Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Saturday, 16 November 2013

Nasihat dan Muslihat



Quran 2: 143 menyebut apa yang selalu dilaungkan oleh presiden UMNO- ummatan–wasatho….wasathiyah tunggak perpaduan ummah atau demikiannya. Saya pun tidak berapa melayani pengayatan slogan demikian- kerana itulah kerja UMNO yakni membuat slogan. Bukanya dia orang nak ikut tapi hanya hendak mengikat minda orang Melayu. Apatah lagi obsesi Najib sekarang ialah mencipta slogan demi slogan. Agak nya kerana penciptaan slogan inilah, maka PM menggaji consultant dan berbelanja RM7.2 billion semenjak 2008.
Ayat Quran tersebut dengan terang menyebut Allah menjadikan umat Islam( bukan umat UMNO) sebagai umat pertengahan supaya menjadi contoh teladan. Dalam bahasa Inggeris kalau kita baca tarjemahan Quran oleh Abdullah Yusuf Ali umpamanya, umat pertengahan ini adalah people of the golden mean yang menjadi contoh teladan oleh kaum lain. Dan untuk melayakkan diri menjadi puak yang boleh dijadikan kayu ukuran, umat Islam pula merujuk perbuatan nya dan diadili akhirnya oleh risalah Nabi Muhamad. Nyatalah untuk menjadi puak golden mean, umat Islam mesti mendekati dirimereka dengan prinsip2 Islam barulah layak dijadikan contoh teladan.
Tak perlulah kita mendalami tuntutan ini- kita hanya menghadkan diskusi kita kepada perkara yang UMNO hendakkan rakyat mengikutnya. Ambil misalnya teladan belanja berhemah dan belanja mengikut kemampuan. Dalam hal ini, kerajaan PM dan PM sendiri gagal dengan teruk. Sejak belasan tahun, kerajaan belanja melebihi kemampuan. Kita ada defisit bajet puluhan tahun. Masaalah kita bukan dengan pendapatan- sebab ekonomi kita berkembang pada kadar yang baik.
Tahun 2014 misalnya, projeksi pertumbuhan ekonomi kita 5-5.5%. itu dikira baik. Masaalah kita ialah masaalah perbelanjaan. We don’t have a revenue problem but a spending problem. Kerajaan memang tidak ada revenue problem- mereka boleh kutip hasil pelbagai macam cukai dan pelaburan atas asset mereka . 3 tahun lagi apabila kita melaksanakan GST- hasil cukai GST adalah kira2 RM32billion setahun. Takde masaalah nak dapatkan hasil.
Bila tiba bab belanja, kerajaan dapat market F9. Semasa saya ambil MCE dulu kalau F9 erti nya gagal yang paling teruk.
Dalam segi perbelanjaan, kerajaan Najib dapat F9. Dan dalam menjadikan dirinya sendiri dan UMNO sebagai contoh teladan kepada orang Melayu- dia dan UMNO dapat F9. Yang orang Melayu masih lagi taksub dengan UMNO ini entah mengapa.
Perdana Menteri kita, presiden parti UMNO Baru seperti tidak ada perasaan malu bila berjumpa dengan rakyat. Setiap kali jumpa akan memberi nasihat kepada rakyat supaya belanja cermat dan berhemah. Sayang sekali nasihat yang baik diberi kepada orang, keatas diri sendiri dia lupa..
Pemberian RM500 duit BR1M diiringi dengan pesan belanjalah berhemah seolah2 RM500 itu boleh menyelesaikan segala masaalah yang merunsingi rakyat. Macam inikah kerajaan yang mahu menjadikan dirinya wasathiyah atau contoh teladan kepada orang ramai? Dan orang ramai kena ingat, yang Quran anjurkan dijadikankan contoh ialah umat Islam bukan umat UMNO. Untuk menjadikan diri mereka contoh, umat Islam itu mesti menampakkan ciri2 yang exemplary. Kalau menasihat orang supaya jimat cermat, kenalah diri sendiri berkelakuan demikian juga.
Tahun 2012, bill letrik dan air untuk PM dan TPM ialah RM3.5 juta. Bil lerik untk kediaman rasmi PM ialah RM2.237 juta dan bil air ialah RM311 ribu.  Ertinya, bil letrik sehari rumah PM ialah RM73,000 sehari manakala bil air ialah 10,200 sehari. Bil letrik kediaman rasmi TPM pula ialah RM M865,458.56, dan RM99,264.03 untuk bill air. Ambik awak orang Pekan dan orang Pagoh.
Tak ke PM dan TPM berasa malu berdepan dengan rakyat yang menanggung beban kos kehidupan yang kian meninggi dan bercakap mengenai kehemahan belanja?
Rakyat naik bas dan naik kreta sapu, kerajaan mmiliki dan mengoperasi 6 buah pesawat  Government Executive Jets  untuk (VVIP).  Ia termasuklah satu unit Falcon jet, sebuah Global Express, sebuah Boeing Business Jet, sebuah Blackhawk, and dua unit jet jenis Agusta.
Wah…Mat Laon mana yang dapat kontrak membeli bagi pihak kerajaan. 


Dalam tahun 2012, kos bahan api untuk jet2 ini ialah  RM14,951,448. Di samping itu, kos penyengelaraan atau maintenance costs pula setakat ini ialah sebanyak RM167,079,541.80.  Beberapa bulan yang lalu Menteri di Jabatan PM, Shahidan Kassim menyatakan bahawa kerajaan berbelanja RM28.8 juta untuk sewa tahunan dan RM5.5 juta untuk maintain jet2 VVIP ACJ319, iaitu pesawat yang digunakan untuk menerbangkan PM kita sepertimana presiden Ameika menggunakan Air Force One.  Setakat ini kapal terbang istimewa ini telah menelan belanja US$25.2 million (RM80.12 million) untuk bayaran sewaan dan RM16.52 juta  untuk  maintenance dan RM3.32 juta untuk ubah suai.
Semenjak tahun 2008, sebaik ambil alih jawatan PM, PM Najib telah membenlanjakan sebanyak RM44 juta untuk lawatan keluar negara.
Bagaimana orang yang berbelanja boros seperti ini berdepan dengan orang Melayu dan menasihatkan mereka supaya belanjalah dengan cermat dan berhemah?

6 comments:

Ahmad Basri 16 November 2013 at 10:03  

Datuk,
Mereka mengamalkan slogan Godfother mereka yang pertama, "Bersih,Cekap dan Amanah"
Bersihkan kantung negara dan poket rakyat marhean.
Cekap menipu dan main kan kebodohan rakyat (baca penyokong Umnob/BN).
Amanah melaksanakan rasuah bersama pemimpin dan macai.
Najis tak pernah janji dia akan berjimat untuk dirinya,big Mama dan kuncu2.Manifesto BN tak sebut pun tu semua jadi okay je lah.

Anonymous,  16 November 2013 at 10:04  

Consultants and experts fail most of the time. Check out Daniel Kaheneman, Thinking Fast and Slow. Or better still Nate Silver. They are good at producing properly formatted reports following templates in very good English that if read carefully will absolve them of any blame. Najib is getting away with all sorts of things because he uses the same consultant as the sleepy one. Dont say anything. Use your officials to shield you from sensitive questions or just tell the press that certain questions are off limits. He can sail thro any crowd. Has there been any press conference held by Najib any time in the last 3 years? Meet the press? NO! And NONE! Every time he speaks it is one way street.

hans1975 16 November 2013 at 10:19  

Nak buat macam mana orang Melayu kalau dengar pihak UMNO nak bagi duit terus jer sokong UMNO. Alasan yang selalu diberikan takut kaum cina memerintah malaysia. Harta kena rompak pun tak kisah asal orang melayu. Melayu ku

Anonymous,  16 November 2013 at 14:07  

Umno menyuruh pengikutnya setia pada parti. Umno mengerah penyokongnya taat pada pemimpin. Umno menggalakkan rasuah. Umno menghalalkan rasuah. Bila ada kes, SPRM buat siasatan tetapi fail siasatan akan disimpan... Kalau ada yg melawan tauke, kalau ada yg belot, fail akan dibuka!!!

bumi-non-malay 16 November 2013 at 15:09  

erti kata dan kesimpulan...Orang melayu, cina, india, penan, iban, kadazan, asli....Patut dan Harus UBAH lagi cork hidup mereka supaya jaga kesihatan Sultan UMNO - Najib, Muhiddin,Zahid Hamidi, Mukriz, Hissapmuddin.......

Hari yang baik adalah hari Kita Serentak Tangkap/citizen arrest semua tokoh Sultan UMNO-BN,.....dan Kroni mereka.....kemudian siasat... macam Suruhan Zahid Hamidi..>Tembak dulu...kemudian Soal-siasat!!

Jom Kita namakan Hari TANGKAP Serentak si Celaka Sultan UMNO-BN!!....Tak ada jalan lain lagi.....

Anonymous,  16 November 2013 at 21:47  

Wahai kawan-kawan Melayu yang membaca blog Dato' Ariff ini. Sedarlah diri sendiri mulai sekarang. Yang menjahanamkan kaum-kaum Melayu sekarang ialah UMNO/BN. Lihatlah sekeliling kamu. Yang bersusah payah nak cari rezeki keadaan mereka macam mana, yang kaya-raya & korap perangai mereka macam mana. Adakah hipokrit-hipokrit ini betul-betul nak membela nasib kaum Melayu & orang-orang miskin atau masuk politik hanya untuk mengayakan diri sendiri & puak-puak kroni mereka? Fikirlah masak-masak apa yang saya komen di sini.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP