Presiden UMNO dan BLue Bean Army aka Blogger Bangang.
Apalah yang hendak kita hairan bila Najib sebut perkataan bangang? Perkataan ini datang naturally kepada seorang aristokrat dan bourgeois seperti Najib- papa kedana, haramjadah, bangang, dan lain2. Najib bukan ada cukup budaya Melayu untuk lebih tertib memulih istilah yang digunakan.
Bila saya kata Dato Najib pemimpin lemah dan tidak bertulang belakang, ramai orang marah. Terutama pemuja Dato Najib yang memberi pelbagai macam warnaan metos kepada batang tubuh Najib. Ini perkara biasa yang dilakukan oleh mereka yang berminda kecil dan tak bersekolah tinggi. Reality nya, Najib itu manusia macam kita juga. Bahkan banyak lemah dari kekuatan. Nasib dia baik- dia berbinkan Tun Razak dan laluan politik dia lebih mudah. Paling penting, dia banyak wang. Wang meratakan semua dan menutup segala kelemahan.
Bila saya kata Dato Najib pemimpin lemah dan tidak bertulang belakang, ramai orang marah. Terutama pemuja Dato Najib yang memberi pelbagai macam warnaan metos kepada batang tubuh Najib. Ini perkara biasa yang dilakukan oleh mereka yang berminda kecil dan tak bersekolah tinggi. Reality nya, Najib itu manusia macam kita juga. Bahkan banyak lemah dari kekuatan. Nasib dia baik- dia berbinkan Tun Razak dan laluan politik dia lebih mudah. Paling penting, dia banyak wang. Wang meratakan semua dan menutup segala kelemahan.
Sesiapa yang
ada bakat average jika diberi jalan mudah seperti Najib akan dapat lakukan apa
yang Najib lakukan. Saya ulang sekali lagi- jika Najib boleh jadi PM, sesiapa
pun boleh.
Hari ini, Dr Mahathir
sendiri menyatakan, ada ramai yang boleh ganti Najib. Muhkriz boleh. KJ pun
boleh. Jika PR menang, Azmin Ali pun boleh. Rafizi pun boleh. Ramai lah.
Sahabat
baru saya, Outsyed the Box- lebih hebat menyatakan beg plastic TESCO lebih
berkapasiti dari Najib. Beg plastic itu boleh menampung banyak barangan, Najib
pula, kurang kapasiti untuk memahami apa yang berlaku.
Saya menyatakan
perkara ini sejak tahun 2008 lagi. 6 tahun mengkritik kepimpinan Najib tidak
mungkin dilakukan atas dasar dendam kesumat. Tentangan ini adalah atas dasar
kepimpinan, dasar dan polisi kerajaan nya, pemikiran, wawasan Najib dan kerana incompetence Najib.
Saya sebutkan disini- let’s face it- Najib is the most incompetent leader that
we have thus far.
Pernah satu
masa dahulu, ada seorang blogger melantik dirinya sebagai pendinding dan
pembela Najib- mengatakan bahawa jasa Najib kepada saya terlalu banyak. Orang Inggeris
kata- the proof is in the eating. Jika saya ada membuat kesalahan dan mengambil
kesempatan- masakan perkara2 ini didiamkan oleh pemimpin UMNO dan negeri?Tentu mereka berarak diseluruh bandar dan mendedahkan perkara ini.
Semasa kempen
PRU13, perkara yang paling kuat Najib boleh bantai saya ialah menyatakan saya
suka berkelahi dengan ketua kampong. Saya memang pun berkelahi dengan 4-5 orang
yang saya rekomen digantikan kerana mereka mencuri dan menjual tanah, membolot
saham yang diagihkan kepada orang kampung, membuli masyarakat. Saya mahu mereka
diganti sebab jika kita mahu membangunkan bangsa Melayu- pimpinan peringkat paling
asas pun mesti bermutu tinggi. Bagaimana Najib mahu memimpin Negara jika 4-5
orang ketua kampong sudah boleh menggugat ketegasan Najib?
Najib suka
simpan krook, saya mahu gantikan mereka.Dan saya tidak faham perkara ini sampai kehari ini- bagaimana kita mahu membangunkan bangsa Melayu jika pimpinan peringkat kampung terdiri dan jaga bank, tukan kebun sekolah, kaki buli dan seumpamanya?
Saya pun boleh
bertanya demikian juga- bagaimana jasa saya kepada Najib? Ketika dia menang
tipis 1999 dengan hanya 241 undi , tidak ada pun orang UMNO meletakkan diri
mereka sebagai benteng. Bahkan ketika saya menjadi ketua penerangan UMNO Pekan
dan melaksanakan program penerangan( bukan main futsal atau pertandingan bola)
ada orang UMNO sendiri yang menyekat ketua penerangan UMNO dari menjalankan
program penerangan. Saya bukan hendak membesarkan diri- tapi work ethics saya
yang dilatih oleh Shell Malaysa tentulah tidak sama dengan budak lulusan
tingkatan 5 gred 3 atau rendah.
Blogger yang
melantik diri sebagai pendinding Najib kata saya beroperasi atas dendam kesumat
dalam dada. Saya nak tanya blogger ini- bolehkah seseorang beterusan dimotivasikan
oleh dendam kesumat? Dendam akan memakan diri yang mengandung dendam tersebut.
Tentangan saya terhadap kepimpinan Najib ialah kerana saya merasakan Najib is
not a good leader. Dia tidak ada vsion, dia tidak ada values untuk membangunkan
bangsa Melayu.
Bagaimana seorang
yang hidup dalam budaya aristokrat dan bourgeois boleh membangunkan bangsa
Melayu? Najib simply does not have that culture untuk memimpin negara. Yang dia
ada ialah career- dia seorang political careerist yang terpelanting masuk dalam
arena sesudah kematian Tun Razak dan memulakan career nya sebagai pemimpin. Apa
nilai2 yang dia ada sejak remaja lagi?
Tidak ada. Saya
tidak ada malice lansung menyatakan perkara ini- dia bukan Mahathir, dan bukan
Tun Razak yang mempunyai political culture untuk memimpin Negara.
Tapi, kerugian
UMNO ialah keuntungan bagi pihak pembangkang ketika ini. Dibawah Najib UMNO
mulai kehilangan kredibiliti. UMNO hanya
survive sekarang sebab mereka menguasai apparatuses pemerintahan. Dan mereka
ada monopoli keatas legitimate coercive
forces- polis, tentera, pasukan keselamatan lain.
Tanpa kuasa
ini, UMNO tidak mampu menawarkan apa2 idealisme kepada rakyat . budak2 UMNO
sendiri pun hari ini tidak tahu perjuangan UMNO 46. Yang mereka tahu dan kenal ialah
re-inkarnasi UMNO atau jelmaaan semula UMNO.Mulai tarikh tersebut, UMNO penuh dengan pemimpin yang mahu mengayakan diri.
Kepada orang
Melayu- yang UMNO boleh tawarkan ialah pemberian material. UMNO boleh beri
BR1M- RM900 untuk tahun 2015 yang boleh diterjemahkan sebagai RM2.47 sen sehari. Harga
kangkung sekilo RM2.80. Ikan Kembung sekilo RM14. Sila beritahu raykat, boleh
tak mereka hidup dengan RM2.47 sehari?
Saya ketawa
terbahak bahak bila Najib kata blogger2 UMNO bangang. Suatu ketika saya
berjumpa dengan Najib dan memberitahu didepan muka dia, dia employ blogger
bermutu rendah- dia kata dia tak cukup blogger berkualiti. Saya ada dengar dia
menyediakan bajet RM5juta untuk employ blue
bean army tapi semua nya hampas belaka. Blogger UMNO hanya tahu maki hamun
dan menyelar peribadi blogger pembangkang dan tidak ada kapasiti untuk berdebat
perkara dan isiu sabstantif. Tapi blogger bangang jangan berkecil hati ya-
kerana jika mereka bangang, majikan mereka lagi bangang. Yang tak bangang ialah penyelia blogger
bangang yang dapat bajet besar.
7 comments:
Assalamualaykum Dato Sak
Spot on! I get tired and at many times feel embarrassed being Malay reading comments in all over news portal and blogs (as instructed by self proclaimed First Lady) from these "bangang salaried keyboard warriors". People with brain could tell these bangangs will do anything for monies, anything! (to the extend worshipping their stupidity). What is happening to Malay these days!
The main problems are that the President's men paid out the dough to the wrong pied pipers,known as Bloggers Bangang.Outsyed the box,an Umno insider said it out,out loud.
No wonder Najib is in a daze.Anyone who has hired these half past sixes and paid them well will be left wandering lost with their heads in the air.No wonder Mahathir is giving Najib a scolding everyday.
Salam Datok Sak,
Tolong keluarkan artikel tentang peniaga tandantangan@minit PM...perniagaan bermodalkan air liur..lebih hebat dari menjual agama..khabarnya ramai org pekan menjalankan perniagaan ni..harap dato' tak pernah terlibat menjalankan perniagaan ni sewaktu jadi ketua penerangan pekan dulu..peace datok.
Najib ---- "Bangang!"
Abdullah Badawi ---- "Biadap!"
Mahathir ---- "Bodoh!"
Political commentary a-la UMNO Baru ?
How to respect political leaders who use language like this ? Truly Third World !
Phua Kai Lit
Phua Kai Lit
Setuju 100% !
http://www.theantdaily.com/Top-Stories/Much-ado-about-celaka-damn-the-biadap-and-kurang-ajar-breed/
Phua Kai Lit
Sebagai pemimpin, Najib memang incompetent dan tak de kualiti. Non Umno members tahu ni since 1975 lagi.
Bapak dia sendiri cakap. Masa mudanya, bapak dia cakpap, "Najib is only good at chasing persons wearing skirts". Dia bukannya ada visi dan tidak pernah jadi student leader.
Bapak meninggal, bapak saudara pilih jadi calon MP Pekan. Apa budak 23th yg suka kejar orang berskirt bolih buat?
Banyak2 perempuan yg dikejar, dpt kat Rosmah. Nasib kau lah...labu.
Post a Comment