Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Wednesday, 1 October 2014

Rukun Melayu 4 Perkara



Bila ahli parlimen Alor Star mencadangkan kepada YAB Azmin Ali, MB Selangor supaya mengemaskan prosidur konsititutional dalam melantik MB, dia telah diserang dengan hebat oleh beberapa individu dan golongan.  MP ini seorang peguam. Dia beri cadangan pada prosidur. Dia tahu hak Raja ialah hak melantik bukan hak memilih.
Memilih dan mencadang ialah hak parti yang mempunyai suara terbanyak dalam dewan. Syarat nya ialah si fulan atau si fulanah mendapat keyakinan majoriti ahli dewan. Bukan syarat nya kepetahan berhujjah dalam dewan, atau menangkis hujjah lawan.
Tun Razak bukan seorang pembahas dalam parlimen, tapi dia seorang perancang yang baik. Hussein Onn lagilah tak pandai bercakapnya tapi dia disokong majority ahli dewan.Inilah kelayakan nya. Kalau orang bertaraf tok guru pun tak faham, tidak boleh den menolong nya.
Bukan digri. Bukan tahap persekolahan. MB2 UMNO dahulu ada tok penghulu, ada pemain band sahaja. Tapi mereka mendapat keyakinan majoriti ahli dewan. Melantik yakni mengesahkan pemilhan dan cadangan yang dikemukakan oleh pihak yang mewakili suara majority dengan acara dan upacara seperti nya ialah hak raja. Demikian juga adalah hak raja menentukan orang yang dicadangkan ialah seorang Melayu dan beragama Islam.
Agak nya, ini yang di suarakan oleh MP Alor Star itu yakni hak mencadang, memilih dan mempersembahkan calun ialah hak rakyat- hak untuk melantik yakni mengesahkan candangan tersebut dengan upacara sepertinya ialah hak raja.
Tapi MP tersebut , seorang peguam dan kebetulan seorang bangsa Cina, dituduh sebagai mencabar instutusi raja2 Melayu dan bangsa Melayu. Maklum sajalah orang Melayu akan mati jika raja Melayu mereka tidak ada.
Demikianlah perasaan kasih nya orang Melayu kepada raja mereka sehingga bercakap mengenai prosidur perlembagaan mengenai perlantikan dan perlucutan jawatan orang lain pun, sang setia Melayu akan mahu mengamuk.
Maka kamu, bangsa bukan Melayu, saya kasi amaran janganlah kamu mempersendakan raja2 Melayu. Sebab sukalah saya istiharkan dalam negara ini, bukan sedikit anak cucu Tun Biajid dan Tun Isap.
Kepada budak2 Melayu yang ingat mereka pandai- Ingatlah- Tun Biajid tidak durhaka walaupun tahu isterinya digodam oleh Sultan Mahmud kerana Sultan Mahmud itu, Tuanlah  kepada siBiajid. Dan ingatlah, kamu budak Melayu yang biadap, bahawa ramai anak cucu Tun isap yang sanggup membunuh kerana moyang kamu mendahului menjamah Tun Dewi. Tidakkah kamu faham bahawa Raja mesti terlebih dahulu menjamah Tun Dewi?
Sungguh biadap kamu sibudak Melayu yang kalau hendak bercakap itu mesti lihat2 dahulu kerana ramai lagi yang pandai diluar sana yang memilih untuk membisu.
Mempertahankan institusi Raja Melayu ialah melindungi satu dari 4 rukun Melayu. Tiidak mempertahankan ini, bererti jatuh aqidah Melayu. Rukun Melayu itu ada 4; mempertahankan hak istimewa orang Melayu; mempertahankan agama Islam orang Melayu; mempertahankan Raja Melayu dan mempertahankan bahasa dan budaya Melayu. Jika anak Melayu tidak ada kepercayaan kepada 4 perkara ini, maka jatuh aqidah Melayu.
Ingat kamu wahai Melayu biadap:-
1.   Rukun Islam- 5 perkara
2.   Rukun Iman- 6 perkara
3.   Rukun Melayu- 4 perkara.
Inilah fatwa yang dikeluarkan oleh imam yang menjaga polis dan keselamatan negara. Kita semua tahu siapa menteri tersebut. Dan nama nya bukan Heinrich Himmler, menteri polis yang mejaga SS dizaman Hitler. Dia bukan anak cucu bangsa Jerman- dia anak cucu Pateh Gajah Mada.
Maka ramailah rupa nya dikalangan anak Melayu yang tidak patriotic kerana tidak mahu terima keberadaan pemerintahan Raja yang mutlak. Saya sendiri pun tidak mahukan pemerintahan Raja mutlak. Saya hanya sokong pemerintahah dan peranan Raja berpelembagaan.
Kita sokong keberadaan Raja kita kerana itu sabahagian dari warisan budaya Melayu. Kita sokong institusi Raja Melayu berpelembagaan yang ada sekarang dan kami istihar akan mempertahankan nya sehingga ke tetesan darah terakhir.
Saya yakin, Raja2 Melayu pun akan menyesuaikan diri mereka mengikut zaman. Bila mereka melakukan ini, maka tentulah mereka didorong oleh pencahayaan kepentingan sendiri(enlightened self-interests).
Kita tidak ada masaalah mengekalkan raja berpelembagaan. Hanya kita mohon ampun beribu ampun, sembah patik semua mohon diampun, kami tidak sanggup menTunBiajidkan diri kami dan tidak sanggup pula mengTunIsapkan diri kami. Ampun Tuanku.
Cempaka biru kembang di taman,
Tersemat di baju gadis rupawan,
Setia Melayu sepanjang zaman,
Demi Tuanku Duli Yang Dipertuan.

Mengangkat buah di tepi pangkalan,
 Bawa berniaga di bulan puasa,
 Semangat Hang Tuah menjadi ikutan,
Setia kepada raja dan negara.
Betul hati kepada raja,
Tanda jadi sebarang kerja.

Tempana Nipis nama asalku
Keris pusaka Ratu Dewangga
Niat derhaka kepada rajaku
Taming menyerah keris pusaka

10 comments:

Anonymous,  1 October 2014 at 11:21  

Memperkemaskan prosedur dlm perlantikan MB!!! Kalau itu dikatakan menghina Sultan, maka banganglah orang yg bercakap tu.

Fasal 53 menggariskan prosedur penubuhan EXCO dan lantikan MB olih Sultan. Ia menyatakan:
(1) Sultan hendaklah menubuhkan EXCO.
(2) EXCO itu hendaklah ditubuh spt berikut:
(a) Mula 2 Sultan hendaklah melantik seoang Adun menjadi MB untuk megetuai EXCO iaitu seorang Adun yg harus pada fikiran Baginda bolih mendapat kepercayaan sebahagian besar ahli DUN

Ini prosedur penubuhan dan perlantikan MB. Nak memperkemaskan lagi tambahlah seperti berikut:
(aa) untuk maksud diatas parti yang memperolehi sebahagian besar ahli DUn hendaklah mengemukakan kepada baginda nama Adun yang mempunyai sokongan majority.

Apa yg menghinanya? Turunkah darjat Sultan dengan penambaikan ini? Terhapuskah kedudukan Sultan dengan ini.

Pindaan Perlembagaan 1993 olih Mahathir lagi teruk. Ia menghakiskan kuasa dan kedudukan Sultan2. Ia melibatkan perkara2 substantive dan bukan prosedur. Tak de orang complain pun.

Anonymous,  1 October 2014 at 13:31  

I think the question raised by the MP Alor Setar is valid and it is immaterial whether he is Malay or not. He is raising it an MP who command the voice of the rakyat.

The real question is why didnt the MP in Selangor raised it? Why didnt the MP object to the Sultan? Why did the political parties apologize? Is the MP from Pakatan really representing the rakyat or they are representing themselves?

On the issue of 'telah diserang', eventhough he is lawyer who know procedure, the rights to speak up or buat serangan are applicable to everyone. The right does not belong to MP only.

Dont take the rakyat as a fool. Not all the time.

