleh menyelamatkan Anwar, jika dia jadi PM ialah Tengku Razaleigh.
Buat masa ini, tokoh politik yang boleh menyelamatkan Anwar, jika dia jadi PM ialah Tengku Razaleigh.
TRH berada
diluar politik mainstream UMNO. Dia tidak terpalit dengan daki dan persepsi negative
terhadap UMNO. Ketika TRH berucap di parlimen bulan lalu, dari sebelah UMNO dan BN- jika satu batang pin jatuh, kita boleh dengar. Tapi TRH masih UMNO dan bukan pembangkang. Itu difference dia dengan tokoh2 lain.
Contrary dengan kepercayaan orang, TRH tidak ada kena mengena dengan skendel BMF dalam tahun 70an. BBMB ketika itu bukan melapur kepada menteri kewangan tapi kepada Jabatan PM.
Contrary dengan kepercayaan orang, TRH tidak ada kena mengena dengan skendel BMF dalam tahun 70an. BBMB ketika itu bukan melapur kepada menteri kewangan tapi kepada Jabatan PM.
Orang UMNO boleh
memuliakan dan menghormati dia. UMNO boleh memanfaatkan pengalaman dan
kecerdikan TRH. Saya bukan nak angkat bakul TRH atau bodek nya( saya dari parti
DAP)- tapi separuh dari kepala TRH lebih bernilai dari seluruh badan kesemua menteri dan
timbalan menteri kewangan sekarang. Kebetulan saya mengenali TRH dan ahli
parlimen Pekan dari dekat.
PAS rasa nya
boleh berkerjasama dengan TRH dan DAP pun boleh. JIka Lim Kit Siang berkata dia
boleh berkerjasama dengn Dr Mahathir untuk menyelamatkan Malaysia, saya tidak
nampak masaalah berkerja dengan TRH.
DR Mahathir
tidak ada orang lain untuk menyelamatkan Malaysia. Jika dia pilih Muhyidin,
kerajaan baru akan hilang solongan dari Sabah dan Sarawak. Jika dia pilih Muhyidin
, Muhyidin akan berdepan dengan pemberontakan dan tentangan Najib loyalists. Jika Muhyidin takes over, dia mewarisi
kerajaan yang akan implode. Lagi pun, Muhyidin belum jadi PM, maka cerita mengenai nya belumlah keluar lagi.
Projek tumbangkan
Najib boleh dijayakan oleh mereka yang diluar penjara dan ada pengaruh dan
sumber. Ketika ini yang ada pengaruh ialah Mahathir- Tengku Razaleigh dan
mewakili PKR- Azmin Ali.
Azmin Ali
mungkin bertemu Mahathir di London beberapa bulan yang lalu. Saya diberitahu
oleh seorang yang hampir dengan TDM, suatu pertemuan did take place in London.
Apa yang
dicakapkan? Saya rasa sukar untuk percaya subjek mengenai Anwar diperbualkan
memandangkan pendirian Dr Mahathir. Dan saya diberitahu, Azmin pun tidak
menimbulkan nama Anwar.
Yang saya rasa
dibincangkan ialah isiu politik orang Melayu. Politik orang Melayu ya- bukan
politik UMNO. Mungkin yang dipercakapkan bila new political arrangements
dilakukan- bagaimana menjamin bahawa kepimpinan politik berada dalam tangan
orang Melayu.
Sama ada kita
suka atau tidak, kerajaan baru mesti dipimpin oleh orang Melayu. Para pemimpin
nya mesti jua lebih ramai melayu. Parti politik bukan melayu menerima fakta
ini. Orang bukan Melayu pun yakin negara akan aman dan damai, jika kuasa
politik terus berada dalam tangan orang Melayu. Tapi biarlah orang Melayu yang
memberi fair treatment, adil, jujur dan cekap. Tidak ada orang hendak orang pas
darjah 6 jadi PM kita.
Dan sama ada
kerajaan baru suka atau tidak suka , suara bangsa Cina ialah DAP. Maka kerajaan
baru mesti melibatkan DAP. PAS mesti juga ada peranan sebagai mewakili
kepentingan mereka yang mahu membudayakan kehidupan mereka dengan agama.
Tapi sama ada
PAS sebagai sebuah parti politik boleh merealisasikan impian hudud nya- itu
perkara lain. Yang penting, PAS mesti participate dalam political arrangements
yang baru. Mereka boleh jerit sana sini bahawa hudud itu Allah yang punya, tapi
jika tidak ada penerimaan masyarakat kerana 1001 sebab, jeritan itu tinggal
impian.
Jadi, apa
langkah kita seterusnya?
1)
Pertama menabalkan seorang pemimpin melayu yang
boleh mendapat kepercayaan dan keyakinan oleh semua pihak.
2)
Kedua , melalui menentukan bahawa kepimpinan
Melayu itu terdiri dari mereka yang relatif bersih dan komited terhadap politik
baru.
3)
Ketiga, dengan menjadikan politik Malaysia
inklusif. Ini bererti bangsa bukan melayu mesti di coop kedalam political arrangements
baru.
4)
Kepentingan rakyat Sabah dan Sarawak mesti
diiktiraf dan dilihat terlaksana.
Kepada semua
parti- politik baru tidak ada tempat untuk politik exclusiveness samaada ianya
diasaskan atas agama, bangsa atau klas.
Tanpa mengurangkan
hormat kepada Anwar Ibrahim, saya merasakan, pertamanya, Dr. Mahathir dan
Tengku Razaleigh must engage with each other. Buat masa ini, saya rasa PKR
berfungsi sebagai passive participant. Tidak ada peluang untuk melihat Dr
Mahathir berdiskusi dengan Anwar. Bahkan, Dr Mahathir tidak mahu terlibat dengan
pembebasan Anwar when that actually takes place.
Ramai orang
membaca terlalu jauh kehadhiran Dr Mahathir ketika menziarahi jenazah bapa
Anwar- Dato Ibrahim. Ramai orang lupa, Dr Mahathir mengenali bapa Anwar ini
lama ketika mula2 politik. Ayah Anwar rasa nya pernah bertugas sebagai dresser dan harus mengenali Dr Mahathir
yang seorang doctor. Kemudian ketika politik, ayah Anwar pernah jadi s/u
parlimen kesihatan.Entah2 mereka ada talian persaudaraan kita tidak tahu.
Jadi kedua dua
Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah mengenali Dato Ibrahim, dan mereka pergi
menziarahi jenazah nya atas dasar kawan. Itu menunjukkan bahwa Dr Mahathir ada
class. Bukan seperti seorang yang tidak bertegur DR Mahathir selama 6 bulan
hanya kerana hendak elak dari memberi jawapan dan berasa bersalah kerana
kelentong Dr Mahathir.
The real troika
atau triumvirate yang boleh menumbangkan Najib dan kemudiannya membebaskan
Anwar ialah melalui Mahathir-Razaleigh dan Azmin. Azmin sendiri memerlukan
bantuan untuk kekal jadi MB terutama bila berdepan dengan kemungkinan PAS mahu
berkuasa melalui Khalid Ibrahim dengan gabungan PAS dan UMNO dan keberangkalian
pembelian beberapa ADUN PKR.
Kepentingan Dr
Mahathir dan Razaleigh ialah menyelamatkan Malaysia dan kepentingan Azmin,
dalam masa terdekat, ialah menjadi sebahagian dari politik selamatkan Malaysia
dengan dia sendiri berkerja menyelamatkan dirinya sendiri.
12 comments:
satu kupasan dan pendedahan yg mantap.bagi mengisi ilmu politik masakini..tolong baca serta fahamkan wahai warga PR terutama ahli2 Pas.
As for Anwar whatever bargaining power has already diminished when you are behind bars whether you are guilty or innocent. LKY as always was right.
Forget PAS unless Hadi is kicked out. Dont trust him.
Anwar is damaged goods.It is a wonder opposition leaders are still clamoring for for his return leadership.The political gods have done Malaysians a favor by having him taken up permanent residency in Sungei Buloh.If Anwar can be the only one to be PM,if PR comes into power,then the useless and leaderless PR is doomed.
Now we have PR leaders willing to work with Umnoputras to oust Najib.I have commented many times before.Wait till Najib is ousted,then the opposition leaders will be screaming out loud, for their mamas to come rescue them from whoever takes over from Najib. I will not be surprise or shock to see opposition leaders being chased naked in daylight down the streets by baton wielding gorillas,post Najjb.
Salam dato,
Sedikit pembetulan.Jangan ingat semua adun PKR boleh dibeli.Kejadian di Perak kerana tersilap pilih.Adun PKR lebih berintigriti dari parti rosak,umno baru.Kami pejuang reformasi dari sejak 1998.jangan rosakkan perjuangan kami hanya kerana nila setitik!
anon 22:40
penulis tulis: keberangkalian pembelian beberapa ADUN PKR.
1) kebarangkalian
2) beberapa.
Jadi macam mana timbul "semua" seperti yang tuan sebutkan?
harap bila mahu bantah, bacalah dengan teliti.
saya juga membaca translation artikel ini kedalam BI di FMT- ternyata terjemahan tersebut sangat meleset.
1) penulis tidak kata orang dari PAS yang darjah 6--penulis kata kita tidak mahu orang pas darjah 6- yakni lulus darjah 6.
2) tidak write off Anwar tapi dalam artikel asal menyebut bebaskan Anwar mengikut due process of law.
tidak dismissive of PAS seperti dinyatakan oleh FMT.
secara keseluruhan terjemahan FMT adalah lemah sekali.
Selamatkan Malaysia.... ha ha ha ha....Dah Terlambat....tapi teruskan Nostalgia dan Idaman harapan.....
Negara Malaya sudah Bankrupt....siapa pun tak boleh selamatkan Malaysia melainkan Allah!!
Can anybody find the twitter happy IGP and tell him what is happening outside a church.Please tell him that the protesters have demanded the church to take down it's cross.Maybe to this ignorant IGP,Muslims threatening Christians is not seditious.Or maybe he couldn't tweet and ask his men to take action because he is hiding under the sarong?
We jump on the bandwagon to get rid of Najib and fall into Mahathir's trap. Tun M has his own agenda to get rid of Najib, and if your objectives are same as his, good for you. If not, then better run like crazy because once Mahathir's team gets Putrajaya, we are all done for.
Mahathir has said he will not work with the opposition, so why is the opposition so eager to kiss his behind.
The boss Zahid says the Christian cross protests are seditious, why is IGP saying not?
Yang dicadangkan oleh penulis ini ialah selamatkan UMNO melalui Ku Li. Pelik juga bila ini dikaitkan dengan selamatkan Malaysia. Perjungan UMNO sekarang ialah untuk hidup dan kekal berkuasa, tak pernah untuk rakyat. UMNO boleh terusw berkuasa kerana PAS memainkan peranan pereanan besar menyelemamatkan UMNO selepas 13 Mei. Dengan bantuan PAS, UMNO bangkit kembali. Sekarang pun begitu. Hasrat PAS nak jadi MB Selangor adalah real, bukan mimpi. Sama ada pemimpin PAS ahli politik atau lebai kampung, tidak penting. Yang penting mereka pandai memainkan isu Islam untuk faedah politik mereka, dan ini sebenarnya membantu UMNO. Kesimpulan: PAS adalah penyelamat UMNO. SAya harap pandangan ini akan diberi perhatian oleh penganalisis politik kerana aspek ini tak pernah disebut, padahal itulah yang sebenarnya. Tidak pasti sama ada Anwar sedar atau tidak bahawa PAS ada saham dalam kejatuhan Anwar; yang jelas Anwar ada saham besar menaikkan imej PAS ke politik kebangsaan. Hanyha pemimpin PAS tak dapat manfaat politik kerana mereka mempunyai personaliti yang agak skizofrenik! Wallahu a'lam.
The IGP's brother was one of the instigators in the cross protest.So it was considered not seditious.Since the IGP cannot perform his duties because his brother was the leader of the herd of thugs involved,he should hand in his letter or be given the pink slip by Zahid.
It is time to ask Dr Mahathir to chase this moron of an IGP to Zimbabwe.Only the Dr can kick this moron out.Like I have said it before,it is easier for Dr Mahathir to chase the IGP out than to chase Najib out.
Post a Comment