Rakyat Malaysia diKangkungkan.
Rakyat
Malaysia dikangkungkan: penebangan hutan paling dasyat di Malaysia.
Harga
barang naik, Allah yang tentukan. Banjir berlaku Allah juga yang menyebabkan. Maka,
boleh kita salahkan Allah? Menyalahkan Allah,
Allah juga yang menyebabkan nya? Jika kita tdak salahkan kerajaan, kita nak
salahkan siapa lagi? Cuba Dato Najib terangkan.
Dato
Najib ambil contoh kangkung sebagai bukti ada harga barang yang turun. Najib
mahukan pujian kerana harga sayur kangkung turun. Gimmick Najib melahirkan
respons negative yang banyak. Jangan kita hairan puak UMNO mengadakan
demonstrasi berguling mempertahankan presiden mereka yang kangkung itu. Nyatalah,
sementara presiden UMNO bertaraf kangkung, rakyat pula tidak mudah dikangkungkan.
Professor
Ungku Aziz seorang yang paling awal menilai pandangan dan pemikiran Zaaba
menulis dalam Facebook beliau:-
Pucuknya angkuh memanjat bukit,
tak sedar akar terendam air parit,
rakyat mengeluh lelah dan sakit,
sedikit diberi banyak diungkit..
Pucuknya angkuh memanjat bukit,
Tak sedar akar diair parit,
Bagaikan melepas anjing tersepit,
Dah jadi pemimpin , rakyat digigit.
Rakyat
dikangkungkan mengenai punca banjir.
Minggu
lalu saya bertemu dengan seorang rakan yang sekarang exco kanan negeri Pahang. Dia
merupakan satu2 nya calun UMNO yang menang di Kuantan. Yang lain semua
kecundang. Biasalah apabila sudah jadi exco nada cakap sedikit besar
menunjukkan keyakinan dan jati diri. Tapi kita tahulah, dikalangan puak UMNO, keyakinan
tersebut datang dari kedudukan dan jawatan. Sayang sekali, keyakinan tidak
datang dari kehebatan penghujjahan.
Kami
bercakap mengenai banjir yang menimpa Kuantan. Kuantan adalah daerah saya
membesar dari umur 5 tahun sehinga saya menamatkan tingkatan 6. Walaupun saya
lahir di Pekan Pahang, Kuantan merupakan kampong halaman saya.
Kami
bercerita hal banjir yang melanda Kuantan. Kawasan Sungai Isap, kampong Belukar,
Bukit Rangin, Cenderawasih, Taman Guru, semua dilanda banjir yang menyedihkan. Rata2
nya, mangsa banjr kehilangan semua.
Sebelum
saya tanya lanjut, kawan saya itu mempertahankan mengenai banjir tersebut. Hendak
buat macam mana.air naik secara mendadak. Persiapan untuk 30,000, mangsa
60,000. Ini kejadian alam. Kebetulan air laut pula pasang tinggi. Maka air tak
dapat pergi kelaut mengakibatkan banjir yang dasyat. Benteng sungai Isap pecah.
Ini sebab sebenar banjir tekan kawan saya.
Biasalah,
bila berdepan- kita menjaga air muka. Lagi pun verbal joustling tidak berguna. Dia
pun belanja saya makan nasi dagang. Tidak manis kalau kita bertekak. Nanti saya
menyebabkan belanja nya tidak ikhlas pula. Elok dia dapat pahala.
Tapi
kalau hujjah nya diberi depan JKKK daerah Kuantan, mungkin ianya dapat
diterima. Atau bercakap depan ajk cawangan UMNO lagi boleh diterima.
Hujan
itu memang kejadian alam. Tapi banjir yang dasyat membayangkan bahawa langkah2
mengatasi banjir di Pahang lemah. Pengawasan terhadap pencabulan kawasan tadahan
air tidak sedikit pun disentuh.
Malaysia negara yang tidak ada bencana alam seperti Indonesia dan Filipinan. Bencana yang melanda Malaysia, hampir semua nya buatan manusia. Banjir umpamanya, adakah kesan lansung dari pembotakan dan pengondolan khazanah hutan negara kita.
Malaysia negara yang tidak ada bencana alam seperti Indonesia dan Filipinan. Bencana yang melanda Malaysia, hampir semua nya buatan manusia. Banjir umpamanya, adakah kesan lansung dari pembotakan dan pengondolan khazanah hutan negara kita.
Kita
hanya perlu pergi ke kawasan Sungai Lembing dimana air Sungai Kuantan bermula
untuk melihat pembotakan dan pengondolan kawasan hutan. Kalau kita naik
helicopter seperti yang selalu dilakukan oleh MB Pahang, maka kita mungkin
pengsan melihat penrogolan bersiri kawasan balak di Ulu Kuantan iaitu Sungai
Lembing dan kawasan sekitar nya.
Banjir
di Kuantan disebabkan pembalakan yang tidak lagi terkawal. Beberapa tahun lalu,
ketika saya ADUN UMNO saya telah mencadangkan dalam DUN Pahang supaya
membatalkan semua lesen pembalakan swasta. Sebabnya pelsen2 ini lah yang mencuri
kayu balak dan menebas hutan sewenang wenang nya tanpa terkawal. Beri lesen untuk 100 ekar, bantai 500 ekar. Kecurian balak berlaku hari hari. Yang lagi
terror dikalangan pembalak ialah mereka yang menggunakan nama Sultan Pahang
untuk merogol khazanah hutan kita.
Saya
cadangkan hanya penebang bertauliah dan dilesenkan oleh kerajaan sahaja
dibenarkan mengeluarkan balak. Lebih baik, satu ejensi kerajaan khusus diujudkan. Balak2 tersebut hendaklah dikumpulkan dalam
kawasan2 bonded area. Sesiapa yang didapati menebang hutan balak tanpa lesen dan
tauliah kita dijelkan. Hanya yang dilesenkan kerajaan sahaja yang dibenarkan. Dengan
cara ini kita tahu siapa penceroboh. Di Thailand, pencoroboh hutan ditembak
mati.
Apabila
balak dihimpunkan dalam kawasan bonded area, semua yang berminat membeli balak
untuk diproses dikilang2 mereka membeli nya disana dan membayar cukai ketika
keluar gate kawasan bonded area. Tauke besar atau kecil semua ada peluang yang
sama untuk beli kayu2 balak dari bonded area.Semua ada peluang sama untuk beli kayu.
Mengapa
kita lakukan begini? Pertama kita mengawal pencerobohan kawasan hutan. Kalau hanya
pihak kerajaan sahaja yang berlesen untuk tebang pokok, maka semua pihak lain
adalah penceroboh. Kecuali pihak kerajaan ada anasir2 yang menceroboh hutan. Ini
akan menyebabkan pemantauan lebih mudah dan murah.
Kalau
balak hilang juga dan kawasan yang dilesenkan dicabuli, kita tangkap kontraktor
dan ejensi yang dilesenkan. Kedua kita menyekat kebocoran revenue dari hasil
hutan. Hasil cukai dikutip bila pembeli balak keluar dari gate bonded area. Revenue
terus masuk dalam poket kerajaan.
Biasalah,
pihak yang berkepentingan membisu apabila dikemukakan cadangan ini. Mana boleh
terima- sumber mendapat wang tambahan tertutup. Tauke2 pun tidak datang ke
Pejabat Hutan beri angpow. Pembalak2 besar akan terus melobi supaya kaedah pemberian lesen dikekalkan status quo- supaya kepentingan mereka diteruskan.
Apa
kaitan dengan banjir?
Jika
air melempah kekawasan hilir Kuantan, ini membayangkan betapa banyak nya kayu2
balak telah ditebang. Betapa luasnya kawasan di Ulu Kuantan dirogol oleh
pembalak2. Bayangkan ini- setiap batang pokok mampu menampung sebanyak 400
gelen air. Berapa ratus ribu pokok sudah diebang oleh pembalak2 yang tamak
haloba yang menyebabkan air di hulu tidak dapat disekat.
Jadi
kepada kawan saya yang exco Pahang dan yang mungkin memasang cita2 hendak jadi
MB, lain kali bila bercakap jangan ingat kita bercakap depan ahli JKKK atau
ahli cawangan UMNO. Bukan semua audiens bodoh dan terikat hidung macam mereka.
Dan
kurangkan main golf itu sahabat.
8 comments:
It would seem that finally, even the pro UMNO bloggers are acknowledging that Najib is indeed useless and yes, a disaster for Malaysian (as PM). The chorus of criticism and calls for Najib to resign are getting louder and coming mostly from UMNO and its bloggers. The question is why now and why wasn't it done before GE13 since Najib Premiership record was down right pathetic and a catastrophe? The answer is that UMNO and its bloggers are try to deflect the attention of Malaysian away from the fact that it was UMNO who churned out these useless and limp leaders and it was their paid mercenaries cum unconscionable salesmen who sold these "defective and damaged goods" (Najib and before him was AAB and some might add TDM too) to the Malaysian voters (in the previous GEs).
These despicable "salesmen" (UMNO's paid mercenaries and cyber bully) know that they were selling worthless product (UMNO presidents) produced by a corrupt and immoral manufacturer (UMNO) to the people in the last GE and because of greed, they didn't care about the consequences. But now when the people are disgusted with the sight of Najib and his "cap ayam" ministers, those greedy salesmen are trying to say that it was no fault of theirs that 47% of Malaysian people (voters) bought a defective and useless product and it's not the fault of the factory that produces those defective product, meaning it's not UMNO's fault too.
Well, that's a load of bull crap of the highest order! The fact is Najib and AAB and even TDM was produced and created by UMNO baru! One useless leader coming from UMNO might be a coincident BUT 2 or even more leaders (take Muhyiddin, Zahid, Hishamuddin, Hassan Malek and Ahmad Maslan for instance) from UMNO that are equally useless and stupid simply means that UMNO is at fault for being a corrupt political party that produces useless and inept leaders.
It is not enough for Malaysian to wish for Najib to resign because that "kangkong" will be replaced by someone equally kangkong or worse "kongkang"! All of them are produced by UMNO baru and since when did UMNO Baru produces good president and leaders? Zainuddin maidin is a good and wonderful leader?Iis his 2 sen idea of giving TDM the post of senior minister really worth 2 sen or is it the same value of 2 lump of bovine excrement found on the road in my kampong, this morning? And that's the best idea UMNO seniors can come up with? I bet those kids at PERMATA could do much better than that since they ate croissant for breakfast and thus have a genius intellect!
What Malaysia need right now is to kick UMNO out of Malaysian government and to secure our future, kick them out of Malaysian politic altogether. It maybe just a wishful thinking but when the only democratic option is 5 years away, all you have is hope and wish that your prayers will be answered. Why? Because we all know we cannot rely on those UMNO people to rectify the situation and their bloggers are not really sincere in their 'hypocritical" solution to the problem.
The real problem for Malaysia is UMNO and until and when UMNO is no longer in the government, the problem will persist, no matter who replaces Najib and especially if TDM chairs the UMNO senior council! That is in fact making matter worse and not solving it! Najib is a kangkong simply because he comes from a party that farms kangkong extensively. You don't grow kangkong beside the "longkang" and expect to harvest grapes or olives, do you?
Nick.
Berilah rakyat mengundi siapa PM mereka, cukup-cukup sudah pengampu@pembodek@perkakas@penghasut memberikan PM Kangkung kepada rakyat.PM Kangkung pula memilih menteri cap ayam untuk rakyat.
Dengarlah orang melayu ....Sebenarnya yang paling benci adalah Basuh Minda yang berterusan sampai rakyat Cina, India, Iban, Kadaza, Orang Asli pun tak sedar....bukan aje orang melayu yang ditipu...agama dan bangsa lain pun diHina dan diperBODOHKAN....
Contoh... Kejadian benar....
Kat Ampang....4 orang rompak dan ikat 2 orang kat rumah....lepas rompak buat Laporan Polis....Si celaka Binatang Polis kata ini dah Biasa..... terimalah rancangan Allah kepada awak...lebih baik tak usah buat Laporan jenayah @#%^!!.....Bantah UMNO-Barang Naik ..tangkap...sebut Allah...hantar Jais.....Jenayah tinggi...tak payah report!!
di Johor....Berjuta ekar tanah melayu/malay reserve di jual atas nama pembangunan....Sultan Johor dapat rezeki $4.5 Billion... terimalah rancangan Allah......Macam Felda.....
UMNO lepas PRU 13...Barang Naik....Ketua UMNO, Mufti, Mullah semua kata terimalah Rancangan Allah dan Ubah hidup awak supaya kesusahan hidup awak tak begitu teruk. Semua Ketu UMNO simpati atas seksa dan Jahanam yang mereka beri awak.....
Masa dah sampai ....Bantah...Bangkit....TANGKAP/citizen arrest semua ketua UMNO-BN & Polis Korrup.....Kita tunggu penamaan hari itu.....biar kita buat pada hari yang UMNO-BN tak sedar Langsung.......biar mereka hidup "ENJOY" sampai hari itu....makin hari makin terdesak rakyat yang Lapar dan Marah.....65% yang nak tengok hidup UMNO-BN Ubah...kena Bangkit dan Hapuskan mereka dan ideologi sesak Mereka!!
very good suggestion datuk.
that's why not acceptable for implementation by gomen. tak kan nak sabotaj kocek sendiri
At the moment, Malaysia does not have a PM.
Before we kick out UMNO in GE14, we must get someone (anyone who do not go and hide when there are problems in the country) to replace Najib.
Make sure that person also does not tell lies more than eating rice.
Dato' Mohd.Ariff Sabri,
Kalau tak ada banjir, macam mana nak tonjolkan bantuan UMNO BN pada rakyat jelata setiap tahun?
Setuju bukan semua audiens bodoh dan terikat hidung macam mereka. Hakikatnya, majoritinya masih bodoh dan masih terikat hidung mereka.
Itulah namanya permainan politik, Dato.
Dulu, kini dan selama-lamanya masih majoriti suka pada permainan politik kangkung!
Dato, agak lama juga menunggu tulisan dato. Well thought n written. Dah sampai ketahap "kangkung" ni pun masih ramai lagi penjilat pungkok jibby lining up di belakang nya. Kita nak cskap apa lagi. Haramjadah2 seperti ini lah yang membuat jibby naik lemak. A good example is your wakil rakyat friend yang diceritakan dalan tulisan dato diatas. It also remind of a friend who benifited much during era dsai dahulu sampai jadi orang besar didalam sektor media negara. Bila ditanya apakah beliau tida ada perasaan malu apabila menghentam dan memfitnah dsai siang dan malam di media beliau. Jawapan nya sungguh angkuh. Beliau menjawab. "So what"!!! My towkay now is jibby and I won't mind to lick his arse if it need be. Oleh itu dato ini lah jenis2 orang yang di keliling jibby.
askm tok...
cadangan buat tok dan lain2 mp pakatan
sila buat pantun tema kangkung utk dibaca pd sidang parlimen akan dtg
ala2 filem ali setan....
jgn x buat tok....
rakyat nk dengar kankung bergema d parlimen
ttqq
Post a Comment