Some seem to think the world revovle around UMNO to the extent even the the Sultan doing is dictated by UMNO. My mum cat's shit on the sofa, some would credit it as UMNO doings.

Dont tahe the Sultan and the rakyat as fool. Not all the time.

As a Selangorian, i am best represented by an MB who is petah ' conversant' and 'perancang'. Why should i settle for less by the name of Wan Azizah?

Why should Selangor rakyat settle for less than an option?

Not all the time.

Lets give the new MB a chance to get going and move on with the Sultan and the Rakyat (minus Tun Isap and Biajid)

Next.....

Anonymous,  1 October 2014 at 17:05  

Some seem to think the world revovle around UMNO to the extent even the the Sultan doing is dictated by UMNO. My mum cat's shit on the sofa, some would credit it as UMNO doings.

Dont tahe the Sultan and the rakyat as fool. Not all the time.

As a Selangorian, i am best represented by an MB who is petah ' conversant' and 'perancang'. Why should i settle for less by the name of Wan Azizah?


----------------------

The above statement looks retard in mentality and provides a guessing game on who is more capable.

The retard mentality is called “stupid” brain that unaware of the Umno’s move (silat) to kill Anwar at all cost at the kajang move with speedy judgement on sodomise case.

Please ask yourself why this verdict happened during Kajang move and not after/or before?

The guessing game is best represented by an MB who is “perancang”. What make you conclude Wan Azizah cannot handle the MB post?

What PR aware (DAP& PKR) is that Anwar will be the backbone of Wan Azizah and able to kill the BN’s move in every Agreement signed by Khalid.

As we are aware, Anwar is well aware of Umno’s weakness and this is the reason why BN is using the Sultan to kill Wan Azizah (indirect killing Anwar control) with a helping vehicle from PAS as a scapegoat.

Please grow up to use your brain to think before provide a retard statement and guessing game practised by BN.

Your statement is similar to BN’s statement where they use to threaten the Malay and badmouth the opposition without fact.

Like what the BN use to say:

1) LGE (DAP) discriminate the Malay in Penang.
2) Malay right/ruler will be abolished if PR took over.
3) LKS anti Malay....etc

Anonymous,  1 October 2014 at 19:25  

Anon 17.05

To quote you "What make you conclude Wan Azizah cannot handle the MB post?

I didnt conclude anything except that Azmin is the MB now and not Wan Azizah.

Move on..Wan Azizah is not in the race anymore

Its Azmin time and its Azmin that is shouldering the MB post now.

The rakyat wanted PKR to lead and Azmin is PKR the last time i checked.

You tak check ke? You are still guessing who is the MB still?




Anonymous,  1 October 2014 at 19:34  

Dato, the Selangor rakyat and including Pakatan has been played out right and left by you-know-who and sorry saga started when someone lost the support of the party and refused to let go. People have long memories especially when the mother of grand thefts took place and between Pakatan and UMBO, Pakatan will emerge victorious despite all their infighting because the alternative is too scary when you look at what's happening now.

Cahaya Qalbu,  1 October 2014 at 23:15  

Special Court Constitutional (Amendment) Bill, 1993 ...

Di antara kata kata Dr M tentang Raja Raja Melayu:

"Jika Malaysia ingin menjadi sebuah negara yang mengamalkan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan, kekebalan yang diberikan kepada Raja-Raja perlulah dihapuskan. [Tepuk]’ [Hansard 18 January, 1993, page 16]

"Sebenarnya ketiga-tiga Perdana Menteri dahulu, sebagai Penasihat kepada Raja-Raja, telahpun menegur Raja-Raja berkali-kali semasa mereka berkhidmat. Saya tahu teguran ini dibuat kerana perkara ini telah dilaporkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri dan juga Majlis Tertinggi UMNO berkali-kali.

"Allahyarham Tun Hussein Onn semasa menjadi Perdana Menteri pernah dalam ucapan bertulis di suatu Mesyuarat Majlis Raja-Raja, yang dihadiri hanya oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia atau wakil-wakil mereka sahaja, menegur dengan kerasnya perbuatan Raja-Raja yang tidak harus dilakukan.

"Tetapi teguran ini tidak
berkesan. Pekara-perkara yang disentuh terus dilakukan juga, bahkan ditingkatkan. Apa yang tidak pernah dibuat di zaman British dan pada tahun-tahun awalan Malaysia merdeka, dilakukan dengan semakin ketara da meluas.’ [Hansard, Jan 18, 1993, page 19]…

"Kerajaan memang mendengar dan menyedari akan pandangan dan kemarahan sebilangan rakyat yang mengetahui perbuatan Raja. Demikianlah kemarahan mereka sehingga ada, terutama di kalangan generasi muda, yang menganggap Sistem Beraja sudah ketinggalan zaman.

"Tetapi oleh kerana Akta Hasutan dan larangan terhadap mengkritik Raja, Raja tidak mendengar dan tidak percaya kepada Penasihat mereka apabila maklumat disampaikan berkenaan kegelisahan rakyat. Raja dan keluarga Diraja nampaknya berpendapat bahawa semua ini adalah ciptaan Penasihat-penasihat Raja untuk menakutkan Baginda atau untuk merebut hak Raja.

"Dalam keadaan ini, Raja bukan sahaja akan meneruskan amalan-amalan yang tidak disenangi atau disukai oleh rakyat tetapi juga akan melakukan perkara-perkara yang lebih dibenci oleh rakyat. Jika trend ini tidak disekat, perasaan rakyat terhadap Raja tentu akan meluap dan menjadi begitu buruk sehingga pada suatu masa nanti rakyat mungkin tidak lagi dapat membendung perasaan mereka. Perasaan yang diluahkan dalam surat-surat kepada akhbar sebenarnya sudah lama wujud.

"Dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membaca petikan daripada satu rencana yang dihantarkan kepada akhbar The Straits Times pada 1946 oleh seorang tokoh Melayu yang terkemuka, apabila British mencadangkan penubuhan Malayan Union. Tokoh ini kemudian memegang jawatan yang tinggi dalam Kerajaan. Rencana in tidak disiarkan oleh akhbar Straits Timestetapi ia disampaikan kepada saya baru-baru ini oleh penulis.

"Penulis ini menyatakan, dengan izin 'All intelligent Malay leaders ought now seriously to give most profound and careful thought to the question whether the time has not arrived when the Malay Royalty (I mean the Sultan and Raja) should gracefully withdraw themselves altogether.

"Jika pandangan seperti ini sudah ada pada tahun 1946, apakah ia tidak mungkin wujud semula pada tahun 1993 [Tepuk] jika Raja-Raja tidak dihalang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak diingini?” [Hansard, 18 January, 1993, page 20-22]…

‘Sebelum ini terdapat banyak insiden dimana Raja menganiaya rakyat, Raja menyalahi undang-undang civil dan criminal, Raja menyalahgunakan wang serta harta Kerajaan dan Negara, Raja menekan dan menganiaya pegawai-pegawai’
[Hansard, Jan 18, 1993, page 26]....

Anonymous,  2 October 2014 at 07:47  

Ini mainan orang politik...bila dia rasa perlu sentimen raja untuk mengekalkan kuasa dia masuk lah juai sentimen raja.Bila sampai tahap tertentu dimana raja berlaku tidak sepatutnya maka orang politik menekan intutusi raja.apa2 pun kesusahan atau kesenangan yang berlaku sama ada dirancang atau tidak hanya rakyat menjadi penanda aras keperluan rakyat, bukan terletak ditangan mana2 orang politik atau mana2 kerabat raja.

Anonymous,  2 October 2014 at 07:55  

Prinsip asas kenegaraan ialah rakyat.tiada rakyat untuk dipimpin tiadalah pemimpin untuk memimpin.oleh itu atas dasar keperluan pimpinan kepada rakyat haruslah relevan dengan mengikut kehendak rakyat.

Greenbug 4 October 2014 at 03:46  

I live in a Constitutional Monarchy system and I expect all parties to adhere to this contract.... no ifs no buts!

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP