Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Thursday 17 July 2014

Khalid Ibrahim, PKNS dan PJ Sentral.



Kecuali sedikit mukaddimah, artikel ini kiriman seorang sahabat yang mengetahui cerita peranan Khalid Ibrahim dalam isiu hangat ini. 

Sahabat saya comrade Hisham ada menulis mengenai pembabitan Azmin Ali dengan projek PJ Sentral. Pembaca bebas menilai tulisan tukar tiub. Saya rasa , ianya baik untuk semua jika terdapat versi lain yang melihat kepada isiu hangat tersebut. Dengan cara ini, pembaca budiman akan boleh mempbuat pertimbangan yang lebih saksama.
Apa peranan Tan Sri Khalid keatas PKNS?
Pada 20 Jun lepas, PKNS telah menandatangani perjanjian untuk menjual kesemua 30% saham miliknya dalam projek PJ Sentral dengan nilai RM85.3 juta kepada MRCB. Pada masa yang sama, PKNS menandatangani perjanjian dengan MRCB untuk membeli hak pembangunan (development rights) bagi membina satu bangunan di dalam projek PJ Sentral bernilai RM91.1 juta. Jadi jual pada nilai RM85.3 juta dan beli balik bangunan dengan nilai RM91.1 juta, jikalau dihitung semula PKNS ‘kerugian’ RM5.8 juta. Beginilah urusniaga Khalid Ibrahim yang gah bahawa dirinya seorang tokoh korporat yang handal.
Jadi kenyataan pengurus besar PKNS, suadara Azlan yang mendakwa bahawa PKNS berjaya mendapatkan kembali tanah milik PKNS yang ‘hilang’ akibat projek PJ Sentral tersebut tidak benar. Apa yang PKNS dapat ialah sebahagian tanah dalam PJ Sentral pada harga yang lebih tinggi.
Teryata ini bukan keputusan bisnes yang baik.
Jika kes PJ Sentral telah diselesaikan dengan perjanjian yang ditandatangani di antara MRCB dan PKNS, apakah pula isu yang ingin dibangkitkan oleh Azlan dan Khalid mengenai penglibatan Azmin dalam kes ini? Kelihatan seperti ada agenda tersembunyi menerusi tindakan terdesak oleh Khalid dan Azlan.
PKNS adalah pemegang saham minoriti dalam projek PJ Sentral ini, malah setiap keputusan yang diambil serta pengesahan butiran keputusan dibuat oleh Mesyuarat Lembaga Pengarah PKNS yang dipengerusikan oleh Khalid. Jadi secara logiknya, bagaimana mungkin Azmin yang dipersalahkan sedangkan Mesyuarat Lembaga Pengarah PKNS yang meluluskan dan mengesahkan semua keputusan bisnes PKNS yang dipengerusikan Khalid sendiri. Ini turut sama dengan bekas Pengurus Besar PKNS, Othman Omar yang dipersalahkan oleh Khalid yang menuduh Othman memecat Azmin sebagai Ahli Lembaga Pengarah. Ini merupakan ‘modus operandi’ yang biasa oleh Khalid di dalam setiap isu serta kes serta keputusan yang diambil. Beliau tidak akan mengambil tanggungjawab di atas keputusan beliau sendiri.
Pada tahun lepas, Khalid telah mengarahkan PKNS untuk menyaman MRCB dalam kes PJ Sentral sedangkan para peguam dan barisan pengurusan PKNS pada ketika itu telah menyatakan kepada Khalid bahawa menurut lunas undang-undang, PKNS tidak mempunyai peluang untuk menang. Faekah Husin, bekas setiausaha politik Khalid, telah memberi arahan kepada pengurusan PKNS untuk menggunakan khidmat firma guaman yang juga kroni beliau Shook, Lin and Book bagi menyaman MRCB.
Khalid menerusi Faekah telah memberi arahan terus kepada Datin Paduka Norazlina, bekas Timbalan Pengurus Besar (Korporat) bagi setiap langkah dan tindakan menyaman MRCB. Pada masa yang sama, Norazlina cuba untuk menunjukkan bahawa Faekah boleh mempercayai beliau. Norazlina tidak disambung kontraknya sebagai Timbalan Pengurus Besar PKNS walaupun selepas beliau memperlihatkan tindak tanduk beliau sebagai ‘anjing suruhan’ Faekah. Malah, jika ada sesiapa yang perlu disiasat, sepatutnya kedua-dua Allahyarham Haji Roslan (Bekas Timbalan Pengurus Besar) dan Datin Paduka Norazlina yang sepatutnya disiasat. Ini adalah kerana merekalah yang telah berunding dengan Nusa Gapurna bagi menghasilkan perjanjian usahasama.
Dari sudut bisnes, barisan pengurusan PKNS telah memberi laporan bahawa adalah lebih baik bagi PKNS untuk turut serta dalam projek PJ Sentral walau sebagai pemegang minoriti dengan majoriti dipegang oleh MRCB, yang juga sebuah syarikat milik kerajaan. Namun di atas keegoan Khalid, dia telah memaksa pengurusan PKNS untuk menyaman Nusa Gapurna. Kes tersebut telah didengar di Mahkamah Tinggi di mana PKNS telah tewas dan PKNS turut tewas di dalam rayuan mereka. Akibatnya, PKNS menanggung kos guaman sebanyak RM150,000 dan ini cukup meresahkan Khalid yang sudah tidak berupaya untuk kalah di mahkamah sekali lagi.
Sikap ego Khalid jugalah yang telah mengakibatkan PKNS/GLC Kerajaan Negeri tewas di dalam kes mahkamah :
 PKNS tewas kes mahkamah kepada Selangor Polo Club. (Kerugian RM160 juta). Akaun PKNS dibekukan akibat PKNS.
Kerajaan Negeri tewas kepada pengusaha kuari (kerugian ratusan ribu ringgit).
Kerajaan Negeri tewas kes mahkamah isu Bandar Utama (kerugian ratusan ribu ringgit)
Malah, firma guaman kroni Faekah sendiri, Shook, Lin and Book telah memberi nasihat bahawa PKNS akan terus kalah jika kes ini dipanjangkan di mahkamah. PKNS telah kerugian masa, tenaga kerja dan ratusan ribu wang ringgit hanya untuk memenuhi nafsu Khalid. Khalid yang berkeras dengan sikapnya untuk menyaman MRCB kini telah membuat pusingan ‘U’ dengan menjual keseluruhan saham milik PKNS dalam projek tersebut.
Bagi menutup malunya, Khalid berusaha untuk mengalihkan perhatian dengan cuba untuk menyalahkan dan mengaitkan Azmin Ali dalam isu tersebut. Khalid berada di dalam keadaan yang meruncing kerana beliau akan kalah dalam pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR dalam perseteruan beliau dengan Azmin Ali. Khalid juga begitu tertekan akibat krisis isu rampasan Bible, cadangan pembinaan lebuhraya Kidex, krisis kekurangan dan catuan bekalan air yang melanda Negeri Selangor. Jawatan Khalid sebagai MB Selangor turut dipertikaikan  oleh PKR, DAP dan Selangor. kerana akibat oleh kesemua ahli komponen dipenuhi Khalid bahawa isu yang ditimbulkan ini hanyalah satu agenda ‘political desperation’ oleh Khalid.


Azlan Alifiah, pemangku Pengurus Besar PKNS telah memperlihatkan sikap beliau seperti lembu ditarik hidung oleh Faekah dan Arfa Aziz, setiausaha akhbar Khalid. Lanjutan daripada itu, Azlan telah memberi arahan segera kepada pengurusan PKNS untuk menaikkan imej Khalid. Kos yang dijangka akan mencecah jutaan ringgit akan dibelanjakan hanya untuk memastikan Khalid mendapat liputan media yang positif menerusi akhbar-akhbar, majalah-majalah dan sebagainya.
Azlan telah berjaya membuktikan bahawa beliau adalah seorang yang tiada kredibiliti dan tiada kualiti kepimpinan korporat. Setiap keputusan Azlan akan dirujuk kepada Raja Idris Kamarudin (abang kepada Raja Petra Kamarudin yang telah belot daripada Pakatan Rakyat kepada Barisan Nasional) sedangkan Raja Idris adalah Presiden KDEB dan ahli lembaga pengarah MBI (Menteri Besar Incorporated) serta bukan Ahli Perbadanan PKNS. Tiada sebarang justifikasi serta logik struktur organisasi sebagai untuk PKNS merujuk kesemua keputusan kepada Raja Idris, Arfa dan Faekah.

5 comments:

Anonymous,  17 July 2014 at 18:42  

Asam tok
Dulu dah sy kate paru 13 lalu patutnya
Khalid samad bertanding dun membuka peluang utk jadi
Mb dan pas berpeluang utk menang lebih kerusi dun
Tapi tokoh nelayan laut dalam dr matang dan geng c20 memang suka mesra bn.....nk jugak khalid Ibrahim
Walaupun dah tau telor khalid Ibrahim dah kena ikat dek bank Islam(bn)

bruno,  17 July 2014 at 23:56  

Dato,this Khalid and the Selangor MB issue has been in the headlines almost everyday for the last few months.All for the wrong reasons.The only thing special about this particular case is that the rolling stone is gathering more moss as it rolls down the wet slippery roads.

This attack on Khalid is going to hurt PKR many times more then it is going to hurt Khalid.If PKR keeps going on this stupid rampage it will be no surprise that it PKR and PR will be losing more seats than gaining some come GE14.

Latest news out from Europe that a Malaysian Airlines plane has been shot down in Ukraine.It has not been officially confirm yet.

Anonymous,  18 July 2014 at 01:34  

tapi kenapa bila audit nak interview azmin pasal perkara ni dia mengelat dan x dapat dihubungi?

kalau dia benar dan ts khalid salah time audit lah dia boleh tunggang balik pekenakan ts khalid..

pepatah melayu berani kerana benar dan takde angin pokok tak goyang sesuai dipakai dlm hal ni

bumi-non-malay 18 July 2014 at 17:41  

Raja Idris Kamarudin (abang kepada Raja Petra Kamarudin yang telah belot daripada Pakatan Rakyat kepada Barisan Nasional) ....... tepat....sungguh tepat....

Ambil perhatian..semua...itu sebab Raja Petra tak bagi banyak komen negatif terhadap dia dan tulisan dia... Dia sombong dan Angkuh, Hebohkan May 13 macam dia tahu semua, ingat dia tu terror Pandai.......Pembelot Munafik... dengar semua...sebelum PRU14...akan dibongkar dia dah JUAL WEB SITE dia kepada NGO Pro UMNO ISIS-Boko Haram-Hamas.....$$$$$ sedap!!!

Hari Ini saham MAS mampus (Condolences to Mangsa MH17)...akan di "Privatise" guna duit EPF rakyat....cantikkan akaun...kemudian macam UMNO Felda....di jualkan kembali kepada Rakyat Bodoh Malaysia....semua UMNO-Baru Melayu yang Uruskan!!

Macam Tanah Melayu Kat Johor dijual kepada negara CINA sebanyak $5 Billion untuk SATU Keluarga saja...... Sekarang Keluarga itu Nak jadi projek manager/builder.... LAGI BAnyak $$$$$$.... Berapa orang melayu benar2 dapat rasa durian runtuh $5 Billion + $$$$ pembagunan??? Zero, NIL, Kosong...Elek!!....Disini, ditaburkan untuk melayu lihat rancangan miskinkan, dan dera melayu....Kalau tak tahu ukur dan hitung Kezaliman, ketamakkan KAUM ELITE jenis UMNO... Allah Ada mata, ada kala kena Hijrah ke Agama lain untuk lihat dengan lebih terang!!...Rahmat Allah terhadap Malaysia mula hilang kalu UMNO-Sulu-Boko Haram Terrorist sesak berterusan mentadbir Malaysia.... Allah untuk semua , Siapa Keliru DIA BODOH!!... B B B B!!

Anonymous,  20 July 2014 at 16:41  

kalau pembaca nak percaya artikel ini, seolah-olah pembaca juga harus percaya dengan liabiliti2/moral anwar ibrahim/azmin yg begitu banyak diperkatakan. Lebih dahsyat liabiliti/moral anwar telah dibawa ke mahkamah dan sabit kesalahannya. Setuju? kalau nak menulis biarlah adil dan saksama.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP