Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Saturday 25 January 2014

Bila Bahtera tidak berNakhoda, Negara Tidak Berketua.



Bila bahtera tidak ada nakhoda, haluan nya tak tentu hala. Bila negara tidak ada pemimpin, negara huru hara dan kacau bilau. Lihat dikeliling kita. Akibat boros berbelanja, negara kehabisan wang. Kerajaan naikkan cukai untuk menampung kos birokrasi dan mendanai projek2 kroni. Itu sahaja rahsia nya, cukai naik, belanja keatas kebajikan ditarik balik supaya kerajaan ada wang untuk belanja yang bukan2. Kos hidup naik dicerminkan oleh kenaikan harga hampir semua barang keperluan. Pakaian, perumahan dan bahan makanan.
Keadaan masyarakat huru hara. Melayu digambarkan sebagai diancam oleh musuh sana dan sini maka sasaran kemarahan orang Melayu ialah orang bukan Melayu. Ada puak pelampau dalam agama. Tidak cukup dengan menuduh orang berfaham syiah, hari ini Zahid Hamidi hendak mengujudkan polis syarie. Adakah mereka akan mempolisi perlakuan rakyat dan dibenarkan masuk kedalam rumah? Masyarakat berpecah belah dan dianjur berkelahi. Para pemimpin hidup dalam serba serbi kemewahan, rakyat menanggung derita.
Inilah akibat kalau kita membenarkan orang2 bodoh naik dan jadi pemimpin. Mereka akan memaksa keatas kita, keterbatasan dan kekurangan yang ada pada diri mereka. Pendidikan terhad, pembacaan kurang, pergaulan terbatas, pengalaman sempit- semua kekurangan ini dikenakan keatas masyarakat. Mundurlah masyarakat yang dipimpin nya jika demikian. Kalau orang bertanya saya mengapa bangsa Melayu agak mundur, jawapan saya ialah lihat dan kaji kualiti pemimpin mereka.
Saya hendak beritahu pemimpin kerajaan, tugas pemimpin disetiap lapisan termasuk mendidik masyarakat dengan pencerahan. Bahwa dalam kehidupan ini ada standard2 tinggi yang harus diterapi, bukan berselaput dengan comot daki dan kesempitan pengalaman pemimpin bodoh.
Lihat kepada pimpinan Dato Najib. Sejak dahulu lagi saya sudah  nyatakan- cara Najib menyelesaikan masaalah ialah dengan membayar jalan keluar. Bukan mahu laksanakan dasar kebajikan yang menyeluruh dan berjangka masa panjang- bahkan setiap kebaikan yang diberi kepada rakyat mahu ditonjolkan sebagai cerminan ehsan dan baik hati kerajaan dan diri. Ini bukan suatu langkah yang memerdekakan minda rakyat melainkan menjiwa-hambakan mereka.Najib mahu dipuja seperti dewa.
Setiap isiu besar yang Najib depani, didahului dengan pemberian rasuah dan tumbuk rusuk. Lihat sahajalah dahulu ketika merasuah para peneroka dengan RM15,000 seorang, dia mengharamjadahkan sesetengah peneroka. Kemana RM15,000 itu membawa peneroka?Ianya membawa peneroka Felda kearah neraka dunia.
Elok kita mengaku sahajalah-dikalangan warga Felda tidak ada setiakawan. Sebahagian tidak buat apa2 bila melihat sebahagian yang lain diharamjadahkan. Ini lah yang UMNO lakukan- memecahbelahkan perpaduan dikalangan peneroka. Saya menyeru warga Felda atas nama setiakawan warga felda, bersatulah menentang pihak yang menindas. Kamu tidak akan hilang apa apa kecuali rantai belenggu sang penindas.
Hari ini akhirnya 112,635 peneroka hanya ada tanah 10 ekar yang semakin hari semakin mengecil sebab tanah tersebut dikongsi antara anak2. Jika mereka membeli sedikit saham FGV, harga nya hari ini RM4.50 kurang dari harga terbitan awal. Segala harta milik Felda Holdings seperti kilang pemerah sawit, kilang penapis, lori pengangkutan, bangunan semua nya digadai kepada FGV. Termasuk 360,000 hektar tanah Felda Holidngs dengan bayaran yang 40% bawah pasaran selama 99 tahun. 360,000 hektar yang boleh mencipta hampir 89,000 peneroka baru terlepas dari tangan peneroka. 360,000 hektar yang sepatutna sudah menempatkan peneroka sejak mula lagi.
Berapa billion yang felda dapat dari penyenaraian FGV setelah RM5 bilion diberi kepada jabatan PM penjaga Felda? Dari bahagian Felda, berapa Felda bayar ke EPF? Dari baki setelah bayar hutang berapa yang diperolehi oleh peneroka melalui pegangan mereka dalam Felda Holdings? Berapa yang didapati oleh 220,000 pencarum saham Felda Holdings?  Kita belum tahu berapa banyak, sebab harta peneroka sudah dirompak penyamun2 dan transaksi dilakukan dalam suasana rahsia.
Februari ini Najib akan bayar BR1M #3. Hampir 8 juta orang akan dapat pemberian purata RM550 seorang. Kerajaan Najib akan berbelanja sekitar RM4.4 billion lagi. Lagi berjuta untuk mendiamkan rakyat yang resah. Berapa lama bayaran2 ini boleh menyelesaikan masaalah? Mungkin untuk sebentar ia meminjamkan kepada Najib nyawa politik nya. ini menujukkan Najib sudah bengkrap wawasan bagaimana mengangkat martabat rakyat.
Apa yang terjadi kepada negara ini?
Masaalah pokok negara kita sebenarnya  ialah kes tidak berkepiminan. Our country is leaderless. Our ship of state is rudderless. Apakah pilihan kepada rakyat? langkah pertama ialah mencari pemimpin negara.
Semakin hari, semakin rakyat memerlukan kuasa ke3 untuk tampil menyatukan kumpulan politk yang mahukan suatu Malaysia yang baru. Rakyat yang berbilang bangsa berhak mendapat pemerintah yang lebih baik. Pemerintahan yang demikian hanya boleh dibina oleh kumpulan individu yang terbaik. Yakni mereka yang melihat usaha menubuhkan kerajaan sebagai suatu tanggunjawab yang serious. Barisan individu terbaik yang komited kepada idea mengujudkan suatu pemerintahan yang memerintah mengikut prinsip undang2, menjalankan dasar2 yang adil dan saksama. Kita mahukan kerajaan yang mentadbir negara ini tanpa rasuah. Kerajaan yang tidak mengutamakan kepentingan kroni menghisap darah negara ini. Kerajaan yang tegas membenteras semua macam ekstremism- perkauman, agama, reich-wingers. Rakyat mahukan sebuah kerajaan yang mendisiplinkan rakyat nya mengikut peruntukan undang2.
Apakah punca utama yang menyebabkan keadaan huru hara negara kita? Perkara yang paling asas ialah ketiadaan pemimpin yang cukup kredible dan di hormati untuk memimpin negara. Dimana pemimpin seperti ini?
Mana dia pemimpin seperti Tengku Razaleigh Hamzah? Dalam keadaan negara yang huru hara dan dibanjiri dengan pelbagai isiu yang gagal ditangani oleh pemerintahan Najib, Tengku Razleigh jangan buang masa duduk dalam UMNO. Lebih baik dia keluar dan mengetuai kuasa ke3.
Sebagai orang Melayu dia sudah memenuhi syarat bahawa pemimpin utama negara ini mesti bangsa Melayu. Ini sebagai refleksi reality politik negara ini dan komposisi kaum. Dia orang Melayu dan saya yakin ramai pemimpin Melayu yang lain akan menyertainya untuk membentuk kerajaan. Saya amat yakin bahawa ramai kumpulan bahkan pemimpin2 UMNO akan menyertai beliau untuk meyelamatkan Malaysia. Tengku Razaleigh mempuntai noblesse oblige untuk tampil memimpin negara kita.
Jika Tengku Razaleigh mempimpin negara ini, dia boleh mendapat kerjasama dari parti2 dalam pakatan rakyat. parti di Malaysia Timur yang bukan UMNO pun mempunyai tanggung jawab menyelamatkan negara ini dari pimpinan yang bercelaru. Tinggalkan BN dan ajak Tengku Razaleigh Hamzah bentuk kerajaan baru. Tengku Razaleigh boleh mengisi leadership vacuum yang ada dalam negara kita sekarang.
Jika Tengku Razaleigh mahu menubuhkan kerajaan yang demokratik, yang memerintah mengikut prinsip undang2 dan menjalankan dasar2 pentadbiran yang adil dan saksama, wawasan nya akan disokong.
Marilah kita mengakui bahawa negara hari ini memerlukan seorang tokoh penyatu. Apa kita ingat muslihat sesetangah pihak mahu mengembalikan Dr Mahathir? Cadangan itu mengandungi harapan bahawa kehadhiran Dr Mahathir dapat menyatupadukan orang Melayu khususnya dan menyuntik hala tuju yang konkrit. Ia juga mengesahkan bahawa kepimpinan yang Malaysia mahukan ialah pimpinan tegas.
Namun jangan kita ulangi asas ketegasan pimpinan Dr Mahathir. Dr Mahathir memerintah atas dasar strongman. Apa dia cakap, itulah undang2 nya. ini stail kepimpinan yang autokratik. Kita tidak sedikit pun takut sama ada Najib mahu membawa balik Mahathir atau tidak, tapi kita mesti menentang autocracy. Ini dia asas penentangan dan penolakan kepada idea lapuk yang datang dari beberapa pensiunan politik. Tak ada idea lain kah untuk membangunkan negara ini?

12 comments:

the cuckoo guy who know's,  25 January 2014 at 07:25  

What we need in PR is a leader or leaders capable of commanding respect from members of the opposition pact and the rakyat.A real strong leader whose leadership and qualities are not question on the qualms and fancies of any unhappy minnows.

Why the rakyat,especially the Umno/BN supporters do not trust the PM wannabes in PR,is because of their poor leadership.Flip flopping,leadership tussle and backstabbing are the main causes of why the PKR,the taikor of PR did so badly in GE13.

Let us ask ourselves why should the Umno/BN supporters switch to backing PR,when their leaders are no better than the present ones in the corrupted regime.At least the ones supporting Umno/BN know what they are getting from the Umno/BN.Carrots and a big stick in the belakang.Alas to say from the PR leaders what they can get is only the big stick in the belakang.

Unless the PR can come up with better options of better quality leadership,although Putrajaya is so near,it seems to be continents apart.So very far away.

Anonymous,  25 January 2014 at 08:16  

Sebenarnya FGV sudah rugi. Kalau bukan kerana Ringgit yang turun, saham FGV sudahlah merugikan orang Felda secara langsung..

Anonymous,  25 January 2014 at 09:04  

Saya setuju 100% dengan Dato. Sudah ada banyak pelawak-pelawak dalam kabinet kita. Majoriti mereka bukan berkhidmat untuk rakyat tetapi hanya nak mengayakan diri sendiri & kroni-kroni mereka.

bruno,  25 January 2014 at 12:22  

Corruption breeds corrupted people.These people includes politicians and civil servants doing palm greasing with the businessmen and the public.

Corruption is the easy road to riches,without even using a sweat.The corrupted do not even have to use their pea size brains to figure out how much wealth they have amassed due to their corrupted ways.That is the reason when we have corrupted leaders,it is not difficult to figure it out that we also have stupid pea size brain leaders.

Anonymous,  25 January 2014 at 17:44  

The pemimpin sets the example.


Singapore was very corrupt when PAP came to power. Lee Kuan Yew and company cleaned the place up.

With good and clean leadership, Malaysia can also be cleaned up.

What happened to Mahathir's
ABC when he first came to power?
Amanah, Bersih, Cekap ??

Phua Kai Lit

walla 25 January 2014 at 22:10  

It seems the Umno ultras are trying to stop the post-Mahathir return of right-mindedness.

What they are doing is something bad underneath all their veneer - they want to roll history back to 1957 - but with a switch - to rewrite what they believe was too much a concession then so that today this country must belong again to the Malays - as their warped rationale to entrench Malay supremacy on all matters - economic (preferences and distribution), social (religion, education and human rights), institutional (Umno-bias).

If our Malays today don't stop them, the future will be bleak for all. The history of our future will write that today our Malays fail just before dawn to a new beginning is about to break that would have ushered a better Malaysia for all.

Instead we let everyone fall into our own dark ages where bigotry and racism overflow even into religion which is supposed to elevate us towards Him in His Manifold Forms reaching to each his own.

Look at every single one of them - Mahathir, Najib, Muhyiddin, Hamidi, Apdal, Mukhriz, Noh, Ibrahim, Reezal and their gangs in one or other of those fanatical bodies funded using taxpayers money.

Are they not the sole cause of today's problems that beset everyone, causing reactions and raising new tensions in order to brew new mess to deflect attention from what everyone already knows - it has all along been Umno which has caused the racism and economic ruin of this nation until today so many suffer and have already lost means to a better future through closer cooperation unlimited by race and religion?

Let me say it categorically. If tomorrow all the non's and their social space are crimped further, Malaysia will be poorer in all aspects; furthermore, our Malays will suffer under a bigger patronage structure that will spawn more hypocrisy and injustice.

Umno is racist to the core. What is worse is that too many of our people want to remain gullible and take the easy route.

Umno - brings - out - all - the - worse - in - our - Malays.

end/

bruno,  25 January 2014 at 23:22  

Malaysia Today's RPK is saying his informants are telling him that Khalid is going to be replace.PKR's politicking has no boundaries because the party is being controlled by spillover remnants of Umno clones.That is the reason they are going to replace an MB who is smart in business administration ,but stupid as a fool in politics with a pea size brain,but smart and lowly politician.Hopefully RPK is blowing hot air into the morning breeze.But this bald headed guy is mostly accurate in his speculative political reporting.

Anonymous,  26 January 2014 at 00:33  

Datuk,
What more I can say man. Actually, Najib can be a movie star instead. Airplane II like movie suitable for Najib.

Guys & Gals,
Just look at the video link.....This is what we are in now. Enough of BS from UMNO/BN

http://www.youtube.com/watch?v=Gd6aLnPHqeE

Anonymous,  26 January 2014 at 06:04  

Sudah tiba masanya rakyat berbilang bangsa,agama majoriti atau minoriti perlu diberi hak untuk mengundi dan memilih siapa yang layak menjadi perdana menteri negara.

Anonymous,  26 January 2014 at 11:54  

"Bersih Cekap amanah" is a phrase that is closely related more to corruption than to good governance. It means to sapu bersih, cekap menyapu and finally we they talk to the rakyat they pretend to be amanah.

bumi-non-malay 27 January 2014 at 06:49  

Maaf......era Ku Li dah tamat....Kalau kita berprinsip....maka perangai dia samalah maca ADUN Perak dulu itu celaka Hee Yit Fong.... Tak ada beza Langsung kalau dikaji dari segi prinsip, moral dan ideologi... Perbuatan Ku Li dan Adun Lompat dibenci Rakyat Malaysia.... Lebih Baik Mat Sabu..... dan Datuk Timbalan..... Jangan jadi Romantik kepada era yang lalu. Masih boleh guna Ku Li sebagai Minister Mentor.....lebih Baik dari Tun Dr Munafiq Racis M.......Ini Tempeling Paling bagus untuk Bapa Kemerosotan Malaysia kalaulah kita berjaya GULINGKAN UMNO-BN...

Warning 3rd World currency CRISIS is coming to Malaysia......Get out before too late.... Actually too late.

Kini kita tunggu KALAU Kalimah Allah, Tukar hari kerja macam kat Johor, teriakan Islam, hak melayu, hina Sultan boleh mengisi kelaparan awak??


Sell ..convert to Singapore or US Dollar.....Migrate to Sarawak/Sabah..... Kick UMNO-BN Out..... Sack Malaya. Jangan tunggu UN macam orang pelarian Syria, Libya, Sudan.... Kita Hijrah dengan Kebebasan dan tanpa disuruh!!....Biar Malaya tanggung Beban hutang $1 Trillion....Hidup UMNO, Rakyat teruskan perjuangan UBAH hidup demi Sultan UMNO hidup selera!!

Anonymous,  3 February 2014 at 22:03  

Jangan kata era Ku Li dah tamat. Ramai lagi penyembah beliau yang dah tua bangka seperti Aspan Alias dan sepertinya masih cuba-cuba mengayuh basikal tua untuk mendaki bukit (bercita-cita manaikkan Ku Li konon) setelah angan-angan nak jadi ADUN mudah DAP tak kecapaian. Akhirnya orang otak geliga yang biasa berjuang dengan UMNO yang naik (Dato Sak). Tahniah Dato kerana bernasib baik.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